Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH SEKOLAH

Pada 23 Oktober 2000, dua orang guru telah diarahkan Pengurus Operasi ( Caretaker)
SMK Seri Kandi untuk menguruskan dan mentadbir sebuah sekolah baru yang telah
bermula. Guru-guru yang diamanahkan untuk menerokai sekolah ini ialah Encik Salleh
Hudin bin Kamaruddin, yang sebelum ini bertugas di SMK St Anthony dan Encik Mohd
Akhyar bin Ashaari dari SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan.

Buat seketika, Caretaker ditemani oleh beberapa warga baru sekolah iaitu seorang
Pembantu Tadbir, seorang PAR dan seorang Pembantu Makmal. Akhirnya pada 1
Disember 2000, Puan Napsiah binti Abu Talib, Penolong Kanan SMK Convent telah
menyahut cabaran dan menerima tugas sebagai Pengetua pertama sekolah ini. Tugas
kedua-dua orang Caretaker menjadi lebih mudah dan menyakinkan apabila Pengetua baru
ini mengetuai pasukan pelopor sekolah. Sebagai seorang pentadbir yang berpengalaman
luas, Pengetua baru telah Berjaya membentuk satu pasukan kerja yang dinamik terdiri
daripada sekumpulan guru dan kakitangan pelopor seramai 19 orang kesemuanya (12
orang guru termasuk 2 orang guru GSTT, satu orang PT, satu orang PAR, satu orang
Pembantu Makmal dan 3 orang PRA. SMK Seri Kandi bertuah dan bersyukur mendapat
seorang ketua pentadbir yang dedikasi pada masa itu.

Sejarah sekolah ini terus mengisi lembarannya pada 3 Januari 2011 apabila sekumpulan
pelajar sulung mula melaporkan diri untuk belajar di sini. Selepas itu, Pengetua terus
menjadi peneraju utama dengan dibantu oleh pasukannya serta penglibatan PIBG sekolah
demi menentukan visi dan misi sekolah tercapai.

Adalah menjadi harapan sekolah ini untuk melihat pelajar mendapat pendidikan yang
sewajarnya. Pelajar- pelajar akan memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai
murni serta kesihatan badan sejajar dengan hasrat sistem pendidikan negara untuk
menghasilkan insan yang harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Asal Usul Nama Seri Kandi

SMK Seri Kandi diberikan nama oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak. Seri
bermaksud sekolah alaf baru. Manakala Kandi pula diberikan oleh Tuan Haji Adnan
bin Haji Ibrahim, Pengarah Pendidikan Perak pada masa itu, hal ini demikian
kerana SMK Seri Kandi pada awalnya mahu diberikan kepada SMK Convent tetapi
memandangkan pelajar SK Selabak tiada sekolah berdekatan maka SMK Convent
tidak jadi berpindah ke SMK Seri Kandi. Kemudian pelajar-pelajar di SK Selabak
pun melanjutkan pelajaran peringkat menengah di SMK Seri Kandi.

Perasmian Sekolah
SMK Seri Kandi telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada
22 Jun 2004. Raptai telah dijalankan seminggu sebelum perasmian. Pelbagai acara telah
dipersembahkan pada hari perasmian. Di tapak perhimpunan telah dibina satu pentas
yang cantik berwarna kuning, Surau pula dijadikan Bilik Santapan Diraja dan Bilik Muzik
pula telah diubah menjadi Bilik Rehat Diraja. Pada hari perasmian Sultan Perak telah
diarak oleh gadis pembawa sireh junjung ke pentas utama. Baginda telah dibawa melawat
ke kawasan pameran. Para pelajar dan ibu bapa menyaksikan upacara perasmian dari
khemah masing-masing. Sesungguhnya hari tersebut sangat bermakna kepada seluruh
warga Seri Kandi.

Anda mungkin juga menyukai