Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN ABI

1911 SK Abi ditubuhkan. Pengasasnya En. Ismail b. Che Tam yang bergelar Datuk Setia Bakti
Diraja.
1913 Kerajaan Negeri Perlis mengambil alih. Bangunan kayu 2 tingkat didirikan. Kerajaan
menghantar guru kerajaan negeri yang pertama bernama En. Pilus b. Awang.
1966 Bangunan satu tingkat didirikan untuk murid-murid perempuan.
1971 Bangunan konkrit dan kantin didirikan. Dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Hj.
Jaafar Hassan pada 27 Mac 1974.
1996 Hingga kini sekolah terdiri dari 3 blok bangunan 2 tingkat dan 3 blok bangunan 1
tingkat.
1998 Satu blok bangunan 4 tingkat didirikan di bawah Rancangan Malaysia ke 7 dan siap
pada 28 Jun 1999 dan diserahkan bangunan ini pada 27 Julai 1999.
2000 Mulai 1 Januari keseluruhan bangunan 4 tingkat ini dipinjamkan kepada Sek. Men. Keb.
Abi.
2002 Bangunan 4 tingkat ini diserahkan kembali kepada pengurusan SK Abi
Sekolah Kebangsaan Abi ditubuhkan pada tahun 1911. Pengasas sekolah ini ialah En.
Ismail B. Che Tam yang kemudiannya bergelar Datuk Setia Bakti Diraja. Keseluruhan bangunan
pada peringkat permulaannya adalah diperbuat daripada kayu; manakala Pelajaran Jawi dijadikan
sebagai bahasa penghantar. Semua murid menggunakan papan batu dan kalam ketika menulis
latihan yang diberikan pentadbiran sekolah ini. Kerajaan telah mendirikan bangunan kayu dua
tingkat dalam proses memperluaskan penawaran pengajaran dan pembelajaran untuk anak-anak
di lingkungan persekitaran. Kerajaan juga telah mengambil iniasiatif dengan menghantar seorang
guru dalam usaha memertabatkan sekolah ini sebagai salah sebuah institusi pendidikan yang
formal. Guru pertama yang dihantar oleh kerajaan dalam usaha kearah tersebut
ialah En. Pilus B. Awang. Dengan pelajar perempuan yang semakin bertambah, kerajaan telah
mengambil langkah membina sebuah bangunan sekolah satu tingkat pada tahun 1930 dimana
bangunan tersebut menempatkan 1 kelas murid-murid lelaki dan satu kelas untuk murid-murid
perempuan. Bangunan tersebut dibuat daripada kayu yang diperolehi dari hutan, berlantaikan
tanah (berlapik dengan tikar) dan beratapkan rumbia. Guru besar pada masa itu ialah En. Osman
B.Hitam. Beliau berkhidmat dari tahun 1922 hingga 1930.
Sebelum pendudukan Jepun pada tahun 1930, kerajaan telah membina sebuah sekolah
yang baru ditapak yang baru di atas tanah Lot 1253 yang melibatkan keluasan sebanyak 14526
m2. ( yang ada sekarang) Terdiri dari dua blok bangunan kayu. Satu Blok bangunan kayu 1
tingkat untuk rumah guru berkembar (sekarang dikenali sebagai pondok Satu Malaysia) dan 1
blok bangunan kayu 2 tingkat(telah dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan dua blok
bangunan batu bata. Jumlah murid juga turut bertambah , oleh itu beliau telah melakukan satu

usaha ddengan membina sebuah sekolah yang baru ditapak yang baru di atas tanah Lot 1253
yang melibatkan keluasan sebanyak 14526 m2. ( yang ada sekarang) Terdiri dari dua blok
bangunan kayu. Satu Blok bangunan kayu 1 tingkat untuk rumah guru berkembar (sekarang
dikenali sebagai pondok Satu Malaysia) dan 1 blok bangunan kayu 2 tingkat (telah dirobohkan
bagi memberi laluan kepada pembinaan dua blok bangunan batu bata. Jumlah murid juga turut
bertambah .

Anda mungkin juga menyukai