Anda di halaman 1dari 3

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang New Coconut ditubuhkan pada

tahun 1930 bertempat di dalam sebuah rumah yang dikhaskan untuk pekerja-

pekerja ladang.

Pada masa itu, sekolah ini terdiri daripada 20 orang murid dan seorang guru

yang tidak terlatih. Selepas 5 tahun sebuah sekolah telah dibina. Sekolah ini hanya

mempunyai sebuah bilik sahaja yang terdiri daripada 25 orang murid dari darjah

satu hingga darjah tiga.

Pada tahun 1942 hingga 1945 sekolah ini terpaksa ditutup disebabkan

pemerintahan Jepun di negara ini. Sekolah ini dibuka semula pada tahun 1946 mulai

tahun 1947 hingga 1950 enrolmen murid meningkat dari 20 ke 32.

Sebuah bangunan baru telah dibina dengan ukuran 52 x 26 pada tahun 1951.

Bangunan itu dibahagikan kepada 2 bilik darjah. Enrolmen murid bertambah kepada

52 orang murid dan 2 orang guru ditugaskan untuk mengajar darjah 1 hingga darjah

6.

En.P.Krishnan dilantik sebagai guru besar mulai dari 5.5.1955 hingga

18.3.1986. Selepas 31 tahun En. Sri Ramulu dilantik sebagai Guru Besar. Ketiga itu,

enrolmen murid di sekolah ini adalah seramai 80 orang. Bangunan yang sedia ada

tidak mencukupi untuk murid-murid yang belajar di sini. Maka, dengan keizinan

pengurus ladang new Coconut dewan ladang digunakan untuk menjalankan P&P.
Oleh sebab bangunan yang sedia ada terlalu sempit dan tidak ada kemudahan-

kemudahan asas untuk P&P maka diusahakan untuk mendapat sebuah bangunan baru.

Pada 16.12.1989. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyerahkan surat

akuan janji yang berharga RM 35000 untuk mendirikan sebuah bangunan baru.

Dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak akhirnya, dapat dibina sebuah

bangunan baru yang mempunyai segala kemudahan dengan harga RM 60000.

Bangunan baru ini digunakan mulai dari 12.09.1992. selain itu, diusahakan juga

untuk mendapatkan bantuan modal sebanyak RM 20000 untuk mendirikan kantin dan

pagar. Projek tersebut telah dilaksanakan pada tahun 1996. Pada masa kini sekolah

ini telah mengalami banyak perubahan dari segi P&P, kecerian dan kemudahan-

kemudahan yang canggih dengan bantuan kerajaan dan warga sekolah ini.
SENARAI NAMA GURU BESAR YANG
BERKHIDMAT DI SEKOLAH

BIL. NAMA TAHUN BERKHIDMAT

1. EN. P. KRISHNAN 5.5.1955 - 18.3.1986

2. EN. V. SRI RAMULU 16.10.1997 - 1997

3. EN. P. ARAN 1997 - 25.3.2005

4. PN. P. SARASOO 25.3.2005 31.5.2006

5. PN. M. PARAMESWERI 1.6.2006 15.12.2008

6. EN. A. THAMILSELVAN 16.12.2008 16.6. 2009

7. EN. R. GANESAN 16.10.2009 -

8. EN. A. TAMILSELVAN - 2017

9. EN. P. PANDIAN 2017 SEHINGGA SEKARANG

Anda mungkin juga menyukai