Anda di halaman 1dari 6

PERBANDINGAN KURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN DENGAN SEKOLAH

BERASRAMA PENUH

SEJARAH UMUM

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana dikhaskan
untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PT3. Tujuan asal
penubuhan sekolah jenis ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar bumiputera di luar
bandar. Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama
Inggeris / ala Inggeris (seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terbatas kepada anak-anak
Raja dan orang kenamaan sahaja. Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama
dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali SBP Premier, SBPI dan SMAP.
Secara kasarnya 90% adalah untuk pelajar bumiputera manakala 10% lagi adalah untuk
pelajar bukan bumiputera.

Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar
perlu mematuhi jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh
dibandingkan dengan kehidupan pelajar di sekolah harian biasa.

SEJARAH SBP PREMIER

Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan
dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut “The
Selangor Raja School” ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu
daripada kalangan istana dan anak-anak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran
Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan
dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang
sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang
mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu
dengan mengatakan ia “hanya menghasilkan petani dan nelayan Melayu yang lebih baik”.
Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini,
dengan tujuan “for the education of the Malays of good family and for the training of Malay
boys for admission to certain branches of the government service”. Pada tahun 1947, “Malay
Girl College” ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri
Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, mengambil
sempena nama DYMM Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Pada bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya
melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan
dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6
buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu:

1. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) - 1956


2. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 1956
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) - 1957
4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) - 1963
5. Sekolah Alam Shah (kini dinamakan Sekolah Sultan Alam Shah) (SAS) - 1963
6. Sekolah Seri Puteri (SSP) – 1968

Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang
diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin ibni Sultan Sulaiman di Klang, Selangor.
Pada tahun 1966, kolej ini berpindah ke Jalan Universiti di Petaling Jaya, Selangor. Pada
tahun 1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej ini berpindah semula ke Klang
dan diberi nama Kolej Islam Klang. Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih
sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dinamakan sebagai Kolej Islam
Sultan Alam Shah (KISAS). Semua 9 SBP tersebut telah dibina sebelum kewujudan SBP baru
seperti Sekolah Menengah Sains (SMS), SBPI dan SMAP. Oleh itu, 9 SBP tersebut dikenali
sebagai SBP terawal ataupun SBP Premier. Semua SBP Premier mengambil pelajar Tingkatan
1-5 kecuali KISAS yang hanya mempunyai Tingkatan 4,5 dan 6.

Pada tahun 2012, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP)
telah diiktiraf sebagai SBP Premier dan ini diikuti oleh Sekolah Menengah Sains Sultan
Mahmud (SESMA) pada tahun 2013.
SEJARAH SEKOLAH MENENGAH SAINS (SMS)

Konsep Sekolah Menengah Sains (SMS) mula ditubuhkan pada tahun 1973 apabila kemajuan
pendidikan di kalangan murid-murid luar bandar, khususnya dalam bidang sains mendapat
perhatian daripada para pemimpin negara. Kerana itu, antara projek penting yang perlu
dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua dinyatakan sebagai: "an important project in
the plan is the establishment of ten pilot residential secondary science schools to provide
added educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their education in
science subjects.”

Justeru 10 buah SBP berikut telah dibina di dalam Rancangan Malaysia Kedua iaitu:-

1. Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SEMOJI) - 1973


2. Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SOKSEK) - 1973
3. Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) - 1973
4. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah (MOZAC) - 1973
5. Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) - 1973
6. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) - 1973
7. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (FARISPETRA) - 1973
8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SYEDPUTRA) - 1974
9. Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (STJ) - 1974
10. Sekolah Menengah Sains Johor (SENJO) – 1975

Sehingga akhir tahun 2000, jumlah SBP telah menjangkau ke angka 39 buah dengan kapasiti
murid seramai kira-kira 25,000 orang dan jumlah guru seramai kira-kira 2,500 orang. Pada
tahun 2002, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir mula beroperasi sebagai SBP ke 40
di premis lama Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban yang berpindah ke bangunan barunya
di Sungai Gadut, Seremban. Pada tahun 2003, Sekolah Menengah Sains Seri Puteri dan
Sekolah Menengah Sains Alam Shah ditubuhkan mengambil alih premis lama Sekolah Seri
Puteri yang berpindah ke Cyberjaya dan Sekolah Sultan Alam Shah ke Putrajaya. Pada tahun
2014, Sekolah Menengah Sains Perempuan Serembuan mula beroperasi di premis lama Kolej
Tunku Kurshiah yang berpindah ke Bandar Enstek.
SEJARAH SEKOLAH MENENGAH AGAMA PERSEKUTUAN (SMAP)

Konsep Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) mula ditubuhkan pada Januari 1982
atas cadangan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia
pada waktu itu, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman. Idea ini muncul kerana kesedaran Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan pada ketika itu untuk membina sekolah Agama Islam di
Kuala Lumpur. SMAP Labu merupakan SMAP pertama yang telah ditubuhkan pada tahun
1982.

SEJARAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI (SBPI)

Konsep Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) mula ditubuhkan pada tahun 2002. Pada
tahun 2002, 4 buah SMKA yang dinaik taraf sebagai SBP mula beroperasi. Sekolah-sekolah
ini dinamakan sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Konsep integrasi
menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Sains
Teknikal. 7 buah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) mula beroperasi pada tahun
2003 dan sebuah SBPI mula beroperasi pada tahun 2004.

SEJARAH SBP TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB

Pada tahun 2014, SMAP Bentong telah mendapat status Tahfiz Model Ulul Albab. Bagi SBP
tersebut, ia menyasarkan para pelajar untuk menjadi hafiz dalam tempoh 5 tahun
persekolahan. Ini diikuti oleh SBPI Rawang pada tahun 2015 dan SBPI Batu Rakit pada
tahun 2016.

1. SMAP Bentong
2. SBPI Rawang
3. SBPI Batu Rakit
4. SBPI Selandar
FALSAFAH SBP

Pendidikan di sekolah berasrama penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan
suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk
memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpontensi ke arah
kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab
terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

MATLAMAT SBP

1. Mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan dari
luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna
dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif.
2. Memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti
sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.
3. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui
pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat.
4. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan
beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
5. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu
menghadapi alam remaja.
6. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat
kecemerlangan SBP.
7. Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang.
8. Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP.
9. Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap,
pantas, tepat dan bijaksana.
10. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi mewujud
tuntutan wawasan 2020.
BILANGAN SBP

Sehingga kini, bilangan SBP di seluruh negara adalah sebanyak 69 buah sekolah (tidak
termasuk 5 yang dalam perancangan atau pembinaan). Pecahan SBP adalah seperti berikut:

1. 11 SBP Premier (Zon Utara-MCKK,STAR,SMSAH; Zon Tengah-SAS, SSP, KISAS;


Zon Selatan-SDAR, TKC, STF, Zon Timur-SMSTMFP, SESMA)
2. 43 Sekolah Menengah Sains (SMS), ( tidak termasuk SMSTMFP dan SESMA),
(termasuk SHAH, Pekan)
3. 12 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), (termasuk SMSSI/ISKANDAR)
4. 3 Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)
5. 7 SBP masih dalam pembinaan atau perancangan (SBPI Tanah Merah, SBP Manjung,
SBP Keningau, SBP Tangkak, SMS Segamat ,SBP Pendang, SBP Agama Perlis)

KURIKULUM ANTARABANGSA

1. IB Middle Year Programme : MCKK, TKC dan SMSTMFP juga dipilih sebagai 10
buah sekolah perintis KPM bagi menjalankan program IB Middle Year Programme
yang dijadualkan mendapat pengiktirafan menjelang tahun 2016.

Anda mungkin juga menyukai