Anda di halaman 1dari 6

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

GGGA6213 TEORI DAN AMALAN KURIKULUM

TUGASAN KUMPULAN

NAMA PENSYARAH:
DR NURFARADILLA BINTI MOHD NASRI

NAMA PELAJAR:

MAYIZAYATUL HEZREN BINTI KAMARUDDIN (P99651)


MUHAMMAD AZRIN BIN ABU BAKAR (P99658)
MUHAMMAD HAIY BIN ROSMAN (P99660)
MUSYRIFAH BT ISMAIL (P99661)
NIK ZATUL-IFFAH BT N MOHD NABIL (P99663)
UMMI SALEHAH BT HAMZAH (P99676)

TAJUK TUGASAN:

MODEL TABA DAN TYLER


1.0 Pengenalan

Dunia pendidikan hari ini adalah penentu masa depan negara. Bagi memastikan pendidikan negara
mencapai matlamat, sistem kurikulum haruslah unggul. Ini kerana Kurikulum merupakan
instrumen penting dalam mencapai tujuan pendidikan, malah digunakan sebagai garis panduan
dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada semua peringkat dan lapangan
sekolah.
Kurikulum ialah suatu program pendidikan yang mengandungi berbagai bahan pelajaran
dan pengalaman belajar yang diprogramkan, dirancang secara sistemik atas dasar kelaziman atau
kebiasaan yang berlaku yang dijadikan panduan dalam proses pembelajaran oleh pendidik dan
peserta didik untuk mencapai tujuan pendidikan.

2.0 Latar Belakang

Tokoh-tokoh terdahulu telah mencipta banyak model yang digunakan dalam pengembangan
kurikulum. Menurut Robert S. Zain dalam bukunya: Curriculum Principles and Foundation (Dakir
2004: 95-99) berbagai model dalam pengembangan kurikulum secara kasarnya dinyatakan seperti
berikut: Model Administratif (Line Staff), Model dari Bawah (Gross-Roots), Model Demonstrasi,
Model Tyler, Model Taba, Model Beauchamp, Model Wheeler, Model Nicholls dan Model
Dynamic Skilbeck.
Pemilihan suatu model pengembangan kurikulum bukan saja dinilai pada kelebihan yang
ada pada model tersebut, dan kemungkinan hasil yang bakal dicapai, tetapi juga perlu disesuaikan
dengan sistem kurikulum dan sistem pendidikan sesebuah negara. Nadler (1988) menjelaskan
bahawa model yang baik adalah model yang dapat menolong si pengguna untuk mengerti dan
memahami suatu proses secara terperinci dan menyeluruh.
2.1 Definisi

2.1.1 Kurikulum

Menurut Ralph Tyler (1935), kurikulum adalah seluruh pengalaman belajar yang
direncanakan dan diarahkan oleh sekolah untuk mencapai tujuan pendidikannya. Menurut Hilda
Taba (1962) pula, kurikulum ialah pernyataan tentang tujuan-tujuan pendidikan yang bersifat
umum dan khusus dan materinya dipilih dan diorganisasikan berdasarkan suatu pola tertentu untuk
kepentingan belajar dan mengajar.
Di Malaysia, kurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk
kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma,
nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan (Akta
Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997).

2.2 Model

Menurut Good (1972) dan Travers (1973), model adalah abstrak dari dunia nyata atau
persembahan peristiwa kompleks atau sistem, dalam bentuk cerita, matematik, grafik, serta
lambang-lambang lainnya, (Sanjaya, 2009). Oleh itu, model bukanlah sesuatu yang realiti tetapi
merupakan acuan dari sesuatu yang sebenar di alam nyata dijadikan sebagai panduan dalam
sesuatu kegiatan.

2.2.1 Model Taba

Kurikulum Taba adalah salah satu model pengembangan kurikulum yang disusun oleh Hilda Taba
(1962). Model pengembangan kurikulum ini dibuat dengan memodifikasi model dasar Tyler agar
lebih representatif terhadap perkembangan kurikulum untuk semua jenis sekolah. Dalam
pendekatannya, Taba menganjurkan untuk menggunakan pertimbangan ganda terhadap isi
(organisasi kurikulum yang logik) dan individu pelajar (psikologi organisasi kurikulum).
Model Taba lebih menitikberatkan kepada bagaimana mengembangkan kurikulum sebagai
suatu proses perbaikan dan penyempurnaan. Oleh karena itu dalam model ini dikembangkan
sesuatu tahap yang harus dilakukan oleh para pengembang kurikulum. Pengembangan kurikulum
secara tradisional biasanya dilakukan secara deduktif yang dimulai dari langkah penentuan prinsip-
prinsip dan dasar, merumuskan reka bentuk kurikulum secara menyeluruh, menyusun unit-unit
kurikulum selari dengan reka bentuk kurikulum dan melaksanakan kurikulum di dalam kelas.

2.2.2 Model Tyler

Ralph Tyler telah memperkenalkan model kurikulum yang di kenali sebagai Model Tyler pada
tahun 1949 dianggap model klasik, namun tetap digunakan dalam bidang perkembangan
kurikulum. Menurut Ralph Tyler, kurikulum ialah segala pembelajaran yang diarah, dirancang,
dikelola dan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Beliau juga menyatakan kurikulum merangkumi
objektif pendidikan, segala pengalaman yang dirancang, dan penilaian ialah asas untuk Tyler ini.
Model ini memerlukan pelajar berinteraksi dan menyuaikan diri dalam pelbagai persekitaran
luaran kerana model ini mementingkan pengalaman pembelajaran oleh pelajar sebagai asas untuk
menjayakan model ini. Di sini pelajar akan membina kemahiran berfikir, membantu mencari
maklumat dan menanam minat dan sikap pelajar sendiri. Penekanan terhadap penilaian untuk
melihat keberkesanan sesuatu kandungan dan kaedah mengikut objektif yang ditetapkan juga
merupakan model ini diguna pakai dalam penyusunan kurikulum sehingga kini.

3.0 Kelebihan Model

Kelebihan Model Tyler adalah model ini tidak tertumpu hanya pada pencapaian pelajar, malah
aspek lain turut dilihat seperti:

❏ Sistematik dalam mengurus perjalanan pengajaran dan pembelajaran


❏ Logik, mudah dan praktik
❏ Pelajar Dapat Berinteraksi Dengan Persekitaran Luaran
❏ Berorientasikan Penilaian Untuk Keberkesanan Pengajaran
❏ Menentukan Hala Tuju Organisasi
Terdapat pelbagai kelebihan Model Hilda Taba ini, antaranya ialah:

❏ Peranan guru sebagai pemaju dalam menjayakan matlamat kurikulum


❏ Meningkatkan pemikiran pelajar secara produktif dan kreatif
❏ Pelajar bekerja berpasukan secara koperatif dan aktif
❏ Pelajar dapat menaakul konsep dan menjana maklumat dalam pelbagai situasi

4.0 Siapa Yang Perlu Membuat Pilihan

Kementerian Pelajaran Malaysia menggubal sistem pendidikan berdasarkan Model Tyler sebagai
panduan dan rujukan dalam membina susun atur silibus pengajaran. Oleh yang demikian, guru-
guru sebagai pelaksana boleh mengadaptasikan dan menyerapkan strategi-strategi yang
bersesuaian dalam proses pengajaran mereka agar bersesuaian dengan keperluan pelajar mereka.

5.0 Adakah Model Tyler merupakan asas yang sesuai dengan perkembangan kurikulum
semasa?

Model Tyler merupakan model yang terawal dan banyak digunakan dalam perkembangan
kurikulum di Malaysia. Ini disebabkan ianya bersesuaian dalam perkembangan kurikulum di mana
kaedah pengajaran dirancang dengan tujuan yang bersesuaian dengan pengajaran. Empat perkara
asas yang dititikberatkan dalam membuat perancangan iaitu objektif pengajaran, kandungan
kurikulum pengajaran, kaedah pengajaran dan juga penilaian hasil pengajaran untuk melahirkan
modal insan yang berkualiti.

6.0 Rujukan

Taba, Hilda. 1962. "Curriculum Development" In Evaluation in the Eight Year Study.Columbus,
OH: Progressive Education Association. http://www.answers.com/topic/hilda-taba

Tushman, M. L., Newman, W. H., & Nadler, D. A. (1988). Executive leadership and
organizational evolution: Managing incremental and discontinuous change. In R. H. Kilmann
& T. J. Covin (Eds.), Jossey-Bass management series. Corporate transformation: Revitalizing
organizations for a competitive world (p. 102–130). Jossey-Bass.

Tyler, R. W. (1949). Basic principles of curriculum and instruction. Chicago, IL:University of


Chicago Press

https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/kurikulum-kebangsaan

Anda mungkin juga menyukai