Anda di halaman 1dari 21

Sekolah Berasrama Penuh

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) (Fully Residential School) merupakan kumpulan sekolah menengah perdana
dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR dan PT3 (menggantikan
PMR mulai tahun 2014). Tujuan asal penubuhan sekolah jenis ini adalah untuk memberi peluang kepada
pelajar bumiputera di luar bandar.

Ini adalah kerana pada awalnya, sekolah berasrama hanyalah sekolah berasrama Inggeris / ala Inggeris
(seperti Kolej Melayu Kuala Kangsar) yang terbatas kepada anak-anak Raja dan orang kenamaan sahaja.
Namun kini, semua sekolah berasrama penuh adalah sama dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia
kecuali SBP Premier, SBPI dan SMAP. Secara kasarnya 90% adalah untuk pelajar bumiputera manakala 10%
lagi adalah untuk pelajar bukan bumiputera.

Di sekolah berasrama penuh waktu belajar telah diatur oleh pihak sekolah dan setiap pelajar perlu mematuhi
jadual tersebut. Inilah satu keunikan kehidupan sekolah berasrama penuh dibandingkan dengan kehidupan
pelajar di sekolah harian biasa. Pada setiap tahun, sudah menjadi tradisi setiap sekolah berasrama penuh untuk
bertanding di Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh bagi merebut Piala Perdana Menteri.

SEJARAH
SBP Premier

Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya
menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut “The Selangor Raja School” ditubuhkan
sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu daripada kalangan istana dan anak-anak pembesar negeri,
menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian
dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang sehingga hari ini
dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar
pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ia “hanya
menghasilkan petani dan nelayan Melayu yang lebih baik”. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi
penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan tujuan “for the education of the Malays of good family and for
the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service”. Pada tahun 1947,
“Malay Girl College” ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan
dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, mengambil sempena nama DYMM Raja
Permaisuri Agong yang pertama.

Pada bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya
melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan
menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6 buah Sekolah
Berasrama Penuh (SBP), iaitu:

1. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) - 1956

2. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 1956

3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) - 1957

4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) - 1963

5. Sekolah Alam Shah (kini dinamakan Sekolah Sultan Alam Shah) (SAS) - 1963

6. Sekolah Seri Puteri (SSP) - 1968

Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang diwakafkan oleh
Almarhum Sultan Hishamuddin ibni Sultan Sulaiman di Klang, Selangor. Pada tahun 1966, kolej ini berpindah
ke Jalan Universiti di Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai,
kolej ini berpindah semula ke Klang dan diberi nama Kolej Islam Klang.

Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan
dinamakan sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Semua 9 SBP tersebut telah dibina sebelum
kewujudan SBP baru seperti Sekolah Menengah Sains(SMS), SBPI dan SMAP. Oleh itu, 9 SBP tersebut
dikenali sebagai SBP terawal ataupun SBP Premier. Semua SBP Premier mengambil pelajar Tingkatan 1-5
kecuali KISAS yang hanya mempunyai Tingkatan 4,5 dan 6.

SBP Premier (tambahan)

Pada tahun 2012, Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (SMSTMFP) telah diiktiraf sebagai
SBP Premier dan ini diikuti oleh Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) pada tahun 2013.
Sekolah Menengah Sains (SMS)

Konsep Sekolah Menengah Sains (SMS) mula ditubuhkan pada tahun 1973 apabila kemajuan pendidikan di
kalangan murid-murid luar bandar, khususnya dalam bidang sains mendapat perhatian daripada para pemimpin
negara. Kerana itu, antara projek penting yang perlu dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua
dinyatakan sebagai: "an important project in the plan is the establishment of ten pilot residential secondary
science schools to provide added educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their
education in science subjects.”

Justeru 10 buah SBP berikut telah dibina di dalam Rancangan Malaysia Kedua iaitu:-

1. Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa (SEMOJI) (1973)

2. Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SOKSEK) (1973)

3. Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) (1973)

4. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah (MOZAC) (1973)

5. Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SEMSAS) (1973)

6. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) (1973)

7. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra (FARISPETRA) (1973)

8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra (SYEDPUTRA) (1974)

9. Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (STJ) (1974)

10. Sekolah Menengah Sains Johor (SCORE) (1975)

Sehingga akhir tahun 2000, jumlah SBP telah menjangkau ke angka 39 buah dengan kapasiti murid seramai
kira-kira 25,000 orang dan jumlah guru seramai kira-kira 2,500 orang. Pada tahun 2002, Sekolah Menengah
Sains Tuanku Munawir mula beroperasi sebagai SBP ke 40 di premis lama Sekolah Dato’ Abdul Razak,
Seremban yang berpindah ke bangunan barunya di Sungai Gadut, Seremban.

Pada tahun 2003, Sekolah Menengah Sains Seri Puteri dan Sekolah Menengah Sains Alam Shah ditubuhkan
mengambil alih premis lama Sekolah Seri Puteri yang berpindah ke Cyberjaya dan Sekolah Sultan Alam
Shah ke Putrajaya. Pada tahun 2014, Sekolah Menengah Sains Perempuan Serembuan mula beroperasi di
premis lama Kolej Tunku Kurshiah yang berpindah ke Bandar Enstek
Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)

Konsep Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) mula ditubuhkan pada Januari 1982 atas cadangan
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan Malaysia pada waktu itu, Tan Sri Dr Abdul
Hamid Othman. Idea ini muncul kerana kesedaran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada ketika itu
untuk membina sekolah Agama Islam di Kuala Lumpur. SMAP Labu merupakan SMAP pertama yang telah
ditubuhkan pada tahun 1982.

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)

Konsep Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) mula ditubuhkan pada tahun 2002. Pada tahun 2002, 4 buah
SMKA yang dinaik taraf sebagai SBP mula beroperasi. Sekolah-sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah
Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Konsep integrasi menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Aliran
Sains Tulen Agama dan Aliran Sains Teknikal. 7 buah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) mula
beroperasi pada tahun 2003 dan sebuah SBPI mula beroperasi pada tahun 2004.

Peruntukan SBP baru

Bagi peruntukan SBP baru, terdapat peruntukan pembinaan SBP baru di bawah RMK-11 dan Bajet 2015. Di
bawah Bajet 2015, sebanyak 2 SBP baru yang bakal dibina, manakala di bawah RMK-11, beberapa buah SBP
akan dibina, seperti di Keningau, Sabah dan Manjung, Perak. Ini tidak termasuk pembinaan sekolah berasrama
penuh agama yang bakal dibina di Perlis.

Bilangan SBP Kemasukan pelajar ke SBP

Sehingga kini, bilangan SBP di seluruh negara adalah sebanyak 69 buah sekolah (tidak termasuk 5 yang dalam
perancangan atau pembinaan).

Pecahan SBP adalah seperti berikut:

 11 SBP Premier (Zon Utara-MCKK,STAR,SMSAH; Zon Tengah-SAS,SSP,KISAS; Zon Selatan-


SDAR,TKC,STF,Zon Timur-SMSTMFP,SESMA)

 43 Sekolah Menengah Sains (SMS), ( tidak termasuk SMSTMFP dan


SESMA),(termasuk SHAH,Pekan)
 12 Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI), (termasuk SMSSI/ISKANDAR)

 3 Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)

 7 SBP masih dalam pembinaan atau perancangan (SBPI Tanah Merah, SBP Manjung, SBP Keningau,
SBP Tangkak, SMS Segamat, SBP Pendang, SBP Agama Perlis)

Kemasukan pelajar Ke SBP

Mulai 2016, semua SBP kecuali KISAS mengambil pelajar Tingkatan 1 dan kesemua SBP tersebut
mempunyai pelajar Tingkatan 1-5. SMAP Labu mengambil pelajar Tingkatan 6 dan mempunyai pelajar
Tingkatan 1-6. KISAS hanya mengambil pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 dan KISAS hanya mempunyai
pelajar Tingkatan 4-6. 2 SBP mengambil pelajar IB Diploma. 2 SBP tersebut adalah MCKK dan TKC.

Mulai 2016, pengambilan pelajar Tingkatan 4 dikurangkan kepada 7 SBP sahaja dan ia bakal ditamatkan
menjelang 2018 (PT3 2018) bagi menumpukan pengambilan pelajar Tingkatan 1 sahaja. Hal ini tidak
melibatkan KISAS. Pelajar yang memohon ke Tingkatan 1 boleh memilih mana-mana SBP kecuali KISAS.

Pelajar yang memohon ke Tingkatan 4 hanya boleh memilih KISAS, SAMURA, SESTER, ASiS, SESERI,
SASER dan SGS.

Aliran SBP (Menengah Rendah, Menengah Atas dan Pra-Universiti)


Kemasukan pelajar ke SBP

Menengah Rendah

Bagi tingkatan1-3, terdapat aliran Sains atau Sains Agama.

Aliran Sains Agama ditawarkan di Sekolah Menengah Agama Persekutuan(SMAP) dan Sekolah Berasrama
Penuh Integrasi(SBPI) termasuklah SMSSI.

Aliran Sains ditawarkan di Sekolah Menengah Sains(SMS) dan SBP Premier


(MCKK,STAR,SAS,SDAR,TKC,STF,SSP,SMSAH,SMSTMFP,SESMA).

 Sains Agama- SMAP, SBPI(termasuk SMSSI)


 Sains- SMS, SBP Premier(kecuali KISAS)
Menengah Atas

Bagi tingkatan 4-5, terdapat aliran Sains Tulen, Sains Teknikal, Sains Sosial, Sains Tulen Agama, dan Agama
Ikhtisas. Sekolah Menengah Sains(SMS) menawarkan aliran Sains Tulen, Sains Teknikal(SMS tertentu) dan
Sains Sosial(SGS).

SBPI(termasuk SMSSI) menawarkan aliran Sains Tulen, Sains Teknikal dan Sains Tulen Agama.

SMAP menawarkan aliran Sains Tulen Agama. KISAS menawarkan aliran Sains Tulen Agama dan Agama
Ikhtisas. SBP Premier menawarkan aliran Sains Tulen dan Sains Teknikal(SMSAH)

 Sains Tulen- SBP Premier, SMS, SBPI


 Sains Teknikal-SBP Premier(SMSAH), SMS tertentu,SBPI
 Sains Tulen Agama-SMAP, KISAS, SBPI
 Sains Sosial-SGS, SHAH Pekan
 Agama Ikhtisas-KISAS

Pra-Universiti
Terdapat 2 SBP yang mengambil pelajar Tingkatan 6 bagi aliran STPM atau STAM iaitu, KISAS dan SMAP
Labu. Selain itu, terdapat 2 SBP yang menawarkan program IB Diploma bagi pelajar lepasan SPM, iaitu
MCKK dan TKC.

 STPM-KISAS, SMAP LABU


 STAM- KISAS
 IB Diploma- MCKK, TKC

Kurikulum antarabangsa (IB Middle Year Programme)


MCKK, TKC dan SMSTMFP juga dipilih sebagai 10 buah sekolah perintis KPM bagi menjalankan
program IB Middle Year Programme yang dijadualkan mendapat pengiktirafan menjelang tahun 2016.
Trivia dan Fakta Ringkas SBP
Fakta ringkas SBP adalah seperti berikut:

 1 SBP mempunyai pelajar Menengah Atas sahaja.


 2 SBP mempunyai pelajar Tingkatan 6 (SMAP Labu dan KISAS)
 6 SBP adalah "all boys school" manakala 6 SBP adalah "all girls school".
 SBPI hanya menawarkan aliran agama bagi menengah rendah, tetapi menawarkan aliran sains tulen,
aliran sains teknikal dan aliran sains tulen agama bagi menengah atas. Oleh itu, pelajar yang tidak
mengambil Bahasa Arab sewaktu PT3 boleh memasuki SBPI di Tingkatan 4 dalam bidang sains tulen
atau sains teknikal.
 SBP yang mempunyai jumlah pelajar satu batch terbesar adalah SAMURA dengan lebih 300 pelajar
Tingkatan 4 diterima masuk setiap tahun. Terdapat lebih 10 kelas bagi setiap batch di SAMURA.
 SEMSAS dan SHAH Pekan adalah 2 SBP yang berbeza di 2 bandar (Pekan dan Kuantan) walaupun
mempunyai nama sekolah yang hampir sama.
 SMSSI adalah sebuah SBPI walaupun mempunyai nama Sekolah Menengah Sains kerana mendapat
titah perintah Sultan Johor untuk pertukaran nama sekolah
 Wind Orchestra hanya terdapat di SBP tertentu sahaja, iaitu di SMS tertentu dan SBP Premier (kecuali
KISAS)
 Pilihan bahasa antarabangsa bergantung di SBP tertentu.(Arab, Mandarin, Jepun, Jerman,
Perancis,Korea). Ia hanya melibatkan pengambilan pelajar Tingkatan 1 sahaja.
 SHAH Pekan merupakan SBP dan sekolah yang terbesar di Malaysia. SHAH Pekan pernah
direkodkan sebagai sekolah yang terbesar di Asia Tenggara.
 SBP yang mempunyai kolam renang adalah MCKK sahaja.
 TKC merupakan satu-satunya SBP yang mempunyai arena sukan dan olahraga bertaraf antarabangsa
mengikuti piawaian IAAF - International Association of Athletics Federations yang dinamakan Tunku
Arishah Sports Arena (TASA)
 Mulai 2016, semua SBP kecuali KISAS menerima pelajar tingkatan 1 dan 7 SBP
(KISAS,SASER,ASIS,SESERI,SGS,SAMURA,SESTER) mengambil pelajar tingkatan 4.
SBP Tahfiz Model Ulul Albab

Pada tahun 2014, SMAP Bentong telah mendapat status Tahfiz Model Ulul Albab. Bagi SBP tersebut, ia
menyasarkan para pelajar untuk menjadi hafiz dalam tempoh 5 tahun persekolahan. Ini diikuti oleh SBPI
Rawang pada tahun 2015 dan SBPI Batu Rakit pada tahun 2016.

 SMAP Bentong
 SBPI Rawang
 SBPI Batu Rakit
 SBPI Selandar

Falsafah SBP

Pendidikan di sekolah berasrama penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan
dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan
pelajar-pelajar berpontensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan
bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.

Matlamat SBP

1. Mewujudkan peluang untuk pelajar yang berpotensi terutamanya dari kawasan dari luar bandar bagi
mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim
persekolahan yang kondusif.

2. Memperbanyakkan peluang pelajar bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke


arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.

3. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup


bermasyarakat sarwajagat.

4. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai
dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia.
5. Melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemampanan sahsiah yang mampu menghadapi alam
remaja.

6. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat kecemerlangan
SBP.

7. Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang.

8. Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan pelajar SBP.

9. Menghasilkan pelajar-pelajar yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan
bijaksana.
10. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi mewujud tuntutan wawasan
2020.
Senarai SBP

Sekolah berasrama Tahun


Bil Tingkatan Singkatan Moto
penuh ditubuhkan

1 Sekolah Tuanku Abdul Tingkatan 1-5 STAR 1957 Ilmu Panduan Hidup
Rahman

Tingkatan 1- Fiat Sapientia


Kolej Melayu Kuala
2 5,IB MYP,IB MCKK 1905 Virtus(Kebijaksanaan Mutu
Kangsar (The Malay College
Diploma Manusia)
Kuala Kangsar)

Tingkatan 1-
Rajin dan Usaha, Tangga
3 5,IB MYP, IB KTK, TKC 1947
Kolej Tunku Kurshiah Kemajuan
Diploma

SBPIBR,
4 Sekolah Berasrama 2003 Berilmu, Berakhlak, Berkualiti
BRaInS
Penuh Integrasi Batu Rakit

SBPIGBK,
5 Sekolah Berasrama 2003 Benar, Tepat, Efektif
INTEGOMB
Penuh Integrasi Gombak

SBPIGPG, I-
6 Sekolah Berasrama 2003 Ilmu, Amal, Iman
GOP
Penuh Integrasi Gopeng

7 Sekolah Berasrama SBPIJ, INTEJ 2002 Ilmu Memantapkan Iman


Penuh Integrasi Jempol

SBPIK, Membentuk Generasi


8 Sekolah Berasrama 2003
INTEK Pemimpin
Penuh Integrasi Kuantan
SBPIKP, I- Cemerlang, Gemilang,
9 Sekolah Berasrama 2004
KUPS Terbilang
Penuh Integrasi Kubang Pasu

Sekolah Berasrama SBPIR, Sumber Penjana Muslim


10 2002
Penuh Integrasi Rawang SEPINTAR Bestari

Sekolah Berasrama SBPISB,


11 Penuh Integrasi Sabak 2002 Ilmu, Iman, Istiqamah
INTESABER
Bernam

12 Sekolah Berasrama SBPIS, SISMe 2003 Cemerlang, Berwawasan


Penuh Integrasi Selandar

13 SBPIT, InSofT 2002 Ilmu, Iman, Amal


Sekolah Berasrama
Penuh Integrasi Temerloh

Sekolah Berasrama SBPITAR,


14 2003 Beyond Success
Penuh Integrasi Tun Abdul InSTAR
Razak

15 Sekolah Dato' Abdul SDAR 1956 Berilmu untuk Berjasa


Razak

16 Sekolah Menengah SUPERB 2013 Melangkaui Kecemerlangan


Agama Persekutuan Bentong

17 Sekolah Menengah SMAPK 1989 Ilmu, Iman, Amal


Agama Persekutuan Kajang

18 Sekolah Menengah Tingkatan 1-6 SMAPL 1982 Ilmu, Iman, Amal


Agama Persekutuan Labu
19 Sekolah Menengah SMSAS, ASiS 2003 Kreatif, Inovatif, Produktif
Sains Alam Shah

20 Sekolah Menengah SABDA 2009 Unggul Terbilang


Sains Bagan Datoh

21 Sekolah Menengah BASiS 2012 Berilmu, Beramal, Berbakti


Sains Banting

22 Sekolah Menengah Tingkatan 1-5 SEHEBAT 2012 Integriti, Kredibiliti, Inovatif


Sains Batu Pahat

SMSD,
23 Sekolah Menengah 1982 Berilmu, Berdisiplin, Berbakti
SEMERDU
Sains Dungun

24 Sekolah Menengah SEMASHUR 2000 Usaha, Amal, Bakti


Sains Hulu Selangor

Sekolah Menengah Menjana Kecemerlangan Jati


25 SAHUT 2011
Sains Hulu Terengganu Diri

26 JeSS 2013 Ilmu, Amal, Taqwa


Sekolah Menengah
Sains Jeli

27 Sekolah Menengah SCORE 1973 Budi, Karya, Bakti, Ikhlas


Sains Johor

SMSKB,
Kualiti Pemangkin
28 Sekolah Menengah Tingkatan 1-5 KEBSES, 2009
Kecemerlangan
Sains Kepala Batas SAKBA
29 Sekolah Menengah SAKTI 1996 Ilmu, Bakti, Kualiti
Sains Kota Tinggi

30 Sekolah Menengah KUSESS 1996 Berilmu, Beramal, Berbakti


Sains Kuala Selangor

Menjana Kecemerlangan Jati


31 SESTER 2000
Sekolah Menengah Diri
Sains Kuala Terengganu

SMSKP ,
32 Sekolah Menengah Tingkatan 1-5 2009 Sukses, Kreatif, Produktif
KUPSIS
Sains Kubang Pasu

33 Sekolah Menengah SAINSKU 1994 Berilmu, Berwawasan


Sains Kuching

34 Sekolah Menengah SAKURA 2013 Ilmu, Integriti, Iltizam


Sains Kuching Utara

SMSL,
35 Sekolah Menengah 1985 Usaha, Jaya, Bakti
SMEXCEL
Sains Labuan

SMSLD,
36 Sekolah Menengah 1988 Berilmu, Bersatu, Terus Maju
SEMSALD
Sains Lahad Datu

37 Sekolah Menengah SMACH 1983 Berilmu, Berusaha, Berbakti


Sains Machang

SMSM,
38 Sekolah Menengah 1990 Berusaha, Berilmu, Beramal
SAINSRI
Sains Miri
39 Sekolah Menengah SAMURA 1983 Berilmu, Berbakti
Sains Muar

SMSMS,
40 Sekolah Menengah 1973 Bersikap Membina
MOZAC
Sains Muzaffar Syah

SMSPP,
41 Sekolah Menengah 1998 Ilmu, Amal, Gemilang
SCIPP
Sains Pasir Puteh

42 Sekolah Menengah SGS 2014 Modal Insan Aspirasi Negara


Sains Perempuan Seremban

SMSPS,
43 Sekolah Menengah 1995 Berilmu, Beramal, Bertaqwa
SAINA
Sains Pokok Sena

44 Sekolah Menengah SERATAS 1982 Berdisiplin, Berilmu, Berbakti


Sains Raja Tun Azlan Shah

Tekun, Bersatu, Berjaya,


45 Sekolah Menengah SEMESRA 2009
Terbilang
Sains Rembau

46 Sekolah Menengah SMESH 1984 Teguh, Setia, Budi


Sains Sabah

47 Sekolah Menengah SMSS 1973 Budi, Usaha, Bakti


Sains Selangor

48 Sekolah Menengah SASEM 2011 Ihsan, Ilmu, Khalifah


Sains Sembrong
49 Sekolah Menengah SESERI 2003 Proaktif, Inovatif, Efektif
Sains Seri Puteri

Sekolah Menengah Sains


50 SAIS 2011 Ilmu, Sahsiah, Gemilang
Setiu

Sekolah Menengah
51 SEMSAS 1973 Hidup Berjasa
Sains Sultan Haji Ahmad
Shah

SMSSI, Sepakat, Bestari, Progresif,


52 Sekolah Menengah 2003
ISKANDAR Inovatif
Sains Sultan Iskandar

53 Sekolah Menengah SESMA 1973 Disiplin, Kualiti, Dedikasi


Sains Sultan Mahmud

SMSSMJ,
54 Sekolah Menengah 1973 Berilmu dan Berbudi
SMOJI
Sains Sultan Mohamad Jiwa

55 Sekolah Menengah SESTA 2010 Berilmu, Bertakwa


Sains Tapah

56 Sekolah Menengah SEMESTI 1984 Ilmu Teras Hidup


Sains Teluk Intan

57 Sekolah Menengah SEMESTA 1983 Ilmu, Amal, Budi


Sains Tengku Abdullah Raub

Sekolah Menengah Tingkatan 1-


58 SMSTMFP 1973 Sains Asas Kemajuan
Sains Tengku Muhammad 5,IB MYP
Faris Petra
59 Sekolah Menengah STJ 1973 Maju Sempurna
Sains Tuanku Jaafar

60 Sekolah Menengah SASER 2002 Berilmu, Beriman, Berbakti


Sains Tuanku Munawir

SYED
61 Sekolah Menengah 1973 Tekun, Usaha, Jaya
Sains Tuanku Syed Putra PUTRA

SMSTSSS,
62 Sekolah Menengah Sains SOKSEK, 1973 Ilmu Asas Kemajuan
Tun Syed Sheh Shahabudin TUNASS

63 Sekolah Menengah SMSAH 1963 Belajar dan Berbakti


Sultan Abdul Halim

64 Sekolah Sains Sultan SHAH Pekan 1989 Ilmu, Amal, Budi


Haji Ahmad Shah Pekan

65 Sekolah Seri Puteri SSP 1968 Ilmu, Usaha, Jaya

Sekolah Sultan Alam


66 Shah SAS, SSAS 1963 Chita, Usaha, Jaya

Kolej Islam Sultan KISAS, Bersama Merangkul


67 Tingkatan 4-6 1955
Alam Shah SASIC Keunggulan

68 Sekolah Tun Fatimah STF 1956 Berusaha Tangga Kejayaan

Sekolah Menengah Sains


69 Gua Musang GUAMS 2015

Dalam
70 SBPI Tanah Merah perancangan-
RMK11
Dalam
71 SBP Pendang
perancangan

Dalam
72 SBP Manjung perancangan-
RMK11

Dalam
73 SBP Keningau perancangan-
RMK 11

Dalam
74 SBP Agama Perlis
perancangan

75 SBP Alor Gajah Bajet 2016

76 SBP Segamat Bajet 2016

77 SBP Ledang Bajet 2016

78 SBP Jerantut Bajet 2016


Syarat Pemilihan
Kemasukan Tingkatan 1

 Murid mestilah warganegara Malaysia;

 Murid Sekolah Kebangsaan;

 Murid mencapai 3A 3B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Kriteria berikut boleh
dipertimbangkan ke SBP iaitu :

 Murid mencapai sekurang-kurangnya 3A 3B serta aktif sukan atau permainan sekurang-kurangnya mewakili
negeri ke peringkat kebangsaan.

 Murid dari keluarga miskin berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (Kumpulan Miskin Tegar)
mendapat sekurang-kurangnya 3A 3B dalam UPSR dan

 Aktif dalam kokurikulum.

Kemasukan Tingkatan 4

 Murid mestilah warganegara Malaysia;

 Bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan ; dan

 Kelayakan akademik keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) seperti berikut :-

 Memperoleh Gred A bagi sekurang-kurangnya Enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran
Bahasa Antarabangsa / Bahasa Ketiga

 Memperoleh Gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik

 Memperoleh sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran lain

 Permohonan ke Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran Agama Ikhtisas, calon perlu memperoleh Gred A bagi
mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya Gred B bagi mata pelajaran Bahasa Arab; dan

 Aktif dalam kokurikulum.


Senarai Sekolah Terbaik di Malaysia (SPM 2016)

11. SM Sains Perempuan Seremban (SGS)

12. SM Sains Muar

13. SBP Integrasi Gombak

14. SM Sains Kuala Selangor

15. The Malay College Kuala Kangsar

16. SM Agama Persekutuan Labu

17. SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra

18. SM Sains Muzaffar Syah

19. SM Sains Hulu Selangor

20. SM Sains Kota Tinggi

21. SM Sains Miri

22. SM Sultan Abdul Halim


23. Sekolah Sultan Alam Shah

24. Sekolah Tuanku Abdul Rahman

25. SBP Integrasi Rawang

26. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin

27. SM Sains Kuala Terengganu

28. SM Sains Tapah

29. SM Sains Johor

30. SM Sains Sultan Iskandar

31. SM Agama Persekutuan Kajang

32. SM Sains Banting

33. SM Sains Rembau

34. SBP Integrasi Gopeng

35. SM Sains Batu Pahat

36. SBP Integrasi Selandar

37. SM Sains Tuanku Jaafar

38. SBP Integrasi Batu Rakit

39. SM Sains Kuching Utara

40. SBP Integrasi Kubang Pasu

41. Sekolah Dato' Abdul Razak

42. SM Sains Labuan

43. SBP Integrasi Jempol

44. SM Sains Selangor

45. SM Sains Sultan Hj Ahmad Shah

46. SM Sains Jeli

47. SM Sains Hulu Terengganu

48. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah

49. SM Sains Machang

50. SBP Integrasi Sabak Bernam

51. SBP Integrasi Tun Abdul Razak


52. SM Sains Sabah

53. SM Sains Lahad Datu

54. SM Sains Tengku Abdullah

55. SM Sains Kepala Batas

56. SM Sains Pasir Puteh

57. SBP Integrasi Temerloh

58. SM Agama Persekutuan Bentong

59. SM Sains Raja Tun Azlan Shah

60. SM Sains Tuanku Syed Putra

61. SM Sains Kubang Pasu

62. SM Sains Sembrong

63. SBP Integrasi Kuantan

64. SM Sains Setiu

65. SM Sains Bagan Datoh

66. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa

67. SM Sains Dungun

68. SM Sains Pokok Sena

69. SM Sains Teluk Intan

Anda mungkin juga menyukai