Anda di halaman 1dari 7

❑ Mempelajari sejarah sekolah membolehkan kita mengenali latar belakang

sekolah.
❑ Sekolah tempat kita menimba ilmu dan melibatkan diri dengan pelbagai
aktiviti.
❑ Identiti sesebuah sekolah dapat diketahui melalui nama sekolah tersebut.
❑ Nama sekolah lazimnya diambil bersempena :
i. Nama jalan
ii. Nama tempat
iii. Nama tokoh yang terkenal
❑ Alamat sekolah mengandungi nama tempat, nama jalan, poskod dan nama
negeri.
❑ Maklumat dalam alamat memudahkan kita mencari lokasi sekolah tersebut.
❑ Lokasi sekolah boleh dilihat dengan melihat mercu tanda yang berhampiran
dengan sekolah seperti masjid, hospital, dewan dan sebagainya.
❑ Penggunaan papan tanda arah dan penggunaan teknologi terkini boleh
membantu mencari lokasi sekolah.
❑ Sejarah sekolah perlu dipelajari supaya kita sentiasa menghargainya.
❑ Sejarah sekolah penting untuk diketahui dan boleh dijadikan panduan.
❑ Setiap warga sekolah haruslah berbangga terhadap sekolah tempat menimba
ilmu.

Sekolah Kebangsaan (Felda) Serting 3 telah ditubuhkan pada 6 November 1989 dan
beroperasi pada 4 Disember 1989 apabila seramai 700 orang murid dari Sekolah
Kebangsaan (Felda) Serting dihantar ke sekolah ini yang baru selesai pembinaannya
oleh kerajaan.
Sekolah ini terletak di perkampungan Felda Serting 3 ( sekarang dikenali dengan
nama Felda Raja Alias 3 ) dan dengan itu sekolah ini diberi nama Sekolah
Kebangsaan Serting 3 ( Felda ).Pada mulanya, sekolah ini ada dua sesi iaitu sesi pagi
dan petang. Kelas yang terlibat dengan sesi pagi ialah Tahun 1, Tahun 4, Tahun 5
dan Tahun 6. Manakala Tahun 2 dan Tahun 3 diadakan pada sesi petang.
Bermula pada Februari 1997, sekolah ini dapat dijalankan sebanyak satu sesi sahaja
apabila bengunan tambahan siap pembinaannya. Sejak dari penubuhan sekolah ini
hingga sekarang, terdapat banyak perubahan sama ada dari segi fizikal, keluasan,
jumlah bangunan, jumlah bilangan murid dan guru serta persekitaran sekolah yang
menarik .Pada Januari 1998, sekolah ini berkongsi bangunan dengan Sekolah
Menengah Serting 3 ( Felda ) yang mula beroperasi dan belum mempunyai
bangunan sendiri. Sekolah menengah ini diadakan pada sesi petang. Hanya pada 8
Oktober 2001 barulah Sekolah Menengah Serting ( Felda ) berpindah setelah
bangunan sendiri siap dibina sepenuhnya.
Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kebangsaan_(Felda)_Serting_3
Lencana Sekolah

Motto Sekolah : “Ilmu Pembina Insan”


Bendera Sekolah
Lagu Sekolah Doa Sekolah
Pn. Norizah binti Mohammed
Tab
GURU BESAR

Pn. Aspa Lela binti En. Mokhtar bin Maulud En. Mohd Rafiza Yusri bin
Asmayatim Penolong Kanan Hal Abdul Razak
Penolong Kanan Ehwal Murid Penolong Kanan
Pentabdiran KoKurikulum

Anda mungkin juga menyukai