Anda di halaman 1dari 2

Sejarah

UPSI dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training
College atau SITC) di Tanjung Malim. Namanya sempena nama Sultan Idris
Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar yang
memerintah negeri Perak dari 26 Jul 1887 - 14 Jan 1916. Baginda lahir pada
tahun 1849 dan mangkat pada tahun 1916.
Sejarah penubuhan UPSI bermula dengan cadangan R.O. Winstedt untuk
memusatkan maktab-maktab perguruan Melayu. Setelah mendapat persetujuan
Sultan Abdul Jalil Perak, Pesuruhjaya Tinggi British telah mengumumkan untuk
menubuhkan sebuah Maktab Pusat yang besar bagi guru-guru Melayu sebagai
kenang-kenangan kepada Almarhum Sultan Idris Ibni Almarhum Raja Iskandar,
Perak. Maktab yang dinamakan The Sultan Idris Training Collge for Malay Teachers
yang dikenali dengan nama ringkasnya sebagai SITC telah dirasmikan oleh Sir
George Maxwell, Ketua Setiausaha Negara pada 29 November 1922.
[sunting]Tujuan penubuhan
Tujuan asal maktab ini ditubuhkan adalah untuk melatih guru-guru untuk sekolah-
sekolah Melayu, disamping itu pihak British juga berharap lepasan SITC akan dapat
digunakan sebagai tenaga pekerja mereka. SITC kemudiannya seolah-olah menjadi
Pusat Kehidupan Intelektual Melayu dengan penuntut-penuntut yang datang dari
segenap pelosok Semenanjung. Pertemuan penuntut-penuntut Melayu ini secara
langsung atau tidak langsung telah menyedarkan mereka tentang tanggungjawab
meninggikan tahap pelajaran anak-anak Melayu dan membawa kepada
perkembangan golongan terpelajar Melayu yang bersemangat kebangsaan.
Keunggulan SITC membentuk pelajar dan pelajaran Melayu terbukti sehingga
selesai Perang Dunia Kedua, bahkan hingga beberapa tahun selepasnya, sebelum
wujud beberapa institusi pengajian tinggi lainnya.
Kurikulum yang diajarkan di SITC adalah berkenaan dengan pertanian asas dan
pekerjaan tangan. Mata pelajaran yang diajar bagi satu-satu waktu pengajaran
adalah selama 45 minit dan terdiri dari ilmu kira-kira, ilmu geometri, ilmu alam,
bahasa, tawaraikh dan hikayat, ilmu tanaman, kaedah mengajar, ilmu kesihatan,
lukisan, tulisan, anyaman bakul, pengetahuan am dan agama.
[sunting]Semasa Perang Dunia Kedua
Semasa Perang Dunia Kedua, SITC telah dijadikan Hospital Tentera British dan
kemudiannya setelah tentera British berundur, ia telah dijadikan Markas Tentera
Jepun. Para pelajarnya berpindah ke Kuala Kangsar. Apabial perang mula merebak,
pelajar-pelajar diarahkan pulang ke kampung masing-masing. Selepas perang,
SITC dibuka semula, kali ini dengan para pelajar yang lebih bersemangat.
Semangat kebagsaan mula bercambah subur di SITC dan para pelajar semakin
berani menuntut hak-hak mereka sehingga berlaku tunjuk perasaan pada 10
Disember 1949 dan SITC ditutup selama 3 bulan ekoran dari peristiwa itu.
[sunting]Selepas Merdeka
Menjelang Kemerdekaan 1957, SITC telah dapat menyediakan segolongan intelek
Melayu yang berjiwa kebangsaan dan ini penting untuk mengsisi ruang
kemerdekaan.
Pada tahun 1958, SITC turut mencatatkan sejarah tersendiri apabila buat pertama
kalinya anak tempatan dilantik sebagai Pengetua, iaitu Zainal Abidin Ali. Pada 13
Januari 1975, sekali lagi SITC merakamkan sejarah dengan pengambilan masuk
140 pelajar puteri, iaitu setelah 5 tahun dihuni oleh pemuda-pemuda Melayu.
[sunting]Naik taraf
Pada 21 Februari 1987, SITC telah dinaikkan taraf sebagai Institusi Pendidikan
Sultan Idris (IPSI). Kedudukan tarafnya lebih tinggi daripada maktab-maktab
perguruan yang lain dan diberi kuasa mengendalikan Kursus Sijil Lanjutan
Pergurusan dan Diploma Lepas Sijil.
Sesuai dengan peranan dan kepentingannya telah mendorong Kerajaan untuk
menaikkan tarafnya kepada peringkat yang lebih tinggi sebagai Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Mei 1997.
[sunting]Rujukan

Anda mungkin juga menyukai