Anda di halaman 1dari 4

Digital Art : Seni kontemporari yg semakin diminati.

Seni Digital / Lukisan Digital semakin diminati abad ini. Apa itu seni digital? Seni Digital
merupakan hasil karya seni yang dihasilkan menggunakan manipulasi perisian komputer. Dalam
arus moden skang, seni digital dilihat semakin menjadi pilihan utama. Kenapa ye? Nih pendapat
aku yg secara xlangsung melibatkan diri dlm digital art.

1. Jimat duit (dari aspek material).
Tak perlu beli kertas, pen, pensel dan sebagainya untuk melukis. Apa yang diperlukan hanya
komputer, dan alatan lainnya. (utk pengetahuan yg xtau, barang dan alat seni SANGAT LAH
MAHAL-kalo beli berulang, agak2 brapa belanja kena kuar?)

2. Tak kotor.
Bila buat keje pakai komputer, tgn pon xdelah tercalit warna sana, warna sini kat badan.

3. Lebih mudah dan jimat masa.
Terutama kalo jenis photo manipulation, ko edit gambo sana, gambo sini, tambah sana sini dh
siap. Mudahnya bila salah buat, delete je layer tu dan buat balik. Kata ah cat air kalo salah dh
xleh nak ejas. Tapi guna komputer, buang je layer yang salah, dh selamat hasil.

4. Hasil hampir sama mcm seni konvensional.
Dlm perisian Adobe photoshop, ada beberapa aplikasi yg hampir sama kesannya mcm cat air,
cat minyak, krayon, pastel dan sebagainya. Xke untung tu?

5. Boleh print benda yang sama berkali2
Kalo catan cat minyak, walaupun buat lukisan yang sama, hasilnya xkan sama sebijik macam
yg awal, mesti beza juga. Kalo komputer, print 4, 5, 10ribu kali po leh dapat sebijik cam asal.


Ok. Bagi yang berminat berjinak2 dalam digital art, pastikan korang kena ada benda2ini:

1. Komputer dengan memori besar dan RAM tinggi. Sekurang2nya 2Gb RAM.


2. Perisian2 lukisan digital yang bersesuaian ngan jiwa anda. Pilih je salah satu. Download dari
tenet dan pakai trial dulu. Kalo minat beli, kalo x try yang lain. Nak jimat, cetak rompak. Kat
kedai2 komputer berdekatan anda ada jual.Contohnya:
- Adobe Photoshop : Sesuai untuk digital painting dan manipulasi foto.
- Adobe Illustrator : Sesuai untuk lukisan ala2 komik, doodle, vector art.
- Corel Painter : Untuk catan apa2 je..



3. Mouse atau nak advance, drawing tablet.
Kalo sekadar manipulasi foto, Mouse je dh cukup. Tapi kalo nak melukis, beli tablet. Paling
popular skang Wacom. Boleh pilih antara intuous atau graphire. Intuous mahal sikit tapi best.
Sebnarnya xde beza sgt. Nak jimat ambil yg murah.

wacom intuous

Ok. barang2 di atas sgt ah mahal... Tapi kalo jaga bebaik, tahan lama n berbaloi.. Serius. Ada pro
dan kontra digital art nih. Bagi artis konvensional, seni digital tidak langsung dianggap sebagai
seni kerana alat dan bahan, serta media yang digunakan bukan media sebenar. Malah seni ini juga
ada risiko iaitu jika komputer rosak dan anda xsmpat backup, hilang lah usaha tuh. Harga hasil
karya juga ada standard tertentu. Maksudnya harganya susah nak naik. Kalo konvensional, ambil
contoh Van Gogh, karyanya makin lama makin tinggi sehingga mencecah jutaan dolar sbb
hasilnya unik dan xdapat dihasilkan lagi. Manakala status digital art yang boleh dicetak berulang
mengurangkan nilai hasil itu.

Bagi aku, aku ske kalo hasil karya itu kita dapat rasa dan sentuh. Walaupun payah, tapi perasaan
dia lain. Kita hasilkan karya menggunakan hujung jemari menyentuh satu persatu setiap inci
permukaan karya tu, we put our soul into it. Lagipon makin susah makin best. Tapi tak pula aku
rasa digital art tu teruk. Aku ske photoshop dan illustrator. Tapi aku lebih ske seni konvesional.
Walau bagaimanapun itu lebih kepada pendapat individu. Terpulang kepada diri sendiri nak pilih
yang mana.

Kepada yang nak mula menceburi bidang nih, Selamat berkarya!


-------------------------------------------------------------------
Panduan anda:

Seni konvensional : seni yang menggunakan alat/bahan/media yang kebiasaannya digunakan
atau sepatutnya digunakan dalam jenis seni tersebut seperti penggunaan cat dan kanvas dalam
catan. Antara seni konvesional termasuklah catan cat minyak, akrilik, arca, cetakan, ukiran.

Seni digital : seni yang memanipulasi bahan menggunakan perisian komputer. Contoh perisian
komputer yang popular ialah adobe illustrator, adobe photoshop, corel painter, adobe after effects
dan lain-lain perisian komputer

Anda mungkin juga menyukai