Anda di halaman 1dari 7

PERKEMBANGAN KURIKULUM PSV DI MALAYSIA

PENDAHULUAN
Pada masa ini, Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai mata
pelajaran yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana mata
pelajaran ini merentasi kurikulum.Pendidikan Seni Visual(PSV) bermaksud proses
penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman,penghayatan dan
kritikan tentang perasaan estetik dan daya kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi
murid.

Pendidikan Seni Visual pernah dikenali sebagai mata pelajaran Lukisan dan
Pertukangan Tangan.Setelah beberapa perubahan berlaku mengikut peredaran dan
keperluan semasa, maka mata pelajaran tersebut telah ditukar menjadi Pendidikan
Seni. Setelah beberapa tahun diperkenalkan,ia telah diubah pula menjadi Pendidikan
Seni Visual atas kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Pendidikan Seni Visual
dalam kehidupan.Perubahan ini sesungguhnya amat sesuai sekali kerana Pendidikan
Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak atau visual dan tidak
merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni tari,seni teater , seni sastera, seni
mempertahankan diri atau seni fotografi.

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk
minat,memperkembang keperibadian,memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-
nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.Murid di
sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif,ekspresif dan aktif.Pendidikan Seni
Visual memainkan peranan memperkembang sifat ini melalui persepsi visual,imaginasi
dan daya pemikiran.Kegiatan pemikiran,penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai
jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi
diri.Pengalaman ini penting dalam membantu murid membina keyakinan diri,membuat
penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.



SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN SENI VISUAL

Perbincangan tentang perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual di Malaysia
tidak dapat lari dari perbincangan tentang perkembangan sistem pendidikan di Malaysia
itu sendiri kerana Pendidikan Seni Visual mempunyai rentetan sejarah yang seiring
dengan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia.Ianya meliputi peringkat sebelum
merdeka,awal merdeka , selepas merdeka sehinggalah sekarang.Ianya juga sangat
berkait rapat dengan kelahiran institusi seni dan kemunculan pertubuhan seni lukis
serta perkembangan seni halus di Malaysia.

Pendidikan Sebelum Merdeka

Sebelum kedatangan kuasa penjajah ,pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan
formal dan tidak memberatkan perkembangan kognitif pelajar-pelajar.Corak pendidikan
yang ada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-Quran,tingkah laku dan
akhlak yang baik,pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri.Ini
termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraf tangan serta perintis dalam bidang
pertanian,perikanan dan pemburuan. Pendidikan Melayu yang awal menekankan
pengajaran al-Quran dan pengetahuan asas membaca,menulis,dan mengira(3M) dan
diadakan di peringkat yang rendah sahaja.Jika ada anak-anak Melayu yang bercita-cita
tinggi dan ingin menyambung pelajaran,maka mereka terpaksa memasuki sekolah
menengah Inggeris di bandar.

Tujuan utama Sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke-19 dan awal abad ke-
20 adalah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa dan mewarisi
kemiskinan keluarga.Oleh itu ,pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa Melayu
dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang
terhad.Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau
menyumbangkan kepada mobiliti menegak dalam kalangan masyarakat Melayu.

Berdasarkan Laporan Winstedt,Tujuan sekolah Melayu menurut Penyata Pelajaran
tahunan Negeri-negeri Selat 1885 adalah;Cukup untuk kehendak-kehendak biasa
budak-budak Melayu,yang kelak akan menjadi pemandu kereta lembu,penanam padi
dan nelayan.Tujuan kerajaan bukanlah untuk mewujudkan segelintir pemuda yang
berpendidikan baik.Pelajaran untuk orang Melayu tidak boleh melewati batasan,kerana
ia akan menimbulkan kesulitan nanti.Pada tahun 1916,Laporan Winstedt
memperkemas sistem pendidikan rendah di Tanah Melayu.Sekolah Melayu dan maktab
mengajar subjek lukisan.Anyaman diletakkan di bawah subjek Sains Pertanian.

Selain itu,Laporan Winstetd (Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Selat)
mencadangkan;Lukisan adalah mustahak untuk Latihan yang amat baik memerhati
alam yang didapati darinya,dan ia dapat menimbulkan minat dan kecerdasan murid-
murid dan melatih mereka ketepatan dan kecermatan.Dan ia menyesuaikan mereka
dengan kerja-kerja mandur.Ia patut dimestikan dalam darjah 3 dan 4 dan menyediakan
subjek Kerja tangan seperti membuat bakul.

Pada awal abad ke-20, bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap
Pendidikan Menengah,Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model
English Grammar School pada tahun 1905 ,tetapi sekolah ini khas untuk golongan
bangsawan sahaja.Pada tahun 1922,Maktab Perguruan Sultan Idris ditubuhkan bagi
memberi latihan perguruan dan semua wajib mempelajari kesemua subjek termasuk
lukisan,pertanian dan pertukangan.Komponen subjek Pendidikan Seni diajar bersama-
sama dengan pertukangan tangan seperti membuat bakul dan lain-lain.Sukatan
Pelajaran yang digunakan ialah pelajaran menggunakan mengkuang untuk membuat
bakul bagi tahun pertama.Mereka dikehendaki mencipta corak-corak baru dengan
menggunakan rotan dan buluh..Kerja kerja tahun pertama disambung pada tahun
kedua dan penggunaan rotan dan buluh adalah lebih meluas lagi pada tahun
ketiga.Buku teks yang digunakan ialah Kita Rajah-rajah Anyamanoleh guru anyaman
Mr.W.Olanguera.

Pada tahun 1929,guru-guru Melayu telah menggunakan Kitab Pedoman Guru Penggal
Kedua untuk mengajar pelbagai subjek termasuk Lukisan dan Pertukangan Tangan di
sekolah-sekolah Melayu di seluruh tanah air pada masa itu.Kitab Pedoman Guru
Penggal 1(1928) dan Penggal 2(1929) yang disusun oleh O.T.Dussek dan Muhammad
Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang ditulis di Malaya mengenai kaedah
mengajar subjek Lukisan dan Pertukangan Tangan.Buku ini sangat penting pada masa
itu kerana kaedah mengajar Pendidikan Seni yang dirancang dari unsur-unsur yang
senang sehinggalah kepada yang lebih susah.Pada tahun 1930,sistem persekolahan
berjalan 4 jam sehari iaitu pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.Antara subjek
yang diajar ialahKarangan,Ilmu Kira-kira,IlmuAlam,Sejarah
Melayu,Kesihatan,Lukisan,Menganyam dan berkebun dan Senaman.Anyaman dan
berkebun adalah untuk menjadikan sistem Persekolahan Melayu lebih mirip kepada
kampung.(anjuran R.O.Winstedt).

Perkembangan Pendidikan Awal Merdeka

Selepas Perang Dunia Kedua,perkembangan politik negeri China, India,dan negara
jiran mengalami banyak perubahan.Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu
sebagai tempat kediaman mereka .Kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan
tentang masalah kerumitan kaum dalam pendidikan.Orang Melayu mula mendesak
supaya kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah-sekolah Melayu serta
menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran.Sebuah jawatankuasa
ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Barnes.Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun
1951.Laporan ini mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari
bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar utamanya.Sekolah Cina dan Tamil akan ditukar secara
beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan dengan memperkenalkan aliran
Kebangsaan.Cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang Cina.Laporan
Jawatankuasa Fen Wu telah memburukkan lagi pertikaian kerana menyokong konsep
penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu,bahasa Inggeris dan bahasa Cina
sebagai bahasa pengantar.
Pada Tahun 1960, Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur telah
ditubuhkan bagi membentuk guru-guru pakar dalam bidang masing-
masantaranya menawarkan kursus Pendidikan Seni,
Pendidikan Jasmani Pendidikan Guru Kelas Buta dan Cacat Pendengaran,
Kaunseling
dan Kerjaya, Teknologi Pendidikan dan sebagainya.Sebenarny maktab ini
merupakan sebuah sekolah seni lukis dan juga maktab latihan
perguruan . Peter Harris telah mengendalikan kurikulum Jabatan Pendidikan
Seni bagi latihan guru pada tahun 1961.Antara kakitangan awal MPIK ialah
ialah Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau , Lee Loo For,
Cheong Lai Tong dan Jolly Koh. Peter Harris kemudiannya diambil
Alih oleh Syed Ahmad Jamal dan seterusnya oleh Yeoh Jin Leng .Aspek
aspek kepakaran seni halus seni grafik dan kraftangan diberi penekanan
.Sukatan Pelajaran yang ditawarkan ialah Catan, Seni Halus, Seni Arca,
Seni Seramik, Seni Tekstil(Batik), Seni Anyaman/Tenunan. Antara guru dan
pelukis keluaran MPIK ialah Ahmad Khalid, Redza Piyadasa, Othman
Mansur, dan Ismail Hashim. Bagi guru cemerlang, mereka ditawarkan untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara. (sekitar 60-an)

Pada tahun 1960 juga ,satu jawatankuasa telah mengkaji semula implementasi dasar
pendidikan di bawah Ordinan Pendidikan 1957 yang dipengerusikan oleh Abdul
Rahman Talib.Penyata Rahman Talib itu telah mengesyorkan; Menyediakan pendidikan
universal selama 9 tahun dan menaikkan had umur berhenti sekolah dari 9-15
tahun.memberi pelajaran percuma kepada kanak-kanak di semua aliran sekolah
mulai1962,membanyakkan kemudahan pendidikan teknik dan vokasional,mengadakan
pendidikan Agama Islam dan Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras seiring dengan
kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan .Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan
dasar kepada sistem pendidikan di Negara ini.Justeru,Kurikulum Lama Sekolah Rendah
(KLSR) telah diperkenalkan.Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari
oleh murid-murid dalam KLSR ialah Bahasa Melayu,Bahasa
Inggeris,Matematik,Sains,Tawarikh,IlmuAlam,Hal Ehwal Tempatan,Tata Rakyat,Jawi,
Pendidikan Agama Islam,Lukisan dan Pertukangan Tangan Pendidikan Jasmani dan
lain-lain.

Perkembangan Pendidikan Selepas Merdeka

Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965,Kementerian Pelajaran Malaysia telah
menggubal dasar baru pendidikan.Melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan ini,murid-
murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran
yang dikenali sebagai subjek wajib dan subjek elektif.

Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah memainkan peranan yang positif dalam
memperkembang Pendidikan Seni Visual.Hal ini dapat dilihat berdasarkan
semakan terhadap kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah beberapa
kali melalui proses perubahan .Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek
falsafah,matlamat,objektif,pendekatan,kaedah dan isi kandungan subjek
tersebut.Retrospektif perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawall pertengahan
abad ke -19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan
memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir dalam
kraf(Carline,(1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md.Nasir bin Hj.Ibrahim-Isu
dan Pemasalahan Kurikulum Pendidikan Seni Visual).

Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR
sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974-1979 oleh jawatankuasa yang diketuai oleh
Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR.Laporan yang dikeluarkan pada
tahun 1979 mendapati KLSR sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan
kurikulum yang baru.Implikasinya ialah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
diperkenalkan pada tahun 1982.Namun begitu,pada tahun 1988 KBSR telah disemak
semula bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya.Lanjutan itu,KBSR yang
dikenali sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar menjadi Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah.Dari segi kurikulum,subjek-subjek yang sedia ada telah
mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan
termasuklah Pendidikan Seni Visual.

Kini,sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada
melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu dan
pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam
menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan identiti
bangsa.Perubahan-
perubahaninimelibatkanfalsafah,matlamat,objektif,pendekatan,kaedah, dan isi
kandungan yang lebih mantapdan akan menarik minat lebih ramai pelajar.

Dalam KBSR.Pendidikan Seni Visual merupakan subjek wajib yang mesti dipelajari
oleh kesemua murid.Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan
perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.Matlamat subjek Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana
yang digariskan oleh PFK pada tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang
harmonis,kritis,kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual,Kandungan
kokurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap
tuhan,menghargai keindahan alam persekitaran,keindahan seni dan warisan bangsa
serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan
negara,selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai