Anda di halaman 1dari 10

https://pdfcoffee.com/maktab-perguruan-sultan-idris-pdf-free.

html

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)


Sejarah
 Sultan Idris Teaching College (SITC) ditukarkan namanya kepada Maktab Perguruan
Sultan Idris (MPSI)

 Dirasmikan pada 28 November 1922 oleh Sir W.George Maxwell(Ketua Setiausaha


Kerajaan Negeri Melayu Bersekutu).

 Nama Sultan Idris adalah diambil sempena nama Almarhum DYMM Paduka Seri
Sultan Idris Mursidul Adzam Shah, iaitu Sultan Perak yang ke-28.

 21 Februari 1987, ia dinaikkan taraf menjadi institut dandikenali dengan nama Institut
Perguruan Sultan Idris (IPSI).

 Institusi ini dinaikkan taraf menjadi sebuah universiti bagi memenuhi hasrat kerajaan
memberi peluang pendidikan yang lebih tinggi kepada rakyat khususnya untuk
melahirkan golongan pendidik yang berwibawa serta mampu menghadapi cabaran di
alaf baharu.

 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditubuhkan pada 1 Mei 1997 melalui warta

Visi
 Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan
berlandaskan kegemilangan sejarah serta menerajuperubahan global

Misi
 Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan,
perundingan dan khidmat masyarakat dalam konteks pembangunan insan untuk
mencapai wawasan Negara

Sumbangan
 1922-Penubuhan MPSI memberi latihan perguruan dan semua wajib mempelajari
kesemua mata pelajaran termasuk lukisan, pertanian dan pertukangan.

 Melahirkan tokoh pelukis yang mempunyai 'sudut pandanganMelayu' yang


mengetengahkan hal benda tempatan. Antaratokoh seperti Mohd Said Hj. Hussain
dan Idris Hj. Salam.

 Antara mata pelajaran : Pekerjaan tangan-kerja membuat raga dianggap paling


sesuai kerana bahan-bahan mudah didapati (seni pertukangan asli). Perkakasan
tidak banyak dan mudah, bahan-bahan untuk kegiatan itu ditanam di sekitar maktab.

 Sukatan Pelajaran
o Tahun Pertama : Penuntut dikehendaki menggunakan mengkuang. Mereka
juga dikehendaki mencipta corak-corak baharu dengan menggunakan rotan
dan buluh.

o Tahun Kedua : Sambungan kerja tahun pertama

o Tahun Ketiga : Penggunaan rotan dan buluh dengan lebih meluas


http://amirulmuen.blogspot.com/2015/11/sejarah-penubuhan-universiti-
pendidikan.html

SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI


PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi awam
yang penting dalam lipatan sejarah pendidikan negara. Institusi ini berkembang secara
bertahap dari sebuah kolej ke sebuah universiti. Agak menarik apabila meneliti tahap
perkembangan institusi ini, kerana ia meniti satu landasan sejarah yang sama, mendukung
falsafah penubuhan yang sama dan mekar dalam taman yang sama. Secara kronologi,
perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 - 1957), era MPSI
(1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini juga memperlihatkan
wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75 tahun. Tanggal 1
Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabila universiti ini
diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan
Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta Kerajaan P.U (A)
132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.

Maktab Latihan Guru


Peranan R.O. Winstedt tercatat dalam sejarah SITC sebagai tokoh terawal yang
mengilhamkan cadangan agar ditubuhkan sebuah maktab pusat bagi melatih guru dan bagi
meluaskan skop pendidikan pada ketika itu. Ilham ini timbul setelah kepulangan beliau dari
lawatan ke Tanah Jawa dan Filipina. Cadangan ini dibawa ke Persidangan Residen-Residen
pada 10 Mei 1917.
Beliau juga turut menyarankan supaya tapak tempat maktab yang bakal didirikan itu
mestilah mempunyai tanah yang subur, bagi menampung keperluan kurikulum yang banyak
berteraskan kepada kemahiran dalam bidang pertanian. Tempat yang dipilih juga
seharusnya berdekatan dengan rangkaian kereta api, jalan raya dan berhampiran dengan
sungai. Satu lagi aspek yang difikirkan ialah komposisi penduduknya haruslah sederhana
ramai.

Lokasi
Dalam proses mencari tempat yang sesuai itu, Tanjong Malim dilihat sebagai satu-satunya
tempat yang paling menepati ciri-ciri lokasi dan faktor geografi sebagaimana yang
dihasratkan oleh Winstedt. Pada 26 Mei 1917, Tanjong Malim secara rasmi dipilih sebagai
tempat pembinaan maktab. Tanah seluas 64 hektar telah dibeli di Tanjong Malim dengan
harga $49,000.00 untuk dijadikan kampus dan kerja-kerja pembinaan bermula pada bulan
Ogos 1919. Reka bentuk bangunannya berunsur seni bina ala-Gothic Zaman Pertengahan.
Pada tahun 1922, pembinaan maktab siap sepenuhnya. Pada 29 November 1922 SITC
dirasmikan oleh Sir W. George Maxwell, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu.
Sultan Idris Training College (SITC)

Pada tarikh yang sama juga cadangan untuk memberikan nama maktab ini sebagai Sultan
Idris Training College (SITC) telah dimaklumkan kepada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri
Sultan Abdul Jalil Shah. Cadangan ini diperkenankan baginda Sultan. Nama Almarhum
Sultan Idris Shah diabadikan pada nama maktab ini sebagai mengenang jasa dan
sumbangan besar Almarhum dalam bidang pendidikan. Almarhum DYMM Paduka Seri
Sultan Idris Mursyidul Adzam Shah ialah Sultan Perak yang ke-28 yang memerintah negeri
Perak antara tahun 1889 - 1916.
Penubuhan SITC dianggap sebagai satu era baru yang menyemarakkan alam pemikiran
dan pendidikan bangsa Melayu. Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat, Tuan Wolffe
dalam ucapannya sewaktu perasmian SITC menyatakan bahawa, hari tersebut menandakan
titik bersejarah bagi orang Melayu kerana ia (penubuhan SITC) merupakan titik tolak dalam
perkembangan pendidikan vernakular Melayu. Menurutnya lagi, orang Melayu merasakan
suatu pengiktirafan besar serta penghargaan yang tidak ada tolok bandingnya bagi
peningkatan taraf pelajaran anak-anak Melayu.
SITC berkembang pantas. Kemasukan pelatihnya pula tidak terbatas hanya kepada orang
Melayu di Tanah Melayu, malah meluas hingga ke Brunei, British Borneo dan Singapura.
Pada bulan Mac 1924, SITC mengeluarkan guru terlatihnya yang pertama seramai 58
orang. Jumlah guru terlatih yang dikeluarkan terus meningkat dari setahun ke setahun.
Dalam era ini jugalah bermulanya usaha membina peradaban bangsa menerusi bahasa
Melayu. Pejabat Karang-Mengarang menjadi lidah rasmi yang memartabatkan dan
meninggikan bahasa ibunda. Usaha ini berkembang subur di tangan Zainal Abidin Ahmad
atau lebih dikenali sebagai Pendeta Za’ba.
Kurikulum latihan perguruan di SITC tertumpu kepada pengetahuan asas keguruan di
samping kraf tangan dan pertanian. Sejak ditubuhkan, institusi ini terus unggul berbakti
kepada bangsa dan negara. Ia disifatkan sebagai ‘universiti’ yang unggul bagi melatih guru-
guru Melayu.

Pengambilan Pelajar SITC


Bermula 19 November 1922, pengambilan kumpulan pertama pelatih lelaki berjumlah 115
orang telah mendaftar. Beberapa hari selepas pendaftaran itu, sejumlah lima orang pelatih
lagi diterima masuk yang membawa jumlah keseluruhannya 120 orang. Kumpulan pertama
guru pelatih ini sebenarnya terdiri daripada 70 orang dari Maktab Perguruan Melayu Melaka
dan 50 orang lagi dari Maktab Perguruan Matang. Jumlah tenaga pengajarnya pula adalah
seramai empat orang berbangsa Eropah, tujuh orang guru Melayu, seorang guru anyaman
dari Manila dan seorang guru al-Quran dari Matang. Mereka ialah O.T. Dussek (Pengetua),
M.R. Holgate, W.B.O. Sir Williams, D.H. Ghrist, Mohammad Hashim Hj Taib, Noordin Hj
Harun, Ibrahim Dato’ Muda Linggi, Abdul Rahman Hj Muhyiddin, Hanafiah Md Saman,
Mohamad Said Hj Hussin, Abdul Hadi, Mr. W. Olaguera (Manila) dan Lebai Jaafar Abdul
Rashid (guru al-Quran). O.T. Dussek dilantik sebagai Pengetua SITC yang pertama. Pada
tahun 1923 jumlah tenaga pengajar bertambah. Pertambahan ini melibatkan sepuluh orang
guru berbangsa Melayu dan seorang berbangsa Filipina. Guru-guru ini pada asalnya
merupakan tenaga pengajar dari Maktab Perguruan Matang yang telah ditutup dan
sebahagiannya dari Maktab Perguruan Melaka.

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)


Pada tahun 1957 nama SITC ditukarkan kepada nama Maktab Perguruan Sultan Idris
(MPSI). Langkah ini dilakukan bagi memenuhi tuntutan Laporan Razak. Dari tarikh ini
bermulalah era MPSI yang membawa wajah, watak dan keperibadian Melayu, apabila
pentadbiran SITC yang selama ini diketuai orang Eropah beralih tangan kepada
cendekiawan Melayu.
Meskipun berubah pada nama, namun tradisi SITC menjadi akar yang menumbuhkan
kecemerlangan institusi ini dalam era MPSI dan era-era seterusnya. Peranan MPSI tidak
setakat melatih dan mendidik bakal guru, namun menjadi medan pengungkap bicara dan
suara hati para cerdik pandai dan nasionalis Melayu. Pembinaan bahasa Melayu sebagai
satu korpus dikukuhkan lagi dengan kemunculan tradisi penulisan kreatif dalam kalangan
guru pelatih dan tenaga pengajar. Tradisi ini sudah bermula pada era SITC di tangan Harun
Aminurrashid dan Punggok, tetapi berkembang luas dalam era MPSI. Pada waktu inilah
munculnya beberapa tokoh besar penyair, cerpenis dan novelis Melayu. Antaranya ialah A.
Wahab Ali, Ali Majod, Kasmani Haji Arif, Awang Had Salleh, Hassan Ali, Othman Puteh,
Dharmawijaya, Kemala, Suhaimi Haji Mohammad, Shahnon Ahmad, Suratman Markasan,
Masuri S.N., Yura Halim dan lain-lain lagi.
Pada 13 Januari 1975, MPSI memecah tradisinya apabila menerima 140 orang penuntut
perempuan. Perkembangan baharu ini telah mewujudkan senario baru dalam tradisi MPSI.
Meskipun penuntut perempuan diterima masuk, namun MPSI terus ke hadapan sebagai
sebuah institusi perguruan yang cemerlang dan terunggul tanpa membezakan taraf dan
jantina.

Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI)


Era MPSI berakhir pada 21 Februari 1987 apabila tarafnya sebagai sebuah maktab
ditingkatkan menjadi sebuah institut dengan nama Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). Era
IPSI merupakan satu zaman mencabar, kerana kedudukannya sebagai sebuah institusi
tidaklah hanya meninggikan nama semata-mata, tetapi turut melonjakkan harapan anak
bangsa dan masyarakat Melayu serta kerajaan yang mentadbir untuk melihat IPSI benar-
benar menjadi tonggak harapan bagi mempertingkatkan taraf pendidikan rakyat, khususnya
orang-orang Melayu. Justeru, IPSI mengorak langkah panjang dengan memperkenalkan
pelbagai rancangan. Antaranya ialah mengadakan Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK)
pada tahun 1987 dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bermula pada tahun 1988.
Pada tahun 1993 Kursus Kembaran dengan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pula
diadakan dalam bidang Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani.
Peranan SITC dan MPSI telah diperkasakan dalam era IPSI menerusi rangkaian kerjasama
pengajian yang diadakan dengan pihak-pihak lain di luar IPSI. Ruang lingkup dan sempadan
jangkauan IPSI merentas tembok itu sendiri. IPSI bergerak seiring dengan kemajuan
institusi-institusi pengajian tinggi awam lain dalam konteks merealisasikan matlamat
kerajaan untuk menghasilkan tenaga pengajar yang berwibawa dan bermanfaat demi
kesejahteraan masyarakat dan negara. Peranan IPSI berterusan hingga ke tahun 1993
apabila pada masa itu sistem latihan perguruan mengamalkan sistem bersepadu, iaitu
sesebuah maktab perguruan melatih guru-guru untuk sekolah rendah dan menengah.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Genap usia sepuluh tahun, IPSI memasuki era barunya pada tahun 1997 dengan langkah
yang penuh bergaya apabila institusi ini secara rasmi dinaikkan taraf sebagai sebuah
universiti. Bagi menjalankan perintah kerajaan menerusi Warta Kerajaan P.U. (A) 132 & 133
bertarikh 24 Februari 1997, maka bermula 1 Mei 1997, tertubuhlah Universiti Pendidikan
Sultan Idris yang dikenali hari ini dengan nama singkatannya UPSI.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mula beroperasi pada 2 Mei 1997 dengan
pelajarnya seramai 350 orang. Datuk Dr. Ashari Che Mat telah dilantik sebagai Naib
Canselor Pertama manakala Profesor Dr. Abu Bakar Nordin (kini bergelar Dato’) sebagai
Timbalan Naib Canselor Akademik. Mereka dibantu oleh Encik Sayuti Sahlan, Encik Yusof
Semahil dan Encik Rusley Taib untuk membangunkan UPSI dalam serba kekurangan.
Berbekalkan enam orang kakitangan pentadbiran dan 29 orang tenaga akademik yang
kebanyakannya dipinjamkan dari pelbagai agensi Kementerian Pendidikan Malaysia, UPSI
mengorak langkah ke gelanggang pendidikan dengan semangat dan cita-cita murni.
Ternyata, tidak mudah bagi UPSI menarik nafas lega, kerana terpaksa berhadapan dengan
pelbagai cabaran. Kekentalan semangat dan iltizam beserta dorongan Kementerian
Pendidikan, UPSI menapak langkah demi langkah membina kekuatan diri berdiri atas
kemampuan sendiri yang akhirnya berjaya menempatkan dirinya seiring dengan
perkembangan institusi pengajian tinggi yang lain waktu ini.
Pembangunan infrastruktur bermula dengan pembinaan Bangunan Canselori pada tahun
1999 dan Kompleks Kediaman Siswa di Behrang Ulu. Pada awal tahun 2001, pembangunan
semakin rancak dilaksanakan dengan pembinaan Gimnasium, Perpustakaan, Auditorium,
Kompleks Pendidikan Muzik, dewan-dewan kuliah dan lain-lain. Beberapa kemudahan sedia
ada yang merupakan warisan SITC-MPSI-IPSI dibaik pulih dengan beberapa pembaharuan,
sesuai dengan kemajuan teknologi di samping mengekalkan struktur asalnya.
Pembangunan yang rancak ini telah menampilkan imej UPSI sebagai sebuah institusi
pengajian tinggi. Nama UPSI terpancar sebagai simbol keunggulan institusi ini sebagai
sebuah universiti yang sepenuhnya menawarkan program pengajian pendidikan baik di
peringkat ijazah sarjana muda mahupun lanjutan.
Pada awal penubuhannya, terdapat hanya empat buah fakulti yang menawarkan sepuluh
program pengajian. Fakulti-fakulti tersebut adalah Fakulti Bahasa, Fakulti Sains Sosial dan
Kesenian, Fakulti Sains dan Teknologi, dan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia. Jumlah program pengajian bertambah dari tahun ke tahun. Pada tahun 2002, dua
buah fakulti baharu ditubuhkan, iaitu Fakulti Perniagaan dan Ekonomi dan Fakulti Teknologi
Maklumat dan Komunikasi, menjadikan jumlah fakulti sehingga itu enam buah dengan
jumlah 19 kursus pengajian di peringkat ijazah sarjana muda. Peningkatan ini
menggambarkan perubahan besar yang dilakukan bagi menampung keperluan akademik
dan jumlah pelajar yang kian bertambah.
Sehingga kini, sebanyak sembilan buah fakulti sudah ditubuhkan dan fakulti tersebut adalah
Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FPPM), Fakulti Sains dan Matematik
(FSMT), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE), Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
(FSSK), Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP), Fakulti Bahasa dan Komunikasi
(FBK), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSK), Fakulti Pendidikan Teknikal dan
Vokasional (FPTV), dan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK). UPSI juga
sudah mempunyai 54 program pengajian ( 7 Program Diploma, 35 Program Sarjana Muda
Pendidikan, 4 Program Sarjana Muda Dengan Pendidikan, dan 8 Program Ijazah Sarjana
Muda). Selain itu, Institut Pengajian Siswazah (IPS) menawarkan 173 Program Pengajian
(103 Program Sarjana dan 70 Program Doktor Falsafah).

Kampus Sultan Abdul Jalil Shah

Majlis Pecah Tanah Kampus Sultan Azlan Shah telah disempurnakan oleh DYMM Paduka
Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 22 April 2002. Dalam titah
perasmiannya baginda telah mengumumkan nama kampus utama UPSI sebagai Kampus
Sultan Abdul Jalil Shah yang lokasinya di Tanjung Malim manakala untuk kampus baru di
Proton City diberi nama Kampus Sultan Azlan Shah.

Kampus Sultan Azlan Shah


Kampus Sultan Azlan Shah telah dirancang bermula sejak Rancangan Malaysia Ke-8 lagi.
Dengan adanya kampus baru ini, infrastruktur pengajaran dan pembelajaran di UPSI dapat
dipertingkatkan ke tahap yang lebih sempurna sejajar dengan kehendak kerajaan bagi
memperkasa dan meningkatkan mutu pendidikan institut pengajian tinggi awam.
Pada 20 Februari 2012, Kampus Sultan Azlan Shah dengan rasminya beroperasi dengan
menempatkan beberapa fakulti seperti Blok 1 - Blok 6 untuk Fakulti Sains & Matematik, Blok
7 - Blok 9 untuk Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Blok 10 untuk Fakulti
Pengurusan dan Ekonomi, Dewan Kuliah Berpusat, Dewan Besar dan Panggung
Percubaan, Kafetaria, Rotu, Balai Pengawal dan Pos Pengawal, Pusat Pelajar, Pusat
Komputer, Surau dan Pusat Islam.
Kampus ini terletak berdekatan kira-kira 8 km dari kampus sedia ada iaitu Kampus Sultan
Abdul Jalil Shah. Tapak yang bertempat di Bandar Baru Proton City ini akan memberikan
satu impak pembangunan kepada kawasan sekitar terutamanya kepada bandar Proton City.
Kampus yang berdekatan dengan Pusat Komersial Bandar Proton dan Kilang Proton ini juga
lengkap dengan kawasan berlatar belakangkan kehijauan Banjaran Titiwangsa yang segar
dan mengasyikkan. Keindahan sumber alam semulajadi ini akan memberikan satu
persekitaran yang sempurna untuk menambah nilai dalam proses pembelajaran pelajar.
Kampus baru ini telah dirasmikan dengan jaya dan penuh bersejarah oleh DYMM Paduka
Seri Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 16 Jun 2012.
Kemasukan Pelajar UPSI

Jika dilihat dari segi bilangan pengambilan pelajar dalam tempoh lima belas tahun (1997 -
2012), peratus pengambilan amat besar jika dibandingkan dengan perancangan awal
penubuhan universiti ini. Minat pelajar lulusan STPM, Diploma atau yang setaraf dengannya
amat tinggi sekali dan umum mengetahui bahawa UPSI adalah IPTA paling popular menjadi
pilihan pelajar. Dari seramai 338 orang pelajar pada tahun 1997, sehingga kini (2012)
enrolmen pelajar UPSI menjangkau 30,087 pelajar Ijazah Sarjana Muda, 5,476 pelajar
Diploma Pendidikan, 308 pelajar diploma dan pelajar pasca siswazah seramai 2,164 orang.
Jumlah keseluruhan enrolmen pelajar UPSI 2012 adalah 29,075 orang.

Sehingga Istiadat Konvokesyen Ke-14 yang berakhir pada 9 Mei 2012 lalu (1999 – 2012),
UPSI telah melahirkan seramai 38,035 graduan sarjana muda, diploma, dan ijazah lanjutan
(Kedoktoran dan Sarjana).
https://pekhabar.com/h-i-d-s-pembukaan-maktab-perguruan-sultan-idris/

Pembukaan Maktab Perguruan Sultan Idris


29 November 1922 – Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim telah
dirasmikan pembukaannya oleh Ketua Setiausaha bagi Negeri-negeri Selat dan Negeri-
negeri Melayu Bersekutu, W.G. Maxwell pada tahun 1922. Pembukaan Maktab Perguruan
Sultan Idris merupakan puncak pelajaran anak-anak Melayu ketika itu, terutama bagi
pelajar-pelajar lepasan sekolah-sekolah Melayu yang tidak berpeluang untuk melanjutkan
pelajaran yang lebih tinggi dari setakat darjah enam. Keputusan untuk menubuhkan Maktab
ini dibuat dalam Mesyuarat Residen-residen British pada 10 Mei 1917.

Keputusan tersebut diambil berdasarkan laporan mengenai perkara itu yang dicadangkan
oleh Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negcri Melayu
Bersekutu, R.O. Winstedt. Beliau juga mencadangkan maktab ini diberi nama Maktab
Perguruan Sultan Idris, sebagai satu penghormatan kepada DYMM Sultan Idris, iaitu Sultan
Perak kerana minat yang ditunjukkan oleh Baginda dalam perkembangan pelajaran di negeri
itu khususnya bagi pelajaran anak-anak Melayu.

Kerja-kerja membina maktab ini bermula dalam tahun 1919 dan siap pada tahun 1922.
Sekumpulan 120 orang telah menjadi pelajar perintis maktab ini. Pengetuanya yang pertama
ialah O.T. Dussek dan tenaga pengajar lain terdiri daripada tujuh orang guru Melayu, tiga
orang Eropah dan seorang guru anyaman berbangsa Filipina. Tujuan utama penubuhan
maktab ini ialah untuk menyediakan guru-guru yang dapat memajukan bidang pertanian,
pertukangan dan anyaman apabila mereka pulang ke kampung. Pelajaran pertanian asas
merupakan matapelajaran utama.

Walau bagaimanapun, pelatih-pelatih lepasan MPSI telah mencapai kejayaan lebih jauh dari
matlamat penubuhannya. Pengaruh buku-buku Indonesia dan Sejarah Alam Melayu yang
terdapat di maktab itu telah menanam bibit-bibit kesedaran kebangsaan di kalangan
beberapa orang pelajar hingga melahirkan tokoh-tokoh politik yang terkemuka seperti
Ibrahim Yaakub, Senu Abdul Rahman, Abdul Ghaffar Baba, Abdul Rahman Talib dan lain-
lain lagi.

Di samping tokoh-tokoh politik, MPSI juga telah melahirkan sasterawan terkenal tanahair
dan juga tokoh-tokoh dalam bidang pendidikan seperti Harun Aminurrashid, Abdullah Sidik,
Masuri, S.N. Kemala, A. Wahab Ali, Awang Had Salleh dan Atan Long.

Jabatan Karang-Mengarang yang ditubuhkan di maktab tersebut dalam tahun 1925,


membantu melahirkan tokoh-tokoh berkenaan khususnya di bidang kesusasteraan. Jabatan
ini bergiat cergas menerbitkan berbagai- bagai jenis buku pelajaran, buku-buku terjemahan
dan karya asli pelajar-pelajar sendiri.

MPSI terus berkembang dari semasa ke semasa mengikut peredaran zaman. la kini
membuka pintunya kepada pelajar-pelajar perempuan, memecahkan tradisi lama maktab
yang hanya mengambil pelajar lelaki.

Sumber : Arkib Negara Malaysia


https://ms.wikipedia.org/wiki/Universiti_Pendidikan_Sultan_Idris

Universiti Pendidikan Sultan Idris


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan universiti pendidikan pertama di Malaysia.


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada
1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133, bertarikh 24 Februari 1997, di bawah
dua buah Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Perbadanan) 1997 dan
Perintah Universiti Pendidikan Sultan ldris (Kampus) 1997. Sebelum ini UPSI dikenali
sebagai Institut Perguruan Sultan Idris.
Kampus UPSI terletak di Tanjung Malim, Perak. Cogan kata UPSI ialah "Pengetahuan Suluh
Budiman", manakala lagu rasminya ialah "Ibu Kandung Suluh Budiman".

Sejarah
Maktab perguruan pertama di Malaysia dibuka pada tahun 1913 di Taiping bawah nama
Maktab Perguruan Matang. Maktab ini menggunakan bangunan rumah Ngah
Ibrahim sebelum berpindah secara tetap ke Tanjung Malim dan diberikan nama baru
sempena sultan Perak pada masa itu. UPSI dulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan
Sultan Idris (Sultan Idris Training College atau SITC) di Tanjung Malim. Namanya sempena
nama Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang
Iskandar yang memerintah negeri Perak dari 26 Jul 1887 - 14 Jan 1916. Baginda lahir pada
tahun 1849 dan mangkat pada tahun 1916.
Sejarah penubuhan UPSI bermula dengan cadangan R.O. Winstedt untuk memusatkan
maktab-maktab perguruan Melayu. Setelah mendapat persetujuan Sultan Abdul Jalil Perak,
Pesuruhjaya Tinggi British telah mengumumkan untuk menubuhkan sebuah Maktab Pusat
yang besar bagi guru-guru Melayu sebagai kenang-kenangan kepada Almarhum Sultan Idris
Ibni Almarhum Raja Iskandar, Perak. Maktab yang dinamakan The Sultan Idris Training
Collge for Malay Teachers yang dikenali dengan nama ringkasnya sebagai SITC telah
dirasmikan oleh Sir George Maxwell, Ketua Setiausaha Negara pada 29 November 1922.[2]

Tujuan penubuhan
Tujuan asal maktab ini ditubuhkan adalah untuk melatih guru-guru untuk sekolah-sekolah
Melayu, disamping itu pihak British juga berharap lepasan SITC akan dapat digunakan
sebagai tenaga pekerja mereka. SITC kemudiannya seolah-olah menjadi Pusat Kehidupan
Intelektual Melayu dengan penuntut-penuntut yang datang dari segenap pelosok
Semenanjung. Pertemuan penuntut-penuntut Melayu ini secara langsung atau tidak
langsung telah menyedarkan mereka tentang tanggungjawab meninggikan tahap pelajaran
anak-anak Melayu dan membawa kepada perkembangan golongan terpelajar Melayu yang
bersemangat kebangsaan. Keunggulan SITC membentuk pelajar dan pelajaran Melayu
terbukti sehingga selesai Perang Dunia Kedua, bahkan hingga beberapa tahun selepasnya,
sebelum wujud beberapa institusi pengajian tinggi lainnya.
Kurikulum yang diajarkan di SITC adalah berkenaan dengan pertanian asas dan pekerjaan
tangan. Mata pelajaran yang diajar bagi satu-satu waktu pengajaran adalah selama 45 minit
dan terdiri dari ilmu kira-kira, ilmu geometri, ilmu alam, bahasa, tawaraikh dan hikayat, ilmu
tanaman, kaedah mengajar, ilmu kesihatan, lukisan, tulisan, anyaman bakul, pengetahuan
am dan agama.
Sebelum Perang Dunia Kedua
Sebelum Perang Dunia Kedua, SITC telah dijadikan Hospital Tentera British dan
kemudiannya setelah tentera British berundur, ia telah dijadikan Markas Tentera Jepun.
Para pelajarnya berpindah ke Kuala Kangsar. Apabila perang mula merebak, pelajar-pelajar
diarahkan pulang ke kampung masing-masing. Semasa perang, SITC dibuka semula, kali ini
dengan para pelajar yang lebih bersemangat. Semangat kebangsaan mula bercambah
subur di SITC dan para pelajar semakin berani menuntut hak-hak mereka sehingga berlaku
tunjuk perasaan pada 10 Disember 1949 dan SITC ditutup selama 3 bulan ekoran dari
peristiwa itu.

Selepas Merdeka
Menjelang Kemerdekaan 1957, SITC telah dapat menyediakan segolongan intelek Melayu
yang berjiwa kebangsaan dan ini penting untuk mengsisi ruang kemerdekaan.
Pada tahun 1958, SITC turut mencatatkan sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya
anak tempatan dilantik sebagai Pengetua, iaitu Zainal Abidin Ali. Pada 13 Januari 1975,
sekali lagi SITC merakamkan sejarah dengan pengambilan masuk 140 pelajar puteri, iaitu
setelah 5 tahun dihuni oleh pemuda-pemuda Melayu.

Naik taraf
Pada 21 Februari 1987, SITC telah dinaikkan taraf sebagai Institusi Pendidikan Sultan Idris
(IPSI). Kedudukan tarafnya lebih tinggi daripada maktab-maktab perguruan yang lain dan
diberi kuasa mengendalikan Kursus Sijil Lanjutan Pergurusan dan Diphloma Lepas Sijil.
Sesuai dengan peranan dan kepentingannya telah mendorong Kerajaan untuk menaikkan
tarafnya kepada peringkat yang lebih tinggi sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
pada 1 Mei 1997.

Anda mungkin juga menyukai