Anda di halaman 1dari 30

1.

0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, institusi bermaksud badan atau

organisasi sosial sama ada swasta atau umum yang ditubuhkan untuk sesuatu tujuan tertentu. 1

Contohnya, pengajian tinggi universiti, maktab, sekolah, kolej dan kewangan bank. Dalam

kata lain institusi yang ditubuhkan adalah untuk mencorak tingkah laku yang stabil,

mentadbir dan mengekang tindakan. Hal ini kerana sebuah institusi boleh merujuk kepada

organisasi untuk tujuan agama, akademik, sosial atau profesional. Ahli sosiologi berpendapat

bahawa institusi berkembang dan berfungsi dan tanpa disedari terlibatnya individu di dalam

perkembangan tersebut. Sebagai contoh, institusi pendidikan diwujudkan sebagai tempat

proses pendidikan dilakukan, memiliki sistem yang rumit dan dinamis. Menurut Kamus

Pelajar Edisi Kedua, pendidikan bermaksud perihal atau perbuatan mendidik 2


manakala

berdasarkan Kamus Dewan Edisi Empat, pendidikan diertikan sebagai suatu bidang yang

dilengkapi dengan ilmu pengetahuan tentang mendidik, melatih dan mengajar. 3 Menurut

Frederick J. Mc Donald dan M.J. Langeveld, pendidikan merupakan suatu proses atau

kegiatan yang diarahkan untuk mengubah kebiasaan (behaviour) manusia.4 Menurut Sistem

Pendidikan Malaysia, terdapat empat tahap dalam institusi pendidikan iaitu Pendidikan

Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah, Pendidikan Lepas Menengah dan

Pendidikan Tinggi.5 Selain itu, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Pembangunan

Pendidikan 2001-2010 pada tahun 2001. Antara matlamat utama rancangan ini adalah

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang

seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang meningkatkan kreativiti dan inovasi, meningkatkan budaya ilmu, sains dan

teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat serta menyediakan sistem pendidikan yang lebih

cekap, berkesan dan bertaraf dunia dalam kalangan pelajar. Sebagai contoh, sekolah sebagai

institusi pendidikan merupakan tempat menghasilkan lulusan dan modal insan yang

1
berkualiti. Maka, sekolah ditafsirkan sebagai suatu organisasi yang memerlukan pentabdiran

yang lebih teratur dan sistematik. Oleh itu, pengkaji mendapat inspirasi untuk menjalankan

kajian terhadap perkembangan Kolej Islam Sultan Alam Shah sebagai Sekolah Berasrama

Penuh di Klang, Selangor dari tahun 2000 – 2020.

2.0 SEJARAH PENUBUHAN KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (KISAS)

Gambar 1 : Pintu Pagar Utama Kolej Islam Sultan Alam Shah

Kolej ini ditubuhkan pada tahun 1955 menggunakan nama Kolej Islam

Malaya (KIM) dan pengasasnya adalah Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj ibni

Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah.6 Kolej Islam ditubuhkan hasil desakan

masyarakat Melayu yang mahukan sebuah pusat pengajian agama moden didirikan untuk

menjadi pusat pendidikan secara formal kepada anak-anak Melayu bagi mengimbangi

bilangan sekolah-sekolah vernakular di Tanah Melayu. Profesor Zuklifi Muhammad

merupakan antara orang yang bertanggungjawab berkempen ke seluruh negara menyebarkan

idea penubuhan Kolej Islam Malaya dengan harapan untuk mewujudkan sebuah pusat

pengajian Islam moden. Kutipan dana di bawah nama Dana Waqaf (KIM) telah dilancarkan

2
di seluruh Tanah Melayu Ia didirikan di atas sebidang tanah seluas kira-kira 14.3 ekar yang

terletak di Jalan Kota Raja, iaitu kira-kira satu setengah kilometer dari bandar Klang. Dalam

hal ini, Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman

Shah telah mewakafkan Istana Jemaah baginda untuk menjadi tapak rasmi Kolej Islam

Malaya. Kolej Islam Malaya telah dirasmikan oleh baginda Sultan Selangor pada ketika itu

menerusi sebuah adat istiadat gilang-gemilang yang diadakan selepas solat Jumaat pada

petang 8 April 1955.

Gambar 2 : Perasmian Kolej Islam Malaya oleh Sultan Hishamuddin Alam Shah

Pengasas Kolej Islam Malaya ialah Paduka Sri Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah.

Sultan Hishamuddin Alam Shah merupakan Yang di-pertuan Agong kedua yang bertakhta

dari 14 April sehingga 1 September 1960 dan merupakan Sultan Selangor yang kelima.

Sultan Hishamuddin Alam Shah merupakan putera ketiga kepada Sultan Alauddin Suleiman

Shah ibni Raja Muda Musa  yang memerintah dari tahun 1898-1938 bersama suri almarhum

iaitu Cik Hasnah Binti Pilong. Baginda diberi nama Tengku Alam Shah dan telah dilantik

sebagai Sultan pada tahun 1938 setelah kemangkatan bapa baginda. Walau bagaimanapun,

Sultan mangkat kerana penyakit misteri di Istana Tetamu di Kuala Lumpur pada 1 September

1960 pada hari pertabalannya. Baginda dimakamkan di Makam Diraja di Klang, Selangor.

3
Oleh itu, dengan sifat keprihatinan baginda dapat dilihat dengan inisiatif baginda

mewakafkan tanah serta bangunan istananya di Jalan Kota Raja untuk dijadikan tapak Kolej

Islam Malaya pada tahun 1955. Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah adalah seorang

sultan yang alim dan berpegang teguh akan agama Islam.7

Kolej Islam Malaya pada awal penubuhannya telah menerima kemasukan pelajar

hampir 50 orang dari Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei. Selain itu, seramai 15

orang pengetua telah berkhidmat di Kolej Islam. Pada tahun 1972, kolej ini telah diangkat

menjadi Sekolah Berasrama Penuh yang lengkap dengan pelbagai kemudahan sehingga ke

hari ini. Pada tahun 1989, Kolej Islam Kelang telah ditukar nama kepada  Kolej Islam Sultan

Alam Shah (KISAS) oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan

Hishamuddin Alam Shah iaitu Sultan Selangor Darul Ehsan pada masa itu.

Pada tahun 1989, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan

Hishamuddin Alam Shah telah menukarkan nama Kolej Islam Klang kepada Kolej Islam

Sultan Alam Shah. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Aziz Shah

diputerakan pada 8 Mac 1926. Pada mulanya baginda menerima pendidikan secara tidak

formal di istana ayahandanya dalam bidang keagamaan, khasnya mengaji Quran,

mempelajari tatasusila dan tatatertib keistanaan. Pada tahun 1934, bermulalah pendidikan

rasmi Seri Paduka Baginda apabila Baginda Tuanku memasuki Sekolah Melayu Pengkalan

Batu di Kelang yang dikenali sebagai Klang pada masa kini. Seterusnya pada tahun 1936

Baginda telah memasuki Malay College Kuala Kangsar tetapi pelajaran Baginda Tuanku di

Malay College tergencat apabila berlakunya Perang Dunia Kedua pada bulan Disember 1941.

Baginda terpaksa kembali ke Kelang dan bersemayam bersama-sama ayahanda dan bondanya

di istana Jemaah, Jalan Kota Raja, Kelang. Istana Jemaah kemudiannya, telah dijadikan Kolej

Islam Kelang.

4
Sehingga kini, bangunan bekas istana sultan tersebut masih dikekalkan dan hanya

beberapa tempat sahaja dinaik taraf. Walaupun terdapat sedikit perubahan pada Kolej Islam

Malaya dahulu dengan Kolej Islam Sultan Alam Shah sekarang ini, namun ia masih

berpegang teguh dengan risalah dan dasarnya pada firman Allah (Fastaqim Kama Umirta)

yang berasal daripada ayat 112 Surah Hud yang bermaksud : “Tetapkanlah (Istiqamah) atas

jalan lurus sebagaimana diperintahkan”. Setiap sekolah mempunyai identitinya yang

tersendiri untuk menunjukkan perbezaan sekolah itu dengan sekolah yang lain atau untuk

menunjukkan sekolahnya mudah dikenali oleh para pelajarnya termasuklah orang ramai.

Oleh itu, Kolej Islam Sultan Alam Shah mempunyai identiti seperti logo sekolah, lagu

sekolah, dan visi sekolah.

2.1 LOGO SEKOLAH

Logo sekolah merupakan simbol utama pada setiap sekolah untuk

membezakan identitinya tersendiri. Kolej Islam Sultan Alam Shah mempunyai dua warna

dan tiga simbol. Warna utama yang terdapat pada logo sekolah ini adalah warna kuning.

Kuning ini melambangkan kemakmuran dan kebahagiaan. Warna kedua ialah warna hijau

yang melambangkan kesuburan dan semangat yang hidup manakala simbol seperti Al-Quran

berada di atas rehal tersebut menunjukkan sikap sentiasa memuliakan serta menjujung

kemuliaan dan kesucian al-quran yang menjadi pegangan Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Simbol menara masjid itu melambangkan beramal dengan ilmu pengetahuan. Simbol dua

kaki penegak itu menunjukkan sikap yang berani.8

2.1.1 VISI DAN MISI SEKOLAH

Kolej Islam Sultan Alam Shah mempunyai visi dan misi sekolah yang merupakan

wawasan atau matlamat yang ingin dicapai oleh semua warga sekolah ini pada masa hadapan.

Visi sekolah ini adalah untuk melahirkan generasi ulul albab yang bertaraf dunia manakala

5
misi sekolah ini adalah menyediakan program pendidikan yang berkualiti bagi memenuhi

aspirasi murid yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Selain itu, Moto Kolej ini ialah ‘Bersama Merangkul Keunggulan’. Oleh itu, kolej ini

mempunyai matlamat iaitu melahirkan pemimpin yang bertaqwa dan berintelektual tinggi.

Pada tahun 2000, Kolej Islam Sultan Alam Shah mempunyai pelajar hampir 800

orang yang berusia antara 16 hingga 19 tahun yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4,

Tingkatan 5, dan Tingkatan 6 dan jumlahnya sering bertambah dari semasa ke semasa.

Jumlah guru-guru dan kakitangan sokongan di sekolah ini adalah seramai 105 orang. Selain

itu, kolej ini mempunyai asrama putera dan asrama puteri. Asrama Putera terletak di seberang

jalan, berhadapan kawasan kolej. Para pelajar lelaki menggunakan jejantas untuk ke sekolah

dari asrama mereka manakala asrama puteri terletak di dalam sekolah. Maka, sekolah ini

terus mengalami perkembangan daripada pelbagai aspek dalam mengekalkan kecemerlangan

sebagai Sekolah Berasrama Penuh di Klang, Selangor

3.0 PERKEMBANGAN KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH (KISAS) SEBAGAI

SEKOLAH BERASRAMA PENUH DI KLANG, SELANGOR DARI TAHUN 2000 –

2020.

3.1 PERKEMBANGAN KURIKULUM

Dengan kemajuan yang dimiliki oleh negara kita pada abad-21 ini , sistem pendidikan

kita mengalami kemajuan drastik yang membuka jalan ke arah perkembangan kaedah dan isi

kandungan dalam pembelajaran dan pengajaran. Pada tahun 2017, sukatan pelajaran telah

berubah seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah ditukarkan kepada

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Dalam hal ini, isi kandungan dalam KSSM

telah ditukarkan secara keseluruhan dan setiap bab disusun dengan teratur dan sistematik.

Dalam KSSM, pelajar dilatih untuk mempunyai kemahiran berfikir dalam pembelajaran dan

6
pengajaran yang mendorong pelajar mengaplikasikan kecerdasan mereka dalam pelbagai

aspek pembelajaran. Sukatan pembelajaran ini bersifat holistik dan autentik dan dijalankan

secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.

Dalam sukatan pelajaran yang baru ini menekankan elemen-elemen yang seperti kreativiti

dan inovasi, keusahawanan, cara menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)

secara “expilicit”.

Kolej Islam Sultan Alam Shah menggunakan kaedah dan bahan pengajaran ini

dengan menyeluruh. Pelajar-pelajar dapat menyelaraskan dan menyeimbangkan diri mereka

dengan sukatan pelajaran yang baru. Selain itu, sekolah ini menggunakkan kaedah

Pengajaran dan Pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Hal ini dapat ditafsirkan bahawa

kaedah yang digunakan ialah komunikasi dua hala ‘two way learning’ di antara guru dan

pelajar. Pelajar bukan sahaja bergantung kepada pengajaran guru tetapi boleh juga menjana

idea sendiri untuk menyelesaikan masalah yang diberi sesama mereka sendiri. Proses

pemahaman akan menjadi lebih mudah jika pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran yang

sedang berlangsung dan meningkatkan daya ingatan pelajar terhadap ilmu yang diberikan

oleh guru. Sekolah ini menggunakan empat kaedah yang paling banyak dipraktikkan oleh

para guru dalam menjalankan aktiviti berpusatkan pelajar semasa proses pengajaran dan

pembelajaran iaitu latihan, pembelajaran kendiri, perbincangan kumpulan, pembentangan,

amali dan membuat nota ringkas. Walaupun kaedah pengajaran mengalami perubahan yang

drastik, Kolej Islam Sultan Alam Shah tetap mengekalkan keputusan yang cemerlang. Hal ini

kerana pada tahun 2017, kolej ini telah mencapai gred purata yang cemerlang dalam Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 1.42 % dan menurun sedikit kepada 1.44 % pada tahun 2018,

dan meningkat pada tahun berikutnya 1.19 % dan menurun sedikit kepada 1.20 % pada tahun

2020.

7
Pada tahun 2000, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah diperkenalkan bagi

menggantikan Sijil Tinggi Ugama atau Sijil Tinggi Agama yang digunakan di kolej ini

sebelum STAM diperkenalkan. STAM merupakan hasil kerjasama antara Kementerian

Pendidikan. Malaysia dengan Universiti Al-Azhar Al-Sharif. Kolej Islam Sultan Alam Shah

antara salah satu sekolah yang mengambil aliran ini bagi pelajar Tingkatan Enam. STAM ini

diperkenalkan untuk memastikan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)

dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) melalui satu sistem pendidikan yang piawai

dan diiktiraf di dalam dan di luar negara. Selain itu, pada tahun 2013, pelajar beraliran agama

ini hanya diperuntukkan setahun sahaja pembelajaran kerana sekolah ini ingin menyelaraskan

tempoh pembelajaran semua pelajar Tingkatan Enam. Pada tahun 2002, kolej ini telah

meletakkan namanya sebagai sekolah yang mendapat tempat pertama dalam Malaysia dalam

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) selama 14 tahun bermula tahun 2002 hingga 2016.

Sistem peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia kini dikendalikan berdasarkan

kepada tempoh pengajian Tingkatan Enam selama satu setengah tahun. Tempoh pengajian ini

terdiri daripada Tingkatan Enam Bawah dan Tingkatan Enam Atas. Pada tahun 2013, sistem

pentaksiran Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia telah menggantikan sistem pentaksiran yang

digunakan sebelum ini. Hal ini kerana kandungan pengajiannya dibahagikan kepada tiga

bahagian kurikulum iaitu tiga Semester, Semester Satu, Semester Dua, dan Semester Tiga

dalam tempoh pengajian selama satu setengah tahun. Pentaksiran pencapaian pelajar akan

dijalankan pada setiap Semester dan keputusan peperiksaan juga akan dikeluarkan pada

setiap Semester manakala keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah berdasarkan

gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga Semester dan pelajar juga dibenarkan untuk

memperbaiki keputusan peperiksaan akhir Semester Satu atau Semester Dua. Pelajar yang

tidak mencapai keputusan yang baik bagi Semester tiga juga boleh menduduki semula

peperiksaan akhir Semester Tiga, iaitu selepas keputusan Semester Tiga dikeluarkan

8
berbanding sistem sebelum ini yang mempunyai 1 penggal sahaja dan pentaksiran pencapaian

hanya dijalankan sekali sahaja pada hujung Semester dan tiada peluang untuk memperbaiki

keputusan peperiksaan. Selain itu, pada tahun 2010, sekolah ini telah menawarkan 4 subjek

sahaja dalam satu fakulti bagi pelajar Tingkatan Enam (STPM). Dalam hal ini, hanya 4

subjek terbaik sahaja akan dikira dalam Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK).

Pada tahun 2018, Bahasa Cina Komunikasi mula ditawarkan di KISAS yang

dibimbing oleh seorang guru iaitu Encik Idzhar bin Baharin yang mempunyai kelulusan

dalam Sarjana Muda (Kepujian) dalam Kesusasteraan Cina di Bejing Foreign University.

Pada peringkat awal, hanya murid Tingkatan 4 sahaja yang ditawarkan. Namun pada tahun

2019, murid Tingkatan 5 juga telah ditawarkan Bahasa Cina Komunikasi. Inisatif ini

bertujuan menambahkan minat murid terhadap Bahasa Cina Komunikasi dan memberi

kelebihan kepada pelajar untuk berkomunikasi dengan orang cina. Hal ini kerana, pada

kebiasaannya murid dapat mengetahui ayat-ayat mudah setelah mempelajarinya selama 1

tahun. Walau bagaimanapun, sekolah ini tidak mendaftar mata pelajaran ini dalam Sijil

Pelajaran Malaysia (SPM) dan sekolah hanya menyediakan peperiksaan dalaman bagi

pelajar.

Selain itu, terdapat banyak program yang diadakan bagi meningkatkan prestasi pelajar

terutama bagi pelajar Tingkatan Lima yang akan menduduki Peperiksaan Besar iaitu Sijil

Peperiksaan Malaysia. Contohnya Program “ Hari Mawaddah” telah diperkenalkan pada

tahun 2002. Program ini diadakan bertujuan membentangkan keputusan Peperiksaan

Pertengahan Tahun di hadapan guru-guru, ibu bapa dan para pelajar serta menyampaikan

cenderamata kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan. Program ini akan

meningkatkan semangat para pelajar bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang. Maka,

program ini masih berjalan dengan lancar sehingga hari ini.

9
Selain daripada itu, terdapat juga program Multaqa Lil Mutafawwiqin yang diadakan

pada tahun 29 April 2008. Program ini dianjurkan oleh Unit kecemerlangan KISAS bagi

membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan awam seperti SPM, STPM dan STAM.

Program ini memberi input penting kepada para pelajar seperti teknik-teknik menjawab

soalan sebenar dan latih tubi bagi membiasakan para pelajar dengan soalan-soalan sebenar.

Pada tahun 2018, program Bertiwikrama STPM telah diadakan khas di Kem Bina

Negara Meru bagi pelajar STPM 2018 dan 2019. Program ini dijalankan bertujuan untuk

memantapkan lagi kefahaman calon-calon STPM dalam menjawab peperiksaan dengan

mudah. Contoh aktiviti yang dilakukan ialah Gilap Permata Mata Pelajaran STPM dan

‘Team building’.

3.2 PERKEMBANGAN KOKURIKULUM

Pada tahun 1970, aktiviti kokurikulum dianggap sebagai suatu perkara yang

berasingan, aktiviti tambahan dan tidak penting dalam perkembangan dan proses

pembelajaran dan pengajaran murid di sekolah. Namun, kesedaran terhadap kepentingan

kokurikulum telah beransur berubah mengikut perkembangan pendidikan semasa dan mula

diberi keutamaan dalam setiap perancangan pendidikan.

Dasar utama penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib. Matlamat

kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar yang mewajibkan

mereka mengambil bahagian sekurang-kurangnya dalam salah satu unit beruniform seragam,

kegiatan kelab persatuan dan sukan atau permainan. Sekolah ini juga mewujudkan peluang

yang seluas-luasnya kepada pelajar untuk menyertai kegiatan kokurikulum yang mereka

minati.

10
Sekolah ini mengambil berat terhadap kegiatan kokurikulum pelajar. Pihak sekolah

telah menubuhkan beberapa unit lembaga sekolah yang disertai oleh pelajar yang terpilih

sahaja. Antara lembaga-lembaga yang penting dalam sekolah ini ialah Badan Dakwah dan

Rohani, Persatuan Tingkatan Enam, Lembaga Ketua Murid, Lembaga Pusat Sumber dan

Lembaga Koperasi. Selain itu juga, sekolah menubuhkan aktiviti kokurikulum dalam tiga

bidang utama iaitu badan beruniform, kelab, persatuan, sukan dan permainan. Jumlah

keseluruhan bidang kokurikulum yang ditubuhkan di sekolah ini ialah 45 unit yang dibahagi

kepada tiga bahagian tersebut. Kokurikulum ini disertai oleh semua pelajar. Dalam setiap unit

tersebut terdapat di antaranya yang aktif hingga mewakili sekolah sama ada dalam peringkat

sekolah, daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa.

Kokurikulum di sekolah ini diadakan pada waktu petang antara pukul 3:30 – 4:30

petang. Dari segi pakaiannya, sekolah ini juga menyediakan baju khas kokurikulum yang

hanya dipakai pada hari rabu. Pada minggu unit beruniform, pelajar akan memakai pakaian

uniform berdasarkan unit yang disertainya. Setiap unit mempunyai 3-4 orang guru dalam

setiap unit dan guru-guru ini akan memimpin pelajar-pelajar ini dan mengadakan mesyuarat

serta aktiviti yang menarik setiap tahun.

Bermula pada tahun 2000, pelbagai jenis unit beruniform telah ditubuhkan untuk

pelajar sertai kerana aktiviti ini dapat memupuk dan melahirkan pemimpin yang berwibawa.

Antara badan beruniform yang terdapat di sekolah ini ialah Persatuan Bulan Sabit Merah,

Kadet Polis, Persatuan Kadet Bersatu Malaysia, Persatuan Seni Silat Malaysia, Kadet Bomba

dan Penyelamat dan Persatuan Puteri Islam Malaysia. Pelajar akan dilantik atau dipilih

sebagai pimpinan dalam organisasi mereka atau sebagai Pengerusi, Setiausaha atau

Bendahari. Dalam konteks ini, pelajar akan diajar oleh guru dalam pasukan masing-masing

supaya menjadi insan yang bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah, dedikasi dan berupaya

11
berinteraksi dengan anak muridnya. Unsur-unsur seperti ini akan menjadikan mereka sebagai

pemimpin yang berintegriti di masa hadapan.

Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) adalah persatuan yang aktif di sekolah ini.

Prinsip asas badan uniform ini ialah sedia membantu, kerjasama antara satu sama lain,

berusaha dan bersatu. Persatuan Bulan Sabit Merah mula ditubuhkan pada tahun 1999 dan

mula menjalankan beberapa aktiviti. Pada tahun 2000, PBSM mempunyai ahli seramai 15

orang. Antara aktiviti-aktivitinya ialah bertugas di bahagian kecemasan semasa sukan sekolah

iaitu dalam permainan ragbi Peringkat MSSM di sekolah Menengah Sultan Hishamuddin dan

bertugas di sukan gabungan sekolah-sekolah di Daerah Klang. Pada tahun 2002 , PBSM

mempunyai bilangan guru penasihat yang lebih ramai dan berpengalaman untuk

membimbing seramai 45 orang ahlinya yang aktif. Perjumpaan uniform ini diadakan setiap

minggu pada hari Rabu. Antara aktiviti dan latihan yang diberikan oleh pakar jemputan

kepada ahlinya ialah tentang cara ikatan dan balutan serta mereka. Selain itu, mereka juga

bertugas sebagai pegawai kecemasan semasa Hari Sukan dijalankan. Hospital Tengku

Ampuan Rahimah, Klang juga pernah mengadakan Ceramah Pertolongan Cemas kepada ahli-

ahli PBSM ini di Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Antara sukan dan permainan yang utama ialah Badminton, Bola Tampar, Sepak

Takraw, Memanah, Bola Sepak, Badminton dan Ragbi. Pada tahun 2018, permainan Ragbi

telah banyak menyumbang kepada sekolah dalam mewakili Kolej Islam Sultan Alam Shah

dalam MSSD bawah 18 tahun. Dalam peringkat tersebut, pasukan ragbi Kolej Islam Sultan

Alam Shah mendapat Johan. Setelah itu, pada tahun 2014, dua orang daripada ahli ragbi

dipilih bagi mewakili daerah dalam MSSM iaitu Muhammad Hakimi bin Shahrin dan Ahmad

Aizat bin Mohd Nor dipilih mewakili negeri dalam kejohanan MSSS yang berlangsung di

Sabah dan seterusnya telah mendapat johan dalam perlawanan tersebut di peringkat MSSS

12
sekali gus telah mengharumkan nama sekolah. Pada tahun 2016, kelab kriket menjalankan

aktivitinya pada bulan Januari. Permainan ini pada mulanya menumpukan kepada undang-

undang permainan dan kemahiran asas. Setelah beberapa tahun ditubuhkan, permainan ini

memberikan latihan yang secukupnya bagi memilih pemain untuk mewakili sekolah

peringkat MSSD. Latihan ini dijalankan sebanyak tiga kali setiap mingu. Pada tahun 2019,

pasukan kriket telah mengambil bahagian dalam pertandingan anjuran MSSD bawah 18

tahun. Pasukan muslimin sekolah berjaya menjadi Naib Johan. Namun begitu, pasukan

muslimat sekolah telah mengalami kekalahan tetapi mereka telah menunjukkan peningkatan

prestasi yang baik. Pada tahun 2020, terdapat sukan baru yang diterapkan kepada para pelajar

di sekolah ini iaitu Pentaque yang ditumpukan kepada pelajar Tingkatan Enam. Hal ini

kerana 10 peratus daripada kokurikulum akan membantu pelajar Tingkatan Enam untuk

kemasukan ke Universiti. Begitu juga sukan Ping Pong yang ditubuhkan pada tahun 2001

yang menumpukan kepada teori dan kemahiran asas dalam sukan ini kepada pelajar. Walau

bagaimanapun, adanya pelajar-pelajar yang berbakat dalam sukan ini memberi peluang

kepada sekolah untuk menumpukan perhatian terhadap sukan ini. Oleh itu, pada tahun 2014,

sekolah ini pertama kalinya menghantar pasukan Ping Pong dalam peringkat MSSD. Oleh itu,

banyak perkembangan yang berlaku terhadap kelab sukan dan permainan di kolej ini.

Kelab dan persatuan di sekolah ini juga ditubuhkan pada awal tahun 1980. Kelab dan

persatuan yang ditubuhkan di sekolah ini mengalami perubahan sama ada bertambah atau

digantikan. Pada tahun 2013, terdapat kelab baru yang ditubuhkan iaitu Kelab Sains,

Teknologi, ‘Enginering’ dan Matematik (STEM). Persatuan ini adalah salah satu persatuan

yang aktif di sekolah ini. Segala aktiviti yang dijalankan melalui persatuan ini dapat

meningkatkan pengalaman dan pengetahuan para pelajar. Antara aktiviti yang dirancang

sepanjang tahun ialah lawatan sambil belajar, pertandingan kuiz, pertandingan Cup Stake

Challenge dan pertandingan roket air.

13
Selain itu, terdapat Kelab Persatuan Cina yang ditubuhkan pada tahun 2018 dan

mempunyai seramai 25 orang ahli dan seorang guru penasihat iaitu Encik Idzhar bin Baharin.

Kelab ini bertujuan untuk memberi motivasi kepada semua ahli supaya berminat untuk

mempelajari Bahasa Cina yang merupakan kelebihan yang diperlukan dalam bidang

pekerjaan pada masa akan datang bagi pelajar. Perjumpaan persatuan diadakan pada hari

Rabu mengikut tarikh-tarikh yang telah ditetapkan.

3.3 PERKEMBANGAN INFRASTUKTUR DAN FASILITI

Pada tahun 2000-2013 keseluruhan kelas bagi Tingkatan Enam adalah 12 kelas.

Namun pada tahun 2014, kelas bagi Tingkatan Enam adalah 10 kelas kerana perubahan

sistem pendidikan dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang menyebabkan sekolah

mengambil langkah ini bagi memaksimumkan kualiti pembelajaran pelajar berbanding

kuantiti. Hal ini kerana guru-guru di sekolah ini dapat menumpukan masa dengan lebih

efektif dan efisyen terhadap pelajar. Pada tahun 2015, White House iaitu rumah tetamu bagi

Tuanku Sultan Selangor telah dirobohkan dan dijadikan sebagai tempat persinggahan bas –

bas sekolah. Pada tahun 2001, Dewan Terbuka atau dikenali sebagai ‘Centre of Excellence’

(COE) telah disumbangkan oleh pelajar Tingkatan 5 dan 6.

Gambar 3 : Dewan terbuka yang kini menjadi tempat perhimpunan harian pelajar

Selain itu, sebelum ini kemudahan kenderaan bagi pelajar yang sakit untuk ke klinik

adalah menggunakan kereta guru tetapi pada tahun 2020, Persatuan Alumni Kolej Islam

14
Sultan Alam Shah telah menyumbangkan sebuah MPV Hyundai Starex kepada pihak sekolah

bagi kemudahan pelajar untuk ke klinik dan perkhidmatan pengangkutan seperti

penghantaran pelajar ke kediaman mereka. Selain itu, terdapat dewan serbaguna yang

digunakan untuk latihan dalaman. Dewan ini terletak berhampiran blok F dilengkapi dengan

alat senaman dan peralatan sukan untuk kemudahan para pelajar. Dahulunya, gimnasium ini

dikhaskan menjadi tempat latihan untuk pasukan gamelan sebelum dipindahkan ke Bilik

Tayangan Utama (BTU) pada tahun 2015.

Pada tahun 2000, sekolah ini telah membangunkan tiga buah blok yang dikenali

sebagai Blok A, Blok B dan Blok C dengan menggunakkan dana waqaf daripada Persatuan

Ibu Bapa dan Persatuan Alumni KISAS dan mempunyai tiga aras bagi setiap blok. Tujuan

utama blok-blok ini dibina adalah bagi menyediakan tempat pembelajaran bagi pelajar

Tingkatan Enam. Hal ini kerana tempat pembelajaran bagi pelajar Tingkatan Enam sebelum

ini yang terletak di sebelah padang bola Kolej ini telah diiktirafkan oleh Jabatan Kerja Raya

bahawa kelas tersebut tidak boleh digunakan atas faktor keselamatan. Oleh itu, pada tahun

2002, keseluruhan blok ini telah disiapkan dengan sepenuhnya. Selain itu, pejabat guru

Tingkatan Enam juga dekat dengan kelas pelajar Tingkatan Enam kerana pejabat ini terletak

di asas kedua Blok A dan kelas-kelas pelajar Tingkatan Enam bawah terletak di aras ketiga

blok A,B dan C dan Tingkatan Enam atas di aras pertama Blok A.

4.0 PENCAPAIAN KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH, KLANG, SELANGOR

PADA TAHUN 2000-2020.

4.1. PENCAPAIAN DALAM KURIKULUM

Pada tahun 2001, KISAS telah melahirkan Pelajar Kedua Terbaik Malaysia dalam

Sijil Pelajaran Malaysia iaitu Lida bt. Khalid dengan mencapai (11 A1) manakala Pelajar

Ketiga Terbaik Malaysia juga daripada kolej ini yang bernama Sumaiyah bt Abd. Halim

15
dengan mencapai (11A).9 Pada tahun 2003, pelajar KISAS telah catat sejarah dengan

memperoleh A1 bagi semua subjek dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu Abdul Hanif

Khan bin Yusof Khan. KISAS telah mendapat tempat pertama di Malaysia dalam

peperiksaan SPM untuk 2 tahun berturut-turut iaitu tahun 2004 dan 2005. Selain itu, Kolej

Islam Sultan Alam Shah telah mendapat tempat pertama di negara kita dalam peperiksaan

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia untuk 7 tahun berturut-turut iaitu tahun 2008-2015. 10
KISAS

mendapat tempat kedua seluruh Malaysia dalam peperiksaan SPM pada tahun 2000, 2007,

2008, 2009 dan 2016. Pada tahun 2006, KISAS mengekalkan keputusan lulus 100 peratus

dalam Sijil Pelajaran Malaysia dengan kesemua pelajar iaitu 245 calon lulus. Pada tahun

2007, KISAS telah menerima pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan fasa pertama.

Pengiktirafan fasa pertama ini telah meletakkan Kolej Islam Sultan Alam Shah sebaris

dengan beberapa sekolah cemerlang seperti Sekolah Tun Fatimah dan Sekolah Menengah

Sains Tuanku Munawir. Selain itu, kolej ini telah diumumkan menjadi sekolah terbaik dalam

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Hal ini kerana mendapat tempat pertama dalam

ranking Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) selama 14 tahun bermula tahun 2002 hingga

2016. Pada tahun 2010, Kolej Islam Sultan Alam shah telah diiktiraf sebagai Sekolah

Berprestasi Tinggi Kohort pertama setelah berjaya mengekalkan kecemerlangan akademik

serta kokurikulum.11

4.2 PENCAPAIAN DALAM KOKURIKULUM

Pada tahun 2001, pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah yang menyertai Tilawah Al-

Quran kategori perempuan telah mendapat Johan dalam tiga peringkat iaitu Peringkat Daerah,

Zon dan Negeri dalam Majlis Tadarus Al-quran. Selain itu dalam acara Syarah Agama bagi

kategori lelaki mendapat tempat pertama dalam ketiga-tiga peringkat iaitu Peringkat Daerah,

Zon dan Negeri. Sukan Ping Pong juga mendapat tempat yang pertama dalam Peringkat

Daerah.

16
Kolej Islam Sultan Alam Shah telah menjadi wakil negara ke Pertandingan Intel Isef

peringkat kebangsaaan di Philadelphia, Amerika Syarikat.12 Pada tahun 2002, KISAS telah

menjadi tuan rumah bagi Nadwah Kepimpinan Islam, Sekolah Berasrama Penuh kali ke-23.

Nadwah ini berlangsung selama lima hari dan dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah

Pendidikan dan Moral iaitu Senator Tn Haji Dangiran bin Mustapa. Beliau juga menafikan

bahawa Nadwah pada kali ini merupakan Nadwah yang paling baik sepanjang zaman. Selain

itu, seorang pelajar KISAS yang bernama Khaliz bin Ariffin telah mendapat Johan di

Peringkat Kebangsaan dalam Pertandingan Pidato Piala Diraja dan Pidato Sains Sekolah-

Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Selain itu, Nasim Muhammad bin Abd Khutoose telah

mendapat Johan di peringkat Kebangsaan dalam Syarahan Agama.13

Pada tahun 2003, Pasukan Perbarisan Kawad Kaki Kolej Islam Sultan Alam Shah

telah mendapat Johan dalam peringkat Negeri dan peringkat Kebangsaan. Selain itu, pasukan

Syarahan Agama bagi pelajar lelaki telah mendapat Johan dalam peringkat Negeri dan

peringkat Antarabangsa. Pasukan bola baling yang diwakili puteri-puteri KISAS telah

mendapat Johan dalam dua peringkat iaitu Negeri dan Kebangsaan. Tidak dilupakan juga

Kolej ini telah menghantar seorang pelajar mewakili dalam pertandingan catur Merdeka ke-

23 dan berjaya mendapat tempat pertama dalam acara tersebut.14

Selain itu, sempena Sambutan Jubli Emas, Unit Kokurikulum telah merancang

eskpedisi untuk menawan gunung tertinggi di Asia Tenggara. Ekspedisi ini berlangsung

selama tiga hari, 6 Jun 2005 – 8 Jun 2005. Hasilnya tepat jam 5:30 pagi, seorang warga bumi

waqafan iaitu Mohd Johari bin Md Salim, pelajar Tingkatan Enam Atas berjaya menjadi

orang pertama yang menawan puncak Gunung kinabalu dan diikuti dengan pelajar

perempuan yang bernama Fatimah bt Mahmud serta bersama beberapa guru, staf dan pendaki

yang lain. Selain itu, Kelab Bowling Padang telah menghantar beberapa orang ke peringkat

negeri dalam pertandingan Bowling Padang dan berjaya mendapat Johan.15

17
Pada tahun 2008, KISAS mendapat juara dalam Pertandingan Debat Bahasa Arab

antara sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia dalam peringkat kebangsaan dengan

membawa balik tunai RM 2500. Selain itu pada tahun 2008 juga Kolej Islam Sultan Alam

Shah menjadi Juara dalam Pertandingan Reka Cipta Kejuruteraan dan Inovasi Sains SBP ke -

10. Pada tahun 2010, buat pertama kalinya KISAS Mendapat Johan dalam Pertandingan

Debat Piala Jemputan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam Bahasa Melayu.

Pertandingan ini merupakan acara yang menghimpunkan semua kategori sekolah di

Malaysia.16

Pada tahun 2010, Pasukan Nasyid Soutul Mujahideen telah mendapat Johan dalam

Pertandingan Nasyid Karnival Premier Za’ba anjuran Universiti Kebangsaan

Malaysia.17Selain itu, Pasukan Ragbi KISAS telah mendapat Tempat Kedua dalam

Kejohanan Ragbi Terbuka UPM. KISAS telah mendapat tempat Ketiga dalam ‘4th Biennial

Residential School English Drama Competition’ dalam Pertandingan Drama Bahasa Inggeris

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kali Keempat tahun 2013 di Peringkat Kebangsaan dan

merangkul 'Anugerah Pelakon Tambahan Lelaki Terbaik'. 18

Pada tahun 2017, pasukan nasyid rasmi sekolah iaitu Soutul Mujahideen telah

mendapat johan dalam beberapa pertandingan antaranya ialah Karnival Dakwah Sekolah

dalam peringkat kebangsaan, Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Negeri Selangor, Piala Naib

Canselor Kolej Universiti Islam Melaka dan Pertandingan Nasyid Anjuran siaran radio iaitu

IKIM FM. Selain itu, pasukan gamelan sekolah iaitu Gema Gamelan Waqafan telah

mendapat tempat pertama dalam dua acara iaitu Pertandingan ‘Malaysia International Music

and Arts Festiva’l dan Festival Muzik Sekolah-Sekolah Malaysia.19 Pada 18 mac 2019,

KISAS telah menjadi tuan rumah untuk Persidangan Pemimpin Muda Islam yang melibatkan

68 Sekolah Berasrama Penuh dari seluruh Malaysia.

18
4.3 LAWATAN SEKOLAH-SEKOLAH CEMERLANG KE KOLEJ ISLAM

SULTAN ALAM SHAH

Pada tahun 2001, terjadinya dalam sejarah pertemuan diplomasi antara dua pihak iaitu

Kolej Islam Sultan Alam Shah dengan menteri pendidikan Turkemenistan. Lawatan ini

bertujuan untuk berkongsi idea tentang kaedah pembelajaran dan pengajaran masing-masing.

Pada tahun 5 hingga 14 Julai 2018, Kolej Islam Sultan Alam Shah telah menerima tetamu

dari Australia iaitu Mr. Terry Heath yang memegang jawatan sebagai Pengetua di Yeorange

State High School. Matlamat lawatan ini adalah untuk melakukan perkongsian dan

pertukaran maklumat, idea dan budaya mengenai kepimpinan sekolah.

4.4 KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH JOHAN PERTANDINGAN 3K

PERINGKAT KEBANGSAAN

KISAS terus menempa kejayaan pada tahun 2002 dengan merangkul tempat pertama

pertandingan 3K Peringkat Kebangsaan kategori Sekolah Berasrama Penuh. Program 3K

iaitu Keceriaan, Keselamatan dan Kebersihan telah diadakan sejak tahun 1995 dan tahun ini

adalah tahun pertama KISAS muncul sebagai Johan dan membawa balik hadiah yang berupa

cek yang bernilai rm 5000 setelah menewaskan Sekolah Menengah Sains Johor yang

menduduki tempat kedua diikuti Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu di tangga yang

ketiga.

5.0 KESIMPULAN

Dengan adanya kajian ini, diharapkan kejayaan dan perkembangan


pelajar-pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Khai Mun dapat
ditambahkan lagi dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Pihak sekolah juga
perlulah memberikan komitmen yang maksimum bagi memastikan pendidikan SMK
Khai Mun bertambah maju dan melahirkan para pelajar yang mempunyai ciri-ciri
pelajar abad ke-21 selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 iaitu, pelajar akan diterapkan dengan kemahiran berfikiran aras tinggi dan
ia akan difokuskan dalam semua mata pelajaran yang dipelajari

19
Dengan adanya kajian ini, diharapkan kejayaan dan perkembangan
pelajar-pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Khai Mun dapat
ditambahkan lagi dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Pihak sekolah juga
perlulah memberikan komitmen yang maksimum bagi memastikan pendidikan SMK
Khai Mun bertambah maju dan melahirkan para pelajar yang mempunyai ciri-ciri
pelajar abad ke-21 selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 iaitu, pelajar akan diterapkan dengan kemahiran berfikiran aras tinggi dan
ia akan difokuskan dalam semua mata pelajaran yang dipelajari
Dengan adanya kajian ini, diharapkan kejayaan dan perkembangan
pelajar-pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Khai Mun dapat
ditambahkan lagi dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Pihak sekolah juga
perlulah memberikan komitmen yang maksimum bagi memastikan pendidikan SMK
Khai Mun bertambah maju dan melahirkan para pelajar yang mempunyai ciri-ciri
pelajar abad ke-21 selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)
2013-2025 iaitu, pelajar akan diterapkan dengan kemahiran berfikiran aras tinggi dan
ia akan difokuskan dalam semua mata pelajaran yang dipelajari
Kesimpulannya, Kolej Islam Sultan Alam Shah mengalami perkembangan yang pesat

dalam pelbagai aspek terutama dari segi kurikulum dan kokurikulum sehingga mencapai taraf

Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster pada tahun 2007. Lebih-lebih lagi pada tahun

2010, sekolah ini mendapat gelaran sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi. Maka, sekolah ini

menjadi sebuah institusi pendidikan yang sangat terkemuka kerana sekolah ini sentiasa

mengalami perkembangan yang terus meningkatkan imej dan prestasi sekolah ini dari semasa

ke semasa. Hal ini juga dibuktikan bahawa ramai cendekiawan dan tokoh yang merupakan

hasil produk dan keluaran daripada sekolah ini. Contohnya, Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Noor

Hisham bin Abdullah yang merupakan Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan

Malaysia sejak 2013 dan Dr Haji Anhar bin Opir iaitu kini menjadi Mufti Selangor yang ke-

7. Maka, perkara ini memberi contoh yang baik dan penanda aras kepada generasi muda akan

datang untuk menjadi seorang insan yang dapat berkhidmat menyumbang sesuatu kepada

negara.

20
6.0 NOTA HUJUNG

1
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Definisi Institusi (Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Dan Pustaka,
2005), 235.
2
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Definisi Pendidikan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1978), 567.
3
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Definisi Pendidikan (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 2005), 632.

21
4
Niaron, “Definisi Pendidikan,” Portal Pendidikan, Kerjaya dan Informasi, Utama di
Malaysia, https://www.xpresi.org/definisi-pendidikan/(diakses pada 24 Jun, 2022)
5
Kementerian Pendidikan Malaysia “ Sistem Pendidikan,” Portal Rasmi Kementerian
Pendidikan, https://www.moe.gov.my/( diakses pada 24 Jun, 2022)
Mohd Hafiz bin Abdul Rauf, ed., Majalah Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang: Unit
6

Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah, 2001), 1


7
Istana Negara “ Latar belakang Yang Dipertuan Agong,” Portal Rasmi Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong,
https://www.moe.gov.my/( diakses pada 24 Jun, 2022)
Mohd Hafiz bin Abdul Rauf, ed., Majalah Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang: Unit
8

Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah, 2001), 5


9
Ibid,10 dan 11.
Mohd Nasif Badruddin, “Himpunan Pelajar Terbaik, ” Metro (Kuala Lumpur),16 Jun, 2017,
10

24.
Muhammad Basheer bin Yahya, ed., Majalah Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah
11

(Klang:Unit Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah, 2010), 72


Mohd Hafiz bin Abdul Rauf, ed., Majalah Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang:
12

Unit Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah, 2001), 56.


Mohd Baihaqi bin Jaafar, ed., Majalah Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang:Unit
13

Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah, 2002), 93


Muhammad Nur Fayad bin Senin, ed., Majalah Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah
14

(Klang: Unit Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah, 2003), 94 dan 89.
Muhammad Nadhir bin Zainuuddin, ed., Majalah Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah
15

(Klang: Unit Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah, 2005), 20 dan 124.
Ahmad Saifullah bin Hayatul Kamil, ed., Majalah Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah
16

(Klang: Unit Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah, 2008), 89


17
Muhammad Basheer bin Yahya, ed., Majalah Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah
(Klang:Unit Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah, 2010), 75.
Zaril bin Mohd Isa, ed., Majalah Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang: Unit Restu
18

Kolej Islam Sultan Alam Shah, 2017), 62-63.


Muhammad Fadhil Husaini Bin Rosmidi, ed., Majalah Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah
19

(Klang:Unit Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah, 2013), 68.

22
7.0 BIBILIOGRAFI
SUMBER PRIMER :

1) Nama : Tuan Haji Kamarul Ariffin bin Mohd Sharif (Pengetua)

Tempat Temubual : Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor

Tarikh Temubual :12/6/2022

23
Masa Temubual : 2:30 Petang

2) Nama : Noorhilma binti Yem (Guru Kolej Islam Sultan Alam Shah)

Tempat Temubual : Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor

Tarikh Temubual :13/6/2022

Masa Temubual : 2:30 Petang

SUMBER SEKUNDER :

Joyce M. Hawkins. Kamus Dwibahasa Oxford Fajar. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd, 1992
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 2007.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, Edisi kedua. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987
Mohd Baihaqi bin Jaafar. Majalah Restu Kolej Islam Sultan Alam Shah. Klang: Unit Restu
Kolej Islam Sultan Alam Shah, 2018
Mohd Nasif Badruddin. “ Himpunan Pelajar Terbaik ” hmetro.com.my
Pusat Rujukan Persuratan Melayu. “ Maksud Pendidikan ” https://prpm.dbp.gov.my/
Pusat Rujukan Persuratan Melayu. “ Maksud Institusi ” https://prpm.dbp.gov.my
Ruwaida Md Zain. “STPM di Selangor terus cemerlang” https://www.bharian.com.my/

8.0 LAMPIRAN

24
Gambar 1 : Kolej Islam Sultan Alam Shah Menduduki tempat kedua di seluruh Malaysia

Gambar 2 : Keratan akhbar yang menunjukkan KISAS tersenarai sebagi sekolah yang

kebanyakkan pelajarnya mendapat A semua subjek.

25
Gambar 3 : Antara bangunan istana yang masih kekal dan telah dijadikan pejabat sekolah

sehingga tahun ini.

Gambar 4 : Takrifan disebalik simbol-simbol yang terpahat di logo Kolej Islam Sultan Alam

Shah

26
Gambar 5 : Beberapa Keratan Akhbar yang menunjukkan Kolej Islam Sultan Alam Shah

sebagai sebuah sekolah yang terkemuka

Gambar 6 : Pencapaian Pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah ekspedisi Gunung Kinabalu

27
Gambar 7 : Para pelajar yang telah mengharumkan nama sekolah dalam perdebatan dalam
pelbagai bahasa.

Gambar 8 : Kolej Islam Sultan Alam Shah menjadi Juara Pertandingan 3K kategori Sekolah
Berasrama Penuh di Malaysia.

28
Gambar 9 : Kolej Islam Sultan Alam Shah diisytiharkan sebagai Sebuah Sekolah Kluster
pada tahun 2007

Gambar 10: Kolej Islam Sultan Alam Shah


mendapat gelaran sebagai Sekolah
Berprestasi Tinggi pada tahun 2010

29
Gambar 11: kunjungan daripada Pengetua Yeronga State High School dan lawatan ini
bertujuan bagi melakukan perkongsian dan pertukaran maklumat, idea dan budaya.

30

Anda mungkin juga menyukai