Anda di halaman 1dari 12

AIL2010 SEJARAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA

SESI 2022/2023

Tajuk:
With relevant examples, describe the characteristics of education within
Malay Society before British era in the Malay States.

NAMA DARWISY HAIKAL BIN RASIP (U2002716)

PENSYARAH DR AHMAD KAMAL

TUTORIAL TUTORIAL
WEDNESDAY 1PM-2PM
Pendahuluan
Sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu, keadaan sistem pendidikan di Tanah

Melayu telah pun berada di satu tahap yang baik. Sistem pendidikan sebelum kedatangan Islam

pada ketika itu dipengaruhi oleh adat dan budaya masyarakat tempatan. Pendidikan pada zaman

tersebut adalah lebih kepada ilmu kemahiran seperti kemahiran dalam bidang pertanian,

perdagangan, seni mempertahankan diri dan kepercayaan bersifat Hindusime.1 Penyebaran

agama Islam pada abad ke 15 telah menyebabkan sistem Pendidikan Islam diperkenalkan di

Melaka.2 Sistem pendidikan pada waktu itu telah dipengaruhi oleh agama Islam. Sistem

Pendidikan berubah apabila Melaka menerima Islam dan sistem pendidikan yang lebih

sistematik telah diwujudkan. Sistem Pendidikan yang lebih sistematik dan formal seperti

adanya guru atau tenaga pengajar, silibus dan buku mengajar serta mempunyai tempat

pembelajaran yang sesuai. Ibu bapa dan guru agama memainkan peranan penting dalam sistem

pendidikan dalam masyarakat Melayu untuk mengasah dan membina jati diri yang hebat.

Sistem Pendidikan dalam masyarakat Melayu pada ketika itu hanya tertumpu kepada

ilmu keagamaan berbanding ilmu sekular seperti geografi, matematik dan sains. Sistem

Pendidikan Islam yang berkembang dalam masyarakat Melayu telah membawa kepada

perubahan cara hidup dan amalan seharian. Bukan itu sahaja, masyarakat Melayu juga telah

mula memahami dan menguasai Bahasa Arab kerana ingin mempelajari Al-Quran.

Pembelajaran tentang Al-Quran sangat penting pada ketika zaman ini.3 Kemudian sistem

Pendidikan ini berkembang kepada kemunculan beberapa peringkat dalam pengajian seperti

Pendidikan rendah, menengah dan tahap tinggi. Sistem Pendidikan ini telah melahirkan ramai

ilmuwan dan ulama terkenal dari kalangan masyarakat Melayu.

1
Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka 1900-1922, 1991, dewan Bahasa dan Pustaka, kuala lumpur hlm 2
2
Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka 1900-1922, 1991, dewan Bahasa dan Pustaka, kuala lumpur hlm 2
3
Nur Atiqah Tang Abdullah & Ong Puay Liu, Latar Belakang Sejarah Sistem Pendidikan dan Masyarakat Majoriti
Minoriti di Malaysia, Institut kajian etnik (KITA), UKM, prosiding, 15 nov 2018 international colloquium on
integration platform.
Pendidikan di Tanah Melayu tidak bermula dari zaman British namun sudah wujud sebelum

itu lagi seperti undang-undang dan perdagangan.4 Ciri-ciri pendidikan dalam kalangan

masyarakat Melayu terbahagi kepada beberapa bahagian. Pendidikan tidak formal adalah ciri

utama dimana anak-anak akan mendapat pendidikan secara terus daripada ibubapa mereka.

Ciri seterusnya adalah pendidikan agama Islam yang mengajar perkara-perkara asas dalam

Islam kepada orang Melayu.

Seterusnya adalah pendidikan institusi pondok yang merupakan peringkat rendah. Selain

itu, institusi madrasah pula adalah peringkat menengah yang menjadi tempat persiapan pelajar

untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Ciri yang terakhir adalah pendidikan di

Universiti. Walaupun Malaysia tidak mempunyai university pada ketika itu, namun pelajar-

pelajar lulusan madrasah akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah. Jelas dapat dilihat

bahawa terdapat beberapa ciri pendidikan dalam masyarakat Melayu sebelum kedatangan

British yang membawa kepada pengenalan sistem pendidikan sekular.

Pendidikan tidak formal

Pendidikan tidak formal dalam kalangan masyarakat Melayu kebanyakanya berlaku

secara lisan. Tujuan Pendidikan tidak formal adalah untuk mendidik anak-anak supaya taat

kepada ibubapa serta membentuk jati diri seseorang. Didalam pendidikan tidak formal, ibubapa
5
menggunakan dua pendekatan iaitu tahap pertama dan tahap kedua. Tahap pertama adalah

proses dimana ibubapa akan memarahi, menegur dan melakukan denda terhadap anak-anak

jika mereka melakukan kesalahan. Ibubapa juga akan memberitahu anak-anak tentang perkara

yang dilarang dan perkara yang boleh dilakukan. Tahap kedua pula adalah tahap anak-anak

akan memasuki alam remaja atau dewasa. Ibubapa akan mengubah cara pendidikan dengan

4
New Straits Times, 25 November 2020.
5
Ramli Saadon, Khairi Ariffin & Ishak Saat, Perkembangan Pendidikan orang Melayu di Malaya sebelum
kemunculan Western-Type-Education, Jurnal Perspektif, Vol 8 (2), 2015, hlm. 79-96.
mengikut kesusaian. Ibubapa akan menjadi pemerhati dan tidak terlalu mengikat kehidupan

anak-anak. Pada tahap ini, anak-anak akan dinasihati ibubapa supaya sentiasa menjaga nama

baik keluarga dan membuat persediaan ke alam perkahwinan.

Selain itu, pendidikan tidak formal dalam kalangan masyarakat Melayu juga melibatkan

ilmu kemahiran. Contohnya, seorang ayah akan mengajar anak-anak lelaki mereka tentang

pekerjaan seperti membajak sawah, menangkap ikan dan bercucuk tanam.6 Ilmu kemahiran ini

akan meningkatkan kemahiran seorang anak dan akan mendidik mereka untuk berdikari dan

lebih bertanggungjawab. Manakala, anak perempuan pula akan diajar tentang mengemas

rumah, memasak dan mengemas rumah. Ilmu-ilmu ini adalah sangat penting kerana ilmu ini

berkaitan dengan kehidupan seharian .

Seterusnya, ilmu-ilmu tambahan juga akan diajar kepada anak-anak untuk melengkapkan

diri mereka dan dapat dimanfaatkan untuk diri mereka atau keluarga. Antara ilmu tambahan

adalah seperti pelayaran, persilatan, menjahit dan menenun. Ilmu-ilmu ini dapat membantu

mereka keluar belayar untuk berdagang, mempertahankan diri dan menjana pendapatan

keluarga. Namun tidak semua anak-anak mampu menguasai setiap ilmu dengan baik.

Pendidikan tidak formal ini membuatkan anak-anak dalam kalangan masyarakat Melayu

menjadi lebih berdikari, mampu mengubah nasib keluarga serta lebih bertanggungjawab.

Pendidikan Islam

Perkembangan pendidikan Islam dalam kalangan masyarakat Melayu mula tersebar luas

bermula zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pemerintah Melaka telah memeluk Islam dan

mula mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam. Perkara ini menjadikan seluruh rakyat

juga memeluk agama Islam. Kerajaan telah memulakan langkah dengan memperkenalkan

6
Ramli Saadon, Khairi Ariffin & Ishak Saat, Perkembangan Pendidikan orang Melayu di Malaya sebelum
kemunculan Western-Type-Education, Jurnal Perspektif, Vol 8 (2), 2015, hlm. 79-96.
pembelajaran dan pengajaran agama Islam. Melaka telah menjadi pusat pendidikan institusi

agama Islam dan berkembang kepada semua wilayah. Pada zaman tersebut, terdapat beberapa

tempat untuk mempelajari Islam. Antaranya adalah surau atau masjid untuk masyarakat

kampung, istana untuk golongan atasan dan rumah-rumah guru agama juga menjadi tempat

pembelajaran terutamanya kepada kanak-kanak. Pembelajaran utama atau awal adalah seperti

Ilmu Fardhu Ain dan Ilmu Fardhu Kifayah.7 Kanak-kanak akan diajar mengenai tajwid, rukun

Islam, puasa, sembahyang dan perkara asas mengenai muslim.8 Pendidikan ini telah

membolehkan orang Melayu mengenali Bahasa arab serta penguasaan tulisan jawi. Pendidikan

awal yang diterima oleh kanak-kanak ini adalah untuk membentuk diri mereka supaya taat pada

agama dan juga persediaan kepada peringkat yang lebih tinggi seperti menyambung pelajaran

ke sekolah pondok, madrasah dan ke universiti di luar negara.

Selain itu, pemerintah Melaka juga telah mengambil guru-guru agama dari luar seperti

Maulana Abu Bakar dan Kadi Yusuf untuk mengajar di Melaka.9 Sultan Melaka telah menjadi

penaung kepada pendidikan Islam malah Sultan Mansur Shah dan Sultan Mahmud
10
mempelajari agama Islam daripada Maulana Abu Bakar dan Maulana Yusuf. Pada zaman

Sultan Mansur Shah, sebuah kita Bernama ‘Durr Al Manzum’ telah dibawa dari Pasai ke

Melaka untuk diterjemahkan kedalam bahasa Melayu.11 Tindakan ini membuktikan hahawa

pendidikan di kalangan Masyarakat Melayu pada ketika itu telah pun ada kitab-kitab yang

menjadi rujukan dan panduan untuk pendidikan. Pendidikan Islam semasa zaman Kesultanan

Melayu Melaka telah banyak memberi sumbangan kepada sistem pendidikan masyarakat

7
Ramli Saadon, Khairi Ariffin & Ishak Saat, Perkembangan Pendidikan orang Melayu di Malaya sebelum
kemunculan Western-Type-Education, Jurnal Perspektif, Vol 8 (2), 2015, hlm. 82.
8
Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka 1900-1922, 1991, Dewan Bahasa dan Pustaka, kuala lumpur hlm. 4.
9
Syaimak Ismail, Muhammad Saiful Islam Ismail, Muhammad Anas Ibrahim & Mohd Khairi Ismail,
Kegemilangan Islam Melaka di Bawah Dua Generasi, Jurnal Melayu, Vol 20 (1), 2021, hlm. 72.
10
Ramli Saadon, Khairi Ariffin & Ishak Saat, Perkembangan Pendidikan orang Melayu di Malaya sebelum
kemunculan Western-Type-Education, Jurnal Perspektif, Vol 8 (2), 2015, hlm. 83.
11
Syaimak Ismail, Muhammad Saiful Islam Ismail, Muhammad Anas Ibrahim & Mohd Khairi Ismail,
Kegemilangan Islam Melaka di Bawah Dua Generasi, Jurnal Melayu, Vol 20 (1), 2021, hlm. 72.
Melayu seperti mengurangkan kadar buta huruf, meningkatkan ilmu pengetahuan dan

membina sebuah masyarakat yang berilmu tinggi. Ini dapat menidakkan dakwaan sesetengah

pihak yang mengatakan bahawa ramai bangsa Melayu buta huruf. Pada ketika itu, orang

Melayu sudah boleh membaca tulisan jawi dan Bahasa arab namun kurang memahami

penguasaan huruf dari barat.

Bukan itu sahaja, sistem pendidikan di Melaka telah melahirkan ramai tokoh hebat seperti

Maulana Abu Bakar, Kadi Yusuf, Tun Bija Wangsa, Tun Isap Misai, Tun Muhammad dan

Kadi Munawwar.12 Tokoh-tokoh yang berjaya dilahirkan telah banyak memberi sumbangan

kepada masyarakat tempatan. Pendidikan orang Melayu boleh dikatakan bermula dan

berkembang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah kemunculan sistem

pendidikan berbentuk sekular yang dibawa oleh British.

Institusi Pondok

Konsep pengajian pondok telah bermula di Tanah Melayu sekitar abad ke sembilan belas.

Asal usul perkataan pondok adalah berasal dari perkataan arab isitu ‘Funduq” yang memberi

makna kepada rumah tumpangan atau bilik penginapan seperti asrama. Sekolah-sekokah

Pondok kebiasannya dibina jauh dari kawasan penempatan dan bandar. Sekolah ini juga adalah

percuma dan dibuka kepada semua orang Melayu yang beragam Islam.13 Syarat untuk

memasuki sekolah pondok adalah tidak begitu susah iaitu perlu boleh membaca al-Quran,

menulis dan membaca Jawi. Namun, pelajar-pelajar perlu membawa wang untuk keperluan

makanan. Maka tidak semua masyarakat Melayu mampu menghantar anak mereka ke sekolah

pondok yang jauh di kawasan pedalaman. Didalam sistem ini, pengajian akan berlangsung

dirumah guru atau di masjid yang dikelilingi oleh pondok-pondok tempat pelajar tinggal.

12
Ramli Saadon, Khairi Ariffin & Ishak Saat, Perkembangan Pendidikan orang Melayu di Malaya sebelum
kemunculan Western-Type-Education, Jurnal Perspektif, Vol 8 (2), 2015, hlm. 83.
13
Ibid., hlm. 84.
Pondok Tok Pulai Condong adalah sekolah pondok tertua di Kelantan yang didirikan pada

tahun 1820. 14

Sistem pembelajaran di sekolah pondok kurang sistematik kerana tiada tempoh

pengajiannya tidak terhad, tiada waktu belajar yang seragam dan kurikulum juga tidak

seragam. Pelajar-pelajar yang dihantar ke sekolah pondok adalah lulusan daripada sekolah al-

Quran di kampung halaman masing-masing. Setiap pelajar yang memasuki sekolah pondok

mempunyai pengetahuan asas yang cukup dan tahap kebolehan yang berbeza. Sekolah-sekolah

ini dibiayai oleh hasil sumbangan orang ramai seperti sumbangan derma golongan bangsawan,

ibubapa, guru dan orang awam, sumbangan ikhlas serta zakat. Tenaga pengajar pula tidak

mengambil sebarang bayaran semasa mengajar pelajar dan mereka juga tidak dibayar gaji.15

Pengorbanan guru yang mengajar secara ikhlas perlu dihargai dan diberikan pengiktirafan

kerana penat lelah mereka dalam mendidik para pelajar.

Selain itu, kaedah pembelajaran di Pondok adalah lebih kepada kaedah hafalan dan

penilaian juga hanya berdasarkan tahap hafalan. Kaedah di sekolah Pondok juga adalah

mengikut sistem Tadah dimana pelajar perlu menghafal kitab dan ajaran guru. Sistem ini juga

tiada peperiksaan untuk melayakkan para pelajar ke peringkat lebih tinggi. Sistem penilaian di

sekolah Pondok adalah berdasarkan kebolehan pelajar dan jika pelajar lulus, mereka boleh ke

peringkat yang lebih tinggi iaitu ke institusi madrasah dan universiti. Namun, sekolah Pondok

tidak mengeluarkan sijil tamat belajar atau kelulusan akademik kepada pelajar yang berjaya

menamatkan pengajian. Tenaga pengajar yang diambil di sekolah Pondok adalah mereka yang

mendalami pengajian di Mekah dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam ilmu Islam.

Tokoh-tokoh guru yang terkenal mengajar di sekolah Pondok adalah seperti Sheikh Daud Bin

14
Ibid.
15
Ramli Saadon, Khairi Ariffin & Ishak Saat, Perkembangan Pendidikan orang Melayu di Malaya sebelum
kemunculan Western-Type-Education, Jurnal Perspektif, Vol 8 (2), 2015, hlm. 84.
Abdullah al-Fatani, Sayyid Abdul Rahman dan Muhammad Yusoff bin Ahmad. Mereka telah

mendapat pendidikan di Makkah selama beberapa tahun dan kemudian pulang ke Tanah

Melayu untuk mengajar di sekolah Pondok.

Seterusnya, institusi Pondok mempunyai waktu yang flesibel bagi pengajaran dan

pembelajaran. Guru-guru tidak terikat dengan peraturan masa dan bergantung kepada guru

untuk menentu masa. Kelas-kelas di sekolah Pondok akan bermula pada awal pagi selepas fajar

dan berhenti pada pukul sebelas kemudian disambung dari selepas zohor sehingga sepuluh

malam. Kelas akan berhenti untuk waktu solat dan perkara-perkara lain yang berkaitan. Para

pelajar akan mempelajari pelbagai subjek yang berkaitan dengan agama. Antara subjek yang

diajar di institusi ini adalah seperti al-Quran, al-Sunnah, tauhid, fekah dan sejarah Islam.16

Terdapat juga sekolah Pondok yang mengajar subjek seperti ilmu tajwid, nasyid, mantiq serta
17
ilmu perubatan secara Islam. Ilmu-ilmu ini sangat penting kerana mampu menghasilkan

pelajar yang berpengetahuan tinggi. Sekolah Pondok juga menjadi tempat persediaan kepada

para pelajar untuk meneruskan pengajian di Madrasah.

Sistem pendidikan Pondok telah memberi sumbangan besar terhadap masyarakat tempatan

apabila seseorang yang tamat belajar boleh menjadi pegawai masjid, guru agama, guru al-

Quran serta persediaan ke peringkat pengajian tinggi. Ibubapa juga menghantar anak mereka

ke sekolah Pondok supaya mereka dapat menyambung pelajaran ke luar negara seperti Timur

Tengah dan di India. Kemudian apabila tamat pengajian, mereka boleh pulang ke tanah air

untuk menyumbang bakti dengan mengajar di sekolah Pondok atau sekolah lain. Pendidikan

Pondok telah mendapat sambutan dan berkembang pada abad ke-20 sehingga menimbulkan

rasa kurang senang pihak British. Negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan, Terrengganu

16
Rahimah Embong, Perkembangan Pendidikan Islam di Nusantara: Malaysia dan Indonesia, Jurnal Tamaddun,
Vol 21 (1), 2020, hlm. 136.
17
Ramli Saadon, Khairi Ariffin & Ishak Saat, Perkembangan Pendidikan orang Melayu di Malaya sebelum
kemunculan Western-Type-Education, Jurnal Perspektif, Vol 8 (2), 2015, hlm. 86.
dan negeri utara iaitu Kedah dan Pulau Pinang mempunyai sekolah Pondok yang banyak

beroperasi dan melahirkan ramai golongan ulama dan ilmuwan. Namun institusi ini semakin

tidak popular dan berlaku kemerosotan penerimaan pelajar kerana masyarakat Melayu mula

tertarik dengan institusi lain dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah madrasah yang

lebih moden dan juga ke sekolah sekular yang diwujudkan British. Tetapi sekolah Pondok

masih terus beroperasi kerana terdapat mereka yang tidak menerima kurikulum sekolah

Madrasah.

Institusi Madrasah

Madrasah adalah sebuah sekolah agama moden yang mengantikan sekolah Pondok.

Kemerosotan sekolah Pondok adalah kerana terdapat masyarakat yang kurang berpuas hati

apabila sekolah Pondok hanya menfokuskan kepada ilmu agama sahaja. Pelajar lulusan Pondok

tidak diajar tentang ilmu sekular yang penting bagi menghadapi perubahan sosio ekonomi di

Tanah Melayu. Kemunculan sekolah madrasah juga adalah kerana pada ketika itu ramai orang

Melayu tidak dapat bekerja dalam sektor kerajaan kerana tidak mempunyai kelayakkan khas.

Madrasah juga menjadi pilihan utama masyarakat Melayu kerana dibuka secara percuma dan

sangat berbaloi kerana turut menawarkan subjek sekular.

Institusi Madrasah telah dibawa oleh golongan kaum muda seperti Sheikh Tahir Jalalludin

dan Sheikh Ahmad Al-Hadi. Mereka merupakan golongan reformis yang mendapat pendidikan

di Mekah serta mendapat pendedahan daripada kemuncukan tokoh di Mesir seperti Muhamad

Abduh dan Jamaludin Al-Afghani di Afghanistan.18 Madrasah yang dibina dilengkapi dengan

infrastruktur yang lebih baik seperti bangunan sekolah, asrama, kemudahan rekreaksi dan bilik

pentadbiran.19 Kaum Muda telah menubuhkan Madrasah pertama pada 1907 yang bernama

18
Ibid., hlm. 89.
19
Mohd Roslan Mohd Nor & Wan Mohd Tarmizi Wan Othman, Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam di
Malaysia, Jurnal At-Ta’dib, Vol 6 (1), 2011, hlm. 70.
Madrasah Al-Iqbal di Singapura. Madrasah ini telah dibina dan memperkenalkan subjek

sekular seperti Geografi, Sejarah dan juga Sains manakala mata pelajaran agama masih menjadi

perkara yang utama dan penting. Namun Madrasah hanya mampu bertahan selama setahun

kerana tidak mendapat sambutan oleh masyarakat tempatan.

Antara Madrasah lain yang telah dibina adalah Madrasah Al-Hadi dan Madrasah Masyhor

Islamiah di Melaka dan Pulau Pinang yang diasaskan oleh Sheikh Ahmad Al-Hadi. Namun

hanya Madrasah Masyhor Islamiah sahaja yang mendapat sambutan dan mencapai kejayaan.

Madrasah ini telah menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa utama, mengajar subjek fekah

dengan subjek sekular.20 Madrasah ini juga telah membuat aktiviti debat dan pidato kepada

pelajar-pelajar. Sistem Madrasah dilihatkan sangat komprehensif dan kurikulumnya lebih

banyak merangkumi pelbagai jenis mata pelajaran. Pengajian di Madrasah agak berbeza

dengan pengajian di sekolah pondok. Sistem madrasah telah membahagikan pelajar mengikut

umur dan kelayakkan akademik. Para pelajar juga akan dinilai mengikut peperiksaan dan akan

diberikan sijil kelulusan dan sijil tamat pengajian. Pelajar yang memperoleh keputusan yang

cemerlang juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke Univerisiti di luar negara. Dengan

pemberian sijil tersebut, maka para pelajar mempunyai pengiktirafan secara rasmi dan mudah

untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi serta boleh mendapatkan pekerjaan.

Namun kurikulum agak berbeza di setiap madrasah tetapi mata pelajaran asas adalah sama bagi

setiap madrasah.

Institusi Madrasah juga mempunyai kesedaran untuk melakukan perubahan apabila pada

tahun 1914, Madrasah Saadiah-Salihah yang terletak di Perak hanya mengajar subjek Tauhid,

Fiqh, Tafsir, Hadith, Tasawwuf, Bahasa Arab dan Saraf, Balaghah dan Mantiq kemudian pada

20
Rahimah Embong, Perkembangan Pendidikan Islam di Nusantara: Malaysia dan Indonesia, Jurnal Tamaddun,
Vol 21 (1), 2020, hlm. 137.
tahun 1934, mata pelajaran Geografi, Matematik, Masakan dan Jahitan telah dimasukkan.21

Bukan itu sahaja, mata pelajaran lain seperti Bahasa Melayu, Sejarah Islam, Faraid, Tajwid,

Imla dan Insha turut diajar di Madrasah. Sistem yang sitematik menyebabkan masyarakat

Melayu telah menghantar ramai anak-anak mereka ke Madrasah berbanding ke Pondok dan

juga sekolah yang diperkenalkan British. Idea yang dibawa kaum Muda ini telah menaikkan

taraf pendidikan orang Melayu ke tahap yang lebih tinggi sehingga membolehkan mereka

melanjutkan pelajaran ke luar negara terutamanya di Timur Tengah.

Kesimpulan

Kesimpulannya, terdapat beberapa ciri-ciri pendidikan dalam masyarakat Melayu sebelum

zaman British seperti pendidikan tidak formal, pendidikan Islam, institusi pondok dan institusi

madrasah. Masyarakat Melayu mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri sebelum

kedatangan British yang membawa sistem pendidikan sekular. Sistem pendidikan seperti

Pondok dan Madrasah telah membukti bahawa masyarakat Melayu mampu menaikkan taraf

sistem pendidikan mereka ke tahap yang lebih baik.Kewujudan sistem Madrasah telah

mewujudkan keseimbangan dalam sistem pendidikan antara ilmu dunia dan ilmu agama. Ini

juga membuktikan bahawa orang Melayu bukan sahaja duduk di kampung bekerja sebagai

nelayan, petani atau pesawah tetapi mereka juga menyambung pelajaran sehingga peringkat

yang tinggi. Sebelum muncul sistem pendidikan sekular, masyarakat Melayu juga telah

menyambung pelajaran ke luar negara dan juga mempunyai golongan ilmuwan hebat yang

merupakan lulusan Pondok dan Madrasah.

21
Ramli Saadon, Khairi Ariffin & Ishak Saat, Perkembangan Pendidikan orang Melayu di Malaya sebelum
kemunculan Western-Type-Education, Jurnal Perspektif, Vol 8 (2), 2015, hlm. 91.
Bibliografi

Rahimah Embong. (2020). PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI NUSANTARA:


MALAYSIA DAN INDONESIA. Jurnal Tamaddun, 135-144.
Mohd Roslan Mohd Nor & Wan Mohd Tarmizi Wan Othman. (2011). Sejarah dan
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia. Jurnal At-Ta'dib, 59-78.
Ninot Aziz. (2020, November). New Straits Times,. Retrieved from NST175: We were
educated pre-colonisation,:
https://www.nst.com.my/news/nation/2020/11/644091/nst175-we-were-educated-pre-
colonisation
Nur Atiqah Tang Abdullah & Ong Puay Liu. (2018). Latar Belakang Sejarah Sistem
Pendidikan dan Masyarakat Majoriti Minoriti di Malaysia. International Colloquium
on Intergration platform (pp. 74-100). Selangor: Institut Kajian Etnik (KITA) UKM.
Ramlah Adam. (1991). Maktab Melayu Melaka 1900-1922. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Ramli Saadon, K. A. (2015). Perkembangan Pendidikan orang Melayu di Malaya sebelum
kemunculan Western-Type Education,. Jurnal Perspektif,, 79-96.
Syaimak Ismail, M. S. (2021). Kegemilangan Islam Melaka di Bawah Dua Generasi. Jurnal
Melayu, 65-78.

Anda mungkin juga menyukai