Anda di halaman 1dari 13

Cabaran Pertumbuhan dan Pengelolaan Sekolah Agama Swasta di Malaysia

Mohd Zaki Daud (KPM), Azizi Umar (UKM) Mohd Syuja Maidin (UTAR)

Pengenalan
Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia menunjukkan pengaruh Islam telah berjaya
mengubah orang Melayu menjadi celik huruf dan memiliki ilmu pengetahuan. Ramai di
kalangan mereka telah berjaya menyambung pengajian ke luar negara seperti ke Pattani atau
Makkah dan diiktiraf sebagai ulama sekembalinya ke tanah air (Abdullah Ishak1990). Kelaskelas agama dan pusat pengajian dibuka di seluruh negara bagi tujuan pendidikan, penyebaran
ilmu dan dakwah. Ini membuktikan bahawa ilmu pengetahuan dan pendidikan semakin penting
kepada orang-orang Melayu.
Sistem pendidikan ini berkembang dengan pesat dan menjadi tumpuan seluruh
masyarakat Melayu untuk belajar dan menimba ilmu tanpa mengira usia dan kedudukan. Semua
pihak termasuk pemimpin masyarakat dan sultan berganding bahu memajukan sistem pendidikan
Melayu Islam ini. Namun begitu, setelah Tanah Melayu dijajah oleh Barat, sistem pendidikan
Islam dan pelajaran orang Melayu telah mengalami ancaman yang sangat hebat. Penjajah British
telah memperkenalkan sistem pendidikan mereka yang kemudiannya kekal menjadi dasar
pendidikan kebangsaan.
British telah berjaya meluaskan sistem pendidikan mereka ke atas orang-orang Melayu
walaupun pada mulanya tidak mendapat sambutan. Mereka berhujah bahawa orang Melayu tidak
akan maju melalui sistem pendidikan yang sedia ada. Strategi licik mereka yang mendakwa
bahawa sistem pendidikan dan pelajaran orang Melayu sangat lemah dari aspek infrastruktur dan
pengurusan akhirnya berjaya menarik minat orang Melayu untuk belajar di sekolah-sekolah
tajaan penjajah ini.
Penerapan ideologi dan falsafah pendidikan penjajah yang sangat jauh menyimpang
daripada pendidikan orang Melayu yang selama ini berasaskan Islam telah mula meracuni sistem
pendidikan dan pemikiran orang Melayu terutamanya di kalangan mereka yang dihantar

menyambung pelajaran ke negara-negara barat. Pengaruh barat di dalam sistem pendidikan anak
bangsa ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, bahkan di seluruh negara-negara umat Islam yang
pernah dijajah oleh kuasa-kuasa barat. Setelah itu, umat Islam di seluruh dunia mengalami krisis
pendidikan berpanjangan. Akibatnya berlakulah perpecahan di antara golongan yang terdidik
dengan sistem pendidikan Islam dan golongan yang diasuh oleh sistem pendidikan warisan
penjajah. Maka, perbezaan yang besar di dalam aspek pemikiran, ideologi, sikap, tindakan dan
tuturkata antara dua golongan ini bukan sahaja membawa kepincangan kepada sistem
pendidikan, bahkan perseteruan yang tiada titik noktahnya.

Latar Belakang Kajian


Cabaran pemikiran di kalangan sebilangan besar ahli-ahli pendidikan, tokoh-tokoh sarjana dan
pembuat dasar yang menunjukkan sikap sinis, ragu dan negatif terhadap gagasan pendidikan
Islam (Muhd Nur Manuty 1991) menyebabkan sistem pendidikan orang Melayu berada di dalam
dilema yang panjang. Keadaan ini berlaku disebabkan kesan daripada pemikiran yang
dipengaruhi oleh sistem nilai hidup yang kurang pendedahan kepada pemikiran Islam serta
pengajian yang lebih cenderung kepada teori-teori barat semata-mata tanpa merujuk kepada
prinsip-prinsip agama.
Manakala di peringkat sekolah pula, kurikulum pendidikan Islam masih tidak dikongsi
sepenuhnya bersama pihak sekolah dan guru-guru mata pelajaran lain sehingga menyukarkan
pendidikan Islam mencapai matlamat dan falsafahnya (Shahrin Awaludin, Mohd Isa Hamzah
2000) Begitu juga perbezaan matlamat dan tujuan antara sistem sekolah agama dan sistem
sekolah kebangsaan bukan sahaja mewujudkan dualisme pendidikan yang merosakkan sistem,
malah pemusuhan yang ketara di kalangan orang Melayu. (Khadijah Zon 1990) Keadaan ini
bukan perkara baru, ia telah berlaku dalam tempoh yang lama semenjak British mula
memperkenalkan sistem pendidikannya.
Melalui perbincangan, kajian dan penyelidikan, kita dapati bahawa di kalangan tokoh
pendidik dan ahli sarjana mencadangkan perlaksanaan sistem pendidikan integrasi atau
kurikulum sepadu bagi menyelesaikan krisis dualisme pendidikan yang berlaku. Mereka
menegaskan bahawa konsep sepadu atau integrasi ini hanya akan berjaya menyelesaikan masalah

pendidikan umat Islam terutamanya orang Melayu sekiranya proses Islamisasi yang menyeluruh
dilaksanakan dalam semua aspek dan bidang pendidikan. (Nor Zalmiah Jahidin 1999) Cabaran
besar ini telah digalas oleh beberapa kelompok masyarakat termasuklah badan-badan pertubuhan
dan tokoh-tokoh masyarakat yang telah berusaha melaksanakan proses Islamisasi pendidikan ini
dengan menubuhkan sekolah-sekolah agama swasta (SAS) yang melaksanakan pendidikan
sepadu dengan memperkenalkan sistem dwi-kurikulum.

Sekolah Swasta
Sekolah swasta ialah sekolah bukan milik kerajaan dan bukan bantuan Kerajaan. Sekolah
ini dibiayai sendiri tanpa bantuan kewangan kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan. Ia
merupakan sebuah institusi pendidikan yang ditubuhkan oleh pihak swasta termasuklah individu
persendirian, kumpulan masyarakat, NGO, persatuan dan juga pihak korporat serta syarikatsyarikat. Sekolah swasta ini juga disebut sebagai sekolah persendirian.
Sekolah swasta ini dikenali dengan pelbagai nama termasuklah sekolah pondok, sekolah
tahfiz, pusat pendidikan, sekolah rendah Islam, sekolah menengah Islam, sekolah antarabangsa,
tadika, pusat asuhan, sekolah cina, sekolah expatriat, sekolah gaya pos dan sebagainya. Selain
mempunyai pengurusan sendiri, sekolah ini mudah dikenali kerana tidak menggunakan
perkataan kebangsaan atau jenis kebangsaan yang hanya khusus digunapakai untuk sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan.
Manakala bagi sekolah swasta aliran agama, penggunaan nama pondok, pondok moden,
sekolah rendah Islam (SRI),

sekolah menengah Islam (SMI), maahad, sekolah tahfiz

memudahkan kita untuk membezakannya dengan kategori sekolah bantuan kerajaan seperti
sekolah agama rakyat (SAR), sekolah menengah agama rakyat (SMAR), sekolah menengah
agama negeri (SMAN) dan juga sekolah agama kerajaan persekutuan (SMAP).
Mengikut peruntukan Seksyen 44 dalam Akta Pelajaran 1961, semua sekolah swasta di
semua peringkat mesti berdaftar dengan Kementerian Pelajaran (Laporan Jawatankuasa
Kabinet:1988). Manakala penubuhan, pengurusan dan pengoperasian institusi ini adalah
tertakluk di bawah Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan yang dibuat dibawahnya.

Perlaksanaan akta khusus yang berkaitan dengan sekolah ini menjelaskan kepada kita bahawa
sekolah atau institusi pendidikan swasta tidak boleh ditubuhkan sesuka hati. Ia dikawal dengan
peraturan yang mengikatnya bagi mengekang penyalahgunaan oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab, di samping mengawal mutu perkhidmatan pendidikan yang disediakan. (Tie
Fatt Hee 2002)
Pada masa ini, semua urusan penubuhan, pendaftaran dan kawalselia sekolah swasta
diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran Jabatan Pendidikan Swasta (JPS), Kementerian
Pendidikan Malaysia dengan sokongan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan
Swasta, Bahagian Pendaftaran dan Piawaian serta Bahagian Penguatkuasaan.

Kelahiran Sekolah Swasta


Sejarah sekolah atau pendidikan swasta di Malaysia dikatakan telah berlaku sejak sekian lama
dahulu, iaitu seiring dengan kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Bermula dengan sekolah quran
di rumah, surau atau masjid, beralih kepada sistem pondok, madrasah atau sekolah Arab
sehinggalah ke hari ini ia terus berkembang dengan pesat dalam pelbagai bentuk, nama dan tahap
pendidikan. Namun begitu, sekolah swasta ini tertutamanya sekolah agama atau sekolah Arab
kemudiannya telah diserahkan kepada kerajaan sedikit demi sedikit disebabkan keperluan dan
perubahan semasa. Begitu juga terdapat banyak sekolah pondok yang berubah menjadi sekolah
agama dan ditadbirkan oleh kerajaan.
Kedatangan penjajah ke Tanah Melayu telah merancakkan lagi perkembangan sekolah
swasta dengan penubuhan sekolah mubaligh kristian, sekolah Cina dan sekolah India. Pada masa
ini sekolah swasta ditubuhkan tanpa pengawasan dan kawalan oleh mana-mana pihak. Ini
menunjukkan bahawa sekolah swasta pada masa ini senang ditubuhkan asalkan ada kewangan
dan pentadbirnya.
Selepas negara mencapai kemerdekaan daripada British, corak pengurusan sekolah
swasta telah berubah. Kerajaan Tanah Melayu telah mewartakan Akta Pelajaran 1961 di mana
Seksyen 44 akta ini menjelaskan bahawa sekolah swasta mestilah mendaftar dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada masa ini, Bahagian Pendaftaran Sekolah dan Guru

bertanggungjawab mengawasi dan memantau sekolah swasta (Laporan Tahunan KPM 1998).
Pada 1 Oktober 1995, bahagian ini telah dinaiktaraf menjadi sebuah jabatan yang dikenali
sebagai Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) yang mengendalikan pengurusan dan pendaftaran
sekolah swasta dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS).

Faktor-Faktor Pertumbuhan SAS


Faktor-faktor penting pertumbuhan SAS dari pelbagai aspek yang dapat dirumuskan seperti
berikut;
1. Dualisme pendidikan telah mencetuskan konflik nilai di kalangan masyarakat yang
menyebabkan berlaku perpecahan akibat menerima sistem pendidikan yang berbeza. Ini
telah memberi kesan tidak baik kepada perpaduan masyarakat serta mengundang
kebimbangan terhadap sistem nilai yang dianuti oleh masyarakat. Oleh itu, dualisme
pendidikan perlulah diubah dengan mewujudkan pendidikan sepadu atau dwi-kurikulum
yang dapat menggabungkan komponen akademik dan agama di dalam satu kesepaduan
yang saling lengkap melengkapi di antara satu sama lain. Keadaan ini diperkuatkan lagi
dengan gelombang Islamisasi bermula tahun 1970an yang menuntut perubahan di dalam
sistem pendidikan sesuai dengan roh Islam dan menghapuskan sistem dualisme yang
sangat berbahaya.
2. Kelemahan sistem pendidikan yang masih terkesan dengan sekularisme di dalam
melahirkan individu pelajar yang seimbang terhadap keperluan dunia dan kepentingan
akhirat. Sekolah kebangsaan berjaya melahirkan pelajar cerdik pandai tetapi tempang
akhlak dan ajaran agama. Begitu pula sekolah agama mampu melahirkan pelajar yang
tinggi ilmu agama tetapi tidak mampu menguasai kemahiran dunia, sukar memenuhi
keperluan kerjaya dan kehidupan yang semakin mencabar. Kedua-dua sistem ini tidak
berjaya menyediakan pakej pendidikan yang lengkap bagi melahirkan pelajar yang
berkemahiran dan pengetahuan yang lengkap di dalam menghadapi cabaran dunia serta
kuat pegangan agama bagi menghadapi kehidupan akhirat sebagai kebahagiaan hakiki.
Oleh itu, berlakulah kepincangan akhlak, kelemahan moral dan persaingan yang tidak
sihat di dalam masyarakat yang membawa kepada kemelut sosial yang meruncing.

3. Kesedaran di kalangan para pendokong gerakan Islam yang melihat kepincangan


dualisme pendidikan yang telah berakar umbi sejak zaman penjajah lagi. Mereka melihat
sekiranya pendidikan tidak diatasi dengan segera, masyarakat Islam akan menjadi
semakin tenat dengan kemelut sosial yang berleluasa dan tidak mungkin memiliki jati diri
sebagai seorang muslim yang mampu menangani kepincangan dari luar dan dalam diri
sendiri. Inisiatif besar ini telah berjaya dilaksanakan dengan menubuhkan sendiri pusatpusat pendidikan dan sekolah yang memiliki kurikulum yang mampu memberi
sepenuhnya kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh seseorang murid samada
dalam aspek akademik mahupun agama. Oleh itu, penubuhan SRI/SMI mengambil kira
aspek akademik dan agama yang digabung bersama dalam bentuk yang saling
melengkapi dan sentiasa dipandu oleh sistem nilai dan akhlak ke arah kebaikan dunia dan
akhirat.
4. Keperluan dakwah di bidang pendidikan sangat luas. Tugas ini tidak terhad kepada
kerajaan semata-mata. Melalui penubuhan pusat-pusat pendidikan Islam dan sekolahsekolah agama swasta, seseorang pendakwah boleh berdakwah dengan cara yang lebih
sistematik melalui penyampaian ilmu di samping berusaha memajukan sekolah dengan
pelbagai pengisian kerohanian yang sukar dilakukan di sekolah-sekolah kebangsaan
kerana ia melibatkan bidang tugas dan kuasa yang terhad. Tidak seperti di sekolahsekolah kerajaan, program-program keagamaan yang dilakukan di SRI/SMI sangat
bermakna kerana ia dilakukan bersungguh-sungguh berdasarkan autoriti dan kuasa penuh
yang dimiliki oleh pihak pentadbiran sekolah. Ini dapat dilihat berdasarkan usaha-usaha
ABIM, JIM dan PAS di dalam memajukan institusi pendidikan mereka.
5. Keperluan terhadap sistem pendidikan yang lengkap merangkumi agama dan akademik
sangat diperlukan terutamanya di kalangan warga kota yang sentiasa sibuk tetapi peka
tentang keperluan pendidikan anak-anak. Arus pemodenan yang sangat deras
membimbangkan ibubapa.

Cabaran Pengelolaan SAS


Sejak kebelakangan ini, perkembangan Sekolah Agama Swasta (SAS) terutamanya di bandarbandar besar serta ibu negeri bertambah pesat. Banyak pihak semakin berminat untuk

menubuhkan SAS memandangkan permintaan yang tinggi di kalangan komuniti setempat


(Ibrahim Bakar, 1996). Perkembangan yang positif ini dilihat sangat baik di dalam menyumbang
kepada kemajuan sistem pendidikan negara di samping menyediakan perkhidmatan pendidikan
Islam yang sangat diperlukan oleh masyarakat moden hari ini.
Dasar kerajaan yang membenarkan pihak lain membangunkan industri pendidikan negara
telah membuka peluang kepada individu, yayasan, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat swasta
dan juga parti politik untuk menubuhkan institusi pendidikan mereka sendiri. Suasana ini
menggambarkan kewujudan pelbagai institusi pendidikan swasta termasuk SAS yang berbeza
dalam aspek pentadbiran dan pengurusan, sumber kewangan, kurikulum dan buku teks,
infrastruktur sekolah serta sistem pentaksiran dan penilaian. Ini menunjukkan bahawa
pentadbiran dan pembiayaan institusi pendidikan jenis ini adalah bersifat decentralized atau tidak
berpusat serta hanya ditadbir oleh LPS masing-masing (Ramli Basri 2009). Walaupun kerajaan
berusaha mengawalselia penubuhan SAS ini, namun pemantauan kerajaan ke atas SAS ini
hampir tiada langsung kecuali apabila wujud isu nasional yang boleh menggugat kestabilan
politik pemerintah. Ini bermakna, kerajaan langsung tidak mencampuri urusan pentadbiran dan
pengurusan SAS selagi tidak menyalahi dasar pendidikan kebangsaan dan undang-undang yang
termaktub di dalam perlembagaan persekutuan.
Kepelbagaian pihak yang menubuhkan SAS ini telah mewujudkan sistem pentadbiran
pendidikan dan pengurusan sekolah yang tidak seragam. Masing-masing mentadbir dan
menguruskan SAS secara bersendirian dan tiada penyelarasan di antara pihak-pihak yang
terlibat. Ketidakseragaman di dalam aspek pentadbiran dan pengurusan SAS serta tiadanya
penyelarasan di antara sekolah-sekolah ini boleh memberikan kesan jangka panjang yang tidak
baik dari segi kedudukan SAS di persada pendidikan negara dan juga menyebabkan standard
kualiti SAS dilihat berbeza-beza di antara satu SAS dengan yang lain. Masalah ini tidak boleh
dibiarkan berterusan kerana ia boleh membawa imej yang buruk kepada SAS.
Ketiadaan badan induk ini juga menyebabkan kehadiran SAS di dalam arus pendidikan
kebangsaan kurang mendapat perhatian. Apatah lagi jika melibatkan masalah dan tuntutan yang
ingin dikemukakan kepada pihak kerajaan atau kementerian. Ia sudah tentu sukar untuk
mendapat perhatian. Sebaliknya, jika SAS diselaraskan di bawah satu badan induk, banyak isuisu berkaitan dengan SAS dapat diketengahkan di dalam masyarakat. Masalah yang berlaku ini

adalah berkaitan dengan peranan Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) yang menjadi organisasi
tertinggi SAS? Bukankah LPS-SAS boleh mengusul cadangan dan memainkan peranan ke arah
menyediakan rangka pentadbiran pendidikan yang seragam bagi SAS? Justeru, peranan dan
fungsi LPS di dalam meletakkan pentadbiran dan pengurusan semua SAS ke dalam satu badan
induk akan memperlihatkan satu dimensi baru yang lebih baik bagi SAS.
Terdapat usaha-usaha persepakatan di antara institusi swasta telah dilakukan seperti
wujudnya MAKPEN, namun ia dilihat lebih kepada peranan menghimpunkan semua institusi
pendidikan swasta secara umum dan SAS pula hanya mewakili sebahagian kecil sahaja di dalam
majlis ini. Justeru, usaha-usaha untuk memperjuangkan SAS perlulah dilakukan sendiri oleh
mereka yang menghayati dan memahami falsafah SAS sepenuhnya. Oleh kerana bilangan SAS
juga turut bertambah dengan pesat, maka difikirkan sangat penting SAS yang berlainan JPS ini
diletakkan di bawah satu payung yang menyelaraskan dan menjaga kebajikan seluruh
pentadbiran dan pengurusan SAS.
Sistem pentadbiran dan pengurusan SAS dilihat berkadar langsung dengan kemampuan
sumber kewangannya. Keadaan ini menunjukkan bahawa kestabilan sumber kewangan
menjamin kecemerlangan pentadbiran dan keberkesanan pengurusan SAS. Sebaliknya jika SAS
mengalami masalah kewangan atau terpaksa bergerak dengan kemampuan kewangan yang
terbatas, ia bukan sahaja lemah di dalam aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah, bahkan
memberi kesan kepada pengajaran dan pembelajaran guru dan kualiti murid-murid yang
dihasilkan. Ini merupakan cabaran besar kepada SAS di dalam meneruskan kelangsungan sistem
pendidikannya. Pertambahan kos pengurusan dan peningkatan gaji guru setiap tahun memaksa
SAS menyediakan perancangan kewangan yang berhemah. Kesilapan di dalam mengurus
kewangan SAS boleh memberikan kesan yang sangat buruk kepada seluruh sistem sekolah.
Terdapat kes-kes yang menunjukkan SAS terpaksa ditamatkan perkhidmatannya disebabkan
masalah kewangan.
Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan SAS hanya bergantung kepada yuran pelajar
sebagai sebagai sumber utama kewangannya. Promosi SAS di dalam menyediakan perkhidmatan
pendidikan yang terbaik kepada masyarakat setempat dilihat berjaya walaupun mengenakan
yuran yang sangat tinggi. Purata yuran bulanan di kalangan SAS ialah RM200-RM350 sebulan.
Ini tidak termasuk bayaran pendaftaran awal tahun yang mencecah RM700 sehingga RM1000

terutamanya bagi murid tahun satu dan tingkatan satu. Kadar yuran ini sangat tinggi jika
dibanding dengan yuran sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. Pekhidmatan pendidikan SAS
yang sangat mahal ini sepatutnya membuka mata semua pihak termasuklah pihak kerajaan dan
kementerian. Sekiranya keadaan ini berterusan berlaku, sistem pendidikan dan pendidikan Islam
akan menjadi suatu industri yang akan membebankan masyarakat.
Memang benar SAS ini hanya untuk mereka yang berkemampuan demi melihat anak
mendapat didikan yang sempurna. Manakala mereka yang tidak berkemampuan dinafikan terus
hak mereka untuk mendapat pendidikan melalui institusi pendidikan yang dianggap terbaik ini.
Yuran pengajian yang tinggi membataskan hasrat mereka walaupun sangat mengharapkan anakanak mereka belajar di SAS ini. Suatu perkara yang perlu disedari bahawa peningkatan yuran
bulanan SAS pasti akan berlaku lagi samada dalam tempoh 3 atau 5 tahun seterusnya. Tidak
dinafikan taraf ekonomi masyarakat juga turut bertambah baik. Namun begitu, sistem pendidikan
Islam moden ini tidak harus dibiarkan bergerak di dalam suasana yang tidak mesra masyarakat.
Sistem SAS ini tidak sepatutnya dilaksanakan dengan mengorbankan ciri penting pendidikan
Islam yang bersifat demokrasi dan terbuka kepada semua ahli masyarakat tanpa mengira miskin
atau kaya.
Sebaliknya, SAS dilihat merupakan institusi pendidikan Islam yang hanya wujud untuk
golongan tertentu sahaja di dalam masyarakat, iaitu golongan berada dan elit. Jika begini
keadaannya, perkhidmatan SAS tidak mungkin dapat membuka peluang pendidikan Islam
kepada masyarakat setempat dengan lebih berkesan dan menyeluruh. Apakah alternatif yang
perlu dilakukan oleh LPS-SAS di dalam rangka mempelbagaikan sumber kewangan mereka bagi
mengurus sekolah swasta seperti SAS? Adakah LPS berusaha membina hubungan yang baik
dengan pihak kerajaan bagi memperolehi bantuan kewangan seperti peruntukan kerajaan yang
disediakan untuk IPS di peringkat kolej dan universiti? Sekiranya terdapat peruntukan kerajaan
untuk sekolah seperti SAS ini, ia bukan sahaja dapat mengurangkan beban kewangan SAS di
dalam mengurus sekolah, bahkan dapat mengekalkan yuran yang lebih rendah atau sekurangkurangnya tidak menaikkan kadar yuran dalam tempoh yang lama, di samping berusaha mencari
sumber-sumber kewangan yang lain.
Demi kelangsungan pendidikan SAS, LPS bersama-sama pengurusan sekolah serta PIBG
seharusnya menyedari hal ini dan mengambil langkah proaktif supaya SAS dapat membuka

peluang pendidikan Islam yang sama rata kepada segenap lapisan masyarakat serta tidak
membebankan masyarakat dengan kadar yuran persekolahan yang terlalu tinggi. Hal ini
bukanlah suatu yang mudah dan memerlukan paradigma baru di kalangan LPS-SAS supaya
menyedari bahawa SAS tidak sepatutnya hanya berada di dalam kelasnya yang tersendiri, kelas
golongan berada yang boleh membawa kepada wujudnya pengkastaan di dalam sistem
pendidikan Islam. Ini sepatutnya diperbetulkan kerana pendidikan Islam di dalam masyarakat
adalah menjadi hak setiap anggota masyarakat untuk mengikutnya tanpa membeza-bezakan
status sosia-ekonomi mereka.
Kajian juga menunjukkan bahawa terdapat pelbagai rugutan di kalangan masyarakat
tentang masalah guru yang sering berlaku di kalangan SAS. Ini melibatkan kelayakan guru-guru
di SAS yang dikatakan tidak memiliki kelayakan akademik yang sesuai dan tiada iktisas
perguruan bagi melayakkan diri mereka menjadi guru. Selain itu, sering juga berlaku di mana
tenaga pengajar SAS meninggalkan perkhidmatan tanpa notis. Akibatnya, SAS terpaksa
menggambil masa yang lama untuk mencari pengganti. Bagaimana masalah ini boleh
diselesaikan dan apakah peranan LPS-SAS di dalam menyelesaikan masalah yang dibangkitkan?
Jalan penyelesaian terhadap masalah ini perlu dicari kerana guru adalah sumber tenaga utama di
semua institusi pendidikan. Masalah guru ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada imej
SAS, bahkan mencacatkan seluruh perkhidmatan institusi pendidikan khasnya pendidikan Islam
yang ditawarkan di SAS.
Di sebalik rugutan ini, statistik JPS menunjukkan permintaan masyarakat terhadap SAS
sentiasa meningkat. Timbul persoalan adakah SAS sudah menyelesaikan masalah yang
dibangkitkan? Atau LPS-SAS telah mengambil langkah-langkah sewajarnya di dalam menangani
masalah ini. Perlu diingat bahawa masyarakat setempat melihat sistem sekolah swasta dan
pengurusan dwi-kurikulum akademik dan diniyah menjadi daya penarik utama mengapa SAS
mendapat permintaan yang tinggi. Kekangan dan kesibukan ibubapa menjadikan sistem SAS ini
amat relevan kepada masyarakat moden hari ini. Manakala pihak kerajaan dan kementerian pula
tidak menyediakan sekolah yang melaksanakan sistem ini. Oleh yang demikian, SAS menjadi
alternatif terbaik. Justeru, timbul konflik antara masalah guru dan pemintaan yang tinggi
terhadap SAS ini, apakah yang sebenarnya berlaku di SAS? Apakah dapat dikatakan bahawa
keperluan pendidikan SAS lebih penting sehingga masalah guru di SAS hanya kelihatan kecil

dan isu yang terpencil berbanding peranan besar SAS di dalam menyediakan pendidikan dwikurikulum yang sangat diperlukan oleh masyarakat? Ataupun keperluan masyarakat terhadap
sistem SAS yang menawarkan kurikulum sepadu akademik dan diniyah ini dilihat lebih penting
daripada masalah-masalah dalaman SAS yang boleh diperbaiki.
Selain daripada itu terdapat juga isu-isu SAS yang melibatkan masalah kemudahan
infrastruktur sekolah yang kurang lengkap, isu SAS yang juga turut terpalit dengan arus
pendidikan kebangsaan yang bersifat exam-oriented, sedangkan SAS menawarkan pendidikan
Islam yang lebih menekankan pembentukan peribadi insan soleh wa musleh. Isu di mana muridmurid cemerlang yang dihasilkan oleh SAS tidak mendapat tempat di sekolah-sekolah kerajaan
dan bantuan kerajaan. Oleh itu, di dalam meneruskan kelangsungan SAS, masalah-masalah dan
isu yang diutarakan hendaklah menjadi perhatian LPS. Ia merupakan masalah utama SAS yang
tidak boleh dipandang sepi oleh pentadbiran SAS terutamanya pihak LPS.

Rumusan
1.

Sekolah Agama Swasta (SAS) merupakan institusi pendidikan yang bergerak sendiri
dengan menggunakan sumber kewangan daripada yuran pelajar tanpa bantuan daripada
kerajaan. Ini menunjukkan sekolah ini mengenakan yuran yang lebih tinggi berbanding
sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Hal ini sudah pasti menggambarkan suatu
keadaan yang tidak selesa kepada golongan yang tidak mampu untuk mengikuti sistem
pendidikan ini kerana sistem pendidikan ini hanya dinikmati oleh golongan tertentu
sahaja yang berkemampuan dan menafikan hak satu golongan lagi. Bukankah ini
menunjukkan bahawa SAS di samping memajukan pakej pendidikan sebagai core
business, ia juga terlibat dengan perniagaan sosial yang boleh menjanakan keuntungan.

2.

SAS menyediakan sistem dwi-kurikulum di dalam satu sesi persekolahan. Apakah ini
merupakan daya penarik kepada masyarakat kota atau di bandar yang sentiasa sibuk.
Keperluan terhadap sistem persekolahan satu sesi yang lengkap menjadikan SAS diminati
oleh masyarakat kota. Apakah kesempatan ini digunakan oleh SAS bagi menawarkan
pakej pendidikan dengan nilai yang mahal?

3.

Pentadbiran SAS memiliki kuasa autonomi yang penuh terhadap sistem pendidikan
mereka. Namun begitu, mereka masih terikat dengan akta pendidikan yang mewajibkan
setiap pelajar menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM. Masalahnya
apakah kepakaran dan kebolehan sumber manusia seperti guru dan infrastruktur yang
lengkap bagi memenuhi standard pencapaian yang dikehendaki oleh SAS di dalam
peperiksaan awam ini?

4.

Isu exam-oriented juga telah mempengaruhi SAS yang terikat dengan penilaian di
peringkat kebangsaan melalui peperiksaan awam yang diambil. Ini telah memberi kesan
yang tidak baik terhadap sistem pendidikan Islam yang disediakan di SAS. Sejauh mana
perkara ini ditangani dengan baik oleh SAS di dalam menyedarkan ibubapa dan warga
sekolah tentang matlamat utama dan visi pendidikan di SAS.

5.

Kesedaran masyarakat terutamanya di kalangan warga kota terhadap kepentingan


melengkapkan anak-anak mereka dengan sistem pendidikan bersepadu merangkumi
diniyah dan akademik menyebabkan SAS menjadi pilihan utama mereka. Persoalannya
adakah SAS mampu memenuhi aspirasi dan hasrat golongan ini terutamanya di dalam
menangani cabaran krisis moral yang sangat meruncing di kalangan pelajar sekolah.

6.

Program-program perkembangan pendidikan yang berkaitan dengan kurikulum arus


perdana serta kemahiran guru sentiasa dijalankan oleh pihak kerajaan dari semasa ke
semasa. Keperluan ini juga penting kepada sistem pendidikan SAS terutamanya berkaitan
dengan peperiksaan awam. Persoalannya bagaimana keperluan ini dipenuhi dengan baik
oleh pihak lembaga pengelola SAS dalam usaha menjadikan sistem pendidikannya
sentiasa up dated dan berdaya saing di arus perdana?

Rujukan
Al-Quran al-Karim
Abdul Halim El-Muhammady. 1991 Pendidikan Islam, Falsafah, Disiplin dan Peranan
Pendidik, Kuala Lumpur : ABIM
Abdul Halim Mat Diah. 1989. Islam dan Demokrasi Pendidikan, Kuala Lumpur : ABIM

__________________. 1989. Pendidikan Islam di Malaysia, ABIM, Kuala Lumpur,


Abdul Rahman Hj. Abdullah, 1998. Pemikiran Islam di Malaysia, DBP dan PJJ USM,
Abdullah Ishak.1995 Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, DBP, Kuala Lumpur.
Ahmad bin Mohamad Said. 1999. Islamisasi Pendidikan: Peranan Pendidik dlm. Jurnal
Pendidikan Islam, Jid. 8, bil. 4, Nov-Dis.
Atan Long. 1979. Fikir-Fikir Mengenai Pendidikan di Malaysia, DBP, Kuala Lumpur.
Chelliah, D.D. 1960. A Short History of The Educational Policy of The Straits Settlements: 1800
to 1925, G.H. Kiat, Singapore.
Haron Din. 1988. Masalah Pendidikan di Malaysia, DBP, Kuala Lumpur.
Hasan Langgulung. 1991. Pendidikan Islam Menghadapi Abad ke-21, Pustaka Hizbi, Shah
Alam.
Ibrahim Bakar. 1996. Pendidikan Islam di Malaysia dlm. Pendidikan Negara Abad ke-21, UKM,
Bangi.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 1972 Laporan Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran
Terhadap Pelajaran Agama Islam 1972, DBP, Kuala Lumpur
Koo Kay Kim. 1980. Perkembangan Pelajaran Agama Islam dlm. Pendidikan ke Arah
Perpaduan, Fajar Bakti Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Mahyudin Yahya. 1998. Islam di Alam Melayu, DBP, Kuala Lumpur
Penyata Razak. 1956. Laporan Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran Terhadap Pelajaran
Agama Islam.
S.A. Ashraf. 1995. Horizon Baru Dalam Pendidikan Islam (terj.), DBP, Kuala Lumpur
S.S. Husain & S.A. Ashraf. 1989. Krisis Dalam Pendidikan Islam (terj.), Kuala Lumpur, DBP.

Anda mungkin juga menyukai