Anda di halaman 1dari 15

PPPH3163

TAJUK: MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNGNYA : CABARAN DAN KAEDAH IHYA AS-SUNNAH DALAM GENERASI MUDA KINI.

Pepatah Melayu yang menyebut tentang melentur buluh biarlah dari rebungnya menjadi satu persoalan yang harus dijawab. Adakah ibu bapa yang diabaikan oleh anak-anak tidak cukup dalam memberi didikan semasa mereka kecil? Bagaimana pula tanggungjawab mereka (ibu bapa terabai) kepada ibu bapa mereka sendiri, cukupkah layanannya? Atau inikah balasan Allah SWT terhadap apa yang yang kita lakukan dahulu seperti mana kata pepatah Inggeris, what you give, you get back ? Atau kita sendiri tidak menjadikan apa yang diperintahkan oleh al-Quran dan mengabaikan apa yang disuruh oleh Rasullullah SAW? Marilah kita renungi kalam Allah , di dalam surah al-Isra 15:23:


Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan kepada mereka perkataan yang mulia.

Hakikatnya , apabila menyentuh persoalan ketaatan atau tanggungjawab kita kepada ibu bapa, ia adalah fitrah yang lahir dalam diri setiap individu yang bergelar anak. Bahkan mentaati ibu bapa adalah perkara pokok yang ditekankan dalam pendidikan anak-anak dan telah bermula tanpa kita sendiri sedari dalam kehidupan berkeluarga. Perintah tuntutan ketaaatan seorang anak telah dijelaskan di dalm surah al-Isra:15:24:

KAJIAN HADITH MASA KINI

PPPH3163

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil". Malah perihal berkaitan ketaatan kepada orang tua itu amat ditekankan bukan sahaja di dalam agama Islam, bahkan pada setiap ajaran agama di dunia ini. Dalam Islam perkara ini cukup jelas. Sejak kecil anak-anak telah dididik untuk mematuhi dan mentaati ibu bapa dalam semua perkara selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.Tradisi agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian juga semuanya menganjurkan supaya anak-anak menyayangi, mematuhi, menghormati, berbuat baik dan menjaga kedua-dua ibu bapa mereka.

Hal ini telah dijelaskan pada sesi pertama bertajuk An Understanding of the Foundation of Filial Piety From Various Traditions pada seminar A Multi-Cultural Understanding of Filial Piety, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di ibu negara. Dalam tradisi agama Cina contohnya, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Cina, Universiti Malaya, Dr. Yam Kah Kean menjelaskan, ketaatan kepada ibu bapa adalah sifat penting di dalam budaya masyarakat Cina. Tradisi menekankan dan mempraktikkan ketaatan telah dikesan semenjak sebelum kewujudan fahaman Konfusianisme lagi. Malah perlakuan mentaati itu bukan sekadar dalam lingkungan ibu bapa yang masih hidup sahaja tetapi melangkaui ke alam selepas mati. Konsep ini terbawa dengan signifikan agama dan amalan memuliakan nenek moyang yang masih meresap dalam tradisi Cina hingga sekarang.

Definisi tentang ketaatan kepada ibu bapa di dalam tradisi masyarakat Cina merangkumi enam perkataan iaitu mematuhi, memperingati, menyokong, menghormati, tidak membuat mereka risau atau bersedih dan ia adalah asas kepada segala kebaikan.Idea berkaitan ketaatan ini nampaknya turut meresap dalam budaya popular Cina. Contoh yang paling ketara ialah cerita-cerita 24 anak yang taat. Kisah popular ini telah disusun oleh Guo Jujing dari Dinasti Yuan. Cerita-cerita ini bertujuan mendidik generasi muda kepentingan dan kebaikan hasil ketaatan kepada ibu bapa. Ada segelintir daripada kisah tersebut kelihatan janggal dan melampau. Tetapi hakikatnya, mesej yang cuba disampaikan itu ialah bahawa ketaatan itu yang utama tanpa apa alasan sekalipun. Mereka yang memikul tanggungjawab

KAJIAN HADITH MASA KINI

PPPH3163

ini secara baik, maka mereka akan diberkati oleh Tuhan mereka. Malah kisah-kisah ini turut disertakan dengan lukisan yang biasanya digantungkan di tokong-tokong. Pengajaran

tentang ini juga ada disampaikan menerusi rangkap berirama untuk menarik golongan kanakkanak.Beliau menambah, ketaatan kepada ibu bapa seharusnya menjadi kebaikan utama dalam tradisi masyarakat Cina dan amat diperlukan dalam budaya masyarakat mereka.

Perkara yang sama juga dibangkitkan dalam tradisi agama Kristian dan agama Hindu. Apatah lagi di dalam agama Islam. Yang pastinya, penjelasan Islam berkaitan ketaatan kepada ibu bapa cukup banyak ditegaskan sama ada di dalam al-Quran mahupun hadis. Cantiknya di dalam ajaran Islam, tanggungjawab terhadap ibu bapa itu bukan hanya ke atas ibu bapa sendiri malah hak yang sama turut diterima ibu dan bapa mentua.

CABARAN GENERASI MASA KINI DALAM ISU PENGABAIAN IBU BAPA.

Masalah pengabaian anak terhadap ibu bapa berkait rapat dengan soal ketaatan dan tanggungjawab , tidak hanya berlaku kepada bangsa Melayu beragama Islam sahaja tetapi fenomena ini turut juga berlaku kepada bangsa dan agama yang lain. Kita tidak menafikan bahawa agama selain Islam turut memuliakan ibu bapa dalam amalan agama mereka. Tetapi amat menyedihkan jika umat Islam yang berbekalkan kitab suci yang mulia di samping nilainilai ketimuran, dan amalan adat-adat yang selari dengan Islam turut terjerumus dalam masalah ini.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Adakah kalian mahu ku beritahu tentang dosadosa yang besar? Para sahabat menjawab: Kami mahu, ya Rasulullah. Rasulullah bersabda: Menyekutukan Allah dan derhaka kepada ibu bapa.

Menurut Felow Kanan IKIM, Siti Fatimah Abdul Rahman dalam kertas kerja bertajuk, Kewajipan Anak Terhadap Terhadap Ibu Bapa Tunggal menjelaskan isu utama

KAJIAN HADITH MASA KINI

PPPH3163

yang menjadi persoalan dan menimbulkan kebimbangan anak-anak apabila memperkatakan ibu bapa di usia lanjut, khususnya sudah uzur , tambahan lagi jika mereka sudah kematian pasangan atau penceraian. Dalam situasi sebegini, katanya, anak-anak tiada pilihan melainkan mengambil tanggungjawab untuk memelihara ibu atau bapa yang sakit itu. Oleh itu, anakanak perlu bersedia untuk situasi ini, di mana ia mungkin menuntut pengorbanan yang lebih besar. Mungkin lebih kepada anak perempuan memandangkan jangka hayat wanita lebih panjang berbanding lelaki.

"Permasalahan utama berkaitan hal ini ialah isu penjagaan. Sungguhpun ia merangkumi soal nafkah, namun memberi wang adalah sesuatu yang mudah bagi kebanyakan anak-anak. Isu yang lebih utama ialah memberi penjagaan sebenar yang meliputi penyediaan tempat tinggal, makan minum serta kasih sayang. Penjagaan inilah yang mendatangkan dilema bagi sesetengah anak-anak, apa lagi kini anak perempuan atau anak lelaki, masingmasing telah keluar bekerja. Dibebankan pula dengan kedudukan ekonomi yang tidak mengizinkan dan perhatian yang lebih khusus perlu diberikan kepada ibu bapa yang sudah uzur," katanya mungkin ia dianggap remeh tetapi itulah hakikat yang perlu diterima.

Menurut Siti Fatimah lagi, jika permasalahan ini gagal ditangani atau diberi respon yang wajar, maka anak-anak akan dicop atau dihukum sebagai derhaka dan tidak sedar diri. Seperkara yang perlu diambil perhatian ialah hakikat bahawa nilai di kalangan anak-anak itu telah berubah. Ini kerana, ada diantara anak-anak merasakan bahawa menjaga ibu bapa yang tua bukanlah tanggungjawab mereka. Malah ada juga mengambil sikap menjadikan tanggungjawab menjaga kedua orang tuanya itu menjadi bersyarat, iaitu jika ibu bapa menjaga mereka dengan baik, maka layanan yang sama akan diberikan dan begitulah sebaliknya.

"Perkembangan seperti ini berlaku dalam masyarakat Melayu dan bangsa asing. Walaupun mungkin ada yang menganggap ia sebagai kes terpencil, kita bimbang jika

KAJIAN HADITH MASA KINI

PPPH3163

tidak diawasi, ia boleh semakin membarah dalam masyarakat kita. Sedangkan di dalam negara kita yang mendokong prinsip Rukun Negara iaitu rakyatnya percayakan Tuhan (beragama), kita ada garis panduan iaitu agama, yang telah menggariskan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa. Tanggungjawab itu adalah satu kewajipan dan bukan tanggungjawab bersyarat," tegasnya.

Justeru tidak menghairankan apabila kita melihat ada dalam masyarakat kita, khususnya generasi muda umat Islam yang mengabaikan ibu bapa dan lupa kepada tanggungjawab yang mesti ditunaikan sebagai anak terhadap kedua ibu bapanya. Fenomena ini nampaknya semakin menjadi-jadi apabila melihat kepada bilangan penghuni rumah orangorang tua yang semakin bertambah dari setahun ke setahun.

Menurut perangkaan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga bulan Mei 2010 menunjukkan seramai 721 orang warga emas yang menghuni Rumah Seri Kenangan dan Rumah Ehsan di bawah kendalian JKM mempunyai anak yang masih dapat dikesan. Trend semasa memperlihatkan anak-anak semakin kurang menghargai ibubapa. Berita-berita yang dipaparkan di media massa menunjukkan anak-anak tergamak membuang dan menghantar ibu-bapa ke pusat penjagaan warga emas dan tidak lagi mahu mengambil tahu keadaan ibubapa mereka. Akhbar Berita Harian bertarikh 2 Julai 2010 memaparkan rintihan seorang bapa yang dibuang di rumah jagaan bukan Islam di Georgetown, Pulau Pinang. Terbaru pada 24 Oktober 2010, akhbar sama melaporkan seorang bapa dikurung anaknya di kawasan garaj kereta.

Golongan warga emas yang terabai dan diletakkan di bawah penjagaan rumah kebajikan merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral oleh anak-anak. Dalam hal ini, kita sering tertanya-tanya tentang sebab-sebab mengapa mereka diabaikan. Oleh itu, tentu terdapatnya faktor tertentu yang menyumbang ke arah berlakunya masalah ini. Salah satu faktornya yang paling ketara ialah sikap manusia itu sendiri. Segelintir manusia memandang hina terhadap golongan ini, mereka menganggap warga emas tidak berguna lagi malah

KAJIAN HADITH MASA KINI

PPPH3163

membebankan. Oleh itu, anak-anak lebih gemar menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan. Di samping itu, masyarakat itu sendiri juga memandang serong terhadap warga emas yang kurang bernasib baik sekali gus menyisihkan mereka. Perbuatan ini dianggap tidak bermoral terutamanya anak-anak yang derhaka. Ibu bapa telah membesarkan anak-anak dengan bersusah payah namun apakah yang diperoleh oleh mereka semasa tua dan tidak bertenaga lagi? Tentunya mereka akan berasa sakit hati apabila dilayan sedemikian.

Persoalan yang timbul tentang sejauh mana tahap bertanggungjawabnya seorang anak terhadap ibubapanya, di manakah soal ketaatan anak, dan sejauh manakah berkesannya proses pendidikan yang diterima untuk menjadikan mereka lebih prihatin dan mempunyai rasa kasihan kepada kedua ibu bapa kandung mereka.

Masalah generasi muda yang mengabaikan kedua ibu bapanya adalah generasi yang di asuh dalam dalam pendidikan duniawi semata-mata dan meninggalkan keperluan ukhrawi ataupun aspek akhlak dan rohani.Generasi muda ini merasakan tiada salahnya tindakan mereka menghantar kedua ibu bapa mereka ke rumah kebajikan. Malah , pada tanggapan rasional fikiran mereka tindakan mereka adalah betul kerana kebajikan kedua ibu bapa mereka lebih terjaga dan teratur berbanding tinggal bersama mereka yang sibuk dengan tugas seharian. Golongan ini lupa bahawa mereka tidak pernah dipersiakan oleh kedua bapa mereka ketika kecil walau sesibuk mana pun mereka mencari nafkah membesarkan mereka dahulu. Sebenarnya , bagi kedua ibu bapa yang sudah lanjut usia ini bukan hambatan dunia yang dikejar lagi tetapi rasa kasih sayang dan perhatian si anak yang amat diperlukan.

Selain itu, kita haruslah faham bahawa mereka yang kurang bernasib baik sudah cukup malang dan janganlah menambahkan lagi keperitan itu. Dalam situasi ini bukankah masyarakat sepatutnya memberikan kasih sayang kepada mereka? Namun, yang berlaku dalam realiti kehidupan ini ialah masyarakat tidak ada pun rasa belas kasihan atau menunjukkan simpati bahkan menyisihkan mereka dan menjadikan mereka sebagai bahan gurauan dan cacian.

KAJIAN HADITH MASA KINI

PPPH3163

Bukan itu sahaja, anak-anak juga sering memandang ringan terhadap orang tua mereka. Mereka menganggap ibu bapa telah tua tidak berguna dan berjasa lagi. Mereka tidak terfikir tentang jasa-jasa yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka sehingga anak-anak dapat menikmati kesenangan seperti yang dinikmati hari ini. Ingatlah, mereka amat berpengalaman dan segala pandangan, nasihat serta tunjuk ajar mereka patut dihargai dan dijadikan pedoman hidup. Selain itu, yang menyebabkan orang tua diabaikan sehingga ada anak-anak yang sanggup menghantar ibu bapa ke rumah orang tua atau membiarkan mereka tinggal sendirian ialah disebabkan kecacatan , nyanyuk , tidak bersefahaman diantara anak atau menantu dengan ibu bapa, kesibukkan anak dengan tugas harian dan masalah kewangan. Tidak sewajarnya meletakkan orang tua dirumah kebajikan kerana ia bermakna menderhakai dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai seorang anak lebih-lebih lagi anak itu lelaki. Anakanak harus bijak untuk memohon maaf kepada ibu bapa walaupun atas hal-hal yang tidak seberapa. Hal ini mereka menganggap memohon maaf pada ibu bapa adalah satu kesalahan dan tidak wajar.

Dari aspek lain pula, punca pengabaian warga tua juga disebabkan oleh tindakan ibu bapa itu sendiri. Pengabaian terhadap ibu bapa disebabkan pengalaman anak-anak itu sendiri di alam kanak-kanak, mungkin semasa kecil kedua ibu bapa mereka bersikap bengis, suka mendera. Maka , anak-anak akan bertindak balas dan menyimpan perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua ibu bapa mereka yang dianggap kejam itu. Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati mereka ialah dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapanya.

Dalam perbincangan yang pendek dan ringkas ini, berikut diturunkan tentang kaedah yang digunapakai dan disarankan oleh baginda SAW perihal tanggungjawab anak kepada kedua orang tua, tanggungjawab ibu bapa tehadap anak-anak, peranan dan tanggungjawab masyarakat dalam membentuk akhlak.

KAJIAN HADITH MASA KINI

PPPH3163

KAEDAH IHYA YANG DISARANKAN OLEH RASULLULLAH Kita sewajarnya menjadikan Al Quran dan As Sunnah sebagai pedoman dalam mengharungi kehidupan di dunia ini. Tanpa petunjuk tersebut, kita akan tersasar dalam kehidupan. Walaupun mungkin hidup di dunia penuh dengan kesenangan, mewah dan tiada masalah, namun realitinya tidaklah seindah seperti mana yang dilihat dengan mata kasar. Pengabaian terhadap aspek rohani dan sebagainya lagi jika kita tidak menjadikan Allah dan Rasul sebagai tempat bergantung harap. Atau lebih teruk lagi, kita mungkin tersesat jauh dan tidak mengakui kewujudan Allah sebagai Tuhan Pencipta Alam yang memberi segala rahmat dan nikmat di dunia ini.Sesungguhnya, Nabi Muhammad S.A.W. adalah contoh insan terpuji yang mesti dijadikan contoh untuk semua. Benarnya sabda nabi yang antara lain tujuan diutuskan ke dunia ini adalah untuk menyempurnakan akhlak .Sabda Rasulullah S.A.W:


Sesungguhnya saya telah diutuskan bagi melengkapkan akhlak-akhlak yang mulia ( Riwayat Imam Ahmad , al-Hakim dan al-Baihaqi )

Abdullah Nasih Ulwan , seorang tokoh ilmuan Islam menggariskan 26 tanggungjawab yang perlu dipenuhi oleh seseorang anak terhadap ibu bapanya (termasuk ibu bapa mentua). Antaranya: Mentaati mereka kecuali perkara maksiat, berbicara dengan adab dan lemahlembut, bangun apabila mereka datang, mencium tangan, memuliakan, memelihara nama, kehormatan dan harta benda, bermesyuarat dalam urusan berkaitan, gembirakan hati, tidak mengangkat suara, mendoakan mereka dan banyak lagi.

Di sini , kita dapat melihat kesyumulan Islam dalam mengatur hidup manusia untuk mencapai kesejahteraan hidup. Maka , selayaknya untuk melahirkan generasi muda yang taat,hormat dan kaih kepada kedua ibu bapanya hanyalah dengan melalui pendidikan iman dan akhlak yang sepatutnya dididik oleh kedua ibu bapanya sedari kecil lagi.Generasi yang dididik dengan beriman kepada Allah , takut kepada Allah ,mengharapkan pertolongan-Nya

KAJIAN HADITH MASA KINI

PPPH3163

akan terbiasa dengan tingkah laku dan akhlak yang mulia. Justeru itu , mana mungkin masalah pengabaian ibu bapa ini terjadi jika semua anak-anak generasi ii dididik dengan pendidikan man dan akhlak.Diantara hadith nabi yang menekankan pendidikan akhlak ini ialah ,Sabda Rasululah SAW:


Tidak ada sesuatu yang telah diberi oleh seorang bapa kepada anaknya lebih baik daripada pendidikan yang terpuji ( Riwayat al-Tirmizi ) Sabda Rasulullah SAW:


Bermurah-murah hati dengan anak-anak kamu , dan didiklah mereka dengan peradaban yag baik (terpuji). ( Riwayat Ibnu Majah ) Sabda Rasulullah SAW:


Antara hak seorang bapa terhadap anaknya ialah menyempurnakan didikannya dan menamakannya dengan nama yang baik. ( Riwayat al-Baihaqi )

Mengupas penyelesaian dalam isu ini , Felow Kanan IKIM, Siti Fatimah Abdul Rahman dalam kertas kerja bertajuk, Kewajipan Anak Terhadap Terhadap Ibu Bapa Tunggal menyarankan beberapa langkah yang perlu diambil demi memastikan kebajikan warga emas ini terbela. Antaranya, mengukuhkan institusi keluarga dengan penghayatan agama, memperteguhkan ikatan kejiranan supaya dapat saling membantu dalam usaha penjagaan warga tua. Seterusnya memperbanyakkan kemudahan untuk membantu anak-anak melaksanakan tanggungjawab ini.Walau bagaimanapun, menurut beliau, ramai anak-anak

KAJIAN HADITH MASA KINI

PPPH3163

yang berpegang teguh kepada ajaran agama serta komited terhadap tanggungjawab mereka kepada ibu bapa. Hakikatnya, inilah peluang untuk membalas jasa, peluang untuk berbakti dan peluang untuk merebut pahala. Malah kita juga perlu sentiasa ingat bahawa adalah menjadi lumrah apabila melakukan sesuatu yang baik, banyak dugaan yang akan melanda. Pokoknya, hidup kita bukanlah untuk dunia semata-mata tetapi juga sebagai persiapan ke akhirat kelak.

Masalah pengabaian warga tua disebabkan oleh banyak faktor, namun masalah ini masih boleh dibendung dan diatasi. Tamadun manusia walau apapun agamanya, ia akan meletakkan kedudukan yang paling tinggi kepada yang lebih tua terutamanya kedua ibu bapa. Tamadun itu semakin hari semakin di telan arus pembangunan. Akibatnya anak-anak yang sudah berkeluarga bukan sahaja tidak lagi berminat tinggal bersama ibu bapa malah jumlah ini semakin meningkat di kalangan anak-anak yang bekerja. Langkah untuk mengatasi masalah ini ialah sikap manusia haruslah baik dimana manusia perlu mengikis sifat memandang remeh kepada orang tua yang kurang bernasib baik dan juga anak-anak perlu membuang sifat memandang hina kepada ibu bapa yang dianggap semakin tua semakin tidak berguna dan tidak perlukan lagi. Masyarakat haruslah mengubah sikap dengan mengamalkan sistem keluarga luasan iaitu isi rumah yang merangkumi ibu bapa, anak-anak dan datuk nenek atau anggota keluarga yang lain, secara tidak langsung dapat memupuk rasa tanggungjawab, perasaan kasih sayang, sokongan dan ikatan kekeluargaan yang kuat oleh ahli keluarga terhadap warga tua.

Langkah kedua, anak-anak haruslah diberi didikan agama dan pendedahan dari awal lagi tentang menghormati ibu bapa. Anak-anak yang diberi didikan agama dari kecil lagi akan dapat mengelakkan daripada ibu bapa disisih. Anak-anak yang mempunyai asas agama akan ada rasa tanggungjawab dalam menjalankan tugas menjaga ibu bapa yang berumur. Selain didikan agama yang diterapkan kepada anak-anak sejak kecil lagi pendidikan moral juga perlu diterapkan disekolah rendah dan sekolah menengah. Pendidikan agama yang dihubungkan dengan memperbanyakkan konsep inter-generasi dimana agensi atau pusat penjagaan haruslah menyediakan penjagaan kepada penjaga perlulah diwar-warkan agar

KAJIAN HADITH MASA KINI

PPPH3163

mereka lebih sedar tentang sumber yang boleh didapati terutamanya mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.

Antara lain program pembangunan komuniti yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan sistem sokongan kepada warga emas dan keluarga mereka ialah Pusat Aktiviti Warga Emas, Pusat Jagaan Harian Warga Emas, Program Khidmat Bantu Di Rumah dan program 'respite care' (penjagaan jangka pendek bagi membolehkan ahli keluarga yang menjaga ibu-bapa berehat seketika). Di samping itu program-program lain yang boleh memberi kesedaran kepada anak-anak tentang tanggungjawab mereka untuk menjaga ibubapa yang telah berusia emas juga perlu dilaksanakan secara aktif dan berterusan.

Selain itu, kerajaan perlu menyediakan satu sistem pendaftaran penjaga supaya segala bentuk bantuan dan program boleh disalurkan dengan mudah. Maknanya, kita akan tahu siapa yang menjaga siapa dalam masyarakat. Seterusnya kita juga harus mengadakaan kempen kesedaran tentang masalah yang berkaitkan warga tua seperti mengadakan hari ibu dan hari bapa. Hari ibu dan hari bapa harus disambut bagi menyanjung dan mengingati jasa dan pengorbanan mereka. Melalui hari ibu dan bapa ini ia sikit sebanyak akan menyedarkan golongan anak-anak yang tidak mempedulikan ibu bapa mereka.

Menghormati ibu bapa, bererti kita sentiasa menjaga hati dan perasaan mereka supaya tidak tersinggung ataupun disakiti. Dengan kata lain, segala suruhan dan larangan ibu bapa mestilah dipatuhi selagi suruhan dan larangan mereka tidak menyalahi syariat yang telah ditetapkan. Bagi sesiapa yang tidak menghormati ibu bapanya ataupun mengkhianati (mengingkari) tunjuk yang baik, maka dia (anak tersebut) dianggap telah menderhaka terhadap ibu bapanya. Bagi mereka yang derhaka kepada ibu bapanya pasti menghadapi pelbagai kesulitan hidup sewaktu di dunia dan juga di akhirat. Selain itu, menderhaka kedua ibu bapa bererti telah menderhaka kepada Allah SWT. Dari Abdullah ban Amru r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Keredhaan Allah daripada keredhaan ibu bapa

KAJIAN HADITH MASA KINI

PPPH3163

dan kemurkaan Allah daripada kemurkaan ibu bapa. (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Islam memberi amaran keras terhadap mereka yang gagal melaksanakan hak-hak ibu bapa, menderhaka atau membiarkan ibu bapa yang sudah lanjut usianya menjalani kehidupan yang sukar dan menyedihkan.Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya, aku bertanya Rasulullah SAW, Siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik? Rasulullah SAW menjawab : Ibumu. Kemudian aku bertanya, Lagi siapa? Rasulullah menjawab, Ibumu. Kemudian aku bertanya, Lagi siapa? Rasulullah menjawab, Ibumu. Kemudian aku bertanya, Lagi siapa? Rasulullah menjawab, Bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Tidak akan masuk syurga orang yang suka menunjuk-nunjuk pemberiannya, orang yang derhaka kepada kedua ibu bapanya dan orang yang ketagihan minuman keras. (Sunan al-Nasai')

Apa yang nyata, berbakti kepada kedua ibu bapa, bersikap mulia serta menunaikan hak-hak terhadap mereka adalah di antara tugas yang wajib dilaksanakan oleh umat Islam. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam al-Quran, firman Allah SWT dalam surah Luqman 21:14:

Dan Kami perintahkan kepada manusia ( agar berbuat baik ) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua. Bersyukur kepada-Ku dan kepada kedua orang tua mu. Hanya kepada Akulah tempat kamu kembali.

KAJIAN HADITH MASA KINI

PPPH3163

Hakikatnya tanggungjawab anak-anak dalam melaksanakan hak-hak ibu bapa adalah hak yang paling penting sesudah menunaikan hak Allah SWT dan hak Rasul- Nya. Lantaran itu, hendaklah kita berbakti dan berbuat baik kepada mereka, mentaati mereka, berakhlak mulia sepanjang masa kepada mereka, mengutamakan mereka dalam segala kebajikan dan kebaikan lebih daripada diri kita sendiri, anak-anak dan juga isteri.

KESIMPULAN Islam adalah agama yang menganjurkan kedamaian dan kesejahteraan. Justeru, Islam sentiasa membawa kepada ketenangan dan kedamaian dalam hidup sesama individu, keluarga, masyarakat dan bernegara. Jika Islam diamal dan dijadikan panduan dan penyuluh kehidupan, sudah pastinya kita tidak akan tersasar dalam menjalani hidup di atas dunia ini. Jika sebaliknya, maka sesuatu perlu dilakukan agar masyarakat menyedari bahawa mereka terlalu jauh dengan hakikat ajaran wahyu Ilahi yang diturunkan. Proses pencerahan perlu dilakukan oleh para ilmuan dan cendekiawan agar pemikiran umat kembali kembali kepada kefahaman Islam yang sebenar.

Umat Islam perlu diberi kesedaran tentang tiada ruginya untuk kembali kepada Islam dan mengambil Islam sbagai the way of life . Mengaplikasikan ihya yang telah diajar oleh Rasulullah dalam seluruh aspek kehidupan seperti cara hidup , bermasyarakat ,berkeluarga dan bernegara . Malah, kerugian yang sebenar-benarnya adalah apabila manusia menolak Islam dan menggantikan dengan ideologi-ideologi lain yang sama sekali bertentangan dengan Islam. Umat Islam perlu diberi keyakinan bahawa Islam mampu untuk menyelesaikan segala penyakit dan barah yang timbul dalam masyarakat.

Malah , dalam isu pengabaian ibu bapa ini yang mula menjadi kanser senyap dalam masyarakat Islam kini. Al Quran sebagai kitab pedoman dan wahyu Allah merupakan penyelesaian total yang tiada tolok bandingnya. Manakala hadis-hadis daripada Rasulullah

KAJIAN HADITH MASA KINI

PPPH3163

s.a.w. pula menjadi penguat kepada segala dalil al Quran dan amalan hidup Rasullullah s.a.w pula menjadi sunnah yang mampu memurnikan kehidupan beragama di dunia ini.

KAJIAN HADITH MASA KINI

PPPH3163

BIBLIOGRAFI

Al-Quran Terjemahan. 2007.Kuala Lumpur :Penerbit Pustaka Darul Iman.

Abdullah Nasih Ulwan. 1998. Pendidikan Anak-anak Menurut Pandagan Islam.Kuala Lumpur: Penerbit Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Hassan Mohd. Ali. 2001 . Mendidik Anak Berakhlak Mulia .Kuala Lumpur : Penerbit Sabha Group Sdn. Bhd.

Abdul Rahim Abd.Rashid , Sufean Hussin , Che Hashim Hussin. 2006.Institusi Keluarga Krisis & Konflik . Kuala Lumpur :Penerbit Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Berita Harian . 2010 . 2 Julai.

http://fajarsoleh.blogspot.com/2010/11/pengabaian-terhadap-ibu-bapa.html (14 April 2011)

KAJIAN HADITH MASA KINI

Anda mungkin juga menyukai