(c) Pada pendapat anda mengapakah kuasa besar cenderung untuk terlibat dalam
peperangan. (4 markah)
- Persaingan meluaskan kuasa
- Membuktikan kekuasaan
- Kepentingan ekonomi
- Meluaskan pasaran
- Mendapatkan bahan mentah
- Meluaskan pengaruh
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah
(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda adakah Liga Bangsa berjaya mencapai
matlamatnya? (2 markah)
- Liga Bangsa gagal menjamin kesejahteraan dunia
- Liga gagal menghalang kuasa besar daripada melakukan pencerobohan
- Liga Bangsa dibubarkan pada April 1945
(c) Menurut pengetahuan sejarah anda apakah akibat peperangan kepada sesebuah
negara. (4 markah)
- Korban nyawa yang tinggi
- Kecederaan rakyat yang banyak
- kos rawataan yang tinggi
- kerosakan negara
- ekonomi terjejas
- kos pemulihan pembangunan yang tinggi
- terima mana-mana jawapan yang munasabah
(c) Jelaskan bagaimana faktor sejarah menentukan dasar luar Malaysia (2 markah)
- Wujud hubungan luar sejak sejak Kesultanan Melayu Melaka.
- Hubungan dengan China, Arab, Siam dan kepulauan Melayu
- Hubungan luar berbentuk perdagangan
- Terjalin hubungan serumpun dengan Kepulauan Melayu
- Selepas merdeka menyertai pertubuhan Komanwel
- Meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel lain
- Sejarah ancaman komunis terhadap keselamatan Malaysia
- Mendorong Malaysia bersikap probarat dan antikomunis
- Bergantung kepada barat untuk mendapat bantuan pertahanan
(d) Terangkan bagaimana faktor geografi mempengaruhi dasar luar Malaysia (2
markah)
- Kedudukan Malaysia Strategik di Asia Tenggara
- bersempadan dengan kebanyakan negara serantau
- seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina
- dan Brunei
- Perairan Malaysia menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia
- Keselamatan negara serantau memberi kesan terhadap keselamatan Malaysia
(e) Pada pendapat anda apakah kebaikannya berbaik-baik dengan negara lain di
dunia (2 markah)
- Saling membantu dalam pelbagai bidang
- Dapat berkongsi ilmu
- Meluaskan pasaran
- Mengadakan pertukaran kepakaran
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah
6.(a) Nyatakan bagaimana dasar luar semasa Tunku Abdul Rahman menjadi
Perdana Menteri Malaysia menunjukkan sikap probarat. (10 markah)
- Memperlihatkan dasar pro-Barat yang antikomunis
- ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara
- Hubungan baik dengan negara Komanwel Malaysia
- memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama
Britain,Australia dan New Zealand.
- Menandatangani Perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-
Malayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956 untuk menyekat pengaruh
komunis.
- British akan memberikan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana-
mana negara.
- Berbaik-baik dengan negara jiran kerana timbulnya krisis dengan negara jiran
- konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965),
- terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965)
- keluarnya Singapura daripada Malaysia (1965).
- Usaha-usaha memelihara hubungan dengan negara jiran terbukti melalui
beberapa perjanjian seperti menubuhkan ASA,MAPHILINDO dan ASEAN.
- Faktor ekonomi memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam
menjaga kepentingan ekonomi negara kerana merupakan anggota blok sterling.
- Memberikan tumpuan kepada bijih timah dan getah dengan mengharapkan
sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain.
- Pelabur Britain masih menguasai peratus yang besar dalam ekonomi Malaysia
terutama dalam bidang perladangan dan perindustrian.
- Mengamalkan pasaran bebas dengan membina rangkaian perdagangan dengan
negara-negara lain seperti Amerika Syarikat,Jepun,Singapura dan Jerman Barat
bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru.
(b) Jelaskan bagaimana dasar luar peringkat kedua menunjukkan sikap berkecuali.
(6 markah)
- Menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah
- Malaysia mula mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua
negara.
- Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh
AMDA
- pengaruh Britain semakin kurang di Timur.
- Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam
- kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China mula campur tangan
- Malaysia mengisytiharkan konsep Zon Aman,Bebas da n Berkecuali (ZOPFAN)
bersama-sama dengan anggota negara ASEAN.
- Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara berfahaman
komunis seperti China,Jerman Timur,Korea Utara,Vietnam Utara dan Mongolia.
- Malaysia menunjukkan minat menjalinkan persahabatan dengan semua negara
jiran
- mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976.
- Masalah pelarian Vietnam di Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-
negara jiran.
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Malaysia menukar dasar
luarnya kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara. (4
markah)
- Ingin mengekalkan keamanan
- Meluaskan hubungan diplomatik
- Mengamalkan konsep ZOPFAN
- Menghormati hak asasi manusia
- Meluaskan pasaran
- Meningkatkan kerjasama ekonomi
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah
(b) Huraikan dasar luar peringkat ketiga semasa Tun Mahathir menjadi Perdana
Menteri Malaysia. (8 markah)
- masih mengekalkan dasar-dasar tahap kedua
- memberikan penekanan kepada kepentingan ekonomi.
- Mementingkan isu-isu perdagangan,pelaburan dan pembangunan
- Tumpuan dalam kalangan negara membangun.
- mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN
- menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
- Memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada tahun 1982
- menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model
- Menggalakkan rakyat menerima nilai-nilai baik negara berkenaan
- mencontohi semangat mencintai negara
- menerapkan kesungguhan dalam bekerja
- mengamalkan etika pengurusan kerja yang baik.
- Mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi
lawatan
- Banyak lawatan diadakan ke Afrika. Amerika Selatan, Caribean dan Pasifik Selatan
- misi perdagangan Malaysia akan turut
- menandatangani perjanjian perdagangan dua hala
- Menjalinkan hubungan politik dan perdagangan dengan negara Dunia Ketiga
disamping negara maju.
(b) Apakah faedah yang diperolehi oleh Malaysia setelah menjadi anggota
Komanwel (10 markah)
- membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara
- menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya.
- Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain,Australia dan New Zealand
- akan memberi bantuan pertahanan sekiranya malaysia diserang
- membantu Malaysia semasa berkonfrontasi dengan Indonesia.
- Menjadi tuan rumah Mesyuarat CHOGM pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.
- Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi.
- Tanggungjawab komanwel mengatasi masalah pencemaran
- menentang dasar aparteid
- Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia.
- Eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan
cukai yang rendah.
- Rancangan Colombo menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang
pendidikan.
- Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998.
(c) Malaysia cenderung untuk menjadi tuan rumah acara di peringkat antarabangsa?
i. Apakah faedahnya kepada Malaysia? (3 markah)
- Berpeluang mempromosi Malaysia kepada negara lain
- Meningkatkan industri pelancongan Malaysia
- Meningkatkan ekonomi
- Meningkatkan pasaran kraftangan
- Membuktikan keupayaan Malaysia
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah
(c) Apakah jawatan yang pernah disandang oleh Tan Sri Razali Ismail dalam PBB?
(1 markah)
- Pengerusi Perhimpunan Agung PBB
- Wakil Khas PBB menyelesaikan konflik politik negara Myanmar
(e) Pada pendapat anda mengapakah Malaysia diberi banyak penghargaan untuk
terlibat secara langsung dalam PBB? (2 markah)
- Pemimpin-pemimpin Malaysia berani menyuarakan pendapat
- Pemimpin Malaysia membuktikan ketokohan apabila diberi peluang
- Malaysia menunjukkan komitmen sebagai aanggota PBB
10. (a) Huraikan sumbangan Malaysia dalam menyelesaikan konflik antarabangsa.
(12 markah)
- menyertai pasukan pendamai untuk menamatkan perang saudara di Congo.
- mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu negara itu
mencapai kemerdekaan.
- menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq.
- Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
- Malaysia juga lantang bersuara di PBB menentang dasar aparteid di Afrika
Selatan.
- Menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di
bawah hak milik atau kuasa semua negara.
- Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia
- Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi
gejala penyalahgunaan dadah.
- Malaysia mengusulkan satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna,Jun
1987
- Perdana Menteri Malaysia menjadi Yang Dipertua persidangan.
- menyertai bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan
dan Pertanian(FAO).
- Memberi kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan
Kesihatan Dunia atau World Health Organization(WHO).
- Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan
Pendidikan,Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu(UNESCO).
- Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun
1965,1989 dan 1999.
- Wakil Malaysia ke PBB,Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan
Agung PBB.
- Beliau dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara
Myanmar.
- Malaysia berpendirian tegas mendesak PBB berusaha menyelesaikan masalah
Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala
Lumpur.
(b) Apakah faedah yang diperolehi oleh Malaysia melalui Keanggotaan dalam PBB?
(4 markah)
- Mendapat bantuan melalui Bank Dunia dari segi kewangan dalam menyusun
semula dan membangunkan ekonomi negara.
- Memperolehi faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing untuk membasmi
kemiskinan di luar bandar selain menyediakan peluang pekerjaan.
- Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan
rancangan Lembaga - Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
- Membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.
(c) Pada pendapat anda apakah langkah yang dapat diambil untuk memupuk
hubungan baik antara negara-negara di dunia ini? (4 markah)
- Melalui sukan
- Mengadakan kerjasama antara negara
- Mengadakan program pertukaran pelajar
- Berkongsi kepakaran
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah
(d) Nyatakan empat isu-isu yang dibangkitkankan oleh Malaysia dalam Persidangan
Negara-negara Berkecuali (NAM) (2 markah)
- menyeru kepada PBB menyelesaikan isu Palestin
- Benua Antartika menjadi warisan dunia tanpa dimiliki oleh oleh mana-mana
negara.
- menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan
- Mewujudkan kerjasama sesama negara membangun
- menubukan Kumpulan G15
- ahli kumpulan 16 membincangkan isu kerjasama politik negara anggota
- menghidup kembali NAM
- Deklarasi Kuala Lumpur bincangkan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq
(e) Pada pendapat anda mengapakah Malaysia diberi penghormatan menganggotai
G16 dalam pertubuhan NAM? (2 markah)
- Malaysia menunjukkan penglibatan yang aktif
- Kebolehan Malaysia diakui
- Malaysia dihormati oleh negara anggota
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah
NEGARA-NEGARA SELATAN
12. (a) Jelaskan apa yang anda faham tentang Negara-Negara Selatan? (10
markah)
- dikenali juga sebagai Negara-Negara Dunia Ketiga.
- mempunyai banyak persamaan
- segi latar belakang ekonominya
- pernah dijajah oleh kuasa Barat.
- masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah.
- tidak mempunyai kepakaran
- tiada modal
- untuk memproses bahan mentah menjadi barangan siap.
- Dikenakan syarat perdagangan yang tidak adil
- seperti kawalan terhadap harga barang mentah.
- Pinjaman dikenakan kadar faedah yang tinggi
- Bermatlamat untuk mengatasi harga eksport bahan-bahan mentah
- mahu meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal
- Tidak mahu bergantung kepada negara-negara maju.
(c) Pada pendapat anda mengapakah Malaysia memainkan peranan yang penting
dalam Negara Selatan-Selatan? (4 markah)
- ingin membela nasib negara-negara dunia ketiga
- berkongsi kepakaran dengan negara-negara anggota
- tidak berpuas hati dengan sikap negara-negara maju
- berganding bahu demi kemajuan bersama
- terima mana-mana jawapan yang munasabah
(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda apakah faedah yang diperoleh oleh
Malaysia sebagai negara anggota OIC? (4 markah)
- pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam
- bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.
- OIC telah memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM.
- Mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam di bawah naungan OIC.
- Menerima pengiktirafan Tunku Abdul Rahman sebagai Setiausaha Agong OIC.
- Menjadi tuan rumah menganjurkan Persidangan OIC di Putrajaya pada tahun
2003.
(e) Pada pendapat anda mengapakah kita patut menjalinkan hubungan yang baik
dengan negara-negara jiran? (2 markah)
- Apa yang berlaku di negara jiran turut meninggalkan kesan kepada Malaysia
- Sama-sama mewujudkan keamanan serantau
- Saling membantu menyelesaikan masalah serantau
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah
(c) ASEAN juga melaksanakan kerjasama dalam bidang sosial sebagai langkah
mengeratkan hubungan sesama negara anggota. Jelaskan pernyataan tersebut
berdasarkan pengetahuan sejarah anda. (7 markah)
- Mengadakan festival kebudayaan dan kesenian
- Menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN
- Mengadakan pertukaran rancangan radio dan televisyen
- Kerjasama pelancongan
- Mengadakan tahun Melawat ASEAN pada 1992
- Mengadakan Sukan ASEAN
- Menubuhkan SEAMEO (Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN)
- Pembinaan RECSAM (Pusat Serantau Untuk Sains dan Matematik) di Pulau
Pinang
ASEAN
16. (a)Kemukakan dua matlamat penubuhan ASEAN. (2 markah)
- Mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara.
- Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
- Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian,
perdagangan dan perindustrian.
- Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan.
- Mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan
antarabangsa.
17. (a) Jelaskan kerjasama ekonomi yang dilaksanakan oleh ASEAN. (7 markah)
- Membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian
- Melaksanakan projek baja urea di Bintulu(Sarawak) serta Acheh(Indonesia).
- Kerjasama ekonomi melalui zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN atau
ASEAN free Trade Area(AFTA)
- Dato Seri Dr Mahathir Mohamad mencadangkan Ekonomi Asia Timur atau East
Asian Economic Caucus(EAEC).
- memperluas skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan
China, Jepun dan Korea Selatan.
- Program ini dinamakan Perundingan Kerjasama secara tidak rasmi tetap terus
diadakan melalui konsep ASEAN+3
- Kerjasama judkan antara negara ASEAN dengan negara-negara timur iaitu China,
Jepun dan Korea.
- Menteri-menteri luar negara Asia Timur d [Forwarded from NOTA SPM 2020]
ijemput menghadiri majlis kerjasama ekonomi.
GLOBALISASI
18. (a) Apakah maksud globalisasi? (2 markah)
- Kepesatan teknologi maklumat/komunikasi
- Menjadikan dunia tanpa sempadan
- Aspek ekonomi/soaial/kemahiran/nilai
- Menyeberangi sempadan dengan pantas
(b) Bagaimanakah perhubungan menjadi semakin pesat? (2 markah)
- Peralatan teknologi baru
- kemajuan komputer/internet
- perkembangan teknologi komunikasi
- telefon mudah alih
- Kos pengngkutan semakin murah
(c) Huraikan langkah-langkah yang telah diambil oleh Malaysia dalam menghadapi
cabaran globalisasi. (2 markah)
- menyediakan frasarana ICT
- merebut peluang dan faedah yang dihasilkan oleh ICT
- mempromosikan Penggunaan ICT
- melancarkan projek Korodor Raya Multimedia (MSC)
- Kerajaan telah memperuntukkan belajawan
- Sebanyak RM5.2 billion bagi projek berasaskan ICT
- RM1 bilion daripada peruntukkan itu diagihkan untuk program luar bandar
(c) Mengapakah Filipina dan Indonesia tidak berpuas hati terhadap Malaysia? (2
markah)
- tidak berpuas hati atas pembentukan Malaysia
- Presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu
neokolonialisme.
- Filipina mendakwa Sabah masih menjadi hak milik negara mereka.
(c) Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyelesaikan pertelingkahan? (2
markah)
- menubuhkan MAPHILINDO
- memohon bantuan PBB
- mendapatkan pandangan rakyat Sarawak dan Sabah tentang cadangan
penubuhan Malaysia.
- menghantar perwakilannya untuk meninjau pandangan rakyat Sarawak dan
Sabah.
(e) Pada pendapat anda apakah langkah-langkah yang sesuai untuk menyelesaikan
masalah serantau? (2 markah)
- Mengadakan rundingan antara pemimpin
- Memilih orang tengah sebagai perantara
- Mendapatkan bantuan daripada pertubuhan tertentu
- Terima mana-mana jawapan yang munasabah