Anda di halaman 1dari 9

BAKA DAN PERSEKITARAN

MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
DAN PERTUMBUHAN MANUSIA
NABILAH, NORMAN, IKRAM, HERRY

BAKA
Baka (nature) boleh ditakrifkan sebagai faktor biologi dan
genetik yang mempengaruhi perkembangan manusia.
Pengaruh genetik atau baka dipelopori oleh Johann
Gregor Mendel (1822-1889).
Baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu
bapa kepada anak- anaknya melalui gen.
Thomas J. Bouchard, Jr. dalam Haliza Hamzah & Joy N.
Samuel (2011) mengatakan bahawa baka menentukan
persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya,
dikalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi
sifat-sifat seperti kebolehan , minat dan kawalan emosi.

PERSEKITARAN
Persekitaran ialah segala benda yang berada di sekeliling
(Kamaruddin Hj. Husin, 1998)
Persekitaran adalah segala kuasa yang kompleks yang
boleh mempengaruhi tingkah laku individu. (W. Edgar
Vinacke)

Baka mempengaruhi perkembangan


Isu perbezaan individu boleh merujuk kepada kajian yang
dijalankan terhadap tahap kecerdasan anak angkat (McCall,
1981). Sekiranya anak angkat mempunyai pendedahan
persekitaran yang sama dengan keluarga angkatnya tetapi
mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza dengan keluarga
angkatnya, maka ia dipengaruhi oleh faktorbaka yang
dimilikinya. Contoh, sekiranya tahap kecerdasan anak angkat
sama dengan kecerdasan keluarga kandungnya berbanding
keluarga angkat, maka faktor baka atau biologi mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap kecerdasan. Sekiranya tahap
kecerdasan anak angkat tersebut lebih tinggi atau rendah
daripada keluarga kandungnya sendiri, berkemungkinan
perkara tersebut dipengaruhi oleh faktor persekitaran (Seifert &
Hoffnung, 1997).

Amram Schienfeld juga ada menyatakan bahawa baka


itulah yang menentukan persamaan-persamaan di antara
ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli-ahli
dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti
kebolehan, minat dan kawalan emosi.

Oleh itu, satu kajian telah dibuat oleh ahli-ahli


psikologi dan mendapati bahawa emosi seseorang
individu itu ternyata juga diwarisi daripada baka ibu
bapa. Misalnya, ibu bapa yang mempunyai emosi
yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan
melahirkan anak yang agresif dan autokratik.

Selain itu, pelbagai jenis penyakit juga mampu


diperturunkan melalui baka. Terlalu banyak kisah
yang membuktikan perkara ini. Misalannya, satu
kejadian aneh yang berlaku di Sulawesi.

Rata-rata manusia pada umumnya dilahirkan dengan dua


tangan, dan memiliki lima jari di setiap tangan mahupun
kaki. DiDusun Ulutaue, Bone, Sulawesi Selatan,
penduduknya sangat aneh kerana dilahirkan dengan jarijari kaki dan tangan mereka terbelah menjadi dua hingga
kelihatan seperti tangan ketam.
Hampir semua penduduk Dusun Ulutaue, Desa Mario,
Kecamatan Mare, Kabupaten Bone, Sulawesi Selatan,
cacat. Penduduknya mengalamisedikit kelainan fizikal,
yakni mereka hanya mempunyai tiga jari, baik kaki
mahupun tangan. Kelainan ini dialami oleh semua
golongan usia, dari bayi hingga lanjut usia.
Bahkan, perkara ini diceritakan berlaku sejak turuntemurun melalui perwarisan baka. Akhirnya, mereka
mendapat gelaran manusia ketam.

Anda mungkin juga menyukai