Anda di halaman 1dari 10

Objektif Kajian

1) Mengkaji peranan Feng Shui dalam kehidupan masyarakat Cina di Malaysia.


2) Mengkaji budaya Feng Shui dalam masyarakat Cina.
3) Mengetahui sejarah Feng Shui dalam masyarakat Cina.

Batasan Kajian

Kajian yang saya jalankan ini adalah memberi tumpuan kepada amalan Feng Shui
perniagaan oleh masyarakat Cina di Malaysia. Masyarakat Cina telah mengamalkan
amalan Feng Shui dalam perniagaan mereka seperti amalan Feng Shui menentukan lokasi
bangunan perniagaan, prinsip-prinsip Feng Shui dan praktisnya dalam perniagaan, dan
objek atau perhiasan dalam perniagaan.

Kaedah Kajian

Saya hanya menggunakan satu cara dalam menjalankan kajian ini iaitu:

a) Kaedah perpustakaan
- Merujuk buku rujukan dan melayari internet.

1
Pengenalan

Feng bermaksud “angin” dan Shui bermaksud “air”. Feng Shui merupakan satu
bidang sains yang mempunyai pengaruh yang kuat dalam kehidupan masyarakat Cina
sejak zaman kuno lagi.

Menurut pandangan alam semesta masyarakat Cina, semua benda di dunia ini
dikategorikan kepada lima kumpulan asas iaitu air, api, logam, tanah/bumi, dan kayu.
Lima kumpulan asas ini memberi keseimbangan tenaga yang dikenali sebagai “yin” dan
“yang”. Tenaga tersebut dipanggil “chi”. Feng Shui adalah bidang sains yang
mementingkan pemilihan alam sekeliling yang sesuai diduduki agar elemen-elemen di
alam ini mencapai keseimbangan.

Keberadaan Feng Shui ternyata cukup berpengaruh, khususnya dalam kehidupan


orang Cina dan telah dibawa sampai ke zaman moden ini. Di Malaysia, masyarakat Cina
telah mengamalkan Feng Shui dalam menjalankan perniagaan. Dalam Feng Shui
perniagaan, masyarakat Cina mementingkan tata letak atau susunan ruang kerana mereka
percaya tata letak ruang yang betul akan membawa kekayaan dan nasib baik.

Dalam masyarakat Cina, langkah yang paling penting adalah menentu arah dan
lokasi tanah serta bangunan perniagaan yang baik dan sesuai fungsinya. Pemilihan lokasi
dan arah yang tepat dipercayai akan memberikan keuntungan. Sementara salah memilih
lokasi dan arah akan membawa kehancuran. Hal ini kerana “chi” yang diberikan oleh
lokasi dan arah akan mempengaruhi keseimbangan “chi” di dalam tubuh manusia.

Akhir sekali, Feng Shui adalah kebudayaan lama penempatan untuk


menggalakkan keharmonian, kekayaan, kejayaan, dan kesihatan. Masyarakat Cina
percaya bahawa pengikutan Feng Shui yang betul dan sesuai akan banyak mendatangkan
nasib baik dan keuntungan yang tidak dapat didugakan. Jika terlanggar sesuatu Feng Shui
juga akan membawa kerugian.

2
Isi
Amalan Feng Shui dalam menentukan lokasi bangunan
perniagaan

Berdasarkan prinsip Feng Shui, pembinaan sesebuah bangunan perniagaan


haruslah sesuai dan harmoni dengan persekitarannya. Kedudukan, arah, dan
keseimbangan merupakan prinsip-prinsip yang harus dipatuhi bagi memastikan
perniagaan seseorang mencapai kejayaan dan kemakmuran. Kegagalan mematuhi prinsip
ini dipercayai akan mengundang pelbagai masalah kepada pemilik dan perniagaannya.
Dalam memastikan bahawa bangunan perniagaan mereka mempunyai Feng Shui yang
baik, faktor lokasi bangunan perniagaan haruslah diberi perhatian.

Feng Shui menegaskan bahawa lokasi mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar
terhadap kehidupan seseorang, terutama jika tinggal di situ untuk tempoh yang lama.
Lokasi melibatkan semua unsur persekitaran samada yang semulajadi atau buatan
manusia. Persekitaran semulajadi meliputi objek atau keadaan geografi semulajadi yang
terdapat di sekeliling bangunan perniagaan seperti bukit, sungai, laut, dan sebagainya. Ia
dikatakan mempunyai tenaga yang mampu mendatangkan kebaikan atau keburukkan.
Persekitaran buatan meliputi objek atau struktur yang dihasilkan oleh manusia yang
berada di sekeliling bagunan perniagaan seperti jalan raya, air pancut, tiang elektrik, dan
sebagainya. Ia tidak mempunyai tenaga tetapi mampu menghala, menggalak, dan
menghalang aliran tenaga.

Dalam Feng Shui, air ( sui ) dianggap sebagai wang. Ia merupakan elemen yang
sangat penting. Kedudukan dan aliran air di kawasan bangunan perniagaan perlu diberi
perhatian. Bangunan yang berada di lencongan aliran air atau sungai yang tajam akan
terdedah kepada “sha chi” ( panah beracun ). Aliran air dan sungai bawah tanah yang
melalui bawah bangunan perniagaan dianggap Feng Shui yang tidak baik manakala
kolam atau air pancut di hadapan bangunan adalah sesuatu yang digalakkan oleh Feng
Shui.

Jalan raya merupakan kemudahan komunikasi dan pengangkutan, namun turut


mengalir tenaga “chi” yang mampu mempengaruhi sesuatu lokasi bangunan, orang, dan
perniagaan. Elakkan dari menjalankan perniagaan di bangunan yang berada tepat di
penjuru tajam sesuatu selekoh atau di penghujung persimpangan T kerana ia akan
mengundang “chi” yang tidak baik iaitu sha chi. Bangunan yang berada sama atau tinggi
dari jalan akan memperolehi “chi” yang sihat dan baik manakala bangunan berada rendah
dari jalan raya akan kehilangan “chi” tersebut.

3
Dalam Feng Shui, pintu masuk utama diibaratkan sebagai mulut seseorang. Jika
“sheng chi” ( nafsu hidup ) memasuki sesuatu bangunan melalui pintu utama, syarikat
tersebut akan memperoleh perniagaan yang baik. Sebaliknya, jika “si chi” ( nafsu mati )
yang memasuki bangunan, maka akan menghadapi perniagaan yang lembab. Oleh itu,
pintu masuk utama sesebuah bangunan perniagaan haruslah dielakkan dari menghadap
tiang elektrik, tanah perkuburan, penjara, dan sebagainya.

Akhir sekali, lokasi dan kedudukan bukit atau tanah tinggi memainkan peranan
yang penting dalam Feng Shui, ini dikatakan mempunyai tenaga “chi” yang hebat.
Bangunan perniagaan harus dielakkan dari dibina di puncak bukit kerana diandaikan
terlalu terdedah dan tiada perlindungan. Tempat yang sesuai adalah di lereng bukit.

4
Prinsip-prinsip Feng Shui dan praktisnya dalam perniagaan

Feng Shui juga perlu diamalkan dan dipraktiskan dalam perniagaan untuk
membantu seseorang berjaya dalam perniagaan. Penyusunan pejabat penting bagi
sesebuah perniagaan yang dijalankan. Oleh itu, kebanyakkan peniaga Cina telah
mengamalkan prinsip-prinsip Feng Shui dalam perniagaan mereka.

Terlebih dahulu, peniaga dinasihati supaya selalu duduk belakang menghadap


dinding batu untuk menjamin sokongannya dan jangan duduk belakang menghadap
tingkap. Dalam pejabat, mesin faksimili, telefon, dan komputer haruslah diletakkan di
tempat yang mempunyai harta benda dan kekayaan bagi menjamin lebih banyak
perniagaan pada masa depan. Penyusunan meja dan kerusi haruslah dalam keadaan yang
harmoni supaya “chi” dapat mengalir dengan licin. Jangan membiarkan pejabat anda
berselerak. Laci juga perlu dikemaskan selalu dan tidak membiarkan bekas kertas di
dalam lacinya.

Pintu masuk utama pejabat adalah pintu masuk utama tenaga “chi” positif ke
dalam pejabat. Di pejabat, pintu utama haruslah dielakkan dari menghadap meja anda
kerana “chi” yang masuk akan memukul muka anda dan ini akan menyebabkan anda
menjadi malang dan mendatangkan banyak masalah dan halangan. Semasa memilih
pejabat, bilik yang ada dua pintu perlu dielakkan kerana “chi” yang masuk ke dalam bilik
akan keluar dari pintu yang lain. “Chi” yang masuk tidak boleh bertemu dengan dinding
dalam pejabat. Apabila “chi” memukul dinding, ia akan berpusing dan menjadi lambat
dan menyebabkan perniagaan menjadi lambat dan tidak bergetar.

Selain itu, jangan meletak mesin fotostat berdekatan dengan pintu utama. Haba
mesin fotostat akan menyebabkan “chi” menjadi panas dan disebar dengan mudah. Mesin
pemotong kertas tidak boleh ditempatkan berdekatan dengan pintu utama kerana ia akan
menyebabkan pekerja menikam dari belakang dan bergaduh. Pasu kosong juga tidak
boleh diletak berdekatan dengan pintu utama kerana “chi” yang baru masuk akan dihisap
ke dalamnya dan menyebabkan tiada “chi” tinggal di persekitaran pejabat.

5
Objek atau perhiasan Feng Shui dalam perniagaan

Objek atau perhiasan Feng Shui juga amat penting kerana ia mewujudkan
perubahan positif dalam perniagaan. Objek Feng Shui yang utama ialah Ba-gua. Ba-gua
adalah satu alat yang amat berkuasa. Ba-gua digunakan untuk mencerminkan dan
menarik “chi”. Ia akan membawa keharmonian dan perlindungan pejabat dalam keadaan
positif yang bernasib baik “chi” dan memantulkan “sha”. Apabila Ba-gua diletakkan di
luar pintu depan, tenaga “sha” akan ditukar ke “chi” sebelum ia memasuki pejabat.

Kristal merupakan simbol yang paling terkenal untuk meningkatkan Feng Shui
dalam perniagaan. Kristal mewujudkan keadaan keharmonian dan kebahagiaan dalam
pejabat. Ia digunakan untuk memantulkan “chi” yang buruk dan menarik “chi” yang baik.
Kristal meningkatkan kejayaan perniagaan dan mencerahkan masa depan. Kristal yang
berbentuk nanas membawa simbol kekayaan dalam Feng Shui. Kristal pokok pula
dikatakan membawa “chi” yang kaya dan mampu menenang serta menumpukan minda
seseorang.

Buddha Riang dipercayai akan membawa kegembiraan dan kekayaan kepada


seseorang. Buddha mempunyai kuasa untuk menangkis roh jahat dan menghalang “chi”
yang buruk memasuki bangunan perniagaan. Meletakkan Buddha di hadapan meja akan
membawa lebih banyak perniagaan. Buddha Wang pula adalah simbol ideal untuk
membawa nasib kaya kepada seseorang atau syarikat.

Di samping itu, Patung Binatang Kemakmuran seperti Kucing Kemakmuran


dikatakan membawa kekayaan dan nasib baik dalam perniagaan. Ciri tangan kanannya
memegang perkataan cina “Sheng Yi Xin Long” yang bermaksud sentiasa mempunyai
banyak perniagaan. Tangan kirinya memegang sesuatu yang bersimbol wang.

Katak Wang adalah simbol bernasib baik. Ia dikatakan paling kondusif untuk
menarik kekayaan. Meletakkan Katak Wang berdekatan pintu depan di tempat rendah
tetapi bukan lantai dan mulutnya mesti menghadap keluar untuk mendapat banyak
kekayaan. Bagi mendapatkan kekayaan dan perniagaan yang banyak, boleh meletakkan
banyak Katak Wang dalam pejabat tetapi jangan melebihi sembilan ekor.

Tambahan pula, Naga merupakan simbol pencegahan daripada “chi” yang jahat
dan membawa suci “chi”. Patung Naga dikatakan membawa “chi” yang kosmik ke dalam
pejabat dari nafas sucinya. Bagi mendapatkan satu permulaan perniagaan yang baik,
letakkan atas meja.

Perahu layar pula mempunyai makna kejayaan. Ia dikatakan boleh membawa


“chi” yang baik supaya seseorang mudah mencapai matlamat mereka apabila meletakkan
ia di pejabat.

6
Penutup
Untuk menjalankan kerja kursus ini, saya telah mengkaji peranan Feng Shui
dalam perniagaan masyarakat Cina di Malaysia dengan teliti. Dalam menjalankan kajian
ini, saya dapat mempelajari ilmu tentang Feng Shui perniagaan oleh masyarakat Cina.

Dalam kajian ini, saya mendapati bahawa masyarakat Cina suka mengamalkan
amalan Feng Shui dalam perniagaan mereka terutamanya dalam pemilihan bangunan
perniagaan. Masyarakat Cina berpendapat bahawa Feng Shui sesebuah lokasi bangunan
perniagaan yang baik akan mendatangkan nasib baik dan kekayaan yang tidak dapat
diduga.

Selain itu, masyarakat Cina juga berpendapat bahawa Feng Shui perlu diamalkan
dan dipraktiskan dalam perniagaan untuk membantu seseorang berjaya dalam perniagaan.
Masyarakat Cina juga akan mengamalkan Feng Shui dalam penyusunan pejabat bagi
mencapai kejayaan dalam perniagaan.

Masyarakat Cina juga mempercayai bahawa objek atau perhiasan Feng Shui amat
berkuasa dan akan mewujudkan perubahan positif dalam perniagaan. Antaranya yang
paling umum ialah Ba-gua dan kristal. Mereka mempunyai keyakinan yang tinggi
terhadap objek Feng Shui dan mempercayai ia akan menarik “chi” yang baik dan
memantulkan “chi” yang buruk.

Secara ringkasnya, Feng bermaksud “angin” dan Shui bermaksud “air”.


Masyarakat Cina di Malaysia percaya bahawa Feng Shui yang baik dan sesuai akan
mendatangkan nasib baik, kejayaan, kekayaan, keharmonian, dan kesihatan. Oleh itu,
mereka akan mengamalkan Feng Shui perniagaan bagi menjamin kejayaan perniagaan.

7
Rujukan
1. Buku Nota Ringkas Tamadun Islam dan Asia Edisi Ke-4

2. http://www.hsbc.com.my/1/2/commercial-banking/sme-banking/feng-shui-tips-
for-your-business

3. http://www.myfengshui4u.com/index.php?act=viewDoc&docld=21

4. http://www.woff.com/index.php?
option=com_content&Ipemid=29&task=view&id=423

5. http://www.woff.com/index.php?
option=com_content&Ipemid=29&task=view&id=12

8
Lampiran
Objek atau perhiasan Feng Shui dalam perniagaan

1) Ba-gua

2) Kristal

Kristal Nanas Kristal Pokok

3) Buddha

Buddha Riang Buddha Wang

4) Kucing Kemakmuran

9
5) Katak Wang

6) Patung Naga

7) Perahu Layar

10

Anda mungkin juga menyukai