Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN VEKTOR

Tidak dapat dinafikan bahawa vektor adalah besaran yang mempunyai besar
dan arah. Seperti yang kita ketahui bahawa peranan vektor di dalam kehidupan harian
adalah sebagai alat penyampai maklumat dan disimbolkan dengan pembolehubah
yang diberi tanda atas atau dicetak tebal. Panjang vektor dilambangkan dengan dua
garis tegak. Contohnya, vektor ‘a’ adalah vektor yang mempunyai panjang 5 satuan.
Apabila ditulis dalam simbol | a | = 5 satuan.

Dalam sains fizikal dan kejuruteraan, vektor ialah


objek geometri yang mempunyai magnitude (panjang) dan
arah vektor selalunya diwakili dengan satu bahagian garis
dalam arah yang tertentu, diwakili dengan anak panah. Vektor
sering digunakan untuk memperihalkan kuantiti fizikal yang
berarah dan juga kuantiti yang boleh dinyatakan dengan satu
nombor berunit. Kadangkala ia juga dikenali sebagai vektor
euclidean, vektor spatial, vektor geometri atau vektor matematik.

2.0 JENIS-JENIS VAKTOR

Vektor Vektor Vektor Vektor Vektor Vektor


Bebas Unit Negatif Resultan Sifar Posisi

Vektor bebas adalah vektor yang boleh dipindahkan ke mana-mana sahaja, asalkan
besar dan arahnya sama manakala vektor unit pula, vektor yang besarnya satu unit vektor serta
vektor satuan merupakan sebuah vektor dapat dicari dengan cara;
Vektor negatif merupakan salah satu vektor yang besarnya sama tapi arahnya
berlawanan. Manakala vektor resultan pula jumlah vektor terkecil yang menggantikan sistem
vektor yang bersangkutan. Selain itu, vektor sifar juga memainkan peranan penting sebagai
vektor yang arahnya tak tentu dan besarnya sifar dan vektor ini dinyatakan dengan 0.
Contohnya, AA, BB, dsb. Manakala vektor posisi pula, salah satu vektor yang pangkalnya di
sifar. Contohnya, jika A (x, y, z), maka OA = a = (x, y, z).

3.0 APLIKASI VEKTOR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Dalam kehidupan seharian vektor digunakan dalam pelbagai


masalah dalam geometri tiga dimensi. Banyak kuantiti yang kita
temui dalam kehidupan seharian. Di samping itu,

vektor juga boleh diwakili secara geometri sebagai tembereng garis berarah supaya panjang
tembereng garis dengan skala tertentu menandakan magnitude bagi vektor manakala arah
tembereng garis menanda arah bagi vektor

Vektor juga memainkan peranan penting


dalam bidang sains dan juga teknologi. Seperti
yang kita ketahui bahawa dalam sains komputer
vektor digunakan untuk pembuatan grafik. Grafik
adalah gambar yang tersusun dari koordinat-
koordinat. Dengan demikian sumber gambar yang
muncul pada layar monitor komputer terdiri atas
titik-titik yang mempunyai nilai koordinat. Layar
monitor berfungsi sebagai sumbu koordinat x dan y.

Grafik vektor adalah objek gambar yang dibentuk melalui kombinasi titik-titik dan garis dengan
menggunakan rumusan matematik tertentu. Contoh perisian yang menggunakan vektor adalah
Corel DRAW dan Adobe Illustrator.
Dengan ini, lokasi sesuatu titik
disatah koordinat cartesian boleh
dinyatakan sebagai pasangan tertib (x,y)
dimana ianya contoh vektor yang spesifik.
Vektor (x,y) mempunyai jarak tertentu
(magnitude) dan sudut (arah) secara relatif
dari asalan (0,0). Berikut adalah beberapa contoh lagi bagi kegunaan vektor dalam kehidupan
seharian.

Salah satu kegunaan vektor adalah, ketika penerjun


menjatuhkan diri dari kapal, tempat ia jatuh tidak tepat
di bawah kapal, tetapi jauh tersasar kerana adanya
dua vektor gaya iaitu gaya graviti dan gaya dorong
angin. Selain itu, saat perahu menyeberangi sebuah
sungai, makan kelajuan gerak perahu yang
sebenarnya merupakan kelajuan gerak perahu dan kelajuan air.

Dalam suatu kejadian seorang pemanah menarik anak panah dari busunya sebenarnya
arah gerak anak panah merupakan penjumlahan vektor gaya tarik tali dari kedua-dua hujung
busur tersebut.

Pada zaman sekarang, pesawat terbang yang ingin


terbang dan mendarat menggunakan kaedah vektor,
sehingga ketika turun tidak langsung jatuh ke bawah, tetapi
melalui berjalan vektor yang disesuaikan. Dengan demikian
orang-orang yang berada didalamnya pun tidak jatuh atau
terumbang-ambing.

Di samping itu, ruang vektor juga diaplikasikan


terhadap orang yang sedang bermain layang-layang.
Sehingga arah layang-layang yang sedang terbang tidak lurus terhadap orang yang memegang
tali layang-layang. Dengan demikian orang tersebut dapat melihat layang-layang lebih jelas
kerana ada pengaruh vektor.
Aplikasi ruang vektor juga memainkan peranan penting kepada seorang pilot. Seperti yang kita
ketahui bahawa, seorang pilot pada pesawat terbang menggunakan komputer navigasi yang
dihubungkan dengan cara vektor, sehingga seorang pilot yang memandu tidak salah arah atau
berpindah di tempat yang tidak diingini. Dengan sistem vektor yang dikalibrasikan dengan
komputer navigasi pesawat pilot dapat memantau arah tujuan pendaratan pesawat. Jadi tidak
pernah sebuah pesawat nyasar ke lain tempat.

Dengan ini, dalam Navigasi juga vektor


berpengaruh besar terhadap keberadaan suatu
lokasi ditinjau dari tempat yang bergerak
(kendaraan atau lainnya). Teknologi ini disebut
Global Positioning System atau GPS. Dimana
sistem ini memberitahukan lokasi di permukaan
bumi walaupun tempatnya bergerak. Sehingga, suatu kendaraan dapat tahu keberadaannya
dan dimana lokasi tujuannya. Secara ringkasnya, vektor juga memainkan berperanan penting
dalam navigasi dan vektor juga digunakan untuk Sistem Navigasi Pesawat Terbang.

4.0 APLIKASI VEKTOR DALAM SOALAN-SOALAN


FIZIK

Penggunaan ruang vektor juga memainkan peranan


penting dalam soalan - soalan fizik. Berikut adalah beberapa
contoh soalan-soalan fizik yang mempunyai kaitan dengan
vektor.
Seperti yang kita ketahui bahawa, benda yang bergantung pada tali tersebut, membentuk dua
vektor gaya yang saling seimbang.

T=w

Dengan ini, benda yang digantung dengan tiga tali berikut, mengakibatkan kira-kira
gaya. Gaya ke bawah (berat benda) sama dengan jumlah gaya ke atas (T1 sin beta ditambah
T2 sinalfa).

Gaya ke kiri (T1 cos beta =T2


cos alfa)....

Benda yang terletak di atas bidang miring, maka penyebab benda tersebut turun adalah
komponen gaya berat mengikut bidang miring. Sedangkan besarnya gaya normal sama dengan
komponen gaya berat tegak lurus bidang miring. Penyelesaian masalah ini memerlukan
penguraian vektor gaya berat menjadi dua komponen gaya yang saling tegak lurus.

Meramalkan arah gerak suatu benda yang dipengaruhi dua gaya tidak segaris, pertama
anda harus menghuraikan gaya yang tidak segaris dengan perpindahan, kedua
membandingkan besar gaya ke kanan (hasil penguraian) dan ke kiri. Anda akan peroleh
resultan gaya, dari keputusan tersebut diketahui bahawa arah perpindahannya.
5.0 PENGGUNAAN RUANG VEKTOR DALAM SOALAN MATEMATIK

Penggunaan ruang vektor juga memainkan peranan penting dalam soalan - soalan
matematik. Berikut adalah salah satu contoh soalan matematik yang mempunyai kaitan dengan
vektor.

 Sebuah syarikat sukan memiliki dua kilang membuat basikal aluminium dan titanium.
Kilang yang pertama membuat sebanyak 150 buah basikal aluminium dan 15 buah
basikal titanium dalam sehari. Bagi kilang yang kedua pula membuat sebanyak 220
buah basikal aluminium dan 20 buah basikal titanium.
150 220
Jika ̅̅̅
𝑣1 =[ ] dan ̅̅̅
𝑣2 =[ ],
15 20
kirakan dan bincangkan (i) ̅̅̅
𝑣1 + ̅̅̅
𝑣2 (ii) ̅̅̅
𝑣1 - ̅̅̅
𝑣2

Penyelesaian:

150 + 220 370


(i) 𝑣1 + ̅̅̅
̅̅̅ 𝑣2 = [ ]=[ ], mewakili jumlah basikal aluminium (370) dan basikal
15 + 20 35
titanium (35) yang dihasilkan oleh kedua-dua kilang dalam sehari.
220 − 150 70
(i) 𝑣1 - ̅̅̅
̅̅̅ 𝑣2 = [ ] = [ ], menunjukkan perbezaan bilangan basikal kilang
20 − 15 5
pertama dan kedua yang dihasilkan dalam sehari.

6.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya vektor amat penting dalam kehidupan seharian memudahkan


pemasalahan dalam geometri tiga dimensi dan memainkan peranan penting dalam bidang
sains dan teknologi. Daripada contoh – contoh di atas, jelaslah terbukti bahawa vektor amat
berkesan digunakan untuk menyelesaikan masalah walaupun bukan penyelesaiyaan terbaik
tetapi boleh mengaplikasi dalam kehidupan harian kita. Kehidupan kita yang penuh dengan
masalah dan cabaran akan menjadi senang dan mudah sekiranya vaktor diaplikasikan dalam
kehidupan seharian. Melalui pembelajaran vaktor, pemikiran saya akan menjadi lebih
bersistematik dan kritis dalam mengaplikasikan ilmu vektor dalam menyelesaikan masalah
kehidupan seharian, di samping dapat menghayati kepentingan serta keindahan matematik di
dunia ini.

Anda mungkin juga menyukai