Anda di halaman 1dari 12

BAHASA MELAYU

TEMA : LESTARIKAN BUMI KITA

TOPIK : JAGAILAH DIRIKU

HARI : KHAMIS

MASA : 8.40 PAGI – 10.10 PAGI

TAHUN : 5 USM
KOD STANDARD PEMBELAJARAN:
S.K: 3.3
S.P : 3.3.3

Objektif Pembelajaran:
 Menulis jawapan pemahaman secara kritis dan
kreatif berdasarkan petikan dengan tepat dan betul.
 Mengenalpasti kata adjektif mengikut konteks
dengan tepat dan betul.

Kriteria Kejayaan:
 Melengkapkan peta minda berdasarkan petikan

 Menyenaraikan serta menyebut kata adjektif


yang terdapat di dalam petikan.
Jagailah Diriku
 
Penggemar bunga akan membuat landskap untuk menanam pokok bunga di perkarangan rumah.
Pokok bunga yang ditanam termasuklah bunga raya, bunga kertas, keladi dan buluh. Hobi ini
sangat baik kerana dapat mengindahkan kawasan dan menyamankan udara. Untuk memastikan
pokok bunga sentiasa cantik dan udara segar, pokok bunga perlu dijaga dengan baiknya.

Kita perlu menjaga pokok bunga dengan penuh kasih sayang. Penghasilan serta penjagaan yang
rapi akan menghasilkan bunga atau daun yang sentiasa segar.
Seterusnya, kita perlulah prihatin akan penjagaan pokok-pokok ini. Kekurangan air merupakan
satu daripada punca pokok tidak subur. Pokok bunga memerlukan air secukupnya sewaktu mula
bertunas. Jika kekurangan air, pucuk akan layu lalu mati.

Jika terlebih siram, akar pokok tersebut akan sentiasa basah kerana tanahnya sentiasa lembap.
Kesannya, akar pokok-pokok itu akan rosak lalu gagal menyerap air dan nutrien yang
diperlukan. Lama-kelamaan, akar pokok bunga akan reput.

Selain itu, pancaran matahari yang terik juga memberikan kesan kepada pokok bunga. Daunnya
akan berubah menjadi kekuning-kuningan. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, batang pokok-
pokok itu menjadi kering dan akhirnya mati.
Kesimpulannya, untuk mendapatkan pokok bunga yang sentiasa cantik dan menyerikan rumah
kita bukanlah mudah. Oleh itu, sayangilah pokok-pokok bunga tersebut seperti kita menyayangi
diri sendiri.
SET INDUKSI
( NYANYIAN )
 Tanya Pada Pokok
Tanya pada pokok, apa sebab muram
Nanti jawab pokok, terlebih siram. 
Tanya pada daun, apa sebab layu,
Nanti jawab daun, patogen ganggu.

Pokok nanti kata, kadang aku sakit


Sebab daun aku, serangga gigit 
Lihat pokok itu, tiada akar tunjang
Datang angin kencang, pokok pun tumbang.
 
Tanya pada akar, apa sebab reput
Nanti jawab akar diriku semput 
Tanya pada pokok, sebab hilang seri
Nanti jawab pokok, panas mentari.

Pokok nanti kata, aku akan lega


Kalau diri aku sering dijaga
Lihat pokok itu, ada akar tunjang
Datang angin kencang, pokok tak tumbang.
 
PEMBEZAAN
 
 Murid Aras Rendah

Aktiviti : (PROSES)
* ( Mencari maksud nutrien di dalam Kamus Dewan
Bahasa )

Lembaran kerja : ( PRODUK )


* Melengkapkan ayat dengan kata adjektif yang sesuai
AKTIVITI ( PROSES )
MURID LEMAH
 Soalan
1. Nyatakan apakah maksud nutrien dengan merujuk kamus
Dewan Bahasa.

 Jawapan

Nutrien
LATIHAN ( PRODUK )
MURID LEMAH

Lengkapkan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.


 
1. Ramai ibu bapa yang mengeluh kerana yuran PIBG sekolah itu tahun ini agak
_______________.
 
2. Kanak-kanak sangat _______________ terpengaruh akan iklan-iklan makanan ringan
yang disiarkan di kaca televisyen.
 
3. Keropok di dalam tin masih _______________ lagi kerana penutupnya ditutup
dengan rapat.
 
4. Ibu mengasingkan baju adik yang berwarna terang itu sebelum merendamnya kerana
bimbang warnanya akan _______________ dan terkena pada pakaian lain.
 
5. Pak Long suka berada di tepi pantai itu pada waktu pagi untuk melihat matahari
_______________
AKTIVITI ( PROSES )
MURID SEDERHANA
Soalan : Senaraikan 3 punca yang boleh menyebabkan
pokok bunga akan mati.

Jawapan :

Punca menyebabkan pokok mati


LEMBARAN KERJA ( PRODUK )
MURID SEDERHANA
Arahan : Tandakan ( ) pada ayat yang betul dan ( X ) pada ayat yang salah bagi kata adjektif tahap
penghabisan dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, tulis semula ayat-ayat tersebut dengan cara yang
betul.

1. Maziah merupakan pelajar yang paling tinggi sekali di sekolahnya. ( )


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. Bau sampah dari tempat pembuangan sampah itu sangat busuk. ( )


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

3. Walaupun keadaan cuaca panas terik sekali, pertandingan hoki itu diteruskan uga. ( )
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________

4. Aduan tuan mengenai pegawai kami yang sungguh kurang sopan itu sedang disiasat. ( )
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
AKTIVITI ( PROSES )
MURID ARAS TINGGI
Soalan ; Berikan 3 faedah yang diperolehi jika seorang
suka menanam pokok bunga

Jawapan :

Faedah menanam pokok bunga


LEMBARAN KERJA ( PRODUK )
MURID ARAS TINGGI
Bina lima ayat dengan menggunakan kata adjektif

1. nyaman
______________________________________________
______________________________________________

2. usang
_______________________________________________
_______________________________________________

3.kasar
________________________________________________
________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai