Anda di halaman 1dari 34

PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL Keselamatan AM 1. Menggunakan kasut yang bertutup dan bertapak getah. 2. Jangan memakai barang kemas.

3. Elakkan berambut panjang. 4. Gunakan pakaian pelindung atau sarung tangan semasa menggunakan asid atau bahan kimia. 5. Jangan bergurau semasa menjalankan amali. 6. Pastikan punca elektrik dimatikan apabila meninggalkan bengkel. 7. Jangan cemas apabila berlaku kemalangan. 8. Apabila melakukan kerja amali pastikan anda melakukan sekurang- kurangnya 2 orang. 9. Mematikan peralatan selepas digunakan dengan kaeadah yang betul. 10. .Basuh tangan selepas melakukan kerja amali Pastikan anda mengetahui kedudukan: 1. Peralatan Pertolongan Cemas. 2. Peralatan Alat Pemadam Api. 11. Orang yang bertanggungjawab jika berlaku kecemasan.

Peraturan am a. Masuk bengkel dengan kebenaran guru. b. Dilarang membawa beg. c. Buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja. d. Gunakan alatan dan bahan dengan betul dan cermat. e. Pastikan bekas beracun, bahan kimia dan bahan mudah terbakar tidak digunakan. f. Semua peralatan dan bahan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan. g. Alatan dan bahan tidak dibenarkan dibawa keluar bengkel kecuali dengan izin guru. h. Laporkan segera kemalangan kepada guru atau guru besar. i. Catatkan segala kemalangan yang berlaku dalam buku rekod kemalangan. j. Kebersihan bengkel perlu dijaga pada setiap masa. k. Matikan semua suis sebelum meninggalkan bengkel

KERJA LOGAM

PENGENALAN
Bagi projek gegas ini, projek yang dilakukan adalah tanggam. Di dalam menghasilkan projek ini pelajar-pelajar diajar cara menggunakan peralatan bengkel, cara melakukan pengukuran, menanda, memotong, menggerudi dan sebagainya.

OBJEKTIF
a) Dapat mengetahui cara penggunaan mesin gerudi. b) Menerangkan cara penggunaan dan pengiraan angkup vernier. c) Dapat mengetahui tentang cara penggunaan alatan dengan betul

PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Angkup vernier

Ragum meja

Brush

Metal brush

Engineer try square

Hack saw

Angle gauge

Face shield

Google

Ear protector

Scriber

Center punch

Cool chisel

Engineer hammer

Cut off machine

Vernier high gauge

Gloves

LANGKAH KERJA

Proses Penandaan

Langkah 1... Diberi besi panjang kemudian diukur dan dipotong mengikut ukuran yang ditetapkan untuk diberi kepada setiap pelajar.Gunakan Mesin Pemotong.

48mm 70 mm

Langkah 2... Apabila proses memotong selesai. Gunakan kikir untuk mendapatkan ukuran 70mm x 48mm dan dapatkan keratan pada bahagian ketebalan.

70mm

48mm Langkah 3...

Setelah selesainya proses ukuran 70mm x 48mm dan kerataan ,gunakan Vernier High Gauge untuk menanda kawasan yang perlu dibuang dan di gerudi (seperti gambarajah diatas)

Proses penggerudian

Langkah 4... Selesainya proses pengukuran. Mulakan proses pengerudian lubang berdiameter 3, 5 dan 7. Gunakan Penebuk Pusat untuk mendapat ketepatan pusat semasa menggerudi. (seperti gambarajah diatas)

Proses pembuangan bahagian yang tidak diperlukan

Langkah 5...

Setelah selesainya proses pengerudian lubang , proses mengergaji pada Kawasan yang tidak

diperlukan seperti yang dilorek dibawah perlu dilakukan.

Proses kemasan

Langkah 6... Selesainya Proses Pengerudian dan Pembuangan bahagian yang tidak diperlukan.Mulakan proses membuat lengkung pada bucu bahan kerja. Gunakan angle gauge untuk mendapat ketepatan Lengkungan

Kawasan yang perlu dilengkungkan/fillet

Langkah 7... Gunakankan kikir untuk mendapatkan kerataan pada seluruh permukaan

Langkah 8... Apabila selesainya kerja mengikir permukaan bahan kerja. Uji kerataan bahan kerja dengan sejenis cecair pengujian permukaan rata. Ratakan cecair itu pada permukaan rata seterusnya uji bahan kerja..Peratusan kerataan mesti melebihi 70 peratus daripada luas permukaan.

Langkah 9... Terakhir sekali gunakan kikir halus atau kertas pasir untuk membuat kemasan terakhir pada bahan kerja. Setelah seleai kesemua kerja, sapukan minyak pada bahan kerja untuk mengelakkan bahan kerja baripada karat.

Kesimpulan

Kesimpulan yang boleh dibuat , mahasiswa dapat belajar cara-cara membuat teknik-teknik membuat tanggam logam dan alatan-alatan yang diperlukan bagi menyempurnakan kerja tersebut.

KERJA KAYU

PENGENALAN
Tanggam adalah satu kaedah membuat penyambungan dan pemasangan bahagian-bahagian yang diperbuat daripada kayu. Tanggam dalam kerja kayu digunakan sebagai salah satu kaedah mencantum dua bahagian kayu tanpa menggunakan bahan pengikat seperti paku.

OBJEKTIF
Dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang penggunaan peralatan bengkel kayu dengan betul. Dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang proses membuat tanggam. Boleh merekacipta sesuatu produk dengan kemahiran yang ada

PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Alatan mengukur

Sesiku L

Pembaris keluli

Alatan menanda

Pita pengukur

Pensel penanda

Pisau penanda Alatan memotong

Apit G

Gergaji putting

Bahan kemasan

Gandin kayu

Pahat tepi serong

Kikir kayu

Ketam

Tepung penyumbat

Kertas pasir

Syelek

LANGKAH KERJA Proses penandaan

Langkah 1 Setiap pelajar dibekalkan dengan bahagian kayu yang diperlukan bagi menyiapkan projek tersebut.Pelajar perlu memilih kayu yang elok sebelum memulakan kerja.

Langkah 2 Setelah dipastikan setiap kayu bebas dari kecacatan,pelajar perlu menanda bahagian kayu mengikut ukuran yang telah diberikan.

Proses pemotongan

Langkah 3 Selepas proses menanda selesai, pada permukaan kayu itu digergaji pada ukuran panjang 18 dengan menggunakan gergaji putting, manakala pada dinding rak digergaji pada ukuran saiz 7.5

Langkah 4

Sesudah proses mengergaji tapak dan dinding rak kayu tersebut, kini proses untuk membina tanggam parit yang besaiz dari ketebalan tapak permukaan projek rak kayu tersebut untuk kayu diletakkan pada tanggam tersebut. Kerja untuk mengergaji tanggam parit ini dilakukan dengan cara kayu tersebut di letakkan pada ragum meja untuk proses mengergaji

Langkah 5 Setelah selesai memgergaji tanggam parit untuk dinding rak buku tersebut, sekali lagi tanggam parit dibuat untuk tapak rak kayu tersebut. Tanggam parit digergaji mengikut saiz yang sama iatu dari ketebalan kayu. Tanggam parit ini berada di bawah permukaan kayu atau lantai rak kayu tersebut.

Proses pemasangan dan kemasan


Langkah 6 Setelah selesai memgergaji kedua-dua tanggam parit tersebut kini proses memahat dilakukan untuk membuang bahagian kayu yang tidak digunakan unuk menghasilkan tanggam dengan menggunakan juga gandin untuk mengetuk hulu pahat tersebut. Proses ini perlu dilakukan dengan berhai-hati agar semasa memahat ukuran tanggam tidak akan berkurang. Dan hasilnya (lihat gambarajah di bawah)

Langkah 7 Setelah memahat dan terhasilnya tanggam proses mengikir dilakukan untuk membuang tatal dan bulu-bulu pada tanggam tersebut. Kikir jenis muncung tirus digunakan untuk mengikir kedua-dua tanggam tersebut.

Langkah 8

Setelah selesai memahat dan tanggam kelihatan licin dan rata, proses seterusnya memasukkan dinding rak tersebut ke tanggam atas permukaan lantai rak buku tersebut. Pastikan dinding dimasukkan dengan padat pada tanggam tersebut.

Langkah 9 Setelah dinding dimasukkan ke dalam tanggam dengan kemas, penyandal diletakkan untuk mengukuhkan dinding rak buku tersebutdengan paku yang bersaiz 1

Langkah 10 Setelah semua proses siap, seterusnya proses menyumbat tepung paris dilakukan pada liangliang kayu untuk menutup liang kayu yang terdapat pada projek rak kayu dan kemudian dijemur sehingga kering.Setelah kering gosok kayu tersebut sehingga licin.

Langkah 11 Proses yang terakhir ialah proses menyelek rak buku tersebut, sapukan syelek pada permukaan rak tersebut. Sapukan sehingga tiga lapisan bagi mendapatkan permukaan yang cantik dan menarik.

Kesimpulan Kesimpulan yang boleh dibuat , setiap mahasiswa berjaya mengaplikasikan apa yang diajar oleh pensyarah kedalam projek kayu dan tanggam yang dilakukan.

KERJA ELEKTRONIK

(LITAR SELARI)

PENGENALAN
Dalam litar selari, setiap komponen elektronik disambung secara sebelah-menyebelah. Terdapat lebih daripada satu lintasan arus di dalam litar ini. Apabila salah satu daripada perintang rosak, bahagian lain pada litar masih lengkap.

OBJEKTIF

1. Mengetahui bagaimana cara menggunakan multimeter umtuk mengukur voltan pada setiap perintang litar selari. 2. Membuat perbandingan nilai voltan pada setiap perintang. 3. Mengenal pasti kecerahan pada setiap LED agar kita tahu mengenai nilai rintangan.

PERALATAN YANG DIGUNAKAN

Anda mungkin juga menyukai