Anda di halaman 1dari 10

1.

Objektif
Pada akhir pembelajaran ini pelajar akan dapat:
1. Mengenal pasti fungsi dan kegunaan alatan tangan dengan betul.
2. Mampu menunjuk cara bagaimana peralatan tangan dengan betul.
3. Melaksanakan projek dengan dengan betul.

2. Pengenalan

Kerja menggegas adalah seperti proses mengikir (filing), mengasah (grinding),


mengikis(scraping),dan membuat bebenang(threads) di dalam bahan kerja.
Membengkok,membentuk,dan memotong bahan kerja melalui pelbagai proses. Selain
itu,objektif utama projek menggegas ini dilakukan adalah bagi mendedahkan kepada
pelajar teknik-teknik menggunakan peralatan di dalam bengkel,seperti kikir, gergaji
besi, mesin gerudi, alat pengukur, dan sebagainya. Pelajar juga didedahkan dengan
teknik-teknik menggunakan mesin gerudi dengan betul di samping mematuhi
peraturan keselamatan.

Dalam projek menggegas ini,pelajar dikehendaki melakukan gegas berdasarkan


lukisan yang diberi sebagai rujukan dan ia dipanggil plat A (bentuk T) dan plat B
(bentuk U). Projek ini adalah projek individu, tetapi pelajar di benarkan
menggabungkan plat secara berpasangan untuk proses pemarkahan. Dengan ini,
pelajar di ketegori secara dua kumpulan, satu kumpulan menggegas plat A dan satu
lagi kumpulan menggegas plat B .Berdasarkan lukisan tersebut, pelajar akan
melaksanakan projek mengikut spesifikasi yang terdapat pada lukisan tersebut.
Kerja-kerja yang terlibat dalam projek ini adalah seperti:

• Memotong kepingan besi

• Mengukur dan menanda

• Memotong, menggerudi dan mengikir

• Kerja kemasan.

3. Keselamatan

LANGKAH KESELAMATAN KEPADA 3 ASPEK

a) DIRI

1. Pakai pakain yang sesuai.

2. Menguunakan kasut bertutup ketika melakukan kerja.

3. Jangan bermain ketika melakukan kerja yang melibatkan mesin atau alatan
yang tajam.

4. Pakai gogel ketika kerja yang melibatkan penggunaan mesin.

5. Pakai sarung tangan ketika menggunakan alatan tangan.


B) TEMPAT

1. Pastikan lantai kering, tidak berminyak ketika melakukan kerja.

2. Pastikan jarak yang sesuai ketika menggunakan kerja.

3. Kemaskan tempat setelah selesai kerja dilakukan.

C) ALATAN

1. Pastikan alatan sentiasa berminyak.

2. Jangan berebut ketika menggunakan alatan ,terutama alatan yang tajam.

3. Jauh diri dari rakan ketika melakukan kerja permotongan.


4. Lukisan
5. Prosedur

Gambar rajah Langkah kerja


Langkah 1

Mengenal pasti lukisan dan ia terbahagi


kepada 3 bahagian iaitu T, U dan plate bawah

Ukuran panjang plat besi dipotong sebanyak


75 mm daripada 70 mm ukuran didalam
lukisan. Ini kerana ingin megelakkan
kecacatan sekiranya berlaku kesalahan.

Plat besi dipotong mengunakan Automatic


Band Saw.
Langkah 2

Kikir potongan besi sehingga mendapat datum


ketiga-tiga bahagian bahan kerja.

Setelah mendapat datum bahan kerja ukur bahan


kerja dengan mengunakan tolok ketinggian
angkup vernier untuk mendapatkan ukuran tepat
bahan kerja.

Cara mengunakan tolok ketinggian angkup


vernier ialah dengan meletakkan bahan kerja pada
blok sudut dan laraskan tolok kepada ukuran
dilukisan.
Langkah 3

Plat besi dipotong menggunakan gergaji besi


dengan ukuran panjang yang diukur sebanyak
40mm dan lebar sebanyak 70mm pada plat T dan
U manakala 60mm panjang dan 70mm lebar pada
bahagian plat bawah Dengan ukuran yang tepat
ini,proses mengikir menjadi mudah.
Langkah 4

Proses mengikir di lakukan untuk membuang


lebihan besi dan dikikir sehingga tepat.

Proses mengikir diteruskan sehingga mendapat


sudut yang tepat iaitu 90 darjah dan kerataan plat
tercapai

Sesiku L(engineer try square) digunakan untuk


mengukur sudut dan kerataan setelah proses
mengikir dijalankan.
Langkah 5

Sebelum membuat lubang kecil,plat A dan plat B


mestilah diketuk menggunakan penebuk pusat.

Setelah diketuk menggunakan penebuk


pusat,tempat tersebut digerudi menggunakan
mesin gerudi. Pada bahagian T hanya perlu
menebuk dua lubang iaitu pada titik persilangan.
Manakal pada bahagian U tebuk dua lubang pada
titik persilangan dan seberape banyak lubang
untuk memutuskan kepingan logam yang tidak
diperlukan.

Langkah 6
Bahagian yang tidak dikehendaki di plat T dan
plat U dibuang seperti bahagian sisi plat dengan
menggunakan gergaji besi.

setelah selesai mengikir di kawasan yang


dipahat,permukaan plat A dan plat B pula dikikir
hingga kedua-duanya menjadi rata.
Langkah 7

Proses seterusnya adalah proses membuat ulir


pada lubang Plat A dan plat B dengan
menggunakan ‘raemer’ set tap and die, ulir dalam
dibuat pada lubang plat.
Seterusnya setiap hujung bucu dikikir untuk
mengelakkan daripada tercedera terkena bucu
tajam.

Langkah 8

Akhir sekali mengetuk nombor matrik pada


bahan kerja untuk proses penilaian oleh
pensyarah kursus.

6. Pemerhatian
Pada pemerhatian saya proses yang paling sukar untuk dilakukan ialah mendapatkan
datum bagi setiap kepingan bahan kerja. Apabila datum tidak dapat 90 darjah ia akan
menyebabkan bahan kerja menjadi senget serta akan meyukarkan kerja ketika hendak
mencantumkan bahan kerja.seterusnya semasa menebuk lubang untuk ulir skru kepingan besi
hendaklah disekalikan supaya lubang pada besi T dan U selari dengan kepingan bahagian
bawah. Jika kepingan besi T dan U tidak ditebuk sekali maka lubang ulir skru bahagian atas
dan bawah tidak selari ini akan menyebabkan kesukaran untuk proses pencantuman bahagian
atas dan bawah bahan kerja.

7. Keputusan

Kepingan besi T

Kepingan besi U
Kepingan besi bahagian bawah

8. Kesimpulan

Diakhir tugasan ini, saya telah dapati bahawa kerja menggegas adalah kerja yang
memerlukan banyak tenaga dan ketelitian untuk membuat sesuatu hasil kerja. Kerja
menggegas juga banyak menggunakan alatan tangan dan mesin, kerja menggegas. Kerja
menggegas ini juga dapat dipelajari dalam mentafsir lukisan,mengukur,menanda,memotong
serta mengikir,melubang dan yang terakhir adalah kerja kemasan. Projek ini juga dapat
mengajar saya cara menggunakan alatan dengan betul dan cara bagaimana untuk
menggunakan sesuatu alatan tersebut. Saya juga didedahkan cara menggunakan mesin gerudi
dan mesin memotong besi iaitu perkara yang asas yang patut kita tahu. Kerja ini juga dapat
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam penggunaan alatan tangan yang
digunakan dalam kerja menggegas. Ia memerlukan kesabaran dan kepekaan untuk
mewujudkan sesuatu hasil kerja yang bermutu dan mencapai objektif yang di inginkan.

9. Rujukan
Chapter 7. Mining Equipment Safety, Citation Information, Safety and Human Error in
Engineering Systems, B . S . Dhillon, CRC Press 2012, Pages 111–124, Print ISBN:
978-1-4665-0692-3, eBook ISBN: 978-1-4665-0695-4,DOI: 10.1201/b12534-8

Internet,http : http://keselamatanbengkel.weebly.com/peraturan-keselamatan.html

Anda mungkin juga menyukai