Anda di halaman 1dari 1

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg.Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa, saya akan bersara wajib daripada Perkhidmatan


Kerajaan mulai esok, [Tarikh], setelah berkhidmat di Jabatan Pertanian selama XX
tahun XX bulan dari [Tarikh] ke hari ini.

Sehubungan itu, saya dengan penuh takzim dan ikhlas ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan serta ucapan berbanyak terima kasih kepada semua warga kerja
dari pelbagai peringkat di atas segala kerjasama erat, sokongan padu, bantuan dan
sokongan yang telah diberikan kepada saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya
sebagai [Nama Jawatan] selama XX tahun XX bulan. Jazakullaukhair.

Saya juga mengambil kesempatan untuk memohon ribuan ampun dan maaf diatas
segala kesilapan, kelemahan, keterlanjuran perbuatan dan kata-kata yang telah
menyinggung perasaan dan hati sesiapa sahaja samada secara sedar atau tidak sedar
di sepanjang perkhidmatan saya.

Baca: Contoh Teks Ucapan Perpisahan Guru

Saya doakan agar usaha YBhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, untuk meningkatkan sistem


penyampaian [Nama Agensi] dipermudahkan Allah swt. Doa saya juga semoga
ALLAH swt dengan Rahmatnya melindungi kita serta mencurahkan taufiq dan
hidayah serta dikurniakan kesihatan terbaik. Ameen.

Adalah menjadi harapan agar hubungan sillaturrahiim akan tetap berterusan dan
terjalin erat. Semoga segala sokongan, bantuan dan kerjasama yang terjalin akan
dapat diteruskan kepada kepimpinan baru nanti.

Selamat maju jaya dalam apa jua lapangan. Semoga [Nama Agensi] terus relevan dan
cemerlang seterusnya menyumbang pembangunan ekonomi negara.

Baca:  Contoh Ucapan Perpisahan Menusuk Jiwa

Sekian, Wabillahitaufiq wassalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Ikhlas daripada

[Nama]

Anda mungkin juga menyukai