Anda di halaman 1dari 5

Format Laporan Kerja Amal

Laporan Kerja Amal 1 ( Ini adalah contoh sahaja )

Bidang I Perkembangan Diri (Tulis bidang)

Tajuk (contoh Membimbing murid Tahun 6 di SK.Tandek Kota Marudu )

Matlamat: ( sekurang-kurangnya nyatakan 3 matlamat)


1. Membantu murid meningkatkan prestasi dalam pelajaran.
2. Memberi motivasi secara berterusan untuk menggalakan murid berusaaha secara
berterusan.
3. Membantu ibu bapa dan anak supaya saling bekerjasama dalam usaha mengatasi
masalah pelajaran anak-anak di sekolah.

Objektif: (sekurang-kurangnya nyatakan 3 objektif)

1. Mengenal pasti kelemahan, kekuatan, bakat, potensi, peluang dan keupayaan sebenar
murid yang dibimbing dalam sesuatu subjek UPSR.
2. Menjelaskan kepada murid dan ibu bapa apa yang diperlukan oleh murid dalam usaha
meningkatkan prestasi akademiknya.
3. Murid dapat menggunakan teknik belajar yang betul semasa belajar.
4. Murid dapat menguasai kemahiran belajar ke arah pencapaian UPSR yang lebih
cemerlang.
5. Murid dapat menghuraikan kepentingan lulus UPSR dengan cemerlang.

Tarikh Kerja Amal dilaksanakan 1 Jun hingga Ogos 2011

Masa dilaksanakan: setiap jam 2.00 pm hingga 3.00 pm, 3 kali seminggu.

Orang yang terlibat menjayakan program ini ialah ibu bapa, anak (murid) dan saya sendiri. Saya membimbing murid (nyatakan nama orang
yang terlibat)

Peranan anda:

Saya membimbing anak (murid Tahun 6 yang mengambil peperiksaan UPSR hujung tahun dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik
dan Sains). Saya juga akan memberi taklimat kepada ibu bapa cara-cara membantu anak ke arah pencapaian UPSR yang lebih cemerlang.
Dengan kerjasama, tanggungjawab semua pihak yang terlibat program ini berjalan dengan lancar. Kasih sayang dan motivasi yang berterusan
sentiasa kami berikan kepada murid yang dibimbing. Saya sendiri datang ke rumah murid itu. Rumahnya di sebelah rumah saya.

Masa membimbing satu mata pelajaran ialah satu jam. Saya akan mengkaji setiap kelemahan murid untuk membantu dia mengatasi masalah
dengan lebih cepat.Di samping itu saya akan membimbing dia cara-cara belajar melalui internet dan bagaimana merujuk buku sumber atau
bahan sumber yang lain di perpustakaan sekolah.

Saya juga mengambil masa satu kali pertemuan dengan guru-guru yang mengajar murid itu untuk berbincang tentang perkembangan pelajaran
murid di sekolah. Latihan diberi kepada murid, sebelum, semasa dan selepas program itu berakhir.Prestasi murid direkod untuk salinan
sekolahnya dan rujukan ibu bapanya. Setiap perkara akan dibincang dengan mesra tanpa tekanan kepada murid.

Kesan

Kesan yang saya peroleh ialah mutid itu telah menunjukkan minat yang mendalam untuk belajar bersungguh-sungguh. Sikap
bertanggungjawab, kerajinan dan mengutamakan nilai harga diri berjaya disemai dengan baik.Disiplin yang tinggi dan semangat gigihnya dia
telah berjaya meraih semua A dalam subjek yang saya ajar. Tahniah kepada semua yang turut menjayakan program ini. Saya percaya jika
program ini atau kerja amal ini terus dijalankan kita dapat memabantu negara mencapai wawasan 2020 dengan jayanya.
Sekian dan terima kasih

MENULIS LAPORAN KERJA AMAL

Posted by PN NORAINI BINTI AMRAN at Thursday, January 15, 2009 Thursday, 15 January 2009
Labels: Kerja amal
Ingat ye pelajar....Laporan mesti ditulis tangan menggunakan kertas A4 yang tidak bergaris.
Cadangan Penyediaan Pelaporan Kerja amal

A: Tajuk Aktiviti
Contoh:
Sambutan hari kemerdekaan di sekolah saya
Kerja amal di Pusat Perlindungan Haiwan SPCA Ampang
Gotong royong membersihkan bilik darjah
Lawatan ke Rumah Anak Yatim Wawasan, Ampang
Nyatakan tujuan utama diadakan aktiviti tersebut. Pelajar disarankan menyediakan sekurang-kurangnya 2 matlamat
C: Objektif
Nyatakan objektif yang hendak dicapai daripada kerja amal tersebut
D: Tarikh dan masa
Nyatakan tarikh dan masa kerja amal itu dilaksanakan
E: Peserta
Nyatakan orang lain yang terlibat dalam kerja amal tersebut.
Contoh
Guru
rakan
ibu/bapa/ahli keluarga yang lain
pengurus pusat perlindungan
penyelia rumah kebajikan

F: Peranan anda
Ceritakan semua kerja yang anda lakukan dari mula hingga tamat aktiviti tersebut

G: Kesan
Pelajar mesti nyatakan kesan kerja amal tersebut terhadap dirinya setelah menyelesaikan kerja amal tersebut dengan menggunakan mana-
mana satu perkataan di bawah.

sedar/kesedaran
insaf
iktibar
perubahan sikap

BAHAGIAN B
Cadangan kerja amal

Bidang Perkembangan Diri (pelajar hanya perlu jalankan 1 aktiviti sahaja)


Pelajar boleh buat kerja amal ini di mana-mana sahaja yang berkenaan

Nilai kerajinan:
Semua jenis kerja amal, tak kira di mana.. Asal sahaja pelajar buat kerja amal, ini bermakna pelajar telah jalankan kerja amal berkaitan nilai
kerajinan

Nilai kasih sayang

Apa sahaja kerja amal yang berkaitan membantu ahli keluarga


Apa sahaja kerja amal yang berkaitan membantu haiwan (beri makan, mandikan, grooming, selamatkan, bersihkan tempat tinggal
Nilai bertanggungjawab/berdikari
Membersihkan bilik sendiri
Membasuh pakaian, kasut, stokin sendiri
Mengemas buku, peralatan sekolah sendiri
Nilai kepercayaan kepada Tuhan
Membuat apa sahaja kerja amal di rumah ibadat (aktiviti bersembahyang tidak dikira sebagai kerja amal)

Bidang Kekeluargaan (pelajar hanya perlu jalankan 1 aktiviti sahaja)


Pelajar boleh buat kerja amal ini di rumah ahli keluarga dan di tempat-tempat yang berkenaan

Kasih sayang terhadap keluarga

beri adik/ahli keluarga yang uzu makan


mandikan adik/ahli keluarga yang uzukeluarga
pakaikan adik/ahli keluarga yang uzur pakaian
rawat ahli keluarga yang sakit
bimbing adik/ahli keluarga belajar/buat kerja sekolah
mengendalikan sambutan hari istimewa ahli keluarga
Tanggungjawab terhadap keluarga
bantu ahli keluarga buat kerja-kerja di rumah
bantu ahli keluarga membuat persiapan sambutan hari istimewa keluarga (aktiviti sambutan hari istimewa tidak dikira sebagai kerja amal)
bantu ibu bapa (cuci kereta, kemas rumah, memasak, membasuh, menyapu dll)
bantu ibu bapa bawa barang ketika membeli barang keperluan/membeli belah

Bidang Alam Sekitar (pelajar perlu jalankan 2 aktiviti)


Pelajar boleh buat kerja amal ini di rumah, sekolah, rumah anak yatim, rumah orang tua, zoo, rumah ibadat dll.
Apa sahaja kerja amal membersihkan
menyapu (bilik darjah, rumah, halaman, kawasan rumah, kawasan luar rumah)
membersihkan (bilik darjah, rumah, sungai, pantai, kawasan rekreasi)
menanam pokok
Tajuk :
Membersihkan dan Mencantikkan Bilik Kelas

Pengajur :
Pn. Norani Bt Ahmad

Matlamat :
Mewujudkan bilik kelas yang cantik dan ceria serta dapat dimanfaatkan oleh para pelajar.

Objektif :
Menunjukkan sikap prihatin terhadap kebersihan dan keceriaan bilik kelas.
Mewujudkan keadaan bilik kelas yang bersih dan selesa.
Mewujudkan sikap bekerjasama dan interaksi yang positif antara para pelajar serta rakan.
Bersyukur dan bangga dapat mewujudkan tempat mengajar yang selesa dan ceria serta bersih.

Perjalanan Aktiviti
Pada 14 Janurai 2011, iaitu hari Jumaat ,ketika perhimpunan sedang dijalankan, guru telah member pengumuman bahawa hari tersebut
merupakan Hari Gotong Royong ke-1. Pihak sekolah ingin menceriakan kawasan sekolah agar dapat mewujudkan suasana yang gembira di
sekitar kawasan sekolah. Di bawah pimpinan guru tingkatan saya, iaitu Pn Norani bt Ahmad, semua pelajar dari kelas saya iaitu 4 Marikh
berkumpul di dalam kelas tersebut. Kami dikehendaki untuk membersih serta mencantikkan kelas kami pada pukul 10.30 pagi.
Sebelum memulakan kerja kerja di dalam kelas, guru kelas saya telah membahagikan bilangan pelajar kepada 6 kumpulan, setiap kumpulan
terdiri daripada 6 pelajar. Guru berbuat demikian agar dapat menjimatkan masa serta tenaga. Kumpulan saya telah diarahkan untuk
menceriakan papan kenyataan yang terletak di belakang bilik kelas saya. Saya mengumpul segala bahan-bahan yang diperlukan untuk
menyelesaikan tugas saya. Selaku ketua kumpulan, saya meminta semua ahli saya agar memastikan kerja-kerja menceriakan papan kenyataan
yang diberi oleh guru berjalan lancar.
Pertama, saya telah melekatkan beberapa kertas dinding yang berkilat pada papan kenyataan dengan menggunakan stapler gun dan juga pita.
Di samping itu, saya meletak beberapa hiasan yang berbagai-bagai serta berwarna-warni agar kelihatan cantik. Selepas itu, saya mengarahkan
kumpulan saya agar membahagikan papan kenyataan kepada 9 bahagian untuk mewakili 9 mata pelajaran utama SPM. Pada setiap bahagian,
saya bersama ahli kumpulan saya menampalkan beberapa nota dan fakta berdasarkan mata pelajaran tersebut dengan menggunakan stapler
gun serta pita. Saya memastikan agar papan kenyataan kelihatan cantik dan penuh dengan fakta-fakta mata pelajaran yang lengkap.
Setelah selesai, kumpulan saya telah menerima tugas yang baru. Tugas yang diberi kepada kumpulan saya adalah membersihkan papan putih
serta lantai bilik kelas. Tanpa bantahan, saya segera mengarahkan ahli-ahli kumpulan saya untuk melaksanakan kerja tersebut. Saya telah
membahagikan kumpulan saya kepada 2 kumpulan kecil, setiap kumpulan kecil tersebut terdiri daripada 3 individu. Saya bersama 2 lagi rakan
menyapu lantai dengan menggunakan penyapu serta penyodok manakala 3 ahli kumpulan saya yang lain membersihkan papan putih dengan
sehelai kain yang lembap. Dengan begitu, saya dapat memudahkan ahli kumpulan saya dalam perlaksanaan kerja mereka.
Semasa pembersihan dijalankan , saya telah meminta bantuan daripada rakan saya untuk menangkap beberapa gambar sebagai bahan bukti
untuk laporan kerja amal. Akhirnya, saya serta ahli kumpulan saya telah menyelesaikan semua tugas dengan sempurna pada pukul 12.15
tengah hari, 15 minit sebelum waktu terakhir tamat. Saya telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli- ahli kumpulan saya kerana sudi
bekerjasama untuk menceriakan bilik kelas. Pada pukul 12.30 tengah hari, loceng telah berbunyi, menandakan waktu balik rumah.
Peranan Saya
Sebelum memulakan kerja, saya telah dilantik ketua kumpulan saya, pada masa yang sama juga, saya telah diberi kepimpinan. Selaku ketua
kumpulan, semasa aktiviti dijalankan pada hari Jumaat, saya bertanggungjawab memastikan agar saya dapat mengawal keadaan ahli-ahli
kumpulan saya melaksanakan kerja mereka masing-masing. Sebelum kerja menghiaskan papan kenyataan dimulakan, saya telah memberitahu
guru tingkatan saya tentang bahan-bahan yang akan digunakan semasa kerja mencantikkan papan kenyataan dilaksanakan. Di samping itu,
saya juga memastikan agar bahan tersebut dapat menghiaskan papan kenyataan dengan secukupnya, pada masa yang sama juga dapat
menyelesaikan kerja kumpulan saya.
Saya juga memainkan peranan saya tersendiri semasa guru telah memberi tugas pertama kepada kumpulan saya. Dalam tugas itu, saya
bersikap tolenrasi dan menyumbang tenaga ketika melekatkan kertas dinding pada papan kenyataan yang terletak di belakang kelas saya
agar tidak kelihatan buruk. Ketika saya hampir selesai menampalkan kertas dinding, saya menyuruh ahli kumpulan saya agar bersedia untuk
menampalkan fakta-fakta mata pelajaran tidak lama lagi. Ketika mereka menampal fakta-fakta mata pelajaran, mereka menunjukkan semangat
kerjasama yang tinggi ketika menyiapkan tugas mereka.
Selepas menyelesaikan tugas pertama, tugas kedua iaitu kerja pembersihan papan putih dan lantai, telah diberi oleh guru tingkatan saya
kepada kumpulan saya. Oleh itu, saya telah melaksanakan tugas saya sebagai ketua kumpulan dengan menyumbang idea yang berbeza
kepada setiap ahli dalam kumpulan saya agar ahli saya dapat idea untuk menyelesaikan kerja dengan cekap. Mengikut arahan guru kami, saya
rajin menyapu lantai sehingga kelihatan bersih supaya dapat memuaskan hati guru serta mencipta suasana belajar yang selesa.
Akhirnya, saya meluangkan masa untuk memastikan agar segala kerja yang diberi kepada kumpulan saya telah disiap serta lengkap sebelum
melaporkan kepada guru tingkatan. Ketika aktiviti gotong-royong dijalankan, saya juga menunjukkan sikap prihatin terhadap rakan sekelas
saya apabila saya meminta seorang rakan saya untuk mengambil gambar supaya ahli-ahli kumpulan saya yang belajar Pendidikan Moral dapat
menyelesaikan laporan kerja amal mereka masing-masing.

Kesan Yang Deperolehi


Aktiviti ini yang saya melakukan bersama kumpulan saya telah membuatkan saya berasa insaf tentang kepentingan menjaga kebersihan dan
keceriaan bilik kelas saya. Hal ini turut memberi kesedaran kepada saya bahawa tugas menjaga bilik kelas bukan sahaja terletak di tangan
guru dan para pekerja sekolah, sebaliknya juga memerlukan bantuan serta kerjasama daripada para pelajar. Dalam hal ini, saya sedar bahawa
setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk memastikan bilik kelas mereka masing-masing sentiasa bersih dan selesa ketika guru
mengajar. Iktibar yang saya peroleh ialah sebagai pelajar, kita wajar mengamalkan nilai menyayangi dan menghargai kemudahan yang ada di
bilik kelas kita, iaitu sentiasa menjaga dan memulihara kebersihan dan keceriaan bilik kelas mereka. Secara tidak langsung, keadaan ini dapat
mewujudkan persekitaran yang selesa untuk pengajaran dan pembelajaran. Akhirnya, saya bersyukur kerana aktiviti kerja amal ini telah
mengubah sikap saya supaya sentiasa menjaga dan meghargai kebersihan dan keceriaan bilik kelas saya.

Laporan Kerja Amal (Kekeluargaan)


Tajuk : Melibatkan diri dalam mengemaskan dan membersihkan kawasan rumah
Penganjur : Keluarga Tan
Tarikh : 10 Mei 2011
Masa : 8 pagi - 11 pagi
Tempat : Rumah
Matlamat : Melaksanakan tanggungjawab diri sebagai seorang anak terhadap keluarga
sendiri
Objektif :
Memupuk nilai bertanggungjawab sebagai seorang anak terhadap keluarga sendiri
Mewujudkan keadaan persekitaran rumah yang selesa dan harmoni
Mengeratkan hubungan antara anggota keluarga
Perjalanan Projek :
Bagi melaksanakan kerja amal dalam bidang kekeluargaan, keluarga saya telah
merancang untuk membersihkan kawasan rumah. Pelbagai perancangan dan perbincangan
telah diadakan untuk menjayakan aktiviti ini. Pada pukul 8 pagi, selepas bersarapan aktiviti
membersihkan dan mengemaskan kawasan rumah telah diadakan. Sebelum aktiviti tersebut
diadakan, ibu bapa telah membahagikan kerja kepada kami. Kami bekerjasama melaksanakan
tugas yang diberi supaya aktiviti dijalankan dengan lancar dan berjaya. Banyak aktiviti kerja
telah dilakukan. Antaranya termasuklah menyapu lantai, mencuci kereta, memotong rumput,
mengelap meja, memasang langsir dan sebagainya. Aktiviti membersihkan rumah telah
mengambil masa selama tiga jam. Setelah aktiviti ditamatkan, ibu mengucapkan terima kasih
atas bantuan dan kerjasama yang diberi oleh semua ahli keluarga.
Peranan Saya :
Dalam aktiviti yang berfaedah ini, saya telah meluangkan masa untuk berbincang
dengan ahli keluarga sebelum aktiviti membersihkan dan mengemaskan kawasan rumah
diadakan. Saya telah mengemukakan beberapa idea dan cadangan ketika berbincang
bahawa ahli keluarga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ditempatkan di

tempat yang berbeza di kawasan rumah supaya mempercepatkan kerja membersihkan rumah.
Saya prihatin dengan masalah-masalah yang mungkin timbul dan berusaha
menyelesaikannya.
Saya telah menyumbang tenaga dengan menyapu lantai dengan menggunakan
penyapu dan penyodok. Saya bertanggungjawab mencuci kereta dengan ayah dan adik saya.
Saya rajin menjalankan tugasan saya dengan bantuan adik saya. Saya juga memberi
kerjasama apabila saya dan adik saya mengangkat sofa yang berat ke tempat lain untuk
menyapu lantai. Saya bersama adik saya menolong mengelap lantai. Dengan adanya sifat
kepemimpinan saya, saya mendapat kerjasama daripada keluarga saya. Saya berupaya
mengawal keadaan semasa mengelap kipas supaya tidak cedera. Saya prihatin terhadap ibu
saya kerana seorang diri melakukan pelbagai jenis kerja di rumah. Saya bertoleransi dengan
ahli keluarga saya. Kami bertolak ansur supaya tidak menimbulkan sebarang konflik yang
akan melukakan perasaan anggota keluarga.
Kesan Yang Diperolehi :
Kesimpulannya, setelah tiga jam bertungkus-lumus membersihkan kawasan rumah,
saya sedar akan kepentingan kawasan rumah yang bersih dapat mewujudkan tempat tinggal
yang selesa dan kepentingan amalan menjaga dan menyayangi alam sekeliling. Saya juga
insaf akan tindakan saya yang sebelum ini yang kerap mengabaikan kepentingan menjaga
kebersihan kawasan rumah. Selain itu, saya mengambil iktibar daripada penyertaan aktiviti
ini dan bertekad untuk berubah sikap saya yang mementingkan diri sendiri dengan kerap
melaksanakan tugas menjaga kebersihan rumah dengan penuh semangat. Saya telah
memperolehi sikap kesederhanaan dengan tidak bertindak keterlaluan dalam melaksanakan
tanggungjawab saya untuk menjaga kebersihan rumah dan persekitaran rumah.

Laporan Kerja Amal (Alam Sekitar)


Tajuk : Melibatkan diri dalam membersihkan kawasan alam sekitar
Penganjur : Saya dan rakan-rakan saya
Tarikh : 20 Mei 2012
Masa : 8 pagi - 10 pagi
Tempat : Teluk Cempedak
Matlamat : Membersihkan kawasan alam sekitar dan Mewujudkan suasana yang selesa
Objektif :
Memupuk sikap tolong-menolong antara saya dan rakan saya dan mengeratkan hubungan
antara satu sama lain
Mewujudkan kesedaran mencintai alam sekitar yang bersih
Memupuk sikap rajin dan tanggungjawab dalam diri kami supaya menjadikan kebersihan
alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama
Perjalanan Projek :
Bagi melaksanakan kerja amal dalam bidang alam sekitar, saya dan rakan-rakan saya
telah merancang untuk membersihkan kawasan alam sekitar. Pelbagai perancangan dan
perbincangan telah diadakan untuk menperjayakan aktiviti ini. Pada pukul 8 pagi, saya
bersama rakan-rakan saya telah berkumpul di Teluk Cempedak. Pelbagai alatan seperti
penyapu, beg plastik untuk mengandungi sampah sarap dan sebagainya telah disediakan
untuk membersihkan kawasan alam sekitar. Selepas itu, saya dan rakan-rakan saya telah
dibahagikan mengikut kumpulan dan kawasan kerja, kerja pembersihan bermula dengan
setiap kumpulan ditempatkan di kawasan yang berbeza. Semua peserta bertungkus-lumus
melaksanakan tugas yang diberi. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti menyapu sampah,
mengutip sampah, membuang sampah dan sebagainya. Pada pukul 10 pagi, semua tugas telah
diselesaikan dan semua orang pun pulang ke rumah masing-masing.

Peranan Saya :
Dalam aktiviti yang berfaedah ini, saya telah meluangkan masa untuk berbincang
dengan rakan-rakan saya sebelum aktiviti membersihkan kawasan alam sekitar Teluk
Cempedak diadakan. Saya telah mengemukakan beberapa idea dan cadangan ketika
berbincang dengan mencadangkan bahawa kumpulan-kumpulan ditempatkan di zon-zon yang
berbeza di kawasan alam sekitar bagi mempercepatkan kerja membersihkan kawasan alam
sekitar. Saya prihatin dengan masalah-masalah yang mungkin timbul dan berusaha
menyelesaikannya.
Saya bertanggungjawab mengutip sampah-sarap bersama ahli kumpulan yang lain.
Saya telah menyumbang tenaga saya dengan mengutip sampah sarap dan buang ke dalam
tong sampah kitar semula. Saya rajin menjalankan tugasan saya dengan bantuan rakan-rakan
saya. Saya juga memberi kerjasama semasa saya dan rakan saya mengutip surat khabar
untuk mengitar semula. Dengan adanya sifat kepemimpinan saya, saya telah mendapat
kerjasama daripada rakan saya. Saya berupaya mengawal keadaan semasa menjalankan
aktiviti membersihkan kawasan alam sekitar supaya tidak ada orang cedera. Saya
bertoleransi dengan rakan-rakan saya apabila berhadapan dengan rintangan yang harus saya
selesaikannya. Kami bertolak ansur supaya tidak menimbulkan sebarang konflik yang akan
melukakan perasaan rakan saya. Setelah semua kerja pembersihan selesai, saya amat
prihatin dengan memastikan semua alatan telah memulangkan kepada orang lain.
Kesan Yang Diperolehi :
Kesimpulannya, setelah dua jam bertungkus-lumus membersihkan kawasan Teluk
Cempedak, saya sedar akan kepentingan kawasan alam sekitar yang bersih dapat
mewujudkan alam sekitar yang bersih dan indah. Saya juga insaf akan sikap saya yang selalu
mengabaikan kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar. Selain itu, saya mengambil
iktibar daripada penyertaan aktiviti ini dan bertekad untuk berubah sikap saya yang
mementingkan diri sendiri dengan kerap melaksanakan tugas menjaga kebersihan alam
sekitar dengan penuh semangat. Saya telah memperolehi sikap kesederhanaan dengan tidak
bertindak keterlaluan dalam melaksanakan tanggungjawab saya untuk menjaga kebersihan
alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai