Anda di halaman 1dari 3

MODUL: Haba

Episod 2 Bahagian 1: Pemindahan Haba


Lembaran Kerja 2.2 Penerangan mekanisme pemindahan haba
KONDUKSI

Fikirkan pergerakan zarah dalam bahan. Zarah


memindahkan tenaga dengan menghentam antara satu sama
lain. Tenaga tambahan yang dipindahkan menyebabkan
getaran zarah yang sejuk semakin bertambah. Apabila ini
berlaku, suhu zarah itu meningkat.
Pepejal dipanaskan dari bahagian atas di sebelah kanan. Zarah berwarna merah bergetar lebih cepat dan bergerak lebih
banyak daripada zarah berwarna biru. Zarah merah
adalah lebih panas.

Zarah biru yang lebih sejuk berada di sebelah zarah merah


mengambil tenaga haba yang dipindahkan melalui getaran.

Lama-kelamaan semua zarah biru mempunyai haba yang


dipindahkan kepada zarah tersebut dan haba dipindahkan
terus melalui bahan. Proses ini berlaku lebih pantas dalam
logam.
Gas tidak mempunyai sebarang zarah yang saling
bersentuhan antara satu sama lain, maka tiada konduksi haba
dalam gas.

PEROLAKAN

Kedua-dua cecair dan gas boleh mengalir dan dinamakan bendalir.


Bendalir boleh mengembang apabila dipanaskan, maka jisim yang
sama akan mengambil isi padu yang lebih besar menyebabkan
ketumpatan bendalir berkurang disebabkan oleh pemanasan. Maka,
bendalir yang lebih panas akan ditolak oleh bendalir yang lebih
tumpat di atasnya untuk bergerak ke bawah.
Graviti berperanan penting dalam proses ini walaupun kelihatan
seperti bendalir panas yang terapung ke atas. Proses ini hanya
berlaku kerana graviti menarik bendalir yang kurang tumpat lebih
kuat daripada bendalir yang lebih tumpat. Oleh itu, bendalir yang
kurang tumpat akan bergerak ke atas.
Cecair dipanaskan dari bawah. Cecair di bawah akan dipanaskan,
mengembang dan menjadi kurang tumpat. Cecair yang lebih tumpat
dan lebih sejuk di bahagian atas akan bergerak ke bawah dan
cecair yang lebih panas dan ringan mencari jalan ke atas.
Arus perolakan terhasil dengan cecair panas bergerak menjauhi
dari sumber haba. Kemudian cecair panas akan menjadi sejuk dan
tenggelam semula ke bawah. Keadaan ini berlaku sehingga haba
dipindahkan ke seluruh bahagian cecair.

SINARAN

Haba dibawa oleh sinaran inframerah. Sinaran ini adalah seperti


cahaya yang bergerak dalam garis lurus dan boleh dipantul atau
diserap oleh suatu permukaan.
Sinaran haba dihasilkan oleh sebarang objek panas. Kita akan
terasa sinaran haba ini pada kulit apabila kita berada berdekatan
dengan permukaan panas. Sinaran haba akan melalui bahan yang
lutsinar seperti udara atau kaca.
Apabila sinaran haba diserap oleh satu permukaan, tenaga dalam
sinaran itu menyebabkan zarah pada permukaan bergetar lebih
cepat dan ini menyebabkan suhu lebih tinggi. Sinaran haba amat
baik dalam bentuk pancaran cahaya dan mempunyai sifat yang
sama seperti cahaya. Sinaran haba ialah cara bagi haba matahari
dipindahkan ke bumi melalui ruang udara. Istilah yang tepat bagi
sinaran haba ialah sinaran inframerah.

Soalan tambahan
S1. Mengapakah konduksi hanya berlaku pada pepejal?

S2. Zarah dalam cecair bersentuhan antara satu sama lain. Mengapakah haba tidak dapat
dipindahkan melalui konduksi dalam cecair?

S3. Senaraikan bahan pengalir haba yang baik (contohnya bahan yang digunakan pada periuk). Apakah bahan yang biasanya digunakan?

S4. Senaraikan pengalir haba yang lemah (fikirkan bahan yang anda gunakan untuk melindungi
meja daripada makanan yang panas). Apakah bahan yang biasanya digunakan?

S5. Peralatan memasak kaca dibuat daripada Pyrex yang tidak banyak mengembang apabila
dipanaskan. Mengapakah ini penting?

S6. Terangkan proses radiator panas menyebarkan haba ke seluruh bilik.

S7. Terangkan proses rumah hijau atau terowong plastik (polytunnel) menjadi panas.

S8. Gambar di sebelah menunjukkan satu enjin motosikal.


Bagaimanakah sirip mengelakkan enjin daripada menjadi terlalu
panas?

S9. Kadang-kadang sirip pada enjin motosikal dicat hitam.


Bagaimanakah ini dapat membantu proses penyejukan?

Anda mungkin juga menyukai