Anda di halaman 1dari 23

HABA

Haba Sebagai Suatu Bentuk


Tenaga
Haba boleh dihasilkan melalui:
geseran (seperti menggosok dua tapak
tangan)
pembakaran bahan api (seperti
menyalakan lilin)
penggunaan tenaga elektrik (seperti
menghidupkan seterika)
tindak balas termonuklear (seperti dalam
Matahari)

Perbezaan
antara
haba & suhu

Pengaliran Haba dan Kesannya

Jirim mengembang apabila dipanaskan dan


mengecut apabila disejukkan.

Apabila pepejal, cecair atau gas dipanaskan,

(zarah-zarahnya bergetar dengan lebih cepat,


jarak di antara zarah-zarah bertambah,
isi padu bertambah dan pengembangan pun berlaku.

Apabila pepejal, cecair atau gas disejukkan,

pergerakan zarah menjadi lebih perlahan,


zarah-zarah bergerak mendekati satu sama lain,
isi padu berkurang dan pengecutan pun berlaku.

Pengaliran Haba
Haba

mengalir dari satu kawasan yang


panas ke satu kawasan yang sejuk

Haba

mengalir melalui tiga cara:


konduksi, perolakan dan sinaran

Konduksi
Konduksi

ialah pengaliran haba melalui pepejal


akibat perbezaan suhu di dalam pepejal itu.
Konduksi berlaku melaluigetaran dan
perlanggaranantarazarah-zarah pepejal.

Dalam

konduksi, pepejal ialah medium bagi


pengaliran haba.
Haba tidak dapat mengalir melalui vakum secara
konduksi kerana vakum tidak mengandungi
sebarang zarah untuk tenaga haba dialirkan.

Pepejal

yang berlainan mengkonduksikan haba


pada kadar yang berbeza.
Aktiviti yang berikut menunjukkan pepejal
mengkonduksikan haba pada kadar yang
berbeza.

Perolakan
Perolakan

ialah pengaliran haba dalam bendalir.

Bendalir

seperti air dan udara membawa haba


bersama-samanya semasa zarah-zarahnya mengalir
dari satu kawasan ke kawasan yang lain.

Bendalir

bertindak sebagai medium bagi pengaliran

haba.
Perolakan

berlaku dengan lebih cepat jika terdapat


perbezaan suhu yang besar di dalam bendalir.

Perolakan dalam air

Apabila air dipanaskan, isi padunya bertambah dan menjadi kurang


tumpat.Jadi, bahagian air yang panas akan bergerak ke bahagian
atas.

Sebaliknya, air sejuk yang lebih tumpat akan bergerak ke bawah


untuk mengambil alih tempat air panas tadi.

Proses ini membentuk arus perolakan yang berbentuk kitaran.

Perolakan dalam udara


Udara

panas di cerobong K naik ke atas.Jadi, udara yang


lebih sejuk turun ke bawah melalui cerobongj untuk
menggantikan tempat udara panas itu.

Pergerakan

udara ini membawa zarah-zarah asap


bersamanya.

Aliran

asap menunjukkan arus perolakan.

Sinaran
Sinaran

ialah proses pengaliran haba yang tidak


memerlukan medium.

Haba

mengalir dalam bentuk gelombang


elektromagnet secara sinaran melalui vakum.

Contohnya,

haba daripada Matahari bergerak


angkasa lepas sebelum sampai ke Bumi.

Perbandingan Kaedah
Pemindahan Haba

Pengaliran Haba dalam Fenomena Semula Jadi


Bayu

laut dan bayu darat ialah tenomena semula jadi


yang disebabkan oleh pergerakan udara akibat
perbezaan suhu antara permukaan laut dengan darat.

Bayu

laut terjadi pada waktu siang. Apabila darat


menjadi lebih panas daripada laut, udara panas di darat
naik ke atas dan udara sejuk dari permukaan laut
bertiup ke darat untuk mengambil tempatnya.

Bayu

darat terjadi pada waktu malam. Apabila darat


menjadi lebih sejuk daripada laut, udara panas di
permukaan laut naik ke atas dan udara sejuk di
permukaan darat bertiup ke arah laut untuk mengambil
tempatnya.

Aplikasi Konduksi
dalam Kehidupan Harian
Penggunaan

konduktor haba dalam kehidupan

harian:

Perkakas memasak seperti kuali dan periuk


diperbuat daripada aluminium untuk mempercepat
pemindahan haba kepada bahan masakan.

Pemateri logam: Hujung pemateri diperbuat


daripada kuprum. la menjadi panas dengan cepat
untuk meleburkan pateri timah.

Penggunaan

penebat haba dalam kehidupan harian:

Tingkap di negara beriklim sejuk diperbuat daripada dua kepingan kaca yang dipisahkan oleh udara
untuk mengurangkan kehilangan haba.

Pemegang pada peralatan elektrik dan perkakas dapur diperbuat daripada kayu atau plastik untuk
menghalang haba sampai ke tangan.

Iglu diperbuat daripada bongkah ais untuk mengurangkan kehilangan haba dari bahagian dalam iglu.

Habuk kayu digunakan di dalam peti ais untuk melambatkan peleburan ais.

Polistirena digunakan untuk membuat cawan dan mangkuk kerana konduksi haba dapat dikurangkan.

Selimut yang diperbuat daripada kapas atau wul mengurangkan kehilangan haba daripada badan.

Kesan Haba terhadap Jirim

Anda mungkin juga menyukai