Anda di halaman 1dari 30

SILICON

CONTROLLED
RECTIFIER (SCR)
BAB 2
2.1 Ciri SCR
SCR ada tiga terminal iaitu Anod
,katod dan gate.
Anod adalah terminal positif manakala
katod adalah terminal negatif.
Get merupakan terminal yang
menerima voltan picuan yang digunakan
untuk mengawal ON/OFF peranti.
Peranti ini adalah peranti satu arah
yang mana ia akan membenarkan arus
mengalir pada satu arah sahaja.

PEMICUAN SCR
SCR hanya akan dihidupkan apabila
satu denyut arus positif dikenakan
pada terminal getnya dan pada masa
yang sama terminal anod adalah lebih
positif berbanding katod.
Picuan ini akan menyebabkan arus
pincang hadapan mengalir dari anod ke
katod .
Pada masa yang sama ini terminal
anod-katod berada dalam keadaan
litar pintas.
Arus pincang hadapan ini akan terus
mengalir walaupun voltan picuan pada
get dihentikan


Memberhentikan operasi SCR
a) Arus yang mengalir dikurangkan dari
nilai arus pegang peranti (Ih)
b) Pintaskan anod dan katod
c) Arus mengalir dari arah yang
bertentangan.

Ketika S1 dibuka tiada arus yang
mengalir pada beban R
Apabila suis S1 ditutup maka terminal
get akan menerima arus dan memicu
SCR.
Picuan ini menyebabkan arus mengalir
dari anod ke katod SCR dan lampu
akan menyala.
Apabila suis S1 dibuka arus masih
mengalir ke beban atau lampu masih
menyala.
Kebaikan SCR yang nyata adalah
dengan picuan yang kecil ia dapat
mengawal arus beban yang tinggi.
Selain daripada itu SCR adalah
sebagai peranti pensuisan yang laju.
Dengan hanya satu denyut lazimnya
hanya satu mikrosaat hingga dua
mikrosaat pada get ia dapat
menghidupkan SCR.
Dengan mengalirnya Ig iaitu arus yang
disebabkan oleh voltan positif pada get
voltan pecah tebat hadapan akan berlaku
lebih awal.
Takat Vbrf boleh direndahkan lagi dengan
menambah nilai Ig.
Begitulah seterusnya sehingga Ig ilaras
kepada satu nilai yang cukup tinggi,SCR
akan berfungsi seperti diod biasa.

Sewaktu SCR dipincang belakang ,SCR
tidak akan mengalirkan arus kecuali
sedikit arus bocor
Jika voltan pincang belakang terlalu
tinggi sehingga takat voltan pecah
tebat songsang ,SCR akan mengalir
arus dari katod dan anod,namun
kemungkinan SCR akan mengalami
kerosakan adalah sangat tinggi.
Untuk memastikan SCR tidak
mengalami kerosakan semasa pecah
tebat songsang.
Nilai voltan pecah tebat songsang bagi
sesuatu SCR boleh diperolehi daripada
helaian data yang dikeluarkan oleh
pengeluar SCR tersebut.
Arus pegang ialah paras dimana arus
SCR berpindah daripada keadaan OFF
kepada keadaan ON.

2.2 KEGUNAAN SCR
Peranti ini sangat populor digunakan
dalam pensuisan kuasa dan dalam
sistem pengawal kuasa tinggi.
Ia boleh beroperasi dengan voltan
bernilai sehingga 1000 volt dan
beroperasi pada nilai arus sehingga
1000 Amp.
SCR banyak terlibat dalam penukaran
voltan dan arus au kepada voltan an
arus at.
SCR juga berfungsi mengawal magnitud
magnitud gelombang keluaran.
SCR juga membolehkan pensuisan
voltan dan arus beban yang besar dari
sumber arus dan voltan pensuisan
kecil.

SCR juga boleh digunakan sebagai
penerus terkawal dimana\ voltan
keluaran a.t purata dikawal kepada
nilai-nilai tertentu.
SCR digunakan pada sumber voltan a.u
untuk menghasilkan voltan keluaran a.t
yang boleh dikawal pada beban RL.
Voltan keluaran merentasi RL adalah
merupakan voltan a.t dan nilai
puratanya boleh dikawal dengan
mengawal sudut picuan iaitu dengan
melaraskan nilai perintang bolehubah
Rv.

Pengawal Arus
Suis 1 ditutup dan arus akan melalui
gate SCR dan SCR akan berfungsi.
SCR mengalirkan arus ke beban RL .
SCR akan terus mengalirkan arus ke
beban meskipun suis 1 dibuka .
Dimana arus pengang menyebabkan
SCR berfungsi.
Apabila suis 2 ditutup arus melalui
litar suis dan mengurangkan arus
pegang SCR dan menyebabkan SCR off
dan mengurangkan arus kebeban.

Pengawal kuasa

Asas penggunaan SCR adalah mengawal
kuasa au untuk lampu malap,pemanas
dan motor elektrik.
RL nilai beban manakala R1
menghadkan arus manakala R2
mengawal tahap dedenyut untuk SCR.
R1 menghadkan arus dan perintang
boleh laras R2 menentukan paras
dedenyut untuk SCR.
Dengan melaras R2 dedenyut boleh
ditentukan pada sebarang titik pada
kitaran positif ac antara 0 ke 90.





Apabila SCR didenyut pada kitar 0
akan mengalirkan kuasa yang
maksimum melalui beban.




Apabila SCR terima dedenyut pada
90 SCR akan mengalirkan arus pada
titik 90 dan arus akan melalui beban.






Dengan melaraskan R2 bekalan kuasa
dapat dilaras mengikut keperluan.
Apabila bekalan ac pada kitaran
negatif SCR akan ditutup.

Sistem lampu untuk gangguan
bekalan


Litar perlindung lebihan voltan

Voltan keluaran pada bekalan kuasa dc
dikawal oleh diod zener dan perintang
pembahagi voltan R1 dan R2.
Nilai voltan maksimum ditentukan
didiod zener.
Jika voltan keluaran melebihi dari
voltan maksimum ,diod zener akan
mengalirkan arus dan pembahagi voltan
akan mengalirkan arus kepada SCR.
SCR dihidupkan dan menyambungkan
arus dari sumber bekalan ac .
Pengaliran arus keSCR menyebabkan
fius terputus.

Anda mungkin juga menyukai