Anda di halaman 1dari 3

Cara membuat baja organik cecair sebagai baja buah.

Gunakan bahan dari dapur sebagai bahan utama baja


cecair. Ikuti cara satu persatu dengan mudah.

Bahan-bahan:

1. Gula merah (1 kg) (dicairkan dengan 200 mL air)

Kisar

1. Kulit pisang (700g)

2. Kulit udang (belum dimasak) (200g)

3. Kulit telur (100g)

Alat:

1. Bekas besar

2. Botol plastik 1.5 L

Cara-cara:

1. Campurkan segala bahan di dalam bekas dan gaul rata

2. Setelah itu masukkan ke dalam botol 1.5 L.

3. Tutup dengan kain kasar agar tiada serangga masuk. Penggunaan kain agar berlaku proses pengudaraan
untuk mikrob bekerja.

4. Peram selama 20 hari.

5. Setelah itu, tapis cecair hasil peraman.

Penggunaan:

1. Campurkan baja cecair bersama air dengan nisbah 1:20 (baja cecair: air). Contohnya 10 mL baja dengan 200
mL air.

2. Sembur pada daun pokok untuk kesan maksimum. Tidak kisah waktu semburan. Jika hujan selepas itu, boleh
lakukan semburan kembali.

Kelebihan baja buah ini kepada tumbuhan:

1. Kulit pisang membekalkan kalium (K) sesuai untuk pembuahan

2. Kulit udang membekalkan unsur surih (TE) sesuai untuk tumbesaran

3. Kulit telur membekalkan kalsium (Ca), fosforus (P) sesuai untuk pertumbuhan batang dan buah pokok
EM adalah gabungan beneficial micro-organisms yang telah di majukan oleh Professor Teruo Higa
di University of the Ryukyu Japan. Micro-organisms ini telah menyuburkan tanah, tanaman, air dan
kesihatan manusia dengan cara mereputkan bahan bahan organik dalam tanah, menggunakan
(fixing) nitrogen diudara dan menjadi makanan (feed) tanaman dan haiwan disamping melindungi
nya daripada ancaman penyakit. Micro-organisms tersebut terdiri daripada primary yeast, pro-
biotic atau photosynthetic bacteria dan lactic acid bacteria. EM boleh di beli tetapi agak mahal dan
ia boleh dibuat (kultur) sendiri dengan perbelanjaan yang murah.
Di Asia EM telah diproses hingga menjadi 4 jenis EM(EM1, EM2, EM3 & EM4). Ia sangat berkesan
bergantung kepada cara penggunaan. Disini aka ditunjukan cara cara membuat sendiri EM.
EM1 mengandungi :-
1.    Primary lactic acid bacteria(lactic acid produced in metabolism).
2.    Yeast.
3.    Photosynthetic bacteria.
Semua bacteria ini berada dalam nisbah yang ideal.
EM2 mengandungi lebih micro-organisms daripada EM1. Terdapat lebih daripada 10 jenis yang
terdiri daripada 80 spesis. Micro-organisms ini ujud sebagai satu konsortium. Microbes yang ujud
dalam EM2 adalah photosynthetic bacteria,fungi,yeasts atau molds dan sebagainya. EM2 dikultur
dalam cecair dengan ph7 dan disampan pada ph 8.5. Populasi micro-organisms dalam cecair
dianggarkan 1 billion cells/gram cecair.
EM2 mengandungi 90% bacteria photosynthesis dan bakinya adalah micro-organisms.EM3 dikultur
dalam medium cecair dan disimpan pada ph 8.5. Populasi micro-organisms dalam cecair adalah 1
billion cells/gram cecair.
EM4 mengandungi 90% lactobacisslus spp. Dan micro-organisms yang mengasilkan lebih lactic
acid. EM4 dikultur dalam medium cecair dengan kandungan ph 4.5. Populasi micro-organisms
adalah sama saperti diatas. 1 billion cells/gram cecair.
Perbezaan diantar EM1, EM2, EM3 & EM4 kandungan micro-organisms dalamnya. Jenis yang
terbanyak diguna di Asia bagi memajukan pertanian dan perikanan adalah EM4.
Bahan bahan yang diguna untuk mengkulturkan EM adalah :-
         Sayuran yang dibuang, kekacang.
         Kulit buahan saperti papaya, pisang, rambutan dsbnya.
         Dedak padi.
         Gula merah.
         Air basuhan beras.
Cara cara
         Masukan sayuran, kulit buahan dan dedak kedalam satu bekas(tong). Gaul supaya bercampur dan
tutup rapat. Tutup rapat dan biar ia mereput selama seminggu. Bila ditutup pada awalnya bacteria
jenis aerobic akan hidup dan memakan sisa sisa tadi dan mengeluarkan bau yang agak busuk.
Akibat ditutup rapat bacteria aerobic akan kehabisan bekalan oxygen dan akan mati. Peranan
seterusnya akan dimaikan oleh bacteria anerobic yang mampu hidup tanpa oxygen.
         Lepas 1 minggu tapiskan bahan pepejal yang tinggal dan cecair kekuningan yang di dapati itu
adalah EM1.
         Cecair EM1 dicapur semula dengan sayuran, dan kulit buahan yang lain dan ditutp rapat sekali
lagi.Selepas 1 minggu tapis untuk dapatkan cecairnya. Itu adalah EM2.
         Cecair EM2 dicapur pula dengan dedak, air basuhan beras dan gula merah.
Nisbah campuran adalah saperti berikut
1 litre EM2 : 1 kilo gula merah : 10 litre air
         Tutup rapat dan biarkan selama 1 minggu. Hasilnya adalah EM3
         EM3 dibiarkan lagi selama 1 minggu lagi tanpa membuat apa dan hasilnya adalah EM4

Anda mungkin juga menyukai