Anda di halaman 1dari 2

Cara cara membuat sendiri EM1, EM2, EM3 & EM4

EM adalah gabungan beneficial micro-organisms yang telah di majukan oleh


Professor Teruo Higa di University of the Ryukyu Japan. Micro-organisms ini telah
menyuburkan tanah, tanaman, air dan kesihatan manusia dengan cara mereputkan
bahan bahan organik dalam tanah, menggunakan (fixing) nitrogen diudara dan
menjadi makanan (feed) tanaman dan haiwan disamping melindungi nya daripada
ancaman penyakit. Micro-organisms tersebut terdiri daripada primary yeast, probiotic atau photosynthetic bacteria dan lactic acid bacteria. EM boleh di beli tetapi
agak mahal dan ia boleh dibuat (kultur) sendiri dengan perbelanjaan yang murah.
Di Asia EM telah diproses hingga menjadi 4 jenis EM(EM1, EM2, EM3 & EM4). Ia
sangat berkesan bergantung kepada cara penggunaan. Disini aka ditunjukan cara
cara membuat sendiri EM.
EM1 mengandungi :1.

Primary lactic acid bacteria(lactic acid produced in metabolism).

2.

Yeast.

3.

Photosynthetic bacteria.

Semua bacteria ini berada dalam nisbah yang ideal.


EM2 mengandungi lebih micro-organisms daripada EM1. Terdapat lebih daripada 10
jenis yang terdiri
daripada 80 spesis. Micro-organisms ini ujud sebagai satu konsortium. Microbes
yang ujud dalam EM2 adalah photosynthetic bacteria,fungi,yeasts atau molds dan
sebagainya. EM2 dikultur dalam cecair dengan ph7 dan disampan pada ph 8.5.
Populasi micro-organisms dalam cecair dianggarkan 1 billion cells/gram cecair. EM2
mengandungi 90% bacteria photosynthesis dan bakinya adalah micro-organisms.
EM3 dikultur dalam medium cecair dan disimpan pada ph 8.5. Populasi microorganisms dalam cecair adalah 1 billion cells/gram cecair.
EM4 mengandungi 90% lactobacisslus spp. Dan micro-organisms yang mengasilkan
lebih lactic acid. EM4 dikultur dalam medium cecair dengan kandungan ph 4.5.
Populasi micro-organisms adalah sama saperti diatas. 1 billion cells/gram cecair.

Perbezaan diantar EM1, EM2, EM3 & EM4 kandungan micro-organisms dalamnya.
Jenis yang terbanyak diguna di Asia bagi memajukan pertanian dan perikanan
adalah EM4.
Bahan bahan yang diguna untuk mengkulturkan EM adalah :

Sayuran yang dibuang, kekacang.

Kulit buahan saperti papaya, pisang, rambutan dsbnya.

Dedak padi.

Gula merah.

Air basuhan beras.

Cara cara
Masukan sayuran, kulit buahan dan dedak kedalam satu bekas(tong). Gaul
supaya bercampur dan tutup rapat. Tutup rapat dan biar ia mereput selama
seminggu. Bila ditutup pada awalnya bacteria jenis aerobic akan hidup dan
memakan sisa sisa tadi dan mengeluarkan bau yang agak busuk. Akibat ditutup
rapat bacteria aerobic akan kehabisan bekalan oxygen dan akan mati. Peranan
seterusnya akan dimaikan oleh bacteria anerobic yang mampu hidup tanpa
oxygen.
Lepas 1 minggu tapiskan bahan pepejal yang tinggal dan cecair kekuningan
yang di dapati itu adalah EM1.
Cecair EM1 dicapur semula dengan sayuran, dan kulit buahan yang lain dan
ditutp rapat sekali lagi.Selepas 1 minggu tapis untuk dapatkan cecairnya. Itu

adalah EM2.
Cecair EM2 dicapur pula dengan dedak, air basuhan beras dan gula merah.
Nisbah campuran adalah saperti berikut
1 litre EM2 : 1 kilo gula merah : 10 litre air
Tutup rapat dan biarkan selama 1 minggu. Hasilnya adalah EM3
EM3 dibiarkan lagi selama 1 minggu lagi tanpa membuat apa dan hasilnya
adalah EM4

Anda mungkin juga menyukai