Anda di halaman 1dari 4

ULAT ROTI. Ulat Roti atau Ulat Hong kong adalah makanan kegemaran semua spesis kelah.

Selain mudah diperolehi di hampir semua kedai ikan hiasan ia juga mudah dipelihara atau dibiakkan. Ulat Roti ini mempunyai kandungan protein yang tinggi dan ikan yang diberi makan ulat ini akan memiliki sisik lebih menarik, warna merah kelah akan lebih menyerlah sama juga seperti memberi makan lipan kepada Kelah Merah. Lazimnya pemberian ulat roti ini hanyalah sebagai mempelbagaikan diet ikan kerana kos agak tinggi jika memberi secara harian.

Ulat Roti mempunyai kitaran hidup 4 peringkat iaitu ulat, kepompong/larva, kumbang, dan telur. Proses ini berlaku dalam kitaran masa hampir 40 hari.

Peringkat 1: Ulat Dewasa

Peringkat 1: Pada peringkat ini ulat akan hidup dengan memakan makanan yang halus seperti jagung hancur, roti , dedak, pelbagai jenis kacang , sayur daun seperti kangkung, bayam ,buah-buahan dan sebagainya. Ulat tidak memerlukan air yang banyak untuk tumbesaran, cukup sekadar dengan mengambil air dari batang sayur atau buah-buahan. Pada peringkat ini ulat akan bersalin kulit beberapa kali sebagai satu proses kitaran hidup sebelum menjadi kepompong atau larva.

Peringkat 2 : Kepompong/larva

Peringkat 2: Pada peringkat ini ulat akan berubah bentuk menjadi seekor larva atau kepompong. Bentuknya berbeza dari ulat cuma zaisnya tidak berbeza dengan ulat. Peringkat ini larva tidak aktif dan tidak mampu bergerak dari satu tempat ketempat lain, walaubagaimanapun ia masih mampu menggerakkan badannya. Larva tidak makan apaapa, ia menggunakan tenaga yang disimpan sepenuhnya dalam badan untuk menukar bentuk dari larva kepada seekor kumbang .

Peringkat 3: Kumbang Dewasa.

Peringkat 3 : Peringkat seterusnya ialah menjadi kumbang dewasa. Larva atau kepompong akan hidup dalam masa 24 jam kemudian akan berubah menjadi seekor anak kumbang berwarna kuning coklat yang mempunyai jantina. Lama kelamaan ia akan berubah menjadi hitam dan akan mula mengawan sebelum bertelur dalam medium seperti dedak atau jagung atau tepung gandum. Kumbang akan mengorek medium sedalam-dalamnya sebelum bertelur. Jumlah telur dihasilkan belum dapat dipastikan tetapi jumlahnya sangat banyak. Kumbang akan mati setelah proses bertelur selesai. Kumbang tidak mampu terbang dan pergerakannya amat perlahan dan tidak menggigit atau menyengat mangsa.

Peringkat 4: Telur Kumbang. Telur akan menetas dalam kitaran masa lebih kurang seminggu dan telur amat sukar dikenalpasti. kerana saiznya yang begitu halus.

Anak Kumbang/ Anak Ulat

Ada beberapa cara dan teknik bagi mewujudkan persekitaran hampir menyerupai habitat asal. Berikut adalah beberapa tip untuk mewujudkannya; 1) Gunakan pam air berkapasiti tinggi sesuai dengan saiz kolam.Air yang sentiasa bergerak akan membekalkan oksigen cukup untuk ikan dalam kolam. 2) Letakkan tumbuhan rumpai air seperti keladi bunting, sedikit kiambang atau teratai. Elakkan tumbuhan yang menutupi penuh permukaan air. Cahaya matahari juga perlu bagi tumbuhan dan ikan dalam dasar kolam. 3) Air mestilah sentiasa bertukar atau ditukar setiap minggu bagi memastikan air sentiasa segar dan jernih. Jika anda kreatif buat saluran sambungan dari bumbung rumah anda, cara ini amat berkesan dan menjimatkan. 4) Jangan memberi makan terutama pallet dalam kuantiti berlebihan, makanan yang berlebihan akan cepat menurunkan kualiti air kolam, ph air and kandungan ammonia akan berubah jika pallet berlebihan termendap. 5) Sentiasa menukar dan membersihkan mendapan keladak air di tempat penapis air (jika ada ). 6) Jangan dedahkan air terus kepada cahaya matahari, buat sedikit bumbung atau penghadang cahaya matahari supaya lumut hijau tidak cepat membiak.

Bagaimana Mengenali Jantina Kelah


March 2, 2013 by J. Maideen Leave a Comment

Assalamualaikum wr wbt, dan Salam sejahtera buat semua rakan IKDC, Hari ini topik kita agak menarik iaitu bagaimana untuk mengenali jantina kelah? 1. Sirip Belakang (Anal Fin)

Berdasarkan gambar di atas ikan kelah jantan biasa mempunyai sirip belakang yang agak tajam dan memanjang. Manakala ikan kelah betina pula mempunyai sirip belakang yang agak membulat dan pendek. 2. Pipi (Bahagian Kepala) Pipi kelah jantan jika kita sapu dengan tangan, ianya agak kasar berbanding kelah betina. Ia hanya ketara untuk ikan kelah yang telah mencecah 5kg ke atas. 3. Cecair likat putih akan keluar melalui papilla bahagian bawah perut ikan jantan (berdekatan sirip bawah tadi). Biasanya tempoh matang kelah jantan untuk mula mengawan ialah 2 tahun. Bagi kelah betina pula bahagian papilla agak kemerahan. Kelah betina ini agak susah diperolehi berbanding kelah jantan. Tempoh matangnya untuk mula mengeluarkan telur biasanya setelah berusia 3 tahun. Berdasarkan kajian yang dibuat, untuk kelah seberat 2 kg hanya mampu menghasilkan anak benih kelah 6,000 8,000 ekor sahaja. Semoga maklumat ini dapat membantu rakan IKDC mengenal lebih dekat lagi spesies ikan yang unik ini.

Anda mungkin juga menyukai