Anda di halaman 1dari 4

PEMBINAAN KANDANG

1.1.Penyediaan Tapak
1.Sebaiknya ditempat yang tinggi atau ditambak bagi mengelakkan menjadi lumpur

2.Berhampiran kawasan rumput

3.Berhampiran dengan punca air (sungai,kolam,perigi)

4.Kenderaan boleh datang dengan mudah

1.2.Keperluan Kandang
1.Ruang yang megikut jumlah lembu ( minima 30 kaki persegi/ekor)

2.Tempat makan (minima 2.5~3 kaki/ekor)

3.Tempat minum (10 gelen air/ekor/hari) senang dibersihkan

4.Tempat pemerahan

5.Longkang

6.Kolam najis

1.3.Keperluan Bahan Binaan

1.Lantai konkrit setebal 4 inci + BRC

2.Tiang kayu atau batu konkrit

3.Kayu pagar,dinding atau buruti (kayu hutang,saying,kayu biasa,2nd hand)

4.Atap zink,asbestos,rumbia,nipah (sebaiknya tidak panas)

PELAN SISI2.PENANAMAN RUMPUT DAN CARA PENGURUSAN


RUMPUT
2.1.Rumput Napier

2.2 Kenapa Rumput Napier

1.Boleh menghasilkan minima 5 ~ 8 ekor lembu per ekar

2.Mudah ditanam dan dijagai

3.Senang dipotong

4.Mudah diangkut

5.Lembu menyukainya

6.Berkhasiat

2.3. Cara Menanam


2.3.1.Cara mendatar atau baling

1.Batang dipotong 2~3 kaki panjang

2.Batang ditanam bersambungan antara satu dengan lain

3.Jarak diantara barisan 2.5 kaki

2.3.2.Cara Cucuk

1.Batang Napier dipotong 1kaki panjang

2. 2 batang satu pokok

3.Jarak antara 2.5 x 1.5 kaki2.

4 PEMBAJAAN

2.5 KAWALAN RUMPUT

2.6 PENYEDIAN RUMPUT Rumput perlu ditanam tiga bulan sebelum ketibaan
lembu.Penanam rumput hendaklah mengikut keperluan dan jumlah lembu yang
dirancang.Nisbah keperluan rumput antara1ekar boleh menampung antara 5~8 ekor
lembu.Bahagikan setiap ekar pada 4 blok dan dipotong mengiikut blok dan dibajai selepas
memotong agar jumlah tunas menjadi bertambah banyak.Untuk Mendapatkan Hasil Rumbut
Yang Tinggi

3.PEMELIHARAN LEMBU TENUSU


3.1.Baka Freshian Sahiwal (Dara Bunting 6 ~ 7.5 bulan).Umur lebih kurang 18 bulan dan
berat lebih kurang 260kg.Berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara lembu betina
jenis Friesian dan jantan Sahiwal. Baka ini dihasilkan khusus untuk dipelihara di Malaysia. Ia
merupakan jenis dua-guna yang sesuai bagi Malaysia.Boleh mengeluarkan susu 1,500-
2,000kg. Purata berat anak semasa lahir 24kg. Berat matang ialah 360kg.Purata kenaikan
berat badan dalam lingkungan 0.37kg sehari.

3.2.Harga diantara RM4000.00 ~ RM4500.00 seekor.Umur 6~7.5 bulan.Jangka masa


bunting selama 9½ (287 hari)sebelum ia melahirkan.

3.3.Lembu bunting perlu makanan yang baik iaitu :-1.Rumput secukupnya (40kg atau
lebih/hari)2.Konsentrat antara 4 ~ 5 kg/hari

3.4.Lembu bunting akan terasa cemas apabila dibawa ke tempat baru.Ianya mengambil
masa lebih kurang 2 minggu untuk menyesuaikan diri.Berikan lembu yang baru diterima itu
makanan seperti rumput,konsentrat dan garam.Disini penternak perlu berdamping dengan
lembu-lembu dengan menggosok gosok badan,leher dan muka untuk menjalinkan hubungan
intim.Lembu akan cepat jinak jika dilakukan berterusan.

3.5.Kira-kira sebulan sebelum tempoh kelahiran,bawalah lembu-lembu ini ke tempat


pemerahan.Beri ia makan konsentrak,menggosok dan mencuci tetek lembu bagi
membiasakan lembu.Langkah ini akan menyenangkan aktiviti pemerahan bilamana lembu
melahirkan anak kelak.
4.PENGURUSAN ANAK LEMBU
Setelah cukup atau lebih kurang 9.5 bulan ,lembu telah bersedia untuk melahirkan
anak.Selalunya lembu akan melahirkan anak dengan tanpa ada sebarang masalah.Sekiranya
timbul sebarang masalah,segeralah menghubungi Pegawai JPHPT yang berdekatan.

4.1.Periksa jika ada lendir yang melekat pada muncung anak lembu.Bersihkan lendir itu
dengan kain yang bersih.

4.2.Periksa jika ada sebarang kecacatan.Ikat tali pusat 2~3 inci dari pusat.Potong sekiranya
terlalu panjang,sapu iodine sehingga kering.Boleh juga digunakan Gusanex dan Dri-dress.

4.3.Pisahkan anak dari ibunya agar senang induknya diperah susu.Sebaiknya namakan anak
lembu dan ibunya.(Sila rujuk ke Ladang Ulu Yam untuk menyaksikan aktiviti pemerahan dan
gunanya anak dan induk diberi nama)

4.4.Beri susu awal lembu (Colostrum) kepada anak agar mendapat kekebalan
penyakit.Jangan beri berlebihan kerana ianya akan menyebabkan cirit-birit dan anak akan
lambat biasa dengan makanan.Anak yang berumur 6bulan keatas bolehlah dilepaskan ke
padang ragut.

5.AKTIVITI PEMERAHAN SUSU


5.1.Lembu yang dipisahka dengan anaknya pada hari pertama.Pemerahan dilakukan 2 kali
sehari.

5.2.Kandang mesti dicuci dan lembu perlu dimandikan dan dibersihkan badan.

5.3 Alat-alat yang digunakan untuk memerah-Baldi – baldi plastic,aluminium atau stainless
steel.-Air – Air yang bersih-Ubat – Iodofor dan klorin-Tuala-Tong susu – Penapis susu –
Napkin atau kain putih-Penimbang-Peti sejuk

5.4 Persediaan alat-alat pemerahanBasuh baldi,tuala,penapis dan tong susu dengan air dan
sabun.Bilas alatan dengan klorin..Bilasan akhir dengan air didih untuk menghilang bau
ubat.Keringkan alatan sebelum digunakan.

5.5 Persediaan Pemerah Susu.

1.Seorang pemerah susu mestilah berkeadaan bersih terutama kuku mesti pendek dan
bersih.

2.Tangan tiada luka,pakaian atau pemakaian apron digalakkan.

3.Kasut pemerah mestilah bersih.

4.Seorang pemerah juga berkesihatan baik tiada penyakit atau mengidap demam atau
selsema.

5.Cuci tangan dengan klorin bila ingin berpindah pada lembu yang lain.Ini dapatmengelak
kuman berpindah sekiranya ada.
5.6.Persedian Lembu Tenusu
1.Berkeadaan tenang

2.Elakkan memukul dan menakutkan lembu

3.Lembu mesti dimandikan dan dibersihkan

4.Cuci tetek lembu dengan bersih

5.Ikat kaki belakang lembu dan leher lembu.

6.Jauhkan ternakan dari ternakan lain seperti kambing,ayam,itik atau anjing

5.7.Teknik Pemerahan- Putting susu dipegang dengan kesemua jari kedua-dua tangan-
Perah dan lepas semua jari dan mengukut irama

6.SELESAI MEMERAH-Lembu-lembu dilepaskan ke padang ragut bagi akitiviti bersenam atau


bagi melepaskan ketegangan sewaktu proses pemerahan susu dilakukan.Ini dapat
mengelakkan lembu stress dan bengkak kaki.

Anda mungkin juga menyukai