Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN MENTERNAK AYAM KAMPUNG

TEKNIK MENTERNAK DAN MEMELIHARA AYAM KAMPUNG

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG


Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat
mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan
ayam tempatan. Disamping itu;
 Telur dan daging untuk makanan keluarga
 Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
 Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.
KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
 Boleh dibiakkan sepanjang tahun
 Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
 Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
 Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
 Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.
SISTEM PERUMAHAN
 Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat
menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi.
reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
 kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
 gunakan peralatan makan/minum yang murah.
PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
 Makanan komersil/dagangan
 Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
 Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
 Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
 Makanan Campuran atau Sisa Makanan
 Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
 Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
 Ikan baja dan lain-lain
PENGURUSAN
Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)
 Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
 Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
 Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)
 Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
 Boleh dilepaskan pada siang hari
 Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
 Sediakan sarang bertelur
 Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram
PEMBIAKAN
 Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
 Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
 Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
 Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.
KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
 Warisan
 Pemakanan
 Pengurusan
 Persekitaran
 Jangkitan
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
 Reban sentiasa bersih
 Anak ayam bebas dari penyakit
 Jauh dari ternakan dan haiwan lain
 Pelawat perlu dikawal
 Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
 Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
 Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
Program Pencegahan penyakit
 Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
 Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
 Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “

Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit


 Kurang nafsu makan
 Monyok dan tidak aktif
 Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
 Muka bengkak
 Berak cair atau berdarah
 Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.
JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
 Sampar ayam (ND)
 Penyakit Gumboro (IBD)
 Puru
 Salmonellosis
 Pasteurellosis
 Lain-lain
Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada
pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

Gambar Untuk Penjagaan Mengikur Umur Ayam Kampung

Anak Ayam Dalam Brooder umur sekitar 2 hari

Umur Sekitar seminggu tidak perlu pemanasan dari Mentol


umur 2 minggu bulu pelepah semakin tumbuh dan sihat

Umur hampir 2 bulan

Contoh Reban Tanah Untuk Ayam Kampung

Bahagian Luar Reban


Reban Luar Untuk Ayam Kampung Berjalan

Bahagian Dalam Reban Ada Tempat Bertenggek dan Bertelur

Anda mungkin juga menyukai