Anda di halaman 1dari 7

PANDUAN MEMELIHARA AYAM

KAMPONG SECARA KECILAN
PENDAHULUAN

Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi

pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus

gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong

iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China.

Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa

oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang

dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah

sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari

saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah

berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam

Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut

tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG

Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat

mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam

tempatan. Disamping itu;

 Telur dan daging untuk makanan keluarga

 Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan

 Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG

 Boleh dibiakkan sepanjang tahun

 Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang


 Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had

 Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.

 Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.

SISTEM PERUMAHAN

 Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat

menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .

 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki

persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.

 kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat

 gunakan peralatan makan/minum yang murah.

PEMAKANAN AYAM

Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-

 Makanan komersil/dagangan

 Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)

 Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)

 Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)

 Makanan Campuran atau Sisa Makanan

 Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa

 Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek

 Ikan baja dan lain-lain

PENGURUSAN

Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)

 Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit

 Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya

 Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu

Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)

 Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit

 Boleh dilepaskan pada siang hari

 Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi


 Sediakan sarang bertelur

 Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram

PEMBIAKAN

 Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli

 1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina

 Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur

 Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan

 Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.

KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT

Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-

 Warisan

 Pemakanan

 Pengurusan

 Persekitaran

 Jangkitan

Langkah-langkah Pencegahan Penyakit

 Reban sentiasa bersih

 Anak ayam bebas dari penyakit

 Jauh dari ternakan dan haiwan lain

 Pelawat perlu dikawal

 Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan

 Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit

 Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang

sihat.

Program Pencegahan penyakit

 Umur 1 hari – Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)

 Umur 3 – 4 minggu – Cacar Puru ayam dan Sampar “F”

 Umur 6 – 8 minggu – Sampar ” S “


Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit

 Kurang nafsu makan

 Monyok dan tidak aktif

 Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung

 Muka bengkak

 Berak cair atau berdarah

 Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM

 Sampar ayam (ND)

 Penyakit Gumboro (IBD)

 Puru

 Salmonellosis

 Pasteurellosis

 Lain-lain

Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada

pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

Galeri Ayam Kampung

Pemasangan bidai bagi mengelakkan telor terkena air hujan.


Bangsal ternakan ayam kampung yang dibahagikan kepada tiga petak iaitu untuk induk ayam, anak ayam dan

ayam dara (dewasa)

Pemasangan pagar tertutup bagi mengelakan kemasukan dan gangguan bintang buas
Anak ayam yang berumur 1 bulan

Anak ayam yang berumur 3 hari


Anak ayam diletakkan dibawah pemanas

Ayam yang berumur 2 bulan

Anda mungkin juga menyukai