Anda di halaman 1dari 21

Teknik Pertanian Tanpa tanah

Fertigasi
Hidrophonik
Autopot
Aeroponik

Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu.
Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam
hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah
generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan
ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari
kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi
kedua ayam kampung. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka
terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk
menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari
saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka
lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih,
Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan
bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

Ayam kampung diternak secara komersil dengan kaedah separa lepas. Kejayaan ternakan
bergantung kepada baka yang berkualiti, makanan, pengurusan dan persekitaran yang baik. Baka
ayam kampung bagi ternakan komersil biasanya dari jenis kacukan baka tempatan dengan baka
luar negara seperti australia dan UK, baka2 ini boleh didapati daripada pembekal baka tempatan.
Kaedah eraman telur diguna dalam pembiakbakaan spesies ayam ini bagi kuantiti yang besar.
Kaedah ternakan lebih kurang sama dengan ayam pedaging dimana ayam diternak dalam reban
terbuka hanya terdapat sedikit pembezaan itu ayam haruslah dilepas dalam tempoh masa tertentu
di sekitar kawasan reban. Kebiasaanya ayam dapat dipasarkan dalam jangka masa 2 bulan
setengah ke 3 bulan dari tempoh ternakan. Harga borong ayam kampung lebih tinggi berbanding
ayam pedaging biasa kerana tempoh ternakan yang lebih panjang dan permintaan yang tinggi
daripada pasaran tempatan.

ara Menternak Ayam Kampung

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG


Telur dan daging untuk makanan keluarga
Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG

Boleh dibiakkan sepanjang tahun


Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.

Peringkat Tumbesaran Ayam

Peringkat 1 = peringkat usia anak ayam dari satu hari sehingga 2 bulan. Ketika ini perhatian
serius diperlukan untuk meningkatkan daya hidup seekor ayam. Ayam perlu dijaga dari semua
aspek termsuk suhu persekitaran, keselamatan serta makan minum. Anak ayam sangat sensitif
terhadap perubahan persekitaran dan sebarang unsur berbentuk tekanan meningkatkan kematian
anak ayam.
Peringkat 2 = peringkat usia antara 2-4 bulan. Ketika ini anak ayam mula diasuh untuk menjadi
ayam dewasa. Ciri-ciri ayam dewasa matang mula wujud dan proses pembesaran berlaku.
Namun ketika ini anak ayam masih lemah walaupun pada mata kasarnya sudah cukup bersedia.
Kalau ketika ini kita mendedahkan anak ayam ini dipersekitaran yang asing dan sukar seperti

cuaca melampau, anak ayam akan mudah mati. biasanya penternak memindahkan anak ayam
yang menyerupai reban ayam dewasa tanpa pemantauan. Perkara ini banyak membunuh anak
ayam secara langsung atau tidak. Sepatutnya anak ayam masih lagi dididik berikut resam si ibu
akan mendidik anaknya sehingga berusia 3 bulan. Ketika umur 3 bulan, si ibu akan
meninggalkan anaknya namun masih mengambil tahu sekiranya anaknya bermain dipersekitaran.
Oleh kerana kita tidak mendidik anak ayam ini secara formal atau secara tabii, maka lanjutan
tempoh masa mendidik perlu dilanjutkan kepada 4 bulan.
Peringkat 3 = Anak ayam berusia 4 bulan sehingga matang. Ayam akan mula matang apabila
mencecah usia 6 bulan. Namun untuk ayam jantan jangkamasa 1 tahun diperlukan untuk
mencecah usia matang sebagai baka pejantan. anak ayam sudah digelar ayam matang pada masa
ini. Dari usia 4 bulan hingga 6 bulan, anak ayam biasanya akan membesar dengan cepat untuk
menyediakan diri untuk hidup bersaing di dalam reban. Anak ayam mula nampak cergas serta
meniru perbuatan biasa ayam matang lain. Ayam boleh hidup sehingga 8-10 tahun sekiranya
dibiarkan lepas bebas dan antara 4-5 tahun jika diternak secara kurungan.

Penjagaan Anak Ayam


Menyediakan reban asuhan @ brooder. Keluasan mengikut kuantiti anak ayam. Pastikan tiada
lubang yang boleh menyebabkan angin luar masuk. Reban anak ayam hendaklah sentiasa
dibersihkan bagi mengelakkan penyakit.
Menyediakan sumber haba @ mentol untuk anak ayam memanaskan badan. Mentol 5 watt untuk
hari biasa manakala mentol 15 watt untuk musim kentujuh. Ketika umur anak ayam bawah 1

bulan lampu hendaklah dipasang 24 jam. Suhu yang baik untuk anak ayam ialah 37c ketika umur
bawah 1 minggu dan menurun sebanyak 1c pada setiap minggu.
Menyediakan bekas makanan secukupnya bagi membolehkan anak ayam mendapat makanan
secukupnya.

Perkara Penting Supaya Anak Ayam Kekal Sihat


1) LOKASI REBAN DIDIK YG SESUAI
2) SUHU YG BAIK
3) PENGUDARAAN YANG BAIK
4) KEBERSIHAN
5) REBAN DIDIK YG SELESA MENGIKUT JUMLAH ANAK AYAM
6) PENGASINGAN MENGIKUT USIA
7) MINUMAN - DI TUKAR SETIAP HARI
8) MAKANAN - SESUAI MENGIKUT USIA ANAK AYAM
9) UBAT/VITAMIN
10) NYAMUK

HURAIAN

1) Lokasi = reban didik hendaklah berada di tempat yang boleh dimasuki cahaya matahari.
2) Suhu = selain penyediaan mentol, thermometer juga hendaklah disediakan bagi menyukat
suhu dalam reban. Ini bagi memastikan suhu berada dalam keadaan baik dan sesuai. Jangan
biarkan suhu di bawah 29c.
3) Pengudaraan yang baik = sistem pengudaraan mestilah baik bagi membolehkan udara kotor
keluar dan udara bersih dapat masuk dengan baik.
4) Kebersihan = ambil masa sekurang2nya 1 hari seminggu untuk membersihkan reban.
5) Reban mengikut kuantiti anak ayam = pastikan ruang untuk anak ayam cukup selesa bagi
mengelakkan anak ayam stress dan mati.
6) Pengasingan mengikut usia = anak ayam hendaklah diasingkan mengikut usia bagi
mengelakkan anak ayam yang besar menindas anak ayam yang kecil.
7) Air Minuman ditukar setiap hari = air cukup penting bagi ayam terutama pada musim panas.
Air seeloknya ditukar setiap hari terutama bagi air yang mengandungi larutan ubatan.
8) Makanan mestilah sesuai mengikut usia = anak ayam yang berusia 3 hari hendaklah diberikan
air minuman sahaja dahulu sebelum diberi makanan. Ini kerana system pencernaan anak ayam
masih lembut lagi. Makanan untuk anak ayam hendaklah diberikan apabila sudah mencapai usia
4 hari dengan dedak halus.

9) Ubat / vitamin = ubat dan vitamin sememangnya diperlukan untuk menjamin kesihatan anak2
ayam. Tapi pemberian ubatan/vitamin ini perlulah pada usia yg sesuai.

10) Nyamuk = banyak penyakit anak ayam berpunca dari gigitan nyamuk. simptom penyakit tadi
boleh dilihat apabila anak2 ayam tadi telah mengalami masalah mata berair seterusnya menjadi
buta. Jadi gunalah kelambu selama 2/3 minggu. Apabila didapati anak ayam tadi sudah boleh
melindungi dirinya sendiri, kelambu tidak perlu digunakan lagi untuk di pasang di reban didik.

Pengurusan Anak Ayam

Kejayaan pengurusan anak ayam adalah satu titik tanda kejayaan seseorang penternak yg mahu
memulakan projek ternakan ayam kampung. Jika penjualan anak atau penjualan ayam dewasa
dilakukan dengan membesarkan benih baka sendiri, pengurusan anak ayam yg betul akan
membawa kita kejalan kejayaan. Terdapat 3 jenis pembenihan yg biasa dilakukan oleh penternak
ayam di Malaysia.
1. Pembenihan oleh induk secara semulajadi.. cara ini sangat lazim dipraktikkan oleh penternak
sambilan atau secara kecil2lan yang menyerahkan proses penetasan dan penjagaan kepada ibu
ayam itu sendiri. Kebiasaanya bilangan induk tidak melebihi 10 ekor dimana kurang persaingan
dan huru hara dalam kotak penetasan. Telur yg ditetaskan dijaga dan diasuh oleh ibu ayam
sehingga anak ayam berusia 2-3 bulan sebelum bercerai susu dengan ibunya. Penternak hanya

memantau pembesaran dan menjaga keselamatan pada waktu malam dengan mengurung di
dalam bekas atau reban khas untuk mengelakkan ancaman musuh.
2. Pembenihan induk dengan bantuan.. cara ini biasanya digunakan oleh penternak sederhana
besar apabila bilangan induk menghampiri 50 ekor. Bagi mengelakkan persaingan atau
kepadatan reban penternak akan memisahkan anak ayam dari ibunya sebaik sahaja anak ayam itu
kering bulunya selepas menetas, perlu diingatkan anak ayam seboleh-bolehnya diambil sebelum
ibunya membawa turun anak tersebut dan telah mengajar anaknya makan. Ini kerana secara
lojiknya anak ayam sudah mula bergantung kepada ibunya untuk makan. Sekiranya kita pisahkan
anak ayam pada peringkat ini ada kemungkinan anak ayam tidak dapat hidup atau makan dengan
sendiri dan akhirnya mati. Anak ayam yg telah dipisahkan akan ditempatkan didalam Brooder
selama sebulan hingga 2 bulan sebelum dilepaskan kereban kecil khas untuk peralihan. pada
peringkat ini anak ayam diberi makan starter dan diberi ubat antibiotik untuk daya tahan
penyakit. Biasanya anak ayam perlu diasuh sebegini sekiranya reban kita mengeluarkan anak
ayam lebih dari 100 ekor sebulan. Dengan adanya sistem ini peratusan anak ayam mati dapat
dikurangkan.
3. Pengurusan anak ayam dari inkubator.. untuk penternak yg mempunyai ternakan yg melebihi
200 ekor dan kawasan reban adalah terhad. Semua telur dikutip dah dimasukkan ke dalam
inkubator. kita boleh menentukan tarikh menetas telur dengan memasukkan telur dalam satu
group. Tujuan perkumpulan dilakukan adalah untuk memudahkan kita mengurus anak ayam yg
hampir sebaya umurnya dan akan membesar sekata mengikut usia. namun harus diingatkan telur
yg dikumpul perlu tidak melebihi 7 hari dari ianya dikeluarkan. Setelah telur menetas anak ayam
akan dimasukkan ke dalam brooder sebelum dilepaskan ke reban khas untuk asuhan peralihan.
Cara pengurusan ini akan menyebabkan kadar penghasilan telur direban kita lebih tinggi kerana

masa pengeraman dan pengasuhan anak ayam diambil alih dan ibu ayam akan bertelur kembali
selepas 3-4 minggu. Untuk jaminan pengeluaran benih yg konsisten cara ini perlu dilakukan
namun kosnya agak tinggi kerana melibatkan penggunaan tenaga dan masa.

Reban
Reban Asuhan
Pastikan bekas untuk ayam mengeram mencukupi.
Letakkan guni, lalang @ rumput kering / kain terpakai untuk alas tempat mengeram.
Tuliskan tarikh pada bekas apabila ayam mula mengeram.
Apabila anak ayam mula menetas, pindahkan anak dan ibu ayam ke reban asuhan.
Apabila kesemua telur ayam telah menetas, biarkan anak ayam bersama ibunya selama 2
minggu.
Setelah itu pindahkan anak ayam ke rumah sementara.
Pastikan ubat merah 707 (bancuhkan dengan air) diberikan kepada anak ayam itu.
Reban Pembakaan
Kengkang pergerakan ibu ayam supaya tenaga yang ayam ini perolehi dari makanan digunakan
sepenuhnya untuk mengeluarkan telur. Ibu yang dibiarkan bebas tanpa kawalan akan
menggunakan banyak tenaga untuk beraktiviti dan merayap. Akhirnya bilangan telur yang kita
perolehi berkurangan serta kualitinya akan menurun.

Tempatkan ayam di kawasan yang sederhana besar. Tujuannya bagi memudahkan berlakunya
proses persenyawaan antara si jantan dan si betina. Tanpa persenyawaan, maka telur yang
dihasilkan sudah tidak bernilai dari segi penghasilan baka.
Apabila Ibu Ayam dan si jantan ditempatkan dalam satu tempat terkawal, peratusan telur yang
dikeluarkan yang berbenih akan lebih tinggi.
Satu lagi ciri ayam kampung melayu ini, adalah sikap mencari hariki untuk mengawal si betina.
Jika kita membiarkan baka kita berada dalam satu kelompok 30-50 ekor ibu dengan 5-6 ekor
jantan kesulitan akan kita lihat di dalam reban. Ini kerana dalam satu-satu masa bukan semuanya
ibu ayam kita dalam keadaaan sedia untuk mengawan. Bagi si betina yang belum dalam fasa nak
bertelur, biasanya akan melarikan diri dari dipanjat oleh si jantan. Maka akan berlakulah kejar
mengejar dan pergaduhan antara ayam. Yang lagi parah apabila hanya beberapa ekor sahaja si
ibu yang berada dalam berahi untuk mengawan. Apabila hanya sedikit sahaja si ibu untuk
'dipanjat' maka apabila sampai masanya si jantan memanjat, akan berlaku serangan dari si jantan
lain yang akan cuba merampas takhta untuk mengawan, sekiranya ini kerap berlaku maka
kesempurnaan proses mengawan itu akan terganggu.
Makanan juga adalah perkara yang penting bagi seekor ibu ayam, makanan yang mempunyai
cukup zat akan meningkatkan kadar pengeluaran telur. makanan perlu diberi mengikut jadual
serta kita perlu memberi makanan tambahan lain termasuk tumbuhan hijau. Ubatan seperti
vitamin, antistress dan elektromisis juga perlu diberi dari masa ke semasa untuk menjamin
kesihatan ibu dan si jantan.
Reban yang kita bina khas untuk induk perlulah menghadap matahari terbit bagi membenarkan
matahari pagi masuk ke dalam reban dan mengeringkan lantai reban. Jika kita silap menghalakan

reban kita, gejala lantai lembap dan berlecah akan terjadi. Dan bila bercampur pula dengan najis
dari induk ini, bau serta penyakit mula menyerang.
Sediakan bekas telur yang sesuai bilangannya berbanding jumlah ibu yang ada. Jika jumlah
terlalu sedikit, kekecohan akan berlaku dan kesesakan yang tidak diingini tak dapat dielakkan.
Kesesakkan ini biasanya disumbang oleh si ibu yang telah diambil telurnya tetapi masih juga
mahu meneruskan aktiviti mengeram.

Langkah Penting Menyambut Anak Ayam Inkubator


Sediakan kotak plastic pvc. Bersihkan kotak ini dan lapikkan dengan surat khabar lama untuk
memudahkan kerja pembersihan. Kemudian satu lapisan tisu diletakkan di atas surat khabar.
Tujuan tisu ini adalah untuk memberi lebih cengkaman kepada anak ayam ini ketika kali pertama
menjejakkan kaki selepas keluar dari inkubator.

Tisu ini hanya digunakan sekali dan dibersihkan atau dikeluarkan selepas 3 hari keluar dari
inkubator dan diganti dengan lapik biasa.

Sediakan bekas air biasa yang diisi dengan air biasa dengan suhu bilik, bukannya air suam atau
air sejuk. Anak ayam seharusnya tidak mendapat kejutan suhu semasa kali pertama anak ini
minum.

Taburkan dedak dengan kuantiti sedikit di atas lapisan tisu tadi dan bukannya dalam bekas
makanan ayam biasa. Ini hanya dilakukan untuk kali pertama ayam ini makan.

Lampu berkuasa 5 watt digantung di dalam bekas plastik ini dan seeloknya ketinggian mentol ini
untuk kali pertama atau hari pertama adalah sedikit sahaja tinggi dari kepala anak ayam ini(1/2
inci).

Ketinggian lampu diubah mengikut minggu usia anak ayam ini, pada penghujungnya sebulan
jarak mentol dengan anak ayam seharusnya pada setinggi 4 inci atau lebih demi melatih anak
ayam 'memahami persekitarannya'.

Pemindahan anak ayam dari inkubator boleh dibuat sedikit demi sedikit. Jangan biarkan anak
ayam ini terlalu lama diluar tanpa bantuan cahaya.

Anak ayam yang sudah cukup cergas dan dapat berdiri tegak dipindahkan ke brooder.

Mulut atau muncung paruh anak ayam itu direndamkan sedikit dibekas air supaya anak ayam ini
tahu terdapat sumber air, anak ayam dibiarkan merasa air itu seketika dan biarkan dia mencari air
itu sendiri dalam proses'belajar' berdikari.

10. Anak ayam dibiarkan berada dalam lingkungan cahaya mentol sepanjang masa semasa
berusia dibawah 2 minggu dan pada waktu malam sahaja selepas itu. Setelah usia mencecah 1
bulan lampu hanya dipasang sekiranya hari hujan atau cuaca sejuk.

11. Pindahkan anak ayam ke reban asuhan luar setelah didapati anak ayam sudah cergas.

Faktor Yang Mempengaruhi Penetasan Dalam Inkubator


Antara punca masalah telur tak menetas adalah:
1. Telur yang dijangkiti kuman. Tanpa disedari anda telah memasukkan sebiji dua telur yang
telah tercemar dengan kotoran seperti lumpur dari kaki ibu atau bekas telur itu sendiri, ataupun
semasa anda mengutip telur tersebut terdapat sebiji telur yang telah pecah dan cairan di dalam
telur pecah tersebut telah mencemari telur yang anda kutip. Telur yang tercemar ini akan
menjangkiti telur yang lain sekiranya anda memasukkannya di dalam inkubator yang telah
mengandungi telur lain.

2. Telur yang tiada benih atau tidak disenyawakan oleh si jantan. Untuk ternakan cara lepas
bebas, peratusan untuk telur tidak disenyawakan agak tinggi akibat kegagalan si jantan memanjat
si betina. Ini kerana persaingan antara jantan2 yang ada atau kawasan ternakan yang terlalu luas
menyebabkan si jantan berjauhan dengan si betina. Telur itu tidak akan menetas walau apa pun
dilakukan terhadapnya.3. Jangkitan sekunder di mana kotoran dan kuman dari tangan semasa
kita memusingkan telur berpindah kepada telur tanpa kita sedari. Kadangkala kuman ini juga
boleh di dapati dipersekitaran bekas inkubator itu sendiri berikutan penggunaanya yang kerap.
Jangkitan sekunder ini juga boleh terjadi apabila telur bersentuh dengan najis anak ayam yang
dibiarkan mengering bulunya selepas menetas di dalam inkubator.

4. Masalah teknikal seperti suhu tak stabil, kelembapan kurang atau kegagalan memusingkan
telur itu sendiri.

5. Pengaruh baka atau genetik telur seperti ibu muda yang kali pertama mengeram, ibu yang
telah dijangkiti penyakit sebelum ini seperti jangkitan disaluran reproduktif dan ibu yang
kekurangan zat makanan seharian.
6 Telur yang telah rosak kerana dibiarkan lama diluar sebelum dimasukkan di dalam inkubator
juga akan menurunkan peratusan telur menetas.

Candling Telur

Tujuan kita candling atau menyuluh telur adalah untuk memeriksa kandungan embrio di dalam
telur kita. Perkara candling selalu diabaikan oleh pengguna inkubator dengan beranggapan ianya
tidak penting dan proses pengeraman diserahkan sepenuhnya kepada Inkubator. Padahal sebelum
kita boleh memasukkan sebarang telur, proses candling perlu dilakukan untuk proses saringan
ujian telur. Sekiranya tidak lulus ujian ini perlu kita buang atau gunakan untuk tujuan harian, jgn
sesekali mencuba meneruskan proses pengeraman. Antara faktor yg perlu dinilai semasa proses
pemilihan adalah;

1. Perhatikan sebarang retakan pada telur, walaupun terdapat cara untuk menampal retakan
namun jalan terbaik adalah tidak memilih telur tersebut. Retakan ini akan jelas dilihat dari
bayangan telur tersebut sama ada kecil atau besar garisannya.

2. Perhatikan sebarang perbezaan ketara toner atau kecerahan kulit di setiap bahagian telur.
Mungkin anda akan nampak seperti satu tompok seperti lebih terang dari bahagian yg lain, ini
bermakna kawasan tersebut mempunyai kulit yg nipis. Kemungkinan telur ini untuk menetas
adalah sedikit kerana ketidaksamarataan yg menunjukkan kekurangan kalsium.

3. Perhatikan sekiranya terdapat sebarang keganjilan kepada tompok gelap (kuning telur) di
dalam telur tersebut seperti saiz, bentuk dan sebagainya. Kadang2 ada telur yg tiada kuning telur
yg disyaki telur dari ayam jantan dan sebagainya.. telur seperti ini kalau dieramkan tidak akan
mendatangkan anak ayam.

4. Perhatikan juga keadaan luaran telur tersebut. Telur perlu bebas dari kotoran seperti tahi ayam
dan sebagainya.. sekiranya terdapat kotoran sila bersihkan dengan mengosok telur menggunakan
kain bersih yg kering. Jika terdapat kotoran kering gunakan kuku yg berlapik dengan tisu untuk
membuangnya. Kotoran ini akan menggangu proses pengeraman kerana telur tidak akan
mendapat suhu sekata disetiap permukaan telur. kotoran ini juga akan menjangkiti embrio. Ada
juga pengusaha menggunakan kertas pasir yg paling halus untuk mengeluarkan kotoran degil
namun perlu diingatkan kulit telur akan haus atau terhakis.. ini juga boleh menjejaskan kualiti
telur yg hendak dieramkan.

Setelah pemeriksaan dilakukan anda boleh melakukan proses pengeraman di dalam inkubator.
Telur perlu diperiksa(candling) sekali lagi dalam masa 4-5 hari selepas kita mengeramkan,
periksa sama ada terbentuk jaringan urat darah pada kuning telur. Jika tiada kita boleh
mengeluarkan telur tersebut dan menggantikan dengan yang baru. Telur ini biasanya tidak
disenyawakan oleh penjantan maka embrio tidak akan terbentuk.

Candling sekali lagi akan dilakukan pada hari ke 10 yang mana apabila kita menyuluh, bayangan
embrio dapat dilihat biasanya saiz embrio sudah 2/3 dari saiz telur. Pada ketika ini mata dan
kepala telah jelas kelihatan..kita juga mula melihat paruh telur pada usia 12 hari ... embrio akan
mula melakukan pergerakan didalam cecair plasenta telur.

Kita juga boleh melakukannya sekali lagi apabila telur telah berada selama 15 hari di dalam
inkubator. Pada peringkat ini embrio telah memenuhi ruang dalam telur namun kita dapat melihat
dengan jelas ruang udara pada bahagian tumpul telur. Perlu diingatkan embrio yg telah mencapai
usia 17 hari keatas sebolehnya tidak diganggu kerana embrio telah menjadi anak ayam
sepenuhnya dan mula melakukan aktiviti menguatkan badan untuk proses penetasan. Sila
keluarkan sebentar telur yg hendak dicandling bagi memudahkan proses dilakukan.
4.5

Kesihatan

Ayam pada kebiasaannya mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit tetapi ia juga boleh
dijangkiti penyakit-penyakit yang biasa terdapat pada unggas yang lain. Penyakit-penyakit ayam
yang spesifik adalah seperti Ulcerative Enterititis dan Quail Bronchitis. Kecederaan kerana sifat
pemangsa sejenis, keadaan 'flighty behaviour' dan pergaduhan kerana perebutan kedudukan
sosial merupakan salah satu sebab utama kematian. Pengusaha adalah dinasihatkan supaya
berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk mendapatkan makluman dan panduan
keatas penyakit ayam dari masa ke semasa.
4.13

Jenis dan Kawalan Penyakit

Sanitasi
Untuk menjaga dari timbulnya penyakit pada ayam kebersihan kawasan lingkungan kandang dan
vaksinasi terhadap ayam perlu dilakukan sekerap mungkin.
PengawalanPenyakit

Pengawalan penyakit dilakukan setiap saat dan apabila ada tanda-tanda yang kurang sihat
terhadap ayam harus segera dilakukan tindakan yang sesuai dengan petunjuk doktor haiwan
penternakan setempat atau petunjuk dari Poultry Shoup.

Pemberian Vaksin dan Ubat


Pada umur 4-7 hari ayam di vaksinasi .Vaksin dapat diberikan melalui titis mata (intra okuler)
atau air minum (peroral). Pemberian ubat perlu segera dilakukan apabila terdapatnya gejalagejala menghadapi penyakit atau sakit.
4.13.1

Jenis Penyakit
Radang usus (Quail enteritis)

Penyebab: bakteria anerobik yang membentuk spora dan menyerang usus, sehingga timbul
masalah radangan pada usus.
Gejala kelihatan lesu, mata tertutup, bulu kelihatan kusam, kotoran berair..
Pengendalian: memperbaiki tata laksana pemeliharaan, serta memisahkan ayam yang sehat dari
yang telah terinfeksi.

Tetelo (NCD/New Casstle Diseae)

Gejala: sukar bernafas, batuk-batuk, bersin, lesu, mata layu, sayap terkulai, kadang-kadang
berdarah, tinja kehijauan yang spesifik dengan adanya gejala "tortikolis"iaitu kepala memutarmutar tidak menentu dan lumpuh.
Pengendalian:
(1) Menjaga kebersihan lingkungan dan peralatan yang tercemar virus, binatang vektor penyakit
tetelo ayam yang mati segera dibakar/dibuang;
(2) Pisahkan ayam yang sakit, menghalang pelawat atau pekerja masuk ke kawasan penternakan
tanpa baju yang telah di sterilkan serta melakukan vaksinasi NCD. Buat masa sekarang vaksin
bagi menghalang penyakit ini masih belum dikenalpasti.

Berak putih (Pullorum)

Penyebab: Kuman Salmonella pullorum dan merupakan penyakit yang mudah menular.
Gejala: kotoran berwarna putih, nafsu makan hilang, sesak nafas, bulu-bulu mengerut dan sayap
lemah terkulai.
Pengendalian: sama dengan pengendalian penyakit tetelo.

Berak darah (Coccidiosis)

Gejala: tinja berdarah, nafsu makan kurang, sayap terkulai, bulu kusam menggigil kedinginan.
Pengendalian:
(1) menjaga kebersihan kawasan lingkungaan, memastikan sampah sarap terurus

(2) dengan Tetra Chloine Capsule diberikan melalui mulut; Noxal, Trisula Zuco tablet dilarutkan
dalam air minum atau sulfaqui moxaline, amprolium, cxaldayocox
Cacar Unggas (Fowl Pox)
Penyebab: Poxvirus, menyerang semua jenis unggas dari semua peringkat umur dan jenis jantina.
Gejala: timbulnya kudis pada kulit yang tidak berbulu, seperti pial, kaki, mulut yang apabila
dibuangkan akan mengeluarkan darah.
Pengendalian: vaksin dipteria dan mengasingkan kandang atau ayam yang terkena jangkitan.
Quail Bronchitis
Penyebab: Quail bronchitis virus (adenovirus) yang bersifat sangat mudah menular.
Gejala: ayam kelihatan lesu, bulu kusam, gementar, susah bernafas, batuk dan bersin, mata dan
hidung kadang-kadang mengeluarkan lendir serta kadangkala kepala dan leher agak bengkok.
Pengendalian: pemberian makanan yang bergizi seimbang dengan sanitasi yang mencukupi.
Aspergillosis
Penyebab: cendawan Aspergillus fumigatus.
Gejala: Ayam mengalami gangguan pernafasan, mata terbentuk lapisan putih menyerupai keju,
mengantuk, nafsu makan berkurang.
Pengendalian: memperbaiki sanitasi kandang dan lingkungan kawasan sekitarnya.
Cacing

Penyebab: sanitasi yang buruk.


Gejala: ayam tampak kurus, lesu dan lemah.
Pengendalian: menjaga kebersihan kandang dan pemberian makanan yang terjaga kebersihannya.

Anda mungkin juga menyukai