Anda di halaman 1dari 18

PANDUAN

MENCETAK
T-SHIRT
MELALUI
KAEDAH
CETAKAN
SILKSCREE
N
NOTA DISEDIAKAN OLEH
MONAKIE CETAK BAJU
Kandungan
Pengenalan

Teknik Cetakan Silk


Screen Jaring Sutera
Bingkai Blok

Cara-cara Menyediakan Bingkai Blok


Memasang Jaring Sutera

Saiz Bingkai Blok


Squeege
Teknik Stensil

Cara Memotong Corak


Teknik Photo Emulsion
Apa Itu Photo Emulsion
Emulsion bancuhan untuk setiap kali kegunaan

cara Menanggalkan Photo Emulsion

Menampal Emulsion Yang Berlubang

Menampal Selotape Dye

( Bahan Pewarna) TC Dye

Rubberise FD

Emboss Dye

Florecents Dye

Proses Mencetak

Kaedah Penyediaan Pencetakkan Meja Cetak

Teknik Meletak Blok Pada T-shirt Cara Mencetak


Kemahiran Membancuh Warna

Pengenalan
Mencetak menggunakan teknik Silk Screen adalah satu teknik yang telah
lama digunakan sebelum terciptanya mesin cetak yang moden. Walaupun
sekarang sudah ada mesin cetak yang moden, tetapi teknik ini masih lagi
digunakan secara meluas kerana ia adalah kaedah yang jauh lebih murah
dan amat sesuai bagi usahawan kecil yang ingin mula menceburi bidang
pencetakkan t-shirt. Malah ia juga boleh digunakan sebagai hobi sahaja.
Teknik Silk Screen ini bukan sahaja boleh digunakan untuk mencetak t-shirt
sahaja malah ia boleh digunakan diatas bahan lain seperti mug, papan
tanda, banner, tuala, kulit, dan bahan lain yang berkesesuaian.

Proses cetakan Silk Screen pada t-shirt adalah mudah tetapi memerlukan
ketelitian dan sedikit panduan supaya hasil yang diperolehi adalah
berkualiti. Bagi yang berniat untuk menjadikan ia sebagai perniagaan, ia
memang suatu perniagaan yang menguntungkan malah ia boleh
dikembangkan sehingga mendapat hasil yang berlipat ganda. Perlu saya
ingatkan supaya jangan putus asa, kerana percubaan awal mungkin
mengecewakan (berdasarkan pengalaman saya) tetapi ia tidak lama, hanya
dalam masa tidak sampai seminggu, saya sudah boleh menjual hasil
cetakkan t-shirt saya!. Di saat itu anda akan merasa sendiri kepuasan di
atas hasil usaha anda sendiri.
Teknik Cetakan Silk Screen
Sebenarnya terdapat dua kaedah mencetak pada t-shirt iaitu mencetak
dengan mengunakan photo emulsion dan dengan menggunakan kaedah
stensil. Kaedah stensil adalah kaedah yang mudah dan murah tetapi ada
kelemahannya dan saya akan terangkan lebih lanjut pada bab seterusnya.

Sebelum mencetak menggunakan photo emulsion, perkara asas terpenting


yang perlu anda ketahui adalah cara mengendalikan jaring sutera (silk
screen) dan memasang bingkai blok. Tekniknya adalah mudah tetapi anda
perlu melakukannya dengan teliti dan ikuti nasihat dan tips yang saya
berikan.

Sebelum memulakan proses memasang jaring sutera kepada bingkai


blok, anda perlu menyediakan peralatan-peralatan asas berikut:
1. Jaring Sutera
2. Kayu bersaiz 2”x1” (panjang 16”)
3. Kayu bersaiz 2”x1” (panjang 12”)
4. Stepler Gun
5. Pisau
6. Paku dan penukul (hammer)
7. Gam kayu

Jaring Sutera
Terdapat pelbagai jenis jaring sutera yang ada dipasaran sekarang,
antaranya Swiss Balting Cloth, American Silk, Japanese Silk, Swiss Taffena,
Nylon, dan Vinyon Silk. Walaubagaimanapun beberapa perkara perlu diberi
perhatian di dalam menentukan jenis jaring sutera yang hendak digunakan.

Jaring sutera yang baik adalah lebih halus, lembut, dan apabila diregangkan
pada regangan yang kuat ia tidak akan koyak. Jaring sutera yang lain boleh
juga digunakan untuk pencetak t-shirt yang baru belajar dan ia boleh
digunakan masih boleh menghasilkan cetakkan yang baik. Hanya ia berbeza
dari segi harganya. Jaring sutera yang halus tentu lebih mahal harganya dan
ia digunapakai oleh pengusaha pencetakkan t-shirt yang mengutamakan
kualiti cetakkan yang tinggi.

Jaring sutera dikeluarkan dalam beberapa gred. Grednya ditentukan


melalui bilangan benangnya di dalam 1” persegi. Contohnya ialah TG 800,
TG 1000 dan TG 1200. Ini bermakna lebih tinggi gred adalah lebih baik,
halus dan lebil mahal harganya.

TG 800 Jaringnya agak kasar dan jarang digunakan oleh


pencetak-pencetak profesional tetapi ia sesuai untuk Teknik
Stensil.

TG 1000 Ia lebih baik dari TG 800. Kehalusannya sederhana dan boleh


digunakan pada teknik photo Emulsian (akan diterangkan nanti). Untuk
imej yang besar atau kasar, jaring ini sesuai digunakan.

TG 1200 Jaring ini paling popular digunakan di dalam industri


percetakkan t-shirt. Sangat sesuai digunakan pada teknik Photo
Emulsion. Hasilnya sangat bermutu tinggi terutama imej yang halus.

Bingkai Blok
Bingkai blok berbentuk 4 segi yang diperbuat daripada kayu berketebalan
2”x1”. Pemasangan kayu yang baik adalah penting supaya ian tidak
mengeleding apabila jaring sutera diregangkan pada bingkai. Kayu pula
hendaklah dipastikan kualitinya supaya blok digunakan adalah rata dan
tidak mengeleding, senget dan tertanggal.

Ada juga pengusaha kedai yang menjual bingkai blok yang siap dipasang
dengan jaring sutera (ready made). Tetapi untuk menjadi seorang pencetak
t-shirt yang profesional anda perlu tahu untuk memasangnya sendiri
kerana ia kan menjimatkan kos anda.

Saiz panjang dan lebar bingkai blok adalah bergantung kepada saiz
imej yang hendak dicetak. Jika imej yang hendak dicetak adalah kecil,
maka bingkai yang kecil digunakan untuk penjimatan. Saiz bingkai
yang biasa digunakan adalah 18’x13’. Saiz ini biasanya akan dapat
menjangkau keseluruhan ruang t-shirt.

Cara-cara Menyediakan Bingkai Blok


Untuk membuat sebuat bingkai blok bersaiz sederhana,
anda perlu menyediakan beberapa bahan seperti berikut:
1. 2 batang kayu bersaiz 2”x1”, panjang 16”
2. 2 batang kayu bersaiz 2’x1” , panjang 12”
3. Gam kayu
4. Paku dan penukul

Langkah 1

Setiap hujung tepi kayu yang hendak disambung perlulah di gam terlebih
dahulu dan biarkan ia kering terlebih dahulu. Proses ini penting kerana
apabila ia dipakukan, ia akan memastikan ketepatan sambungan kayu
tersebut dan tidak lari daripada kedudukkan yang dikehendaki
Langkah 2

Apabila gam sudah kering maka bolehlah diasambungkan sesemua kayu


tersebut menjadi empat segi panjang. Teknik penindihan kayu bergantung
kepada anda.

Apa pun teknik yang digunakan, pastikan kayu yang dipasang


berada dalam keadaan kukuh.

Langkah 3

Setelah semua kayu disambungkan ia akan berbentuk empat segi panjang.


Maka mulalah dilakukan proses terakhir iaitu memaku hujung kayu.
Gunakan paku bersaiz 2”.

Pastikan bingkai blok anda tidak mengeleding. Sila letakkan pada


permukaan yang rata untuk memastikan blok anda sempurna. Blok
yang tidak rata akan menjejaskan kualiti cetakkan.

Apabila bingkai blok anda sudah sempurna, maka proses


seterusnya adalah memasang jaring sutera pada bingkai blok.
Memasang Jaring Sutera
Bingkai blok mestilah dipasang dengan jaring sutera. Jaring sutera yang
dipasang mestilah berkeadaan tegang dan kemas. Sebelum memasang
jaring sutera, sila sediakan 2 peralatan asas iaitu:

1. Stepler Gun
2. Pisau atau gunting

Potong jaring sutera lebih besar sedikit darpada keluasan saiz bingkai blok.
Jaring sutera mesti lebih kurang 2” atau 3” lebih daripada bingkai blok
kerana jaring sutera tersebut akan diregangkan dan di-stepler-k

Langkah 1
Tegakkan blok itu kemudian dengan menggunakan stepler gun, stepler-
kan pada bahagian A. Mulakan dahulu pada bahagian tengah kayu
kemudian barulah di-stepler-kan sepanjang kayu dengan jarak lebih
kurang 2”. Stepler perlulah dalam keadaan senget sedikit seperti dalam
gambarajah di bawah.

Langkah 2

Lakukan kaedah yang sama pada bahagian B pula. Pada bahagian in, jaring
sutera perlu ditarik hingga regangan yang maksima. Pastikan jaring sutera
benar-benar tegang dan sekata. Perlu diingatkan, jika jaring sutera ditarik
terlaku kuat ia akan koyak atau merekah. Oleh itu perlu berhati-hati ketika
menarik jaring sutera. Pastikan hanya ia menegang pada regangan yang
perlu sahaja.

Langkah 3
Lakukan kaedah yang sama pada bahagian C dan seterusnya pada bahagian
D. Untuk menguji sama ada ia menegang dengan baik sila jentik sedikit
pada jaring sutera dan ia akan berbunyi seperti gendang. Jaring sutera yang
tidak dipasang dengan baik berkeadaan beralun dan akan menjejaskan
sedikit kualiti cetakkan

Maka terhasillah sebuah bingkai blok dan ia boleh digunakan untuk


mencetak diatas t-shirt. Bingkai blok bersama jaring sutera ini boleh
digunakan dengan menggunakan teknik stensil atau photo emulsian dan ia
boleh digunakan berulangkan kali. Cara penggunaan dan penjagaan blok
akan diterangkan di dalam topik yang berikutnya.
Apabila ia telah siap, buangkan lebihan jaring sutera di bahagian
sisi blok dengan cutter atau gunting.

Saiz Bingkai Blok


Saiz yang biasa saya gunakan berbeza-beza bergantung kepada imej
yang hendak dicetak.
1. 18”x14” panjang - paling besar
2. 13”x11” panjang - sederhana
3. 8”x10” panjang – paling kecil

Saiz blok sebenarnya bergantung kepada keperluan anda. Anda boleh


mengubahnya mengikut keperluan dan keselesaan. Harus diingat saiz
tersebut haruslah besar sedikit daripada panjang squeege yang hendak
digunakan. Pastikan squeege boleh muat di dalam blok.

Squeege
Squeege adalah penyapu dye yang digunakan ketika menyapu dye di atas
photo emulsion. Ia diperbuat daripada getah yang berbentuk tirus tajam
dan bahagian pemegangnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai
pelbagai saiz dan saiznya dibezakan pada panjang squeege. Saiz squeege
yang biasa saya gunakan adalah 5”, 8” dan 12”.

Squeege boleh didapati dipasaran dengan harga yang murah.


Gambar di bawah adalah contoh squeege yang saiznya untuk saiz
Blok Normal untuk baju T-Shirt

Apa Itu Photo Emulsion

Photo emulsion adalah sejenis bahan kimia berbentuk cecair pekat berwarna
biru dan apabila dibancuh dengan sentisizer ia akan berubah menjadi hijau.
Photo emulsion sangat sensitif kepada cahaya. Cara penyimpanannya perlu
diambil berat. Ia perlu disimpan ditempat gelap selepas digunakan. Ia boleh
juga disimpan di dalam peti sejuk.

Terdapat tiga jenis photo emulsion dalam pelbagai jenama di dalam pasaran.

1. Emulsion bancuhan untuk setiap kali kegunaan


2. Emulsion sekali bancuhan

3. Emulsion terus Guna

Emulsion bancuhan untuk setiap kali kegunaan

Selalunya Emulsion jenis ini adalah buatan tempatan dan harganya tidaklah
terlalu mahal. ia adalah cecair pekat yang berwarna biru dan perlu dibancuh
bersama sentisizer yang berwarna jinga kekuningan.

Sentisizer adalah bahan kimia jingga kekuningan yang akan mengeraskan


photo emulsion. Biasanya ia dijual bersama dengan photo emulsion di dalam
botol kecil. Ia perlu disimpan di dalam bilik gelap.
Untuk sebuah blok sederhana besar, nisbah bancuhannya ialah 6 : 1
iaitu 6 bahagian photo emulsion dan 1 bahagian sentisizer. Anda
boleh menggunakan sudu untuk menyukat bancuhan tersebut.

Ketika membancuh bahan-bahan tersebut, sila gunakan bekas yang


bersih dari habuk. Pastikan juga ia adalah bekas yang keras dan sebaik-
baiknya dapatkan bekas yang berwarna hitam. Bekas yang berwarna
hitam sekurang-kurangnya dapat melindunginya daripada cahaya.

Kacau campuran photo emulsion dan sentisizer sehingga ia berubah


menjadi warna hijau. Apabila anda yakin ia sudah sebati, maka ia boleh
digunakan.

Perhatian : campuran tersebut biasanya hanya boleh bertahan selama 4


jam sahaja sebelum ia mengeras. Oleh itu sebaik sahaja campuran itu
dihasilkan, jangan tunggu terlalu lama dan perlu disapu ke atas blok
dengan kadar segera.

Emulsion sekali bancuhan

Emulsion jenis ini adalah keluaran luar negeri. Ia sangat popular dan
amat digemari oleh pencetak-pencetak professional. Ia berwarna ungu
atau coklat muda.

Ia sangat mudah digunakan berbanding dengan Emulsion bancuhan untuk


setiap kali kegunaan. Ia tidak perlu dibancuh dengan sentisizer apabila
setiap kali mahu digunakan. Ia hanya dibancuh sekali sahaja. Ia
dipasarkan bersama dengan botol sebtisizer yang berbentuk serbuk atau
cecair ringan.

Sentisizer itu perlu dicampurkan dengan air suam. Kemudian campurkan ia


dengan emulsion dan kacau supaya ia betul-betul sebati. Tutup dengan
kemas dan biarkan ia di dalam peti sejuk selama 24 jam (1hari) supaya
tindak balas
kimia akan dapat terhasil. Setelah itu bolehlah anda menggunakannya
pada bila-bila masa tanpa mencampurkan dengan sentisizer lagi.

Selepas digunakan, simpan kembali di dalam peti sejuk. Emulsion yang


telah dicampur dengan sentisizer boleh tahan selama 1 hingga 2 bulan
manakala emulsion yang belum dicampur dengan sentisizer dapat
bertahan lebih daripada 1 tahun.

Emulsion guna terus

Emulsion jenis ini adalah keluaran terbaru. Ia diimport dari luar


negara dan jenama yang terkenal ialah DIRASOL 125 buatan Jerman.

Dengan emulsion jenis ini, anda tidak perlu lagi mencampurkannya


dengan sentisizer kera ia telah siap sedia dicampur dengan sentisizer oleh
pengeluar. Anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa. Ia kelihatan
lebih mudah daripada jenis 1 dan 2. hasilnya kelihatan lebih berkualiti lagi.

Teknik Photo Emulsion


Anda sudah memahami apa itu photo emulsion dan anda juga sudah
memahami kegunaannya. Disamping itu anda sudah tahu bagaimana
menghasilkan blok dengan kaedah stensil. Sekarang tibalah masanya untuk
anda mengetahui proses-proses yang perlu dilalui untuk menghasil sebuah
blok yang menggunakan photo emulsion pula dan seterusnya mencetaknya.
Kaedahnya lebih panjang daripada teknik stensil.

Proses persiapan
1. Membuat reka corak
2. Memasang jaring pada bingkai blok
3. Membancuh photo emulsion
Proses penting
1. Menyapukan photo emulsion pada blok
2. Mengeringkan photo emulsion
3. Mendedahkan pada cahaya (expose)
4. Daveloping dan pengeringan

Proses akhir
1. Memasang cover tape
2. Memasang pelapik pada t-shirt
3. Mencetak

Membuat Reka Corak


Pemilihan reka corak yang baik akan menghasilkan t-shirt yang cantik dan
menarik perhatian. Faktor warna, saiz, kesesuaian konsep dan perletakkan
perlu diambil kira dalam proses merekabentuk. Sebenarnya proses
merekabentuk sesuatu corak tidak menjadi suatu masalah yang besar
kerana biasanya pelanggan sudah mempunyai motif yang mereka mahukan
sendiri. Anda hanya perlu menentukan perletakkan dan kesesuaian warna
sahaja.

Kemahiran atau bakat melukis tidak diperlukan sangat kerana anda boleh
menggunakan komputer terutama bagi menghasilkan tulisan yang menarik.
Terdapat banyak perisian rekabentuk grafik yang boleh anda gunakan.
Antaranya Adobe Photoshop, Paint, Micromedia Firework dan banyak lagi.

Anda mungkin juga menyukai