Anda di halaman 1dari 7

objek ringan timbul objek berat tenggelam

tenggelam dan timbulnya sesuatu objek bergantung kepada ketumpatan


bahan,bendalir & daya apungan/tujahan
http://saphirerosedya-nadia.blogspot.com/2011/12/miskonsepsi.html
Kuliah minggu ke sepuluh diteruskan lagi. Pembelajaran ini berfokus pada miskonsepsi dalam fizik.
Miskonsepsi sering berlaku bukan sahaja dalam Fizik malahan merangkumi hal lain dalam kehidupan
seharian kita. Miskonsepsi adalah satu fahaman yang tidak betul tentang sesuatu konsep dan amat
susah untuk diatasi. Sebagai bakal guru fizik, saya harus berusaha untuk mengatasi masalah ini.


Dalam pelajaran sebentar tadi, kami telah membincangkan beberapa konsep yang sering disalah
tafsir oleh pelajar dengan kata lain sering berlaku miskonsepsi.


Miskonsepsi yang dibincangkan adalah :


1.Hotter objects contain more heat than colder objects.
Panas objek mengandungi haba yang lebih daripada objek yang sejuk
Penjelasan : Penyataan ini adalah salah. Hal ini kerana perkataan "hotter" itu sebenarnya merujuk
kepada suhu bukannya "heat" atau haba. Hal ini kerana haba adalah sejenis tenaga yang sentiasa
bergerak dalam suhu yang berbeza dan tidak boleh disimpan.


2.Heavier objects always fall faster than lighter objects.
Objek yang lebih berat selalunya jatuh lebih cepat daripada objek yang ringan.
Penjelasan : Penyataan ini adalah salah. Hal ini merujuk kepada konsep jatuh bebas. Konsep jatuh
bebas menyatakan bahawa objek yang jatuh tidak dipengaruhi oleh daya luar yang lain dan hanya
dipengaruhi oleh daya tarikan graviti. Maka berat objek tidak akan memberi kesan kepada kelajuan
objek untuk jatuh.


3.Light objects float while heavy objects sink.
Objek Ringan terapung manakala objek berat tenggelam.
Penjelasan : Penyataan ini adalah salah. Hal ini kerana fenomena tenggelam atau timbul tidak
bergantung kepada berat berat objek. Objek akan timbul apabila daya keapungan lebih tinggi
daripada berat air yang disesar manakala apabila sebaliknya objek akan tenggelam.


4.Objects float because theres air in them. Objek terapung kerana ada udara
di dalam mereka.
Penjelasan. Penyataan di atas adalah salah. Kandungan udara di dalam objek yang menyebabkan
objek terapung adalah tidak tepat dalam menerangkan konsep fizik. Hal ini kerana keapungan objek
hanya dipengaruhi oleh daya keapungan dan jumlah air yang disesar.



5.An object that is thrown upwards continue to move upwards because the force applied by the
hand is still acting on it
Sesuatu objek yang dilemparkan ke atas terus bergerak ke atas kerana daya yang
dikenakan oleh tangan masih bertindak ke atasnya
Penjelasan. Penyataan di atas adalah salah. Hal ini kerana apabila objek ditolak ke atas daya yang
bertindak ke atas objek tersebut hanyalah berat objek dan daya rintangan. Objek tersebut bergerak
ke atas kerana kecenderungan objek untuk teruk bertindak tetapi akan turun ke bawah semula
kerana ada daya lain yang bertindak ke atasnya iaitu graviti. Ia boleh dijelaskan berdasarkan Hukum
Newton pertama.


Selain contoh-contoh di atas, terdapat banyak lagi miskonsepsi dalam fizik.
http://budakfizik.blogspot.com/2011/11/miskonsepsi-dalam-fizik.html

Pengajian Islam - Tamadun Islam
Soalan:
2.Tamadun Islam ialah tamadun kerohanian dan kebendaan yang berdasarkan ajaran Islam dan
berkonsepkan Tauhid, serta sifatnya yang menyeluruh. Ramai orang yang tidak mengetahuai hal ini.
Kebanyakan orang mengatakan dunia yang bertamadun ini adalah hasil dari tamadun barat.
Bincangkan

1.0 Pendahuluan

Tamadun bermaksud peradaban, kemajuan (kebendaan dan kerohanian), kebudayaan, keilmuan,
pergaulan, pendidikan, teknologi, akhlak dan sopan santun. Dalam bahasa Inggeris tamadun
diterjemahkan dengan culture, renaissance, enlightenment dan civilization.
Daalam bahasa Arab kalimah-kalimah seperti ath-thaqafah, al-hadharah, al-umran, al-bunyan,
almadanoah dan at-tamadun digunakan. Manakala dalam bahasa Melayu yang biasa dipakai ialah
kebudayaan, peradaban, tamadun dan madani.

Dalam Islam, kemajuan dan pembangunan tidak terhad kepada kebendaan dan fizikal sahaja, malah ia
merangkumi kerohanian, akhlak dan akal. Justeru, masyarakat atau negara maju atau bertamadun bukan
sahaja mempunyai kemajuan dalam bidang kebendaan, bangunan, sains dan teknologi, malah terangkum
di dalamnya masyarakat yang berperibadi mulia, pergaulan yang baik dan berkerjasama, harmoni antara
pelbagai kaum, agama dan bangsa, dan tidak ada kezaliman.

Justeru itu, Tamadun Islam didefinasikan sebagai pembangunan, kebudayaan, peradaban, pendidikan
dan sebagainya yang berlandaskan ajaran Islam yang berpaksikan tauhid, iaitu kepercayaan kepada tuhan
yang satu( OUM LANH1203, 2005, m/s 4)

Tamadun Islam membangunkan ummah supaya maju dalam bidang kebendaan, kebudayaan, pendidikan
keilmuan, politik, ekonomi, social, kesihatan, keagamaan, kerohanian dan sebagainya. Ia membentuk
manusia menjadi baik, dan manusia yang baik ini pula akan membentuk tamadun baru yang baik dan
bersifat Rabbani(ketuhanan).
Manusia ini pula akan benar-benar dapat menjalankan tugasnya sebagai Khalifah Allah untuk
memakmurkan bumi ini. Bumi dijadikan tempat kediaman manusia dan segala apa yang ada di atas muka
bumi atau di dalam perut bumi adalah untuk keperluan dan kegunaan manusia. Firman Allah dalam surah
al-Baqarah:



Bermaksud: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada dibumi. Surah al-Baqarah 29.

Dengan demikian, manusia menggunakan semua kemudahan yang ada di alam ini, khasnya di atas muka
bumi dan di dalam perut bumi. Walaupun manusia dapat mengolah isi bumi dengan akal anugerah Allah
tetapi manusia tetap memerlukan Tuhan sebagai tempat mengadu dan memohon sebarang hajat. Dalam
Islam, Tuhan itu ialah Allah iaitu Tuhan yang wujud dan Hidup selama-lamanya. Dia tidak mati dan tidak
rosak dan Dia kekal selama-lamanya.

2.0 Sifat-sifat Tamadun Islam

Tamadun Islam adalah berbeza jika dibandingkan dengan tamadun lain. Tamadun Islam berpaksikan
Tauhid dan berfungsi untuk membangunkan manusia, antara sifat-sifatnya:



2.1 Sejagat
Tamadun Islam bukan terhad kepada mana-mana bangsa tertentu dan untuk tempat-tempat tertentu
sahaja. Tamadun Islam tidak berdasarkan kepada adat dan budaya sesuatu bangsa, tetapi ia
berlandaskan ajaran Islam. Justeru, ia bukan milik sesuatu suku kaum dan bangsa, sebaliknya ia milik
seluruh manusia yang berpegang kepada agama Islam dan yang bukan Islam.

2.2 Terbuka
Tamadun Islam tidak terbatas kepada had-had tertentu, sama ada masa atau tempat. Ia terbuka kepada
semua tamadun selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. Tamadun selain Islam boleh
diteruskan selagi ia tidak bertentangan dengan dasar shariah.

2.3 Sepanjang zaman
Tamadun Islam ialah tamdun yang terus hidup sepanjang zaman. Bermula dari tarikh turunnya wahyu
hinggalah kehari ini dan selanjutnya, ia terus berkembang dan tidak ada had waktu dan masa. Tidak ada
siapa yang berhak mengatakan bahawa tamadun Islam tidak boleh lagi berfungsi kerana dunia sudah
maju, sebab Islam itu maju bersama-sama dengan kemajuan dunia.

Selagi orang Islam terus mengamalkan ajaran Islam, maka selama itulah orang Islam terus menghidupkan
tamadun Isalam kerana maksud tamadun Islam itu ialah menghayati ajaran Islam dalam semua aspek
kehidupan. Ini termasuklah pembangunnan material seperti perbandaran, perumahan, pendidikan,
teknologi, politik, ekonomi dan sebagainya.

Sebaliknya jika seseorang Islam yang terlibat dalam sector ekonomi, politik, teknologi, pendidikan,
pembangunan dan sebgainya, tetapi ia tidak menjga prinsip-prinsip Islam, seperti menindas, menipu,
menzalimi dan sebagainya, bermakna dialah orang yang meruntuhkan tamadun Islam, walaupun ia
seorang Islam.

2.4 Toleransi
Tamadun Islam bukanlah satu yang terlalu rigid sehingga tidak mahu menerima tamadun lain. Ia bersifat
toleransi terhadap agama dan budaya lain mengikut had-had yang ditentukan. Misalnya, mengunjungi
rumah orang bukan Islam pada hari-hari kebesaran atau tahun baru, tidak dilarang selagi tidak ada niat
hendak membesarkan agamanya, sebaliknya hanya meraikan kawan sahaja. Masyarakat bukan Islam yang
berada di bawah pemerintahan Islam tidak dilarang mengamalkan agama dan budaya mereka, malah
menganjurkan dan terus mengekalkan hubungan baik dengan penganut-penganut agama lain.

2.5 Berpaksikan Tauhid
Tamadun Islam, sama ada kemajuan dalam bidang-bidang kebendaan, ciptaan dan penemuan baru dalam
teknologi, social, politik, ekonomi dan pendidikan, semuanya merujuk kepada kebenaran Tuhan Pencipta
seluruh alam. Tidak ada satu pun yang bersifat keduniaan semata-mata.

Sistem ekonomi sebagai contoh, adalah untuk kepentingan diri dan keluarga, di samping menolong
mastarakat dan membantu kemajuan negara. Kita tidak boleh menindas, menipu, menzalimi atau
monopoli kerana kegiatan ekonomi kita berpaksikan Tauhid, yakni mengikut perintah Allah. Demikianlah
dalam aspek lain, selagi tidak ada pertentangan dengan kehendak Islam, maka kita membangun tamadun
yang berpaksikan Tauhid.

3.0 Sejarah Perkembangan dan Keagungan Tamadun Islam

Sebagaimana yang kita ketahui tamadun Islam berkembang serentak dengan perkembangan agama Islam,
iaitu dengan perutusan Muhammad sebagai rasul pada tahun 610M.. Apabila turunnya wahyu pertama
melalui malaikat Jibril pada 17 Ramadhan tahun 610M yang membacakan lima ayat daripada surah al-
Alaq di Gua Hira.

Selepas beberapa hari turun pula ayat daripada surah al-Muddathir ayat 1-7, yang mana memerintah
Baginda s.a.w menyeru orang lain supaya tinggalkan berhala. Firman Allah yang bermaksud:
Wahai orang yang berselimut. Berilah peringatan dan amaran(kepada umat manusia). Dan Tuhanmu,
maka ucaplah dan ingatlah kebesarannya. Dan pakaianmu hendaklah kamu bersihkan. Dan segala
kejahatan hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi sesuatu(dengan tujuan hendak)
mendapat lebih banyak daripadanya. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu hendaklah engkau
bersabar(terhadap tentangan musuh). Surah al-Muddathir 1-7.

Dengan turunnya ayat ini, Baginda mula menyeru orang lain supaya meninggalkan sembah berhala dan
perkara-perkara lain yang dianggap buruk. Di sini bermulalah budaya hidup baru, iaitu tidak menyembah
berhala dan tidak melakukan perkara yang merosakkan dan menjatuhkan martabat manusia. Inilah
tamadun baru, iaitu Tamadun Islam.

Lebih kurang 13 tahun lamanya Nabi Muhammad s.a.w menyeru umat Arab di Makkah supaya beriman
kepada Allah yang Esa dan meninggalkan berhala serta perangai buruk yang lain seperti membunuh anak
perempuan, berperang sesama sendiri, berzina dan sebagainya.

Pada tahun 622M Baginda mendapat perintah supaya berhijrah ke Yathrib, yang kemudiannya dikenali
sebagai Madinah. Di Madinah, Rasulullah s.a.w. telah dipilih menjadi ketua bagi semua masyarakat
Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Di sinilah tertubuhnya sebuah kerajaan baru,
iaitu negara kecil Islam Madinah. Pemerintahan dan pentadbiran negara ini berdasarkan ajaran Islam
sepenuhnya.

Ajaran Islam yang membentuk keperibadian dan perwatakan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dalam
mencorakkan tamadun awal Islam menunjukkan bahawa Islam mendorong umatnya mencapai kemajuan
menurut acuan yang ditentukan oleh al-Quran serta al-Sunnah. Maka dengan itu lahirlah Madinah al-
Munawwarah, sebuah negara yang sentiasa menjadi model sehingga hari ini. Kecemerlangan Madinah
sebagai pusat kerajaan Islam menarik perhatian bangsa lain di dunia ketika itu kerana kehebatan
personaliti Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpinnya dan juga warga Madinah yang majmuk sifatnya tetapi
berupaya membentuk suasana kehidupan yang aman harmoni.

Kestabilan politik Madinah dan keharmonian kehidupan penduduknya sebenarnya berasaskan sebuah
piagam yang tertua di dunia dan yang terawal ditulis, iaitu Piagam Madinah yang mengandungi 47 fasal
atau perkara. Dalam piagam ini dinyatakan tentang kepemimpinan negara (Perkara 1 & 23), perpaduan
(Perkara 2), pengiktirafan kaum (Perkara 3 hingga 11), keselamatan (Perkara 3 hingga 10, 13 & 24),
jaminan social (Perkara 2, 10, 11 hingga 16) dan kebebasan mengamalkan ajaran agama (Perkara 25).

Kejayaan demi kejayaan dicapai oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat Baginda dalam segenap
aspek; sosial, politik, ekonomi, pertahanan serta ketenteraan dan sebagainya. Namun, ada kalanya pula
Baginda diuji dengan pelbagai cabaran seperti yang berlaku dalam beberapa peristiwa seperti Perang
Uhud yang mencatat kekalahan bagi tentera Islam. Pada awalnya, tentera Islam berjaya membuatkan
tentera musuh berundur, namun disebabkan cuai dan leka, mereka akhirnya terkepung lalu ditewaskan
dan banyak pejuang agung Islam, antaranya Hamzah ibn `Abdil Muttalib terkorban syahid. Kekalahan ini
seterusnya dijadikan sumber kekuatan untuk bangkit mencipta lebih banyak kemenangan. Rahsia
kejayaan umat Islam pada zaman keagungan Islam ini berdasarkan keimanan mereka yang amat tinggi
terhadap Allah s.w.t., ketaatan mereka terhadap perintah serta larangan-Nya di samping keperibadian
serta akhlak mereka yang sungguh luhur. Mereka telah dididik oleh Rasulullah s.a.w. dengan sifat serta
amalan hidup yang suci murni. Misalnya kita dapat melihat bagaimana mereka amat bertaqwa kepada
Allah s.w.t. dalam segenap keadaan dan dalam semua perkara, mengamalkan nilai-nilai mulia seperti
ithar (mengutamakan orang lain berbanding dengan kepentingan diri), berkasih sayang, sentiasa
berkorban apa sahaja demi agama Allah dan sebagainya. Sifat-sifat mulia ini dijelaskan dalam ayat al-
Quran (Surah al-Fath (48), ayat 29 dan Surah al-Hasyr (59), ayat 8-10).

Kehidupan bermasyarakat mereka begitu harmoni dan stabil disebabkan sifat-sifat mulia ini,
terutamanya sifat berkasih sayang sesama mereka kerana Allah s.w.t. Dalam hubungan ini, sudah
tentulah galakan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi asas bagi hubungan hati sesama
mereka yang begitu intim lagi tulus sifatnya. Misalnya ialah sebuah Hadith daripada Mu`az ibn Jabal r.a.,
beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, Allah berfirman, `Kasih sayang-Ku wajib bagi
mereka yang berkasih sayang pada (jalan)-Ku, bagi mereka yang duduk bersama-sama pada (jalan)-Ku,
bagi mereka yang ziarah-menziarahi pada (jalan)-Ku dan bagi mereka yang saling beri-memberi pada
(jalan)-Ku. (Al-Tabarani)

Zaman Rasulullah s.a.w. merupakan zaman kegemilangan sistem sosial, politik dan ekonomi. Umat Islam
pada ketika itu telah berjaya membentuk sebuah masyarakat (ummah) yang bersatu padu di bawah
pemerintahan kerajaan Islam yang kukuh. Walaupun kemajuan sains dan teknologi pada waktu itu
tidaklah secanggih zaman moden tetapi asas tamadun telah dibina dengan kukuhnya. Asas yang kukuh
inilah yang kemudiannya menjadi inspirasi yang begitu kuat mendorong generasi sesudah sahabat
mencapai kegemilangan dalam hampir semua bidang.

Tamadun Islam terus berkembang ke zaman sahabat, iaitu selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Ia
bermula pada tahun 632M. Sahabat-sahabat ini digelar khulafa ar-Rashidin. Mereka ialah:

(i) Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a. (632M)
(ii) Khalifah Umar al-Khatab r.a. (634M)
(iii) Khalifah Uthman bin Affan r.a. (644M)
(iv) Khalifah Ali bin Abi Talib r.a. (655M)
Mereka ini berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, dan
dikuti oleh pengganti mereka.

Prinsip ini juga yang mendasari tamadun Islam dan menjadikan ia berbeza dengan tamadun lain di
dunia.

Tiga ciri utama tamadun Islam adalah akidah suci dan kukuh kepada Allah; syariah yang dijadikan
panduan serta peraturan hidup dan akhlak mulia. Ciri itu yang membuatkan pembinaan tamadun
gemilang oleh umat Islam lebih bererti berbanding bangsa lain di dunia.

Tamadun Islam yang berasaskan prinsip suci, contohnya yang diwakili oleh Kerajaan Bani Ummayyah
(Damsyik: 41-133 Hijrah/ 661 -750 Masihi. dan Andalus: 139-423 Hijrah./756-1031 Masihi) dan Bani
Abbasiyyah (Baghdad: 132-656 Hijrah/750-1258 Masihi) memperlihatkan keunggulan yang tidak
terbanding.

Ilmu pengetahuan pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Damsyik
berkembang dengan pesat dan meliputi bidang bahasa, sastera, sains, perubatan serta ilmu agama
seperti hadis, fiqh, tafsir dan tauhid. Antara kota yang menjadi tumpuan perkembangan ilmu adalah
Kufah dan Basrah di Iraq (ilmu bahasa serta sastera).

Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Andalus pula berkembang lebih pesat, selain berjaya
membina tamadun lebih besar dalam pelbagai aspek agama dan bukan agama.

Cordova menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah pada abad keempat Hijrah/10 Masihi. Bangsa Eropah
memperoleh manfaat daripada perkembangan ini.

Mereka berpeluang mempelajari banyak ilmu Islam yang berkembang di seluruh Andalus. Ia bukan saja di
Cordova, malah bandar lain seperti Seville, Toledo dan Granada.

Bagi Kerajaan Abbasiyyah pula, kegemilangannya juga setanding Bani Ummayyah di Andalus.

Kota Baghdad seperti Cordova juga memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan
dan tamadun Islam, terutama pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya, al-
Ma'mun. Kegemilangan zaman pemerintahan kedua-dua pemerintah berwibawa ini mendorong sejarawan
menamakannya Zaman Keemasan Kerajaan Abbasiyyah.

Hal ini kerana, pada zaman itu, kegiatan ilmiah berkembang dengan amat pesat melalui penulisan buku,
penterjemahan, hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara maju luar, termasuk di Eropah,
India dan China secara meluas.

Hasil kegiatan ilmiah ini melahirkan ramai tokoh ulama, ahli bahasa, sastera dan tokoh dalam bidang
ilmu yang lain, termasuk bidang astronomi, astrologi, matematik, perubatan seni muzik dan falsafah.
Kesan dan pengaruh kegiatan ilmiah ini terhadap dunia luar amat besar.

Para pemikir besar Islam seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Al-Khindi, Al-Ghazali, Ibnu Taymiyyah, Imam
Shafie, Ibnu Hazm, dan banyak lagi telah memberi sinar yang begemerlapan kepada tamadun dunia pada
masa itu. Ini pernah disinggung oleh Franz Rosenthal dalam buku beliau keagungan Ilmu(1993).
Renaissance yang muncul di Eropah yang pada masa itu masih dalam zaman kegelapan mereka
sebenarnya adalah hasil daripada pengambilan dan cedukan idea-idea para pemikir Islam dan pengaruh
besar ilmu pengetahuan daripada Tamadun Islam. (. Wan Liz Ozman 2000. m/s 299 )

4.0 Kemerosotan Tamadun Islam


Berbicara mengenai Baghdad yang diasaskan oleh al-Mansur pada 762 Masihi atau nama asalnya Madinah
al-Salam, tentunya tidak lupa untuk mengaitkannya sebagai salah satu ikon utama tamadun Islam.
Kedudukan penting Baghdad membanggakan, namun yang tragisnya, kota itu kerap menjadi tumpuan
misi kehancuran oleh manusia yang tidak bertamadun.

Serangan dan kemusnahan ke atas Baghdad bagaikan pita rakaman yang diulang berkali-kali. Apa yang
menyedihkan, keruntuhan Baghdad turut meruntuhkan bersama-samanya asas keyakinan umat Islam
bahawa mereka masih boleh membina tamadun berpandukan kegigihan dan usaha keras generasi
sebelumnya.

Kota agung kebanggaan Islam ini mengalami kehancuran buat pertama kalinya ketika pemerintahan al-
Mutasim (1258 Masihi) apabila Hulagu Khan, iaitu cucu Genghiz Khan yang memimpin 200,000 tentera
kejam Mongol menyerang Baghdad.

Khalifah, pembesar Baghdad serta umat Islam dibunuh dan mayat mereka dicampakkan ke dalam Sungai
Tigris. Bangunan yang menjadi mercu tanda kegemilangan Islam dirobohkan.

Demikian juga Baitul Hikmah, universiti dan madrasah yang menjadi nadi penggerak perkembangan
tamadun dunia pada zaman itu turut dimusnahkan. Sungai Tigris juga menjadi saksi terpadamnya
khazanah ilmu Islam yang dihumban ke dalamnya, lalu menukar airnya menjadi lautan tinta yang pekat.

Kehancuran dan keruntuhan kota Baghdad sering diratapi oleh umat Islam sama ada pujangga mahupun
orang biasa.

Manusia mengharapkan detik gemilangnya akan kembali tiba, tetapi kini, segala harapan yang disimpan
menjadi suram laksana wanita tua yang meninggalkan zaman mudanya dan hilang kecantikan yang
menghiasi dirinya. Demikianlah keagongan Tamadun Islam mula lenyap dan Tamadun Barat mula
mengambil alih tempatnya.

5.0 Penutup

Kita harus menerimanya dengan penuh reda dan insaf. Inilah cabarannya untuk kita umat Islam,
khususnya di Malaysia untuk kembali bangkit membina semangat dan kekuatan agar berupaya membina
tamadun gemilang, jika pun tidak setanding Baghdad.

Prinsip kejayaan Rasulullah s.a.w. dalam membina sebuah negara yang gemilang sifatnya terletak pada
kegigihan Baginda membentuk masyarakat yang teguh iman serta peribadinya. Jika kejayaan yang sama
mahu dicapai oleh kita pada zaman yang serba mencabar ini, maka prinsip yang sama haruslah dijadikan
pegangan. Maka dengan demikian, pengukuhan aqidah dan akhlak setiap individu perlu menjadi agenda
utama perjuangan. Tumpuan dan perhatian sudah pastilah tertumpah pada anak-anak kecil dan yang
muda remaja yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan. Golongan muda remaja khususnya
perlulah ditanamkan semangat juang yang tinggi untuk berusaha mencapai kejayaan serta kegemilangan
demi agama, bangsa dan negara.

Gagasan idea dicetuskan dan yang tinggal hanya kesungguhan untuk membuktikan bahawa kita
berkeupayaan menjadikan cita-cita murni ini bukan sekadar mimpi atau khayalan tetapi benar-benar
suatu kenyataan.

Lebih penting, buktikan juga bahawa tamadun yang dibina itu tidak sesekali akan terikat dengan
tuntutan alam, sejarah mahupun resam dunia iaitu yang berada di puncak pasti akan kembali ke tanah
semula.

Dengan kata lain, kita mesti berusaha menghindari perkara negatif, hasil perbuatan sendiri bagi
memastikan pencapaian tamadun kita sentiasa berada pada tahap cemerlang dan gemilang.

Khusus bagi golongan remaja dan belia Islam, kita amat berharap agar mereka berpegang dengan
matmalat dan wawasan hidup yang suci dan sebelum tangggungjawab kepemimpinan pada masa hadapan
diserahkan kepada mereka, maka segala persediaan yang secukupnya perlulah diberikan. Dengan kata-
kata lain, segala masalah yang berkaitan dengan golongan remaja dan belia ini seperti krisis keruntuhan
akhlak haruslah diselesaikan secara tuntas. Untuk tujuan ini, mereka perlu diberikan pendidikan Islam
secara komprehensif, akal mereka dibekalkan dengan semua cabang ilmu, tubuh mereka dilatih dengan
segala kekuatan fizikal, roh mereka diasuh dengan kekuatan ibadah khusus serta umum dan akhlak
mereka dipupuk dengan nilai murni lagi mulia.
(Dr. Yusuf Abdullah al-Qaradawi, 1996, Wajah Baru Belia, Siri Sarjana Celdes).

Jika semuanya ini dapat dicapai, maka mudahlah bagi negara melaksanakan perancangan membina
peradaban menurut acuan serta bentuk yang ditentukan. Peradaban ini pula diharapkan menjadi contoh
sehingga diturut jejak dan langkahnya sepanjang zaman.


RUJUKAN


MALAYSIA, Open University. (2005). LANH1403 Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). Mengurus Agenda Abad 21. Cabaran dan Persiapan Dalam Era
Globalisasi. Kuala Lumpur: Golden Books Centre

Wan Roslili Abd Majid (2005) Tamadun Gemilang Mesti Selari Kehendak Sejagat. Kuala Lumpur: IKIM

Yusuf Abdullah AlQaradawi. (1996). Wajah Baru Belia: Siri Sarjana Celdes.
http://ghirlygz.blogspot.com/2009/06/pengajian-islam-tamadun-islam.html

Anda mungkin juga menyukai