Anda di halaman 1dari 6

Penternakan Itik

Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai
daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan
pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan
dengan ternakan ayam.
PEMILIHAN BAKA
Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anakanak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya
hendaklah diperolehi.
Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:

mempunyai daya hidup yang tinggi


bebas dari kecacatan
penghasilan telurnya adalah baik (kira-kira antara 260 - 300 biji setahun)
menghasilkan telur yang berkualiti
berat antara 65 - 75 gm sebiji
kulit telur adalah keras
warna kuning telur kemerah-merahan
saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 - 1.8 kg
ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.

Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan
dan Australia.
PERUMAHAN DAN PERALATAN
Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:

Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong
mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik
Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan
membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai
bagi seekor itik dewasa ialah 3 - 4 kaki persegi.
Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3
kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan
lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di
dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur
dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.
Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah
penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.

PERALATAN
Induk palsu antaranya:

Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,


Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)
Sarang bertelur
Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya

PEMAKANAN
Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah
pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang
memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran.
Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik
danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.
Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.

Makanan komersil
Makanan campuran sendiri

1.Makanan Komersil
Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana
ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.
Umur

Jenis Makanan

Kandungan
Protin Tenaga

0 - 2 minggu

Duck Starter

20 %

27003000

2 - 3 minggu

Duck Starter
dicampur Duck
Grower

4 - 16 minggu

Duck Grower

16 %

2500 2800

16 minggu dan
semasa bertelur

Layer

17 %

2600 2900

2. Makanan Campuran Sendiri

Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang
murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.
Bahan-bahan:Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer
premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .
Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:Umur
0 - 4 minggu

1.2 kg. - 1.6 kg.

5 minggu - 22 minggu

11.0 kg - 11.8 kg

22 minggu ke atas (semasa


bertelur)

160 hingga 170 gm


bagi tiap-tiap
seekor/hari

Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan
makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang
sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik
Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).
KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT
Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari
terkena serangan penyakit iaitu:

Menjaga kebersihan ladang setiap masa


Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat
Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat antistress harus diberi pada
umur itik 1 - 3 hari.
Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun
di takai
Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum
ketibaan anak- anak itik yang baru
Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.

KEPERLUAN CAHAYA
Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari
cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam
hari.

2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:

Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang
mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana
gelap.
Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur

Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam


cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah
lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 - 4 jam lagi boleh
diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.

Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.
Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki
Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi
memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.

PENGURUSAN
Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu
tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek
ini melibatkan pengendalian:

Persediaan sebelum ketibaan anak itik


Pemeliharaan semasa perindukan
Pengurusan semasa membesar
Pengurusan semasa bertelur

Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik

Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh


memuatkan 500 ekor anak itik)
Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 - 4 inci.
Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 - 3 jam sebelum anak itik
sampai.

Pemeliharaan Semasa Perindukan

Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik
boleh diberi makan.
Masa perindukan adalah selama 20 - 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti
biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang
diperlukan.
Beri antistress selama 3 hari.
Beri makanan duck starter crumble tanpa had

Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas
makan dan minum ikut kesesuaian.
Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.

Pengurusan Semasa Membesar

Keluarkan alat pemanas dan pembentung


Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar
Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering
Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan
mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 - 2800k/cl
Timbang 2 - 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .
Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya
tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.

Pengurusan Itik Semasa Bertelur


Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 - 22 minggu. Oleh itu :

Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan
mengandungi 2600 - 2900 k/cl.
Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 - 5 minggu
sebelum bertelur.
Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 - 170 gm sehari /ekor.
Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama
Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh
dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran
sendiri)
Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)
Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata
Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan
Semak keperluan cahaya mengikut umur itik

PENGHASILAN
Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :Telur Itik Segar
Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang
persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur
Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran
ialah di antara 13.6 - 15.0.
Telur Masin

Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama.
harganya adalah lebih baik dari telur segar.
Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.

PENGURUSAN REKOD
Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada
beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang sempurna.
melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau
sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk merancang
masa hadapan.
Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan

Rekod pemeliharaan/pengurusan
Rekod kewangan

Anda mungkin juga menyukai