Anda di halaman 1dari 5

Panduan Menternak Puyuh Daging

Pendahuluan

Burung puyuh adalah sejenis ternakan yang mudah dipelihara berdasarkan kepada perkara berikut:-

• Tidak memerlukan modal permulaan yang besar


• Boleh dipelihara oleh anggota keluarga di perkarangan rumah
• Cepat dapat hasil iaitu 6 minggu
• Memerlukan makanan yang kurang iatu 780 - 1 kg (6 minggu)
• Tidak banyak masalah penyakit
• Daging puyuh dan telur mengandungi zat yang tinggi
• Jarak generasi pendek (5 - 6 pusingan setahun).

Perancangan Projek

• Kos/Modal
• Ladang
• Pengurusan
• Pasaran

Keempat-empat perkara ini sentiasa bergandingan bagi mencapai kejayaan disamping sikap dan
kesanggupan penternak itu sendiri. Jika salah satu daripada perkara ini diabaikan besar kemungkinan
usaha menternak akan menemui kegagalan.

Kos/Modal

Diperlukan untuk:-

• Kos tetap iaitu Reban/bangsal, peralatan makan minum, alat pemanas dan sebagainya.
• Kos berulang iaitu Makanan, air, gas/letrik , ubatan dan sebagainya.

Ladang

Pemilihan kawasan:-

• Keluasan tanah
• Saliran yang sempurna. Tidak mudah banjir
• Jauh dari kawasan perumahan/perindustrian
• Jauh dari kawasan penternakan lain
• Mempunyai kemudahan jalanraya, bekalan letrik dan air
• Berdekatan dengan pengguna/mempunyai pasaran

Sistem dan Bentuk Perumahan:-

• Sistem Lantai Atas : Menggunakan sangkar bertingkat


• Sistem Lantai Bawah : Menggunakan bangsal/reban

Bangsal/Reban
Mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-
a. Peredaran udara yang sempurna
b. Saiz yang bersesuaian dengan jumlah yang hendak dipelihara. 1 ekor = 20 " persegi
c. Kedudukan reban sebolehnya ditempat sunyi (tiada ganguan), terlindung dari matahari terik
(arah Timur-Barat), cuaca buruk dan musuh.

Peralatan
a. Bekas makanan ( dulang dan palung untuk anak serta bekas makanan yang boleh
digantung
b. Bekas minuman
c. Tirai/Bidai
d. Alat pemanas. Hover ( 1 utk 1000 ekor) atau Bal eletrik (15 watt - 1 utk 50 ekor) atau
lampu minyak.
e. Habok papan (kasar) atau sebagainya (jika menggunakan lantai bawah)
f. Kertas untuk alas lantai (semasa perindukan jika menggunakan lantai atas)
g. Alat pembentung (lantai bawah)
h. Guli atau batu (untuk dimasukkan dalam bekas minum untuk mengelakkan anak puyuh
masuk)

Pengurusan

* Baka

Jenis Asal Umur Jualan


Bob White US 6-16 minggu
Contrunix Japonica Japan 6 minggu
Cross bred Tempatan 6 minggu
IKTA JPH 6 minggu

* Pemakanan
1. Jenis makanan yang boleh digunakan ialah:-
A. Quail Starter Mash serta Quail Finisher Pellet atau
B. Broiler Starter Mash atau Broiler Starter Crumblers atau Broiler Finisher Pellet

Keperluan Zat Makanan Untuk Puyuh Pedaging:


Tenaga = 2600 - 3200 ME
Protin Kasar = 24 - 25 %

2. Cara Pemberian

Cara Pertama
1 hari - 14 hari - Quail starter Mash
15 hari hingga jual - Quail Finisher Pellet

Cara Kedua
1 hari hingga jual - Broiler Starter Mash/Crumbles atau
- Quail Starter Mash

Cara Ketiga
1 hari hingga 21 hari - Broiler Starter Mash
22 hari hingga jual - Broiler Finisher Pellet

* Perindukan

Pastikan anak puyuh diberi keperluan seperti berikut:-

• Haba. Minggu 1 suhu 95 F (35 C) dan minggu 2 suhu 90 F (32 C) atau lihat taburan anak
puyuh
• Pasangkan bidai padaa waktu siang dan malam sehingga umur 1 minggu. Minggu 2
pada waktu malam atau hujan sahaja
• Sediakan lampu pada masa perindukan dan waktu malam
• Bekas makanan/minuman mencukupi dan pastikan makanan/air sentiasa ada
• Selalu ganti alas lantai yang basah atau kotor
• Buang alas lantai apabila kaki anak puyuh tidak bolos dilantai perindukan (jika lantai
atas)
• Pindahkan anak puyuh ke sangkar membesar pada umur 2 minggu (jika menggunakan
kotak perindukan)
• Besarkan pembentung pada minggu 2 supaya kawasan anak puyuh tidak sempit
• Sediakan rekod dan rekodkan semua aktiviti harian.

* Membesar

• Keluarkan semua punca haba, bidai dan pembentung


• Pastikan air/makanan sentiasa ada
• Naikkan bekas makanan sama paras dengan belakang puyuh untuk mengelakan
pembaziran
makanan
• Elakkan sebarang kematian berpunca daripada pemangsa jenis dan pengurusan
• Jual pada umur yang ditetapkan
• Rekod semua aktiviti harian.

* Pengurusan Rekod

Terdapat 2 jenis rekod iaitu Rekod Pengurusan dan Rekod Kewangan

Rekod Pengurusan

Catatkan yang perlu ada antaranya:-

• Kumpulan pemeliharaan - kali ?


• Baka
• Punca penetasan/tempat dibeli
• Pengeluar makanan/jenis makanan, jumlah dibeli
• Tarikh terima/beli puyuh
• Bilangan yang dibeli
• Tarikh/bilangan dijual
• Berat puyuh dijual
• Bilangan mati
• Lain-lain.
Rekod Kewangan

Catatan yang perlu ada antaranya:-

Hasil/Jualan
- Tarikh, bilangan, berat, harga,pendapatan
Perbelanjaan Operasi
- Kos anak puyuh, makanan, ubatan, gas/minyak/letrik, air, upah, faedah bank, susut
nilai bangunan dan peralatan
Keuntungan/Kerugian
- Hasil (pendapatan)/Perbelanjaan

Pemasaran

Strategi Pemasaran
Terdapat empat faktor yang penting yang perlu dilakukan oleh penternak di dalam urusan perniagaan

* Tempat
- Menguntungkan jika berdekatan dengan kawasan pasaran
- Tiada masalah kemudahan air dan letrik
- Dapat mengkaji persaingan di antara penternak dan potensi pasaran
- Ada kemudahan peti sejuk dan mesin memproses

* Pengeluaran
- Boleh dijual dalam bentuk hidup dan telah diproses

* Harga
- Harga berbeza mengikut kawasan, pasar, restorn, hotel dan lain-lain
- Rangkaian pasaran biasanya ialah penternak, pemborong, peruncit dan pengguna. Setiap proses ini
akan mempengaruhi harga jualan. Untuk mendapatkan harga yang tinggi , penternak perlu
mengurangkan rangkaian ini.

* Pengiklanan/Promosi
- Boleh dilakukan melalui media cetak dan sebagainya bertujuan memberitahu barangan yang hendak
dijual.

Aktiviti Pemerosesan " Down Stream"

1. Puyuh Siap Diproses - dipek dan disejukbeku

2. Pemotongan
- Dipotong memanjang kepada 2 bahagian
- Dipotong memanjang dari belakang atau dada tetapi tidak dicerai
- Dipotong mengikut permintaan

Puyuh hendaklah dipotong selepas menjalani "kekejongan" (4 - 24 jam selepas


disembelih) untuk mengelakkan karkas menjadi liat dan menjaga kualiti karkas.

3. "Breading "
- Saiz penting untuk mudah melekat dan rupa
- Biasanya halus atau sederhana
- Penambahan paprika atau rempah lain menambah rasa dan rupa
4. "Predust"
- Cara melekatkan 'breading' ke kulit
- Puteh telor kering, tepong beras, wheat gluten
- jangan terlalu tebal kerana susah untuk membasahi dan melekat ke karkas

5. "Batter"
- Diperbuat dari tepong gandum, air garam dan lada hitam
- kepekatan penting untuk penerimaan kelekatan bahan breading (1 tepung + 1 air)

Anda mungkin juga menyukai