Anda di halaman 1dari 9

GARIS PANDUAN AMALAN

PENTERNAKAN AYAM
PENELUR YANG BAIK

Posted on Oktober 9, 2007 by harizamrry

Globilisasi pasaran, perubahan nilai pengguna dan orang ramai terhadap


produk, kualiti alam dan kebajikan ternakan akan mengancam aktiviti
perladangan dan pengeluaran telur ayam. Kaedah perladangan yang
dapat meningkatkan dayasaing, perladangan yang mesra sosiopersekitaran, menjamin kesihatan pengguna dan menjaga kebajikan
ternakan dan pekerja perlu diterapkan untuk jaminan pengeluaran dan
pasaran yang berterusan. Perubahan ini perlu dilakukan bagi
mempastikan dayamaju
pelaburan yang dibuat. Garis Panduan Amalan Perladangan Ayam Penelur
Yang Baik ini disediakan untuk memandu pengusaha ayam penelur dalam
meningkatkan kualiti pengurusan ladang ke arah mewujudkan industri
ayam penelur yang berkualiti, berdayasaing dan diyakini oleh pengguna
dan orang ramai.

PENGURUSAN TERNAKAN DAN PERALATAN


Panduan Pengurusan

Menyediakan panduan pengurusan ladang termasuk kaedah pengurusan


ternakan, pemberian makanan dan air minum, pengurusan reban,
vaksinasi, penggunaan dan penyelenggaraan peralatan, pengurusan
kesihatan ternakan dan lain-lain panduan yang berkaitan
Meletakkan panduan ringkas pengurusan ladang di setiap reban supaya
mudah dilihat dan dirujuk oleh pekerja
Kawalan dan Jaminan Kualiti
Mengamalkan pengurusan harian, penggunaan dan penyelenggaraan
kemudahan serta peralatan yang dapat mempastikan pertumbuhan dan
mutu ayam yang baik, pengeluaran telur dan mutunya yang baik..
Mengamalkan pengurusan harian, penyelenggaraan kemudahan serta
peralatan yang dapat mempastikan tidak menyebabkan pencemaran dan
gangguan kepada persekitaran serta perebakan penyakit.
Menyediakan program kepastian kualiti
Mengendali Ayam dan Telur
Memungut telur beberapa kali sehari
Menyimpan telur yang bersih berasingan dari yang kotor dan pecah.
Segala peralatan dan kelengkapan yang berkaitan dengan pengendalian
telur dipastikan bersih. Program penyelenggaraan peralatan disediakan.
Bilik menggred dan menyimpan telur sentiasa dipastikan berkeadaan
bersih. Ruang menggred telur dicuci selepas selesai kerja pada hari
berkenaan.
Menyimpan telur dengan posisi yang betul di tempat yang bersih, bersuhu
rendah dan ventilasi yang baik.

Rekod Ladang
Menyediakan rekod-rekod ladang yang lengkap (rekod sumber anak
ayam, sumber makanan, kematian, singkiran, pemberian ubat, pemberian
vaksin, pengeluaran telur, gred telur dan lain-lain). Rekod-rekod
diselenggara dengan baik dan dikemaskini dari masa ke semasa.
Memantau Prestasi
Menyediakan norma-norma petunjuk produktiviti ladang sebagai
panduan pengurusan menilai kecekapan pengurusan ladang secara
berterusan.(index productivity)
KESIHATAN TERNAKAN
Program Kesihatan
Menyediakan dokumen bertulis program kesihatan ladang dan
melaksanakannya dengan betul.
Perancangan dan pelaksanaan program kesihatan diawasi oleh
perunding veterinar yang diiktiraf
Program kesihatan dinilai dan dikemaskini dari masa ke semasa.
Kawalan Penyakit
Memantau status penyakit di ladang secara berjadual. Menyimpan
rekod pemantauan penyakit dengan lengkap, teratur dan kemaskini.
Mempastikan ladang bebas dari penyakit Newcastle, penyakit zoonotic
(Highly Pathogenic Avian Influenza dan Vancomycin Resistant Enterococci
dan penyakit bawaan makanan (Salmonellosis, E.coli 157, Campylobacter,
Lysteria),
Mengambil tindakan kawalan yang segera apabila dikesan berlaku
penyakit di dalam ladang.
Biosekuriti
Menyediakan dokumen bertulis langkah biosekuriti dan
melaksanakannya dengan betul.
Menyediakan prasarana biosekuriti yang lengkap dan sempurna
Seluruh kawasan sempadan ladang dipagar sekurang-kurangnya
dengan chain link dan diselelenggara baik
Mewujudkan sistem kawalan keselamatan di pintu masuk ke ladang

Menyediakan kemudahan sucihama (pencelup tayar kenderaan dari


jenis berbumbung dan semburan, pencelup kaki, tempat mandi/sembur
hujan (mist spray). Binaannya hendaklah dapat mempastikan
perlaksanaan kerja sucihama yang berkesan
Menyediakan kemudahan yang menepati keperluan biosekuriti kepada
pelawat yang perlu memasuki kawasan pengeluaran.
Menyediakan panduan perlaksanaan amalan peraturan biosekuriti
Hanya satu laluan keluar-masuk kawasan pengeluaran sahaja
digunakan.
Mewujudkan sistem mengawal pergerakan pekerja, pelawat,
kenderaan, peralatan dan barangan termasuk raga ayam, anak ayam dan
makanan keluar-masuk kawasan pengeluaran dan antara reban yang
mempastikan mematuhi protokol biosekuriti ditetapkan.
Membina reban jenis tertutup yang memastikan udara yang disedut
keluar dari satu reban tidak mengarah terus ke reban bersebelahan
Peraturan biosekuriti ditampal di tempat-tempat strategik di dalam
ladang untuk diambil perhatian oleh pekerja.
Keberkesanan perlaksanaan protokol biosekuriti dipantau dan dinilai dari
masa kesemasa dan membuat pembaikan di mana perlu.
Ubatan, Racun dan Bahan Kimia
Mengguna, mengendali dan menyimpan ubat, racun dan bahan kimia
mengikut kaedah sebagaimana diarah oleh pengeluarnya. Dos diguna,
tempoh penggunaan dan persekitaran menyimpannya dipatuhi.
Hanya menyimpan ubat pada kuantiti yang dijangka mencukupi untuk
kegunaan sesuatu tempoh masa sebelum tarikh lupusnya.
Mengguna hanya ubat, bahan kimia dan racun dari jenis yang
diluluskan oleh kerajaan.
Vaksin dan Program Pemvaksinan
Menyediakan dokumen bertulis program pemvaksinan dan
melaksanakannya dengan betul
Program pemvaksinan menggunakan vaksin dari jenis yang sesuai.
Vaksin disimpan. dikendali dan diguna mengiukut kaedah
sebagaimana diarah oleh pengeluarnya.

Baki vaksin yang telah dighuna tidak digalak diguna oleh kerajaan
sahaja
Menggunakan vaksin dari jenis yang dilulus oleh kerajaan sahaja.
Memantau keberkesanan pemvakasinan yang dijalankan.
Sucihama
Reban disucihama dengan sempurna selepas setiap pusingan
pengeluaran, membiarkannya kosong untuk tempoh yang sesuai (Tempoh
yang dapat mematikan pusingan pembiakan agen penyakit) sebelum
kumpulan ayam baru dibawa masuk.
Semua peralatan ladang disucihama sempurna selepas setiap kali
digunakan dan menyimpan di tempat yang bersih dan kering sebelum
diguna semula.
Memantau keberkesanan kerja sucihama yang dibuat
.
SANITASI
Kebersihan
Sentiasa menjaga bersih persekitaran ladang dan premis.
Menyelenggara baik rumput dan tumbuhan di dalam kawasan ladang.
Menyelenggara baik sistem saliran ladang.
Pelupusan Sisa Ladang
Melupuskan dengan segera ayam mati, sarap reban dan sampah.
Mengamalkan kaedah pelupusan yang sempurna ( ditanam di dalam
lubang dengan kedalaman yang sesuai, di dalam lubang bertutup, dibakar
di tempat bertutup, dikompos).
Ayam mati dipungut dan dikendali dengan betul bagi mengelakkan
kemungkinan menjadi punca perebakan penyakit.
Menentukan kaedah pelupusan ayam mati, sampah, sarap dan lain-lain
sisa ladang tidak mencemarkan persekitaran dan kesejahteraan awam.
Menyediakan tempat khas pelupusan sisa ladang jauh dari reban dan
sumber air

KAWALAN MAKHLUK PEROSAK


Protokol Kawalan
Menyediakan secara bertulis dokumen kawalan dan melaksanakannya
dengan betul. Menilai keberkesanan protokol dari masa ke semassa dan
diperbaiki jika perlu.
Binaan Reban dan Setor
Membina reban dan setor jenis kalis burung dan sebaiknya juga kalis
tikus.
Bahan binaan yang digunakan untuk mengawal burung dari memasuki
ke dalam reban dan setor, saiz dan pemasangannya mempastikan burung
tidak boleh masuk ke dalam reban. Pemeriksaan berkala dibuat untuk
mementukan ianya sentiasa berkeadaan baik.
Menentukan tidak ada tempat di dalam kawasan ladang yang menarik
tikus dan burung membuat sarang.
Tumbuhan dan Pokok
Pokok-pokok yang menarik burung ke kawasan ladang tidak digalakkan di
tanam di sekeliling reban. Dahan-dahan pokok yang ditanam berhampiran
dengan reban diselenggara baik.
Menyelenggara dengan baik tumbuhan dan rumput dalam jarak 30 meter
dari kawasan reban supaya tidak melebihi 15 sentimeter bagi
mengelakkan menjadi tempat burung dan tikus bersarang atau
berlindung. Tiada tumbuhan dan rumput sekurang-kurangnya dalam jarak
90 sm. di sekeliling reban.
Kawalan Tikus
Memantau infestasi tikus dari masa ke semasa dan merekod dengan
sempurna. Mengambil langkah mempastikan indeks infestasi tikus tidak
lebih dari 10. Mengambil langkah kawalan jika infestasi tikus melebihi
indeks ini.

KAWALAN PENCEMARAN
Kawalan Lalat
Mengambil langkah-langkah supaya tahap infestasi lalat di ladang di
paras minimum. Program kawalan lalat diwujudkan dan melaksanakannya
dengan betul.
Memantau infestasi lalat di semua peringkat pemeliharaan secara
berkala dan merekod dengan lengkap indeks lalat (menggunakan Scuder
fly grill) mesti tidak lebih dari 10. Mengambil langkah kawalan jika indeks
infestasi melebihi indeks ini.
Kawalan Bau
Mempastikan langkah-langkah supaya tahap bau di ladang yang
terkawal dan tidak mengganggu kesejahteraan persekitaran pada setiap
masa.
Mengambil tindakan sewajarnya dengan segera segala perkara yang
boleh menjadi punca bau busuk di ladang dan persekitaran.
Kawalan Habuk
Mempastikan udara yang disedut keluar dari reban tertutup tidak
mencemarkan udara dan menganggu kawasan persekitaran.
Pencemaran Bunyi
Mempastikan tahap bunyi dari aktiviti perladangan dan kelengkapan
yang digunakan tidak menganggu kesejahteraan awam di sekitar.
KEBAJIKAN TERNAKAN DAN PEKERJA
Pengurusan Ternakan
Ayam bebas dari sebarang bentuk tekanan, kecederaan dan ketidak
selesaan sebaik tiba di ladang dan sepanjang tempoh pemeliharaan,
penangkapan dan pengangkutan.
Ayam mendapat makanan dan air yang berzat dan mencukupi
Sesuai dengan peringkat pembesaran sepanjang masa
Mempastikan ayam mencukupi tempat perlindungan dari cuaca yang
memudaratkan kesihatan
Suhu ruang pemeliharaan sesuai dan sekata mengikut peringkat
pembesaran ayam

Setiap ekor ayam mendapat luas ruang lantai yang cukup dan sesuai
dengan peringkat pembesaran
Setiap ekor ayam mendapat luas ruang bekas makanan dan minum
cukup dan ketinggian yang sesuai dengan peringkat pembesaran.
Menangkap ayam dengan cara yang tidak mencederakannya
Mengangkut ayam menggunakan kenderaan yang mempunyai sistem
ventilasi yang baik
Menyediakan pelan kontigensi sekiranya berlaku kerosakan kepada
kenderaan yang mengangkut ayam
Pengurusan Ventilasi
Memantau paras gas ammonia, karbon monosida, karbon dioksida,
hidrogen sulfida dan oksigen di dalam reban tertutup dari masa kesemasa
bagi mempastikan parasnya tidakj menjejaskan kesihatan ayam dan
pekerja. Paras gas hendaklah seperti berikut:
Gas ammonia

di bawah 20 ppm

Gas karbon monosida

di bawah 40 ppm

Gas karbon dioksida

di bawah 0.3%

Gas oksigen

di atas 16%

Gas hidrogen sulfida

di bawah 5 ppm

Kemudahan Pekerja
Kemudahan perumahan pekerja dan kemudahan untuk pekerja berehat
dan mengambil makan/minum disediakan pada jarak sekurang-kurangnya
15 meter dari reban.
Menyediakan kemudahan tandas yang sempurna di kawasan perumahan
pekerja dan juga di dalam ladang
Menyediakan pakaian dan keselamatan bagi pekerja yang bekerja di
tempat yang berisiko kemalangan atau jangkitan yang tinggi

Harga (di ladang) Terkini Telur Ayam

Tarikh

Harga (sen/biji)
Gred AA

Gred A Gred B Gred C Gred D Gred E

18.3.2015

38.00

37.00

37.00

34.00

33.00

30.00

24.3.2015

36.00

35.00

34.00

32.00

31.00

28.00

Anda mungkin juga menyukai