Anda di halaman 1dari 8

Oleh Ashraf Shuib

https://ashrafshuib.com
ashrafshuib@gmail.com
https://facebook.com/AshrafShuib

Hakcipta terpelihara.

Ebook Serangga Perosak: Kutu Daun (Afid) adalah


percuma dan bertujuan untuk membantu orang ramai
memahami serangga perosak tanaman.

Dibenar untuk memberikan ebook ini secara percuma


kepada sesiapa sahaja tanpa mengubah isi kandungan
ebook. Tidak dibenarkan menjual ebook ini secara
digital mahupun fizikal.

Semoga kita beroleh manfaat.

Ashraf Shuib
23/4/2018

© AshrafShuib.com

© AshrafShuib.com | Sponsor: Abi Agro


Serangga Perosak: Kutu daun (Afid)

Kutu daun atau afid merupakan serangga yang selalu


menyerang tanaman cili. Kutu daun berwarna kuning
kehijauan dan ada kalanya kutu daun dewasa
berwarna hitam.

Kedudukan kutu daun biasanya adalah di bahagian


bawah daun serta banyak berhimpun di urat daun.
Selain itu,kutu daun suka berada di pucuk, bunga dan
putik.

© AshrafShuib.com | Sponsor: Abi Agro


Saiznya sangat kecil, lebih kurang 6mm, namun
masih boleh dilihat dengan mata kasar.
Kutu daun memperoleh makanan dengan menghisap
sap di dalam daun muda, mengakibatkan daun
mengerekot, bertompok hijau muda dan hijau tua,
pertumbuhan daun terbantut, jadi tirus dan keras.

Jika kutu daun berada di bunga dan putik, bunga dan


putik akan kering dan luruh.

© AshrafShuib.com | Sponsor: Abi Agro


Sap merupakan cairan yang mengalir ke seluruh
bahagian tumbuhan. Sap mengandungi air, nutrien
dan manisan.
Adakalanya, kutu daun boleh dikesan bila ada semut
berjalan-jalan pada pokok cili. Ini kerana, semasa
sedang makan,kutu daun akan mengeluarkan
manisan. Manisan ini pula yang menjadi makanan
semut.
Apabila ingin bergerak dari satu tempat ke tempat
yang lain, disebabkan saiz kutu daun yang sangat
kecil, semut akan membantu dengan memindahkan
kutu daun pada urat daun yang lebih segar.
Jika manisan tersebut menitik ke atas daun dan tidak
dimakan semut, titisan manisan itu akan menjadi
perumah bagi kulat.

Kawalan di Rumah
Kutu daun boleh dikawal dengan mencampurkan 1
sudu makan cecair pencuci pinggan ke dalam 1 liter
air.

Kemudian, air sabun tersebut, disembur pada bawah


daun.

© AshrafShuib.com | Sponsor: Abi Agro


Kawalan Secara Kimia

Semburan dengan racun Profenofos, Prothiophos,


atau Imidaclorprid.

Kawalan Secara Semulajadi


Pemangsa yang makan kutu daun adalah ladybird,
mentadak dan lacewing Untuk menarik lebih banyak
pemangsa supaya berada di dalam kawasan
tanaman cili, disyorkan untuk menanam pokok-pokok
bunga berwarna terang di sekitar tanaman cili.

© AshrafShuib.com | Sponsor: Abi Agro


TERIMA KASIH!

fb.me/AshrafShuib | ashrafshuib.com |
ashrafshuib@gmail.com

© AshrafShuib.com | Sponsor: Abi Agro


SPONSOR

Kit Menanam Hidroponik Hygrowpot Link Tech


Cute Generation 2 (HLT G2)
Kit hidroponik ini mengandungi 3 pot tanaman. Sesuai
untuk tanam pokok sayuran berdaun seperti
salad,kailan,sawi,daun sup, kucai, pudina, basil dan
herba-herba yang digunakan dalam masakan.
Tidak perlu selalu menyiram dan membaja.

Dapatkan HLT G2 dengan klik link di bawah:

https://abiagro.com.my/product/set-hidroponik-
hygrowpot-linktech-cute/

‘Kedai Hidroponik Online’


www.abiagro.com.my

© AshrafShuib.com | Sponsor: Abi Agro

Anda mungkin juga menyukai