Anda di halaman 1dari 6

CILI PADI - PENYAKIT DAN PEROSAK

CILI PADI (Capsicum frustecens Linn) merupakan sejenis


tanaman daripada keluarga Solanaceae yang memberikan
rasa pedas kepada makanan. Tanaman cili padi
mempunyai banyak musuh dan penyakit jika ditanam
secara komersil dan sehingga kini belum mempunyai
teknologi yang sesuai untuk mengawal penyakit cili padi
berasaskan virus dan bakteria. Pengalaman penulis yang
banyak kali menanam cili padi mendapati, diantara
masaalah utama adalah serangan Penyakit Kerinting
Daun dimana pokok cili padi akan cepat mati selepas itu.
Beberapa teknologi yang telah diaplikasi tetapi belum
jumpa yang betul-betul 'baik punya' untuk mengatasi
masaalah ini. Bekalan cili padi yang kurang dan serangan
penyakit menyebabkan harga cili padi tidak pernah jatuh
terutama pada musim tengkujuh. Nama lain bagi Cili padi
adalah seperti Cili Api, Cili Rawit (Lombok Rawit), Cabai
Burung, Lada Jarum atau Lada Tunggeng (kerana
buahnya dalam keadaan terbalik)dan bermacam lagi.
Pemerhatian yang saya buat mendapati cili padi ini
merupakan sejenis tumbuhan sangat popular di beberapa
negara Asia Tenggara terutama di Malaysia, Indonesia
dan Thailand. Penanaman cili padi di Malaysia saya dapati
tidak ada maklumat rasmi mengenai keluasannya kerana
ia tidak spesifik dilaporkan (Keluasan dikira bersama
dengan cili merah atau cili besar). Penanaman cili padi
dibuat untuk bekalan domestik dan ia menerima
permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat tempatan
setiap hari. Artikel petang ini saya berfikir untuk menulis
dalam "Anim Agro Technology" mengenai penyakit dan
perosak tanaman cili padi yang merupakan cabaran
utama dalam penanaman cili dinegara kita.

Terdapat banyak ancaman terhadap pokok cili termasuk


cili padi. Antara penyakit utamanya adalah seperti
Penyakit Layu Bakteria Kerinting Daun yang disebabkan
oleh Virus Tristeza (Lihat foto sebelah). Perkara
merupakan satu dari masaalah dalam penanaman cili padi
dan sentiasa menjadi 'Ketakutan' kepada petani yang
menanam cili padi. Pemerhatian yang saya jalankan dan
temubual dengan beberapa petani mendapati, apabila
telah mula berlaku serangan kerinting daun pada satu
dahan atau pokok, ianya akan cepat merebak kepada
pokok lain dengan cepat jika tidak dikawal dengan segera.
Beberapa kajian dan pemerhatian melihat antara tanda
serangan apabila dilihat daun muda yang aktif mula
kerinting. Selalunya ia akan kelihatan berkerekot atau
bergulong dan kadang-kadang kekuningan sedikit bermula
pada satu dahan dan akan membiak kekawasan lain.
Akibatnya pokok tidak dapat menjalankan fotosintesis
dengan cekap dan pengeluaran bunga akan terganggu
atau tidak berbunga langsung. Lazimnya tunas-tunas baru
tidak akan keluar dan jika ada buah pun saiznya sangat
kecil(macam cili mini). Sehingga kini memang belum ada
kajian terperinci bagaimana punca serangan tetapi
serangga seperti koya, semut, aphids serta serangga lain
mungkin menjadi agen merebaknya penyakit ini selain
daripada petani sendiri yang kurang menjalankan sanitasi.
Kawalan dengan racun kimia hampir tiada langsung
dimana adalah disyorkan agar dahan pada pokok
diserang dipotong dan dibakar. Bagaimana pun syor yang
terbaik adalah jika berlaku serangan yang sangat teruk
maka seluruh pokok dalam kebun tersebut mesti dicabut
dan dibakar. Kajian dijalankan juga mendapati jika banyak
pokok dalam kebun telah banyak diserang lebih balik
musnahkan semua dimana jika di tanam baru adalahlebih
praktikal.

Kedua adalah Penyakit Bintik Daun(Cercospora


spp) pula mengakibatkan daun yang diserang berbintik
dan mengurangkan aktiviti fotosintesis (Sila lihat foto
disebelah).Bagaimana pun penyakit ini boleh dikawal
dengan semburan racun Benomyl. Serangan bintik daun
jika tidak dikawal juga akan mengurangkan hasil atau
menurunkan kualiti buah cili. Ketiga yang menyerang cili
padi adalah Penyakit Antraknos Buah Cili Padiyang
disebabkan oleh kulat Collectotricum spp. dimana
serangan ini akan merosakkan kualiti buah cili padi.
Lazimnya kaedah kawalan dengan semburan racun
seperti Mancozeb dengan kadar disyorkan pada label.
Penting untuk diberitahu kepada petani bahawa setelah
semburan racun dibuat jangan terus dipetik buah cili padi
dan tunggu TDMH (Tempoh Dilarang Mengutip
Hasil) seperti yang dituliskan pada label racun. Petani
sebaiknya perlu menghasilkan cili padi yang Berkualiti,
Bersih, Berkhasiat dan yang penting tidak ada sisa baki
raacun didalamnya. Ini bagi menjamin bahawa cili padi
tersebut selamat dimakan melalui amalan baik ladang
atau MyGAP. Kalau dikampong dulu memang petani tidak
pernah sembur racun pada pokok cili yang menyebabkan
kita boleh dakwa ia 'Cili Organik'.

Antara penyakit cili padi yang paling kritikal


adalah Penyakit Layu Bakteria yang disebabkan
oleh Phytium spp atauFusarium spp yang mengakibatkan
pokok yang diserang akan layu dan boleh mati jika tidak
dikawal segera. Penyakit ini mudah menyerang tanaman
cili padi terutama jika kawasan tersebut pernah ditanam
dengan cili padi atau tanaman lain dari famili Solanaceae
dan tanah agak lembab. Kawalan untuk penyakit ini
adalah dengan kaedah Amalan Pertanian Baik seperti
mencabut pokok yang telah diserang dan perlu
membakarnya, semburan racun kulat , memilih anak benih
rintang penyakit, kebersihan ladang dan jalankan giliran
tanaman. Serangan boleh berlaku dari peringkat awal
pertumbuhan sehingga pokok matang untuk berbuah. Jika
berlaku pada peringkat awal penanaman perlu dijalankan
sulaman anak benih. Jalankan pemantauan di kawasan
tanaman cili dari kemungkinan jangkitan dari pokok yang
telah diserang.

Saya dapati diantara perosak tanaman cili padi adalah


Hamama Merah, Kutu Daun dan Aphids serta Koya.
Serangga ini merupakan agen untuk peyebaran pathogen
pembawa penyakit sama ada kulat, bakteria atau virus
pada pokok cili. Koya yang tinggal di bawah daun yang
telah berkerekot dimana lazimnya akan menghasilkan
cecair manisan (secretion) yang akan menyebabkan
semut suka akan manisan tersebut menghisapnya,
berlendir dan memnyebabkan akan wujudnya kulat Jelaga
Hitam. Koya juga mampu bergerak keseluruhan pokok cili
padi dimana ini menyebabkan kadar serangan penyakit
cepat merebak. Bagi mengawal masaalah kutu daun
boleh digunakan semburan racun kimia seperti
chlorpyrifos imidachlorpid mengikut arahan pada label.
Serangan Hamana Merah boleh dikawal dengan
semburan racun Malathion atau Dichlofol. Penanaman cili
padi sememangnya boleh dilakukan sendiri dikawasan
keliling rumah yang mudah kita lihat dan menjaganya.
Wasallam!

Anda mungkin juga menyukai