Anda di halaman 1dari 7

TAHUN

Sistem Pernomboran Gundalan adalah sistem yang paling awal muncul dalam sejarah tamadun manusia. Sistem inilah yang menjadi batu asas bagi kebanyakan sistem penomboran lain yang diasaskan seterusnya. Sistem ini adalah sangat kuno sehingga perihalnya tidak diketahui dan ahli arkeologi percaya bahawa ia mula digunakan pada permulaan zaman. Mengikut kronologi sejarah pembentukan sistem nombor, didapati sistem Mesir dan Babylon berkembang pada masa yang lebih kurang sama. Sistem penomboran Mesir berkembang sekitar 3400 SM manakala sistem penomboran Babylon pula pada 3000 2000 SM. Namun begitu, didapati sistem Babylon adalah jauh lebih canggih berbanding Mesir dan juga sistem-sistem penomboran lain. Seterusnya, sistem penomboran Roman pula muncul sekitar 500 SM dan berkembang sehingga 100 AD. Sistem ini digunakan sehingga ia diketepikan oleh sistem penomboran Hindu-Arab yang muncul pada tahun sekitar 800 AD. Ini adalah kerana sistem Hindu-Arab didapati lebih berguna. Di antara tempoh masa ini, satu lagi sistem penomboran yang penting juga telah berkembang. Ianya adalah sistem penomboran Mayan yang berkembang sekitar 300 - 900 AD. Seperti yang dinyatakan di atas, sistem penomboran Hindu-Arab muncul pada sekitar tahun 800 AD dan selepas itu ianya digunakan sehingga kini kerana ciri-cirinya yang mempunyai pelbagai kekuatan.

SISTEM TULISAN
27

Sistem gundalan adalah sistem yang mempunyai hanya satu simbol yang paling ringkas sekali iaitu tanda gundalan (tally marks). Ia merupakan satu garisan tunggal yang mewakili objek yang dikira. Biasanya tanda gundalan kelima ditandakan dengan garisan melintang di atas setiap empat gundalan. Contoh sistem tulisan gundalan:

Dalam sistem penomboran Mesir pula terdapat 7 simbol yang berbentuk gambar. Ianya ditulis atau dilukis dalam bentuk hieroglif yang bermaksud gambar kecil. Sistem ini tiada nilai sifar di dalamnya. Contoh sistem tulisan hieroglif adalah seperti berikut:

Sistem penomboran Babylon pula menggunakan sistem tulisan kuneiform atau tulisan berbentuk baji. Terdapat 2 jenis simbol/ gambar sahaja dalam sistem tulisan ini. Simbol-simbol inilah yang digunakan untuk menanda 59 digit bukan sifar di dalam sistem ini. Contoh sistem tulisan kuneiform adalah seperti berikut:

Sama seperti sistem penomboran Mesir, sistem penomboran Roman juga menggunakan 7 simbol dalam sistem tulisan mereka. Tetapi bezanya adalah mereka gunakan simbol dan bukannya gambar seperti orang Mesir. Mereka menggunakan sistem angka Rom Kuno yang berdasarkan huruf-huruf abjad Latin yang digabungkan untuk menunjukkan jumlah nilai. Berikut adalah contoh sistem tulisan orang Roman:

27

Sistem penomboran Mayan pula menggunakan hanya 3 gambar iaitu: sifar (berbentuk cengkerang), satu (satu titik) dan lima (satu baris). Contoh sistem tulisan mereka adalah seperti berikut:

Akhir sekali ialah sistem penomboran Hindu-Arab yang kita sedang gunakan sekarang ini. Ia menggunakan nombor-nombor dari 0 hingga 9 seperti yang sedang kita gunakan dalam kehidupan harian kita ini. Contoh tulisannya adalah seperti berikut:

SIstem nombor

Sistem nombor merupakan asas bagi sesuatu sistem penomboran. Ia yang menentukan sama ada sistem tersebut mempunyai kelemahan atau kekuatan untuk terus digunakan. Mari kita lihat sistem nombor yang digunakan oleh setiap tamadun yang terlibat. Dalam sistem penomboran gundalan sistem asas 1 digunakan. Sistem nombor ini adalah sangat ringkas dan akan berterusan. Ini yang menyebabkan sistem penomboran gundalan amat susah digunakan semasa zaman kegemilangannya. Seterusnya ialah sistem penomboran Mesir. Mereka telah menggunakan angka Rom kuno dengan asas 10. Sebenarnya tiada nama spesifik untuk sistem ini melainkan

27

sekarang ianya dipanggil sistem decimal. Orang Mesir juga menggunakan asas 10 dalam sistem penomboran mereka. Begitu juga dengan sistem nombor terkini iaitu sistem penomboran Hindu-Arab. Sistem penomboran Babylon pula menggunakan sistem asas 60 yang dinamakan sexagesimal. Sistem ini adalah antara sistem penomboran yang paling canggih. Sistem Vigesimal atau lebih dikenali sebagai sistem asas 20 adalah sistem nombor yang digunakan dalam sistem penomboran Mayan.

OPERASI YANG DIGUNAKAN

Sekarang mari kita lihat operasi yang digunakan dalam sistem-sistem penomboran awal. Operasi yang digunakan menentukan kecekapan sesuatu sistem. Dalam sistem gundalan, operasi yang digunakan adalah pengiraan semata-mata atau lebih dikenali sebagai pengumpulan. Walaupun ianya berfungsi semacam operasi penambahan, tetapi tidak melibatkannya. Sistem penomboran yang pertama menggunakan operasi penambahan adalah sistem penomboran Mesir. Gandaan nilai-nilai diungkapkan dengan mengulang simbolsimbol berdasarkan nilai yang dikehendaki. Ini akan memberikan jumlah kuantiti yang direkodkan. Sistem penomboran Roman pula mula menggunakan operasi pendaraban dalam sistem mereka selain operasi penambahan. Terdapat juga operasi penolakan dalam sistem mereka dan inilah yang menyebabkan sistem mereka agak rumit. Bagi ketiga-tiga sistem penomboran Babylon, Mayan dan Hindu-Arab, operasi penambahan dan pendaraban digunakan di dalamnya.

27

Nilai tempat & nilai sifar


Konsep nilai tempat merupakan suatu aspek penting dalam sistem penomboran kerana kedudukan digit dalam sesuatu nombor mempunyai nilai tertentu. Bagi sistem penomboran gundalan, tiada nilai tempat yang digunakan. Begitu juga dengan nilai sifar tidak wujud pada masa itu. Dalam sistem penomboran Mesir pula, nilai tempat tidak dianggap penting kerana kedudukan gambar juga adalah tidak penting. Ini bermaksud kita boleh menilai angka tersebut walaupun tiada urutan yang betul. Nilai sifar juga belum wujud pada masa itu. Nilai tempat bagi sistem penomboran Roman wujud kerana tulisannya mempunyai urutan. Pada masa itu juga nilai sifar belum wujud lagi. Dalam sistem Babylon, sifar tidak digunakan sebagai nombor, tetapi tempat kosong akan ditinggalkan dalam tulisan mereka untuk menandakan nilai kosong. Nilai tempat juga tidak digunakan dalam sistem ini. Bagi sistem penomboran Mayan dan Hindu-Arab, nilai sifar dan nombornya telah pun digunakan. Dari aspek nilai tempat pula, orang Mayan menyusunnya secara menegak manakala sistem Hindu-Arab meyusunnya secara cerakin.

27

Sebelum wujudnya nombor atau angka yang berpiawai dan seragam seperti hari ini, pelbagai cara telah digunakan oleh masyarakat zaman dahulu kala untuk menterjemahkan angka atau kuantiti yang dikehendaki. Tidak lama kemudian, manusia telah mula mencipta sesuatu yang lebih memudahkan mereka dengan mencipta simbol-simbol untuk mewakili sesuatu angka seperti yang telah dibincangkan. Lazimnya, mereka mula menggunakan objek sekeliling, tumbuhan dan binatang sebagai simbol angka tersebut. Harus ditekankan bahawa, sistem penomboran sebegitulah yang menjadi asas kepada sistem penomboran kita pada hari ini. Pelbagai simbol yang wujud semakin hari diperbaiki dan dipermudahkan sehinggalah membentuk angka yang kita ada pada hari ini. Dengan wujudnya sistem pengangkaan pada zaman dahulu, maka wujudlah juga sistem pengangkaan yang ada seperti hari ini setelah sistem terdahulu mengalami pelbagai perubahan. Dari zaman ke zaman, manusia sentiasa memperbaiki sistem tersebut supaya kerja dan tugas manusia menjadi lebih mudah. Daripada simbol yang menggunakan lambang objek sekeliling, tumbuhan dan binatang, telah berubah kepada simbol nombor yang semakin mudah ditulis dan difahami oleh semua pihak. Sebagai rumusan daripada kajian sistem-sistem penomboran gundalan, Mesir, Roman, Babylonian, Mayan dan Hindu-Arab ini, saya dapat mengetahui satu perkara. Setiap sistem penomboran ada perkaitan antara satu sama lain sejak dari mula lagi. Sebab itulah kita boleh mendapati satu kronologi jika kita lihat kepada tahun-tahun setiap sistem penomboran yang diasaskan adalah berbeza dan menunjukkan satu perkaitan. Segalanya bermula daripada sistem gundalan dan buat masa sekarang, ianya diteruskan dengan sistem penomboran Hindu-Arab. Siapalah tahu mungkin satu lagi sistem nombor yang lebih canggih akan wujud pada masa hadapan. Walau apa pun, intervensi sistem penomboran Hindu-Arab adalah yang terbaik kerana mempunyai 4 ciri universal yang penting. Ia telah banyak mengubah dan mengembangkan bidang matematik dan menyumbang kepada pemodenan tamadun dunia. Kita juga tidak perlu lupa bahawa sistem ini juga melalui proses evolusinya yang tersendiri. Jadual berikut menunjukkan perbandingan antara keenam-enam sistem penomboran yang telah dibincangkan.

27

Seow Siew hua (1995),Pengajaran Matematik KBSR: selangor penerbit fajar bakti Sdn.Bhd Mok Soon Sang (1996),Pengajian Matematik untuk Diploma Perguruan: Kuala Lumpur Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Mok Soon Sang (1993), Matematik untuk Dinamika Guru: Kuala Lumpur Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

http://www.slideshare.net/IfHim/sistem-penomboran-mte3101 http://mymathbp73.blogspot.com/2012/12/sistem-pernomboran-hindu-arabyang.html http://kumaresankumaresh.blogspot.com/2013/04/jadual-perbandingan-antarasistem.html http://muveethiviya.blogspot.com/2013/04/jadual-perbandingan-antarasistem.html http://www.slideshare.net/IfHim/sistem-penomboran-mte3101 www.wikipedia.org

27

Anda mungkin juga menyukai