Anda di halaman 1dari 7

SEJARAH OLAHRAGA

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

Dari masa ke semasa, kebolehan manusia menjadi satu acara pertandingan yang
menarik, sehingga mampu menarik minat ramai orang dari serata dunia sejak dahulu lagi. Dari
situ lahirlah istilah olahraga (athletics) yang merangkumi acara-acara berlari, melompat dan
melontar . Mereka yang melibatkan diri dalam olahraga ini dikenali sebagai olahragawan (lelaki)
dan olahragawati (perempuan).

SEJARAH AWAL
Berdasarkan catatan sejarah 'olahraga' dipercayai bermula lebih kurang 1000 tahun
sebelum masihi di Greece Kuno. Ini bermakna, olahraga ini sudah diadakan lebih 3000 tahun
lampau. Berdasarkan sejarah ini maka olahraga merupakan salah satu sukan tertua di dunia.
Sukan olimpik Kuno yang diadakan pada tahun 776 sebelum Masihi di Greece yang merupakan
tempat bermulanya tamadun manusia.
Dengan kata lain orang-orang Greece sudah melibatkan diri dalam olahraga, walaupun
matlamat mereka pada mulanya bukanlah sebagai sukan, tetapi lebih kepada salah satu bidang
seni. Menurut buku The Encyclopedia of sports, acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan
ialah lompat jauh, iaitu oleh ahli sukan Sparta bernama Chionis pada sukan olimpik tahun 656
sebelum Masihi. Beliau melompat sejauh 23 kaki 1 inci.
PERKEMBANGAN AWAL
Olahraga yang merupakan acara yang menjadi keutamaan dalam perjumpaan Sukan
Olimpik kuno ini mula mendapat perhatian ramai. Ia diadakah empat tahun sekali dan terus
berlangsung sehinga tahun 397 sebelum Masihi. Tetapi ia terus dimatikan oleh Maharaja Rom,
Theodosius.
Walaupun tiada pertandingan khusus untuk olahraga selepas itu, manusia tetap
meneruskan aktiviti berlari, melompat dan membaling. Tempoh lenyap dari sebarang
pertandingan ini tidak melibatkan negara-negara lain. Ini kerana negara lain meneruskan
pertandingan. Ini berlarutan sehingga abad ke 17.

Di England, Sukan Olahraga berjaya dihidupkan oleh Royal Military College di


Sandhurst yang telah mengadakan temasya sukannya pada tahun 1812. Lima tahun kemudian,
kelab olahraga pertama dunia ditubuhkan. Kelab itu ialah The Necton Guild. Selepas itu
semakin banyak sekolah di England turut mengambil bahagian dalam sukan ini. Pada tahun
1850, sebuah kelab olahraga peringkat Universiti telah ditubuhkan oleh Oxford University, iaitu
Exeter College Athletic Club dan kelab ini masih wujud hingga sekarang.
Tahun-tahun 1860-an merupakan tahun-tahun perkembangan olahraga di England.
Kejohanan olahraga berbentuk terbuka mula diadakan. Pada masa yang sama olahraga
diperkenalkan di Kanada dan Amerika Syarikat. Kejohanan olahraga kebangsaan pertama di
dunia diadakan pada tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England dengan Ireland.
Kedatangan olahraga ke Amerika Syarikat telah mendapat sambutan menggalakkan
dari negara itu. Menjelang abad ke-20, ramai ahli olahraga Amerika Syarikat yang menunjukkan
peningkatan yang membanggakan sehingga mampu menguasai banyak pertandingan.
Walaupun rekod-rekod dunia pada ketika itu tidak diiktiraf oleh Persekutuan Olahraga Amatur
Antarabangsa sehingga tahun 1913, namun daripada senarai pemenang pada awal abad ke 20
menunjukkan sebahagiannya dikuasai oleh Amerika Syarikat.
Dari tahun ke setahun, sukan olahraga telah banyak berkembang ke beberapa buah
negara dan bilangan negara yang berjaya menghasilkan atlet bertaraf dunia turut meningkat.
Bagaimanapun prestasi yang ditunjukkan oleh atlit-atlit Amerika Syarikat masih tidak tergugat.
Kemunculan peserta-pesertanya daripada keturunan Negro terus meningkatkan prestasi dan
kejayaan atlet-atlet Amerika Syarikat ini.
Atlet-atlet dari negara-negara Eropah turut mencatat kejayaan khususnya dalam sukan
Olimpik yang merupakan perjumpaan sukan tidak rasmi yang menjadi ukuran kepada pesertapeserta Amerika Syarikat dan Eropah. Begitu juga dengan atlet-atlet Amerika Syarikat dari
Austarlia dan New Zealand, yang turut memberikan cabaran kepada peserta-peserta Amerika
Syarikat dan Eropah. Pada peringkat ini, peserta-peserta dari Afrika dan Asia gagal memberikan
saingan kepada atlet-atlet Amerika Syarikat, Eropah, Australia dan New Zealand.
Selepas tahun-tahun 1960-an barulah muncul peserta-peserta dari Afrika dan Asia yang
mampu memberikan saingan, walaupun kejayaan yang mereka capai masih belum
memberangsangkan. Tetapi kini atlet-atlet Afrika dan Asia sudah mampu menyaingi malah
mengatasi penguasan atlet-atlet Amerika Syarikat dan Eropah, khususnya dalam sukan
Olimpik.

Sambutan penduduk dunia terhadap sukan olahraga terus meningkat. Pelbagai


kejohanan dan perjumpaan telah diadakan sama ada peringkat kawasan, kebangsaan ataupun
di peringkat yang lebih kecil. Malaysia juga tidak ketinggalan. Sejak tahun 1926, kejohanan
kebangsaan telah diadakan.
Daripada kejohanan inilah wakil-wakil negara dipilih untuk mengambil bahagian dalam
perjumpaan sukan atau olahraga di pelbagai peringkat antarabangsa. Walaupun kejayaan di
peringkat Oimpik masih belum dicapai oleh atlet negara kita, namun di peringkat yang lebih
kecil seperti sukan Asia ataupun sukan Komanwel, kita pernah mencapai kejayaan.
Penubuhan persatuan-persatuan olahraga di sesebuah negara telah memberi
kesempatan kepada negara-negara tersebut untuk mengambil bahagian dalam kejohanan atau
perjumpaan sukan olahraga yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau pesatuan yang
bergabung di dalam Sukan Olimpik.
Apabila Sukan Olimpik Moden pertama diadakan pada tahun 1896 di Greece (tempat
kelahiran Sukan Olimpik Kuno), olahraga telah menjadi acara wajib. Malah olahragalah yang
menjadikan Olimpik sebagai sukan sebenar. Tanpa olahraga, tidak mungkin sukan Olimpik
menjadi begitu meriah, malah mungkin juga Olimpik tidak dianjurkan oleh Persekutuan
Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung di bawah Majlis Olimpik Antarabangsa. Orang
yang bertanggungjawab untuk menghidupkan Sukan Olimpik ialah Baron Pierre de Coubertin.
Pada Sukan Olimpik yang pertama seramai 295 orang peserta telah mengambil bahagian.
Daripada jumlah, 214 orang adalah peserta tuan rumah, manakala bakinya adalah peserta luar.
Olahraga merupakan acara yang pertama dipertandingkan.
Selepas daripada itu, Sukan Olimpik kian berpengaruh. Pada Sukan Olimpik yang
diadakan di Barcelona 1992 dimana seramai 135 negara telah mengambil bahagian termasuk
Malaysia. Cogan kata Sukan Olimpik ialah 'Perkara yang penting di dalam sukan bukanlah
kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting di dalam hidup ialah
berusaha'.
Malaysia mula mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik tahun 1959 di Melboune, iaitu
di dalam empat acara sukan iaitu Hoki, olahraga, angkat berat dan renang. Bermula dari tahun
itu Malaysia tidak pernah gagal untuk turut serta kecuali pada tahun 1980, kerana membantah
tindakan Rusia (yang menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada tahun itu) kerana menceroboh
Afghanistan. Selain Malaysia terdapat lebih kurang 68 negara lain, termasuk Amerika Syarikat
yang tidak turut serta.

Hingga kini kita masih belum memenangi sebarang pingat selain daripada satu pingat
gangsa yang dimenangi oleh pasangan badminton negara di Barcelona pada tahun 1992. Acara
olahraga yang sering mempunyai wakil, belum pernah mencatat sebarang kejayaan atau
prestasi membanggakan. Bagaimanapun semangat Olimpik dan kesukanan serta persahabatan
merupakan faktor kepada penyertaan kebanyakan negara, termasuklah Malaysia.
Organisasi badan tertinggi yang bertanggungjawab ke atas setiap aktiviti dan kejohanan
olahraga di dunia ialah Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa (International Amateur
Athletic Federation = IAAF) yang ditubuhkan pada tahun 1912. Setiap negara dunia boleh
bergabung di dalam persekutuan ini iaitu menerusi persatuan negara msing-masing ini
termasuklah negara kita.
Setiap kejohanan peringkat antarabangsa dianjurkan sama ada oleh IAAF ataupun
mendapat kebenaran daripadanya. Kini, oleh kerana kebanyakan atlet terkenal di dunia telah
digolongkan sebagai olahragawan profesional, maka skop, peranan dan fungsi badan dunia ini
sedikit terjejas. Bagaimanapun ia masih merupakan satu-satunya persekutuan yang mengiktiraf
sebarang rekod atau pencapaian yang dicapai oleh seseorang atlet.
Untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan utama dunia seperti Sukan Olimpik,
Sukan Komanwel, Sukan Asia dan seumpamanya, terdapat pula badan lain yang
bertanggungjawab khusus untuk sukan-sukan. Umpamanya, untuk Sukan Olimpik terdapat
Majlis Olimpik Antarabangsa, Sukan Komanwel pula terdapat Majlis Sukannya sendiri. Dengan
demikian IAAF berperanan sebagai badan penasihat dan pengikhtiraf semua perjumpaan sukan
terbesar ini. Sebagai badan sukan olahraga tertinggi dunia, IAAF bertanggungjawab dalam
mengeluarkan peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan bidang sukan ini.

Acara- acara olahraga boleh dibahagikan dalam dua kumpulan utama iaitu :
1.

Acara balapan

2.

Acara-acara padang

Acara Balapan
Semua acara balapan kecuali acara jalan kaki, dijalankan di atas trek atau litar yang
ditandakan. Walaupun acara jalan kaki dikelaskan sebagai satu acara balapan tetapi

sebenarnya ia dijalankan di jalan raya dan jarang di trek. Acara-acara balapan termasuklah lari
pecut, lari berganti-ganti, lari berpagar, steeplechase, lari jarak sedarhana dan jauh dan berjalan
kaki.
Acara balapan ialah :1.

Lari Pecut

a)

100 meter

b)

200 meter

c)

400 meter

2.

Lari berganti-ganti

a)

4 x 100 meter

b)

4 x 200

c)

4 x 400

3.

Lari berpagar

a)

100 meter wanita

b)

110 meter lelaki

c)

400 meter

4.

Steeplechase

a)

3,000 meter

5.

Lari jarak sedarhana dan jauh

a)

800 meter

b)

1,500 meter

c)

3000 meter

d)

5000 meter

e)

10,000 meter

6.

Berjalan kaki

a)

20 km

b)

50 km

Acara-acara Padang
1.

Acara lompatan

2.

Acara balingan

Terdapat dua jenis acara lompatan:


a)

untuk ketinggian iaitu acara lompat tinggi dan lompat bergalah

b)

untuk jarak jauh iaitu acara lompat jauh dan lompat kijang.

1.

Acara Balingan :

a)

lempar cakera

b)

rejam lembing

c)

lempar tukul

d)

lontar peluru.

Selain daripada acara-acara balapan dan padang terdapat juga acara-acara lain yang
dipertandingkan dalam temasya olahraga :

a)

Decathlon

b)

Penthathlon

c)

Marathon

d)

Merentas desa

Anda mungkin juga menyukai