Anda di halaman 1dari 2

Jadual Pembajaan Tanaman Fertigasi Bahagian 2: Cili fertigasi - MyAgri... http://myagri.com.my/2016/01/jadual-pembajaan-tanaman-fertigasi-baha...

MyAgri.com.my
Pakar Industri Pertanian

Jadual Pembajaan Tanaman Fertigasi Bahagian 2: Cili fertigasi


Posted on January 25, 2016 by ysuhaimi

Pada artikel yang lepas, kita sudah tahu waktu yang sesuai untuk memberi larutan baja adalah pada waktu pagi
dan jumlah kuantiti air yang diperlukan adalah bergantung pada jenis tanaman.

Sekarang mari kita buat jadual kekerapan pembajaan untuk tanaman cili fertigasi.

1. Keperluan air untuk tanaman cili adalah 1 – 1.5 liter secara umumnya. Tetapi untuk peringkat 3 minggu ke
bawah keperluan air adalah sebanyak 600 ml dan keperluan air akan meningkat seiring dengan pembesaran
tanaman cili. Pada peringkat dewasa atau minggu ke empat selepas pindah ke polibeg keperluan air adalah
sebanyak 1 liter. Harus diingat keperluan air, bukan air baja.

2. Manakala untuk air atau larutan baja bagi tanaman cili adalah separuh daripada keperluan harian air. Contoh
keperluan air untuk tanaman 3 minggu ke bawah selepas dipindahkan ke polibeg adalah 600 ml, maka keperluan
air baja adalah 300 ml. Jadi di dalam satu hari, kita mesti berikan air baja dan air kosong untuk mencukupi
keperluan pokok berusia 3 minggu.

3. Harus diingat, jika kita berikan air sebanyak 600 ml sekali gus, pokok tidak mampu mengambilnya,
menyebabkan air ini akan mengalir melalui lubang lebihan air dan merugikan pengusaha. Sebaiknya, air baja
perlu diberikan mengikut kekerapan sebanyak 200 – 300 ml sekali.

4. Bagi tanaman berusia 4 minggu ke atas, keperluan air adalah 1 liter, maka keperluan air baja adalah sebanyak
0.5 liter.

Boleh cuba jadikan jadual di bawah sebagai panduan untuk membina jadual pembajaan tanaman cili anda.

1 of 2 2/16/2020, 1:09 AM
Jadual Pembajaan Tanaman Fertigasi Bahagian 2: Cili fertigasi - MyAgri... http://myagri.com.my/2016/01/jadual-pembajaan-tanaman-fertigasi-baha...

Perhatian yang harus diberikan oleh pengusaha sebelum membina jadual kekerapan adalah jumlah air daripada
mikrotiub dan dripper (air keluar / minit). Jumlah air yang keluar melalui dripper bergantung pada susun atur
ladang serta head dan HP pam air. Pengusaha perlu membuat commisioning sistem pengairan untuk
mengetahuai aliran air / minit ini. Artikel akan datang saya tunjukkan macam mana kita membuat commisioning
sistem pengairan.

Jadual pembajaan berubah mengikut lokasi dan cuaca kebun atau ladang pengusaha.

Kongsikan!

0
Shares
This entry was posted in Fertigasi and tagged cili, cili fertigasi, fertigasi, fertigasi cili, pembajaan. Bookmark the permalink.

2 Responses to Jadual Pembajaan Tanaman Fertigasi Bahagian 2: Cili fertigasi

Wa says:
February 1, 2016 at 5:31 am

teknik baru?
Dulu2 sehari dengan lima kali siraman, semuanya air baja AB.
Teknik baharu ini nampaknya menjimatkan.
Log in to Reply

ysuhaimi says:
February 1, 2016 at 4:47 pm

Ini bukan teknik baru. Tapi inilah mazhab fertigasi yang tepat dan benar.
Log in to Reply

MyAgri.com.my
Proudly powered by WordPress.

2 of 2 2/16/2020, 1:09 AM

Anda mungkin juga menyukai