Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmani rrahim.

*iqomat*

Kawan kawan tahu tak bacaan apa yang saya baca sebentar tadi?

Ini ialah bacaan iqomat yang dibaca sebelum menunaikan solat.

Sebagai pembuka kalam,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillahi robbi ‘alamin, wassolatu wassalamu ‘ala asyrofil anbiya’I wal mursalin. Wa’ala alihi
wasohbihi ajmain. Amma ba’du.

Bergema indah laungan azan,

Tajuk tazkirah, SOLAT TIANG AGAMA.

Apa kabar kawan kawan? Sihat ke tidak tu?

Kawan kawan, menunaikan solat adalah ibadat yang terdiri daripada perkataan dan perbuatan
tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram diakhiri dengan salam.

Firman Allah subhanahu wa ta’ala :

Wa aqimus solata wa a tuz zakah.

Maksud : “Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat.

(Surah al Baqarah, ayat 43 yang menerangkan kita tentang kepentingan solat. Sehingga kita
mengetahui bahawa betapa pentingnya solat ini sehingga Allah menyebutnya di dalam kitab al Quran
Nul Qarim).

Tetapi, telah kita lihat bahawa umat Islam zaman kini kebanyakkannya lalai dan meninggalkan solat
tanpa sedetik perasaan pun tersisa takut akan Allah. Betapa menyedihkan umat Islam zaman kini!

Rasulullah salallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

Bainal ‘abdi wa bainal kufri, tarkus solah.

Yang bermaksud : Batas antara seorang hamba dengan kekafiran adalah meninggalkan solat.

SOLAT! SOLAT! SOLAT! SOLATLAH SEBELUM KITA DISOLATKAN. SOLATLAH SELAGI BADAN KITA
MASIH MAMPU MENYEMBAH ALLAH. SOLATLAH SELAGI HAYAT MASIH DIKANDUNG BADAN.
Sedangkan sahabat baginda Nabi salallahu ‘alaihi wasallam iaitu Sayyidina Umar bin Khattab ketika
terluka kerana tusukan, lalu seseorang mengatakan kepadanya, “Anda tetap ingin mengerjakan solat
wahai Amirul Mukminin?”. Dan apa jawapan beliau? “Ya, dan sungguh tidak ada tempat dalam Islam
bagi orang orang yang menyia nyiakan solat”. Lalu beliau pun mengerjakan solat meski dari lukanya
mengalir darah yang cukup banyak.

Lihatlah. Seandainya kita di tempat beliau, adakah kita mampu sekuat beliau? Hatta digigit nyamuk
ketika solat sekalipun, kita akan membatalkan solat. Dan sekarang kita ingin membandingkan
keimanan kita dengan keimanan sahabat Nabi? Mustahil. Kita adalah umat akhir zaman. Umat yang
keimanan setipis tipis tisu. Hati yang mudah goyah akan kenikmatan dunia. Yang hakikatnya dunia
hanya sementara dan akhirat selamanya.

Ada sebuah kisah, seorang perempuan dari Bani Israel menghadap Nabi Musa ‘alaihis salam, lalu
berkata, “Wahai Musa, aku telah melakukan satu dosa besar. Tapi aku telah bertaubat kepada Allah
swt. Untuk itu mohonlah kepada Allah agar mengampuni dosaku dan menerima taubatku.” Maka
Nabi Musa pun bertanya, “Apakah dosa yang telah kamu lakukan?”. Wanita itu menjawab, “Wahai
Nabi Musa, sesungguhnya aku telah berzina, melahirkan anak haram, lalu aku membunuhnya”. Nabi
Musa menjawab dengan lantang, “Pergi jauhlah wahai pendosa! Jangan sampai api dari langit
menyambar kami disebabkan dosa-dosa yang telah kamu lakukan itu!”.

Wanita itu pun pergi meninggalkan Nabi Musa membawa hati yang hancur. Lalu Jibril ‘alaihis salam
mendatangi Nabi Musa dan berkata, “Wahai Musa, Rabbmu bertanya kepadamu, “Mengapa kamu
menolak seorang wanita yang telah bertaubat? Apakah kamu sudah tidak mendapati hal yang lebih
buruk lagi?”. Nabi Musa bertanya, “Wahai Jibril, apakah yang lebih buruk darnya?’. Malaikat Jibril
menjawab, “Meninggalkan solat dengan sengaja”.

Dari kisah ini apa iktibar yang dapat kita ambil?

Pertama, betapa pentingnya solat kerana,

“Assolatu imadud din”

Maksudnya : Solat itu tiang agama. Kita sebagai hambaNya diwajibkan ke atas orang yang beriman
dan ditentukan waktunya.

Kedua, tanpa solat, hancur agama kita. Ketahuilah, solat merupakan diantara 5 tiang Islam. Tanpa
salah satu tiang, akan hancur agama seseorang.

Ketiga, solat itu dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah swt.

Ketahuilah, “Amal yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari seorang hamba adalah solatnya.
Jika solatnya baik maka beruntunglah dia, sebaliknya jika ia rosak, sungguh telah gagal dan merugilah
ia”.
Kesimpulannya, kita haruslah menjaga solat untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah swt.
Setidaknya kita mencuba untuk menjaga fardhu kita dahulu, kemudian lakukan yang sunat.
Ketahuilah, di dalam kitab Al Kabair karya Imam Az Zahabi menyenaraikan salah satu daripada 42
dosa dosa besar di dalam kitab tersebut antaranya ialah meninggalkan solat.

Akhir kata,

Anda mungkin juga menyukai