Anda di halaman 1dari 8

Kepentingan Menjaga Solat

Tarikh:
Jul 07, 2011
Riwayat:
Riwayat at-Tirmidzi
Kategori:
Ibadah
Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada
hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya
beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia.
Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku
itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari
sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.
Huraian Hadith:
i) Seorang mukmin yang sebenar sudah tentu tidak akan mencuaikan ibadat sembahyang fardhu yang
diwajibkan ke atasnya termasuklah menjaga waktu sembahyang, mematuhi tertib sembahyang dan
sebagainya di samping mengerjakan ibadat sunat seperti sembahyang sunat, puasa sunat dan lain-lain
setakat yang termampu olehnya. ii) Sesungguhnya sembahyang itu jika dikerjakan dengan sempurna
dapat mencegah seseorang daripada perbuatan keji dan mungkar sebaliknya orang yang mengerjakan
ibadat sambil lewa tidak akan dapat merasai nikmat ketenangan dan ketakwaan yang sebenar kepada
Allah S.W.T. Dia akan menganggap bahawa ibadat itu adalah suatu yang memberatkan. Lantaran itulah
kita mendapati ramai orang yang tidak segan silu melakukan dosa dan maksiat sekalipun dia
mengerjakan sembahyang, puasa dan sebagainya. iii) Rebutlah segala peluang yang ada semasa hidup
di dunia ini untuk mengerjakan kebaikan, hayatilah kata-kata (athar): Berusahalah untuk duniamu seolaholah engkau hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok
hari.
Hits : 3094
Kepentingan Menjaga Solat
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Salam sejahtera kepada semua umat Nabi Muhammad S.A.W sekalian. Semoga di bawah lindungan
rahmat Allah. Semoga kita termasuk di dalam golongan yang mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya.
Kali ini marilah kita sama-sama menghayati satu suruhan Allah yang diperintahkan untuk dikerjakan oleh
hambaNya iaitu solat. Solat ialah amalan yang mudah dilakukan tetapi sangat susah ditunaikan oleh
umat Islam pada masa sekarang. Ini kerana ramai yang menganggap bahawa solat adalah amalan yang
remeh sedangkan solat ialah ibadat wajib yang perlu ditunaikan. Malah solat juga adalah rukun Islam
yang kedua.
Sebagai umat Islam yang yang mengucap dua kalimah syahadah, kita wajib menunaikan solat. Ini kerana
solat merupakan amalan yang diperintahkan oleh Allah S.w.t semasa peristiwa Isra dan Mikraj. Solat
yang asalnya 50 rakaat telah dikurangkan kepada 5 rakaat atas permintaan Baginda Rasulullah S.a.w.
Dari Anas r.a katanya:Nabi Muhammad SAW telah bersabda :...(selain dari apa yang telah aku saksikan
semasa aku dibawa israk dan mikraj pada malam itu), maka Allah fardhukan (atasku) dan atas umatku
lima puluh sembahyang...lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan sembahyang
itu yang telah pun dikurangkan sehingga tinggal lima sahaja); maka Allah SWT berfirman:Sembahyang
fardhu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia juga tetap lima puluh (dari segi
pahalanya); keputusan-Ku itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti...
( Hadith riwayat Bukhari )
Mengapa kita harus menjaga solat? Ketahuilah, bahawa solat merupakan amalan pertama yang akan
dihisab pada hari kiamat kelak. Jika solat kita sempurna, berbahagialah kita di sana. Jika tidak sempurna,

kita akan menerima balasan yang setimpal. Solat juga dapat menutup kekurangan kita pada amalanamalan yang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada
hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya
beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia.
Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman: Periksalah, adakah hambaKu itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang
dari sembahyang fardunya? Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. (Riwayat at-Tirmidzi)
Semasa menunaikan solat, segala rukun harus ditunaikan sesempurna mungkin. Rugilah jika kita
bersolat hanya sekadar sambil lewa sahaja. Ini kerana ketika solatlah kita berhubung dengan Maha
Pencipta. Ketika di dalam rukuk dan sujudlah kita mengabdikan diri kepadaNya.
Firman Allah: Sesungguhnya Aku adalah Allah. Tidak ada Tuhan selain Aku. Sembahlah Aku dan
dirikanlah solat untuk mengingati Aku. (Thaahaa: 14)
Seharuslah kita sedar kepentingan menjaga solat. Solat mempunyai banyak kelebihan yang kita sendiri
tidak terhitung. Solat juga akan menghapuskan dosa-dosa kita yang terdahulu. Sabda Rasulullah s.a.w
yang maksudnya: Mana-mana muslim yang apabila masuk waktu sembahyang yang diwajibkan lalu dia
pun berwudhuk dengan wudhuk yang baik, melakukan solat dengan sebaik-baiknya begitu juga dengan
rukunya, maka sembahyang itu merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosanya yang telah lalu, selagi
dia tidak melakukan dosa besar. (Hadith Riwayat Muslim)
Diingatkan lagi mengapa harus kita menjaga kewajipan yang satu ini. Solat dapat mencegah kita
daripada perbuatan yang mungkar. Solat dapat menghapus dosa-dosa yang lalu selagi mana kita tidak
melakukan dosa besar. Dengan menunaikan solat, ia dapat menghalang kita daripada melakukan
perbuatan yang mungkar.
Firman Allah: Bacalah (selalu) Al-Quran yang telah diwahyukan kepadamu! Dirikanlah solat!
Sesungguhnya solat itu menghalang perbuatan keji dan mungkar. Sesungguhnya mengingat Allah lebih
besar (faedah dan kesannya). Dan Allah mengetahui apa yang kamu lakukan. (Al-Ankabut: 45)
Nabi S.a.w pernah bersabda bahawa bahawa kanak-kanak yang berusia sepuluh tahun boleh dipukul jika
tidak mahu bersolat. Tetapi bagaimana pula jika orang dewasa juga tidak mahu solat. Apakah mereka
tidak merasa malu kerana tidak menunaikan perintah Allah. Tidakkah mereka merasa kerdil di sisi Allah.
Allah telah memberikan begitu banyak nikmat kepada hambaNya, tetapi apakah hambaNya tidak dapat
membalas rasa syukur dengan bersolat? Sesungguhnya hamba tersebut seorang yang sangat tidak
bersyukur dan tanpa rasa malu menghirup nikmat yang Allah berikan, dan tidak mahu menzahirkan rasa
syukur tersebut dengan solat.
Jadi sebagai hambaNya, marilah kita sama-sama menunaikan solat sebagai tanda kita bersyukur di atas
nikmat yang Allah kurniakan. Solat itu tanda kita mendapat rahmat dari Allah, dan kita bersyukur ke
atasnya. Sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: Sesiapa yang lupa akan sesuatu solat, maka hendaklah
ia mengerjakan solat itu jika ia telah mengingatinya, tiada tebusan lain untuk solat itu kecuali solat yang
dilupakannya, sesuai dengan firman Allah yang maksudnya: Dan dirikanlah solat untuk mengingatiKu. (Riwayat Bukhari)
Dan ingatlah pula, selain menjaga solat, kita juga hendaklah menjaga tingkah laku kita.

Dari Ibnu Umar r.a katanya:Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:Tidak diterima solat seseorang
tanpa suci dan tidak diterima sedekah yang berasal daripada kejahatan (seperti mencuri, menipu,
menggelapkan wang, merompak, judi dan sebagainya) (Muslim)
Allah telah menjanjikan balasan yang setimpal jika kita tidak menjaga solat. Di antaranya kita akan
dibangkitkan seperti babi hutan yang hitam di hari Kiamat. Sewaktu di dalam kubur, seekor ular yang
hitam akan membelit kita sehingga hancur tulang belulang kita.
Ada satu kisah tentang orang yang meninggalkan solat.
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian
datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat
pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,
"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain
kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."!
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat
masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang
mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada
Rasulullah S.A.W,
"Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa
kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah
S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan,
maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun
bertanya kepada pemuda itu,
"Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."
Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang
meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan
yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka mengadakan
solat jenazah untuknya. Tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu
mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan
menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular! itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu
Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku
tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari

kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya :
1.Apabila dia mendengar azan, dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah.
2.Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3.Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya. (Sumber : http://jaipk.perak.gov.my/ : Portal rasmi Jabatab Agama Islam Perak)
Harus diingatkan, tiada alasan untuk meninggalkan solat kecuali dua perkara. Pertama : perempuan yang
didatangi haid dan kedua : orang yang tidak waras. Tetapi realitinya sekarang kita dapat melihat ramai
lelaki yang perempuan yang tidak solat. Apakah sekalian lelaki tersebut didatangi haid ataupun telah
menjadi gila, dan kerana itu dia tidak mampu melakukan solat? Dan bagaimanakah pula dengan
sebahagian kaum perempuan yang tidak solat, adakah mereka didatangi haid buat selama-lamanya atau
menjadi gila juga?
Solat harus ditunaikan dengan apa cara sekalipun walaupun ketika sakit. Sabda Rasulullah S.a.w:
Solatlah sambil berdiri. Jika tidak sanggup, boleh duduk. Jika tidak sanggup juga, boleh sambil
berbaring. (Hadith Riwayat Bukhari)
Jadi wahai sekalian umat Nabi Muhammad, tiada alasan untuk kita meninggalkan solat walaupun kita
sakit. Solatlah walau di mana juga kita berada. Janganlah memberikan pelbagai alas an untuk tidak
menunaikan solat. Sabda Rasulullah S.A.W : Meninggalkan solat adalah unsur yang membezakan
antara seorang Muslim dan seorang kafir.

Sumber: KedahLanie
8 Tips Menjaga Solat
Ada seorang rakan meminta nasihat dan panduan bagaimana untuk menjaga SOLAT. Dia mengatakan
bahawa dia agak malas untuk solat. Dia solat ikut mood. Kalau mood OK dia solat. Kalau dia letih atau
sibuk sikit, maka dia liat nak solat.
Namun, dia ada kesedaran tentang pentingnya solat. Dia nak berubah dan mahu menjaga solat, katanya.
Setakat ini, dia masih berusaha untuk menjaga solat, setidak-tidaknya 5 kali sehari. Tapi dia masih gagal.
Walaupun ada kemahuan, namun tak cukup kuat. Dia selalu kalah dengan nafsunya. Keadaan ini
membuatkan dia rasa agak tidak tenang dan serba salah.

1. Tingkatkan kesedaran tentang peri pentingnya solat itu sendiri


Perkara paling asas supaya dapat menjaga solat adalah datangnya dari kesedaran yang tinggi terhadap
kepentingan solat. Ketahuilah bahawa solat merupakan ibadah pertama sekali dikira pada hari
pembalasan. Jika diterima maka a mal an lain akan dihitung, jika tidak maka sia-sialah a mal an kita yang
lain.

2. Berkawanlah dengan rakan-rakan yang sentiasa jaga solat


Kita kena cari kawan-kawan yang menjaga solat mereka. Kawan-kawan sebegini boleh saling ingat
mengingati dalam melakukan perkara ibadah. Rakan-rakan kita tu setidak-tidaknya boleh memberikan
kita motivasi untuk melaksanakan perintah Allah. Jadi, carilah dan dampingilah rakan-rakan yang baik
dan menjaga solat mereka.

3. Cuba lawan nafsu sedaya mungkin


Kadang-kadang nafsu malas solat memang datang juga kepada kita. Jangan sesekali tewas dan
mengikut rasa hati untuk tidak mendirikan solat. Lawan perasaan tersebut, jangan biarkan kita tewas.
Setiap kali kita menang, ia akan berikan kekuatan tambahan bagi mendirikan solat pada waktu
seterusnya.

4. Ingat ganjaran dan pahala bagi orang yang menjaga solat


Cuba ingat dan fikirkan ganjaran bagi orang yang bersusah payah menjaga solat. Pahala yang melimpah
ruah yang boleh berganda sehingga 700 kali ganda, apatah lagi jika dilakukan pula secara berjemaah.
Ini belum dikira penghapusan dosa bagi mereka yang melakukan solat secara konsisten. Ingatlah dari
satu solat ke satu solat yang lain dapat menghapuskan dosa-dosa yang dibuat di antara kedua solat
tersebut.

5. Jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang mencukupi


Ini terutamanya memberikan kesan pada solat subuh. Kalau kita tidur lewat dan tidur tak cukup,
bagaimana untuk solat subuh? Memang liat laa jawabnya.
Jadi, pastikan kita dapat tidur yang mencukupi. Ini akan dapat membantu kita lebih mudah untuk bangkit
bagi mendirikan solat.
6. Set kan minda bawah sedar dan niat dalam hati
Peranan minda bawah sedar sebenarnya sangat penting. Sebenarnya minda bawah sedar ni adalah
sangat berkait rapat dengan niat di dalam hati. Saya sarankan sebelum kita masuk tidur, cuba cakap
pada diri kita, samaada cakap dalam hati atau cakap bisik pada diri sendiri, contohnya Esok, aku mesti
bangun pukul 6 pagi untuk solat subuh.
Ia mungkin nampak kecil saja perkara ini, tetapi sebenarnya ia memberikan pengaruh yang besar pada
minda dan tubuh badan kita.
Pernahkah kita ada pengalaman seperti ini. Contohnya bila kita kena jumpa seseorang (awek ker, pakwe
ker) atau ada meeting penting pada esok pagi pukul 7 pagi. Jadi kita kena bangun awal untuk mandi dan
bersiap-siap. Apa kita buat sebelum kita tidur? Bukankah kita akan set kan minda kita, atau niat dalam
hati bahawa, Besok pagi, aku kena bangun awal sebab nak jumpa awek/pakwe atau nak kena hadiri
meeting penting.
Kalau kita memang dah set kan minda dan niat dalam hati macam tu, kita mesti boleh bangun punya
walaupun tidur baru 2-3 jam!
7. Ingat mati
Bayangkan jika kita mati sebentar lagi atau esok. Di mana kita akan ditempatkan? Apa nasib di kubur
nanti? Bagaimana pula pada hari akhirat kelak?

8. Doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan


Sentiasalah pinta pertolongan dari Allah. Perbanyakkanlah doa. Pohonlah pada Allah, Ya Allah Ya
Tuhanku, berikanlah pertolongan bagi diriku untuk berzikir mengingati-Mu, memanjat syukur pada nikmatMu dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu

Sekian, begitulah 8 tips yang sempat saya coretkan untuk kita sama-sama a mal dalam usaha kita
menjaga solat/ibadah kepada Allah. Pastikan juga agar kita dapat khusyu semasa solat.

* Mohon ditegur atau dikomen oleh ustaz-ustaz atau yang arif sekiranya saya salah memberikan info

~ Ilmu hak bersama.. ~


Kelebihan menjaga solat fardhu
September 26, 2011suarataqwaTinggalkan komenGo to comments
Solat fardhu lima waktu perlu dijaga dengan bersolat pada awal waktu dan berjemaah di masjid atau di
surau terutama bagi golongan lelaki. Amalan ini adalah satu sunnah Nabi s.a.w yang besar dan perlu
diberikan keutamaan.
Solat fardhu secara berjemaah adalah lebih baik dan lebih disukai Allah s.w.t daripada solat bersendirian.
Ganjaran pahalanya juga lebih besar.
Jika kita terlalu sibuk dengan kerja harian sehingga pembahagian masa untuk keluarga dan keperluan
harian yang lain sudah tidak teratur, cuba semak adakah kita menjaga solat fardhu atau bagaimana?
Sebenarnya mengerjakan solat fardhu berjemaah pada awal waktu boleh mengatasi masalah
pengurusan masa dan urusan kehidupan harian kita. Orang yang istiqomah dengan solat berjemaah
akan lebih teratur hidupnya.
Ia secara langsung dapat mengatasi masalah kesuntukan masa untuk keperluan diri dan keluarga.
Semoga kita dapat sama-sama menjaga solat fardu secara berjemaah pada awal waktu dan dapat
menjalani kehidupan yang tenang dan bahagian dalam mentaati perintah Allah s.w.t.
Aameen.
MEMOHON KEAMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH
1.1 PENGERTIAN ZALIM
1.
2.

Zalim
beerti
meletakkan
sesuatu
pada
tempatnya
atau
melakukan
sesuatu
yang melampaui batas-batas syarak.
Zalim adalah perbuatan yang ditegah dalam Islam kerana ia mendatangkan keburukan kepada
diri dan masyarakat.

1.2 JENIS-JENIS ZALIM


1.

Zalim kepada diri sendiri , iaitu melakukan sesuatu perbuatan yang melanggar hukum syarak
serta mendedahkan diri kepada kemurkaan Allah S.W.T.. Antara contoh perbuatan menzalimi diri
sendiri ialah:

melakukan syirik kepada Allah S.W.T..


meninggalkan solat fardhu..
tidak berpuasa pada bulan ramadhan..
minum arak..

2. Zalim kepada manusia:


membuli kawan..
merampas hak orang lain..
menganiayai orang lain..
3. Zalim terhadap alam sekitar:
membuang sampah merata-rata..
pembakaran secara terbuka..
menebang pokok tanpa sebab..

1.3 KEAMPUNAN ALLAH S.W.T


1.
2.

Setiap orang melakukan dosa hendaklah memohon keampunan Allah S.W.T..


Keampunan ialah penghapusan dosa oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya yang bertaubat
kepada-Nya.
Antara langkah-langkah mendapatkan keampunan Allah S.W.T ialah:

3.

mengakui kesalahan yang dilakukan..


menyesal dan menginsafi dosa yang dilakukan..
berazam tidak akan mengulangi perbuatan tersebut..
tidak berputus asa..
berusaha melakukan amal kebaikan..

1.4 RAHMAT ALLAH S.W.T.


1.
Rahmat ialah kasihan belas yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada orang yang
dikehendaki-Nya
2.
Setiap orang Islam mestilah berusaha untuk mendapatkan rahmat Allah S.W.T
3.
Antara cara-cara untuk mendapatkan rahmat ialah:

melakukan ibadat dengan ikhlas..


membelanjakan harta pada jalan Allah S.W.T...
berlaku adil terhadap semua orang..

1.5 PENGAJARAN AYAT


1.
Kita dilarang melakukan kezaliman di atas muka bumi ini.
2.
Orang yang beriman hendaklah mencontohi taubat yang dilakukan oleh Nabi Adam.
3.
Allah S.W.T. memberikannya keampunan kepada hamba-Nya yang bertaubat.

Anda mungkin juga menyukai