Anda di halaman 1dari 6

Falsafah solat

Ketenangan
Pergerakan dalam solat seperti berdiri, duduk antara sujud menggambarkan bahawa
solat dapat memberikan ketenangan kepada kita. Dalam solat juga dibacakan ayatayat al-Quran yang dapat menenangkan fikiran kita.
Ibadat juga dapat membina kehidupan yang tenang, aman dan damai serta menjadi
manusia sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t. Nabi s.a.w. bersabda:
Kami jadikan dia (solat) saat beristirahat, ya Bilal .
(HR. Daraqutni dan Abu Daud)
Aku jadikan kesejukan mataku dalam solat.
(HR. Ahmad, Nasaee, Hakim dan Baihaqi)
Ibadat dalam Islam bukan hanya niat kerana Allah semata-mata tetapi mesti
dibuktikan dengan pergerakan jasmani, tumpuan hati dan akal. Anda sendiri dapat
lihat dalam ibadat solat, jasmani, hati dan akal mampu berfungsi secara serentak.

Syukur
Pergerakan dalam solat seperti sujud dan membacakan surah al-Fatihah
menunjukkan kita ini bersyukur ketika melakukan solat.
Kita memulakan solat dengan takbiratul ihram iaitu dengan ucapan Allahu
Akbar dengan memuji Allah. Selepas itu kita membacakan surah al-Fatihah
dengan memuji Allah dan meminta pertolongan kepada Allah.

Pengabdian
Ibadat membolehkan anda berkomunikasi dengan Allah s.w.t. tanpa jurubicara dan
jurubahasa. Hubungan yang akrab antara hamba dan Pencipta Alam Semesta
amat indah sebagaimana yang diungkapkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.:
Solat itu membahagi antara-Ku dan antara hamba-Ku dua bahagian dan bagi
hamba-Ku apa yang dia pinta. Maka apabila hamba itu membaca: Allhamdulillah
Rabbil Alamin; Allah s.w.t. menjawab: Hamba-Ku memuji-Ku. Apabila dia membaca
Ar-Rahmanir Rahim, Allah menjawab: Hamba-Ku menyanjung-Ku. Apabila dia
membaca: Maliki yuamiddin, Allah menjawab : Hamba-Ku memuliakan-Ku. Apabila
dia membaca Iyyaka Nabudu Wa Iyyaka Nastainu, Allah menjawab: Ini antara-Ku
dan hamba-Ku dan bagi hamba- Ku apa yang dia pinta. Apabila dia membaca:
Ihdinash Sirathal Mustaaqim Shirathal Ladzina An amta Alaihim Ghairil Maghdhubi
Alaihim Waladh dhallin, Allah menjawab: Ini untuk hamba-Ku dan bagi hamba-Ku
apa yang dia pinta.
(HR. Muslim)

Begitulah bentuk ibadat langsung antara orang yang beribadat dengan Allah
s.w.t. Anda tidak memerlukan orang tengah untuk memohon pertolongan jika
anda menghadapi masalah dalam hidup. Kuasa ibadat dalam Islam ialah
menghubungkan manusia terus kepada Allah Yang Maha Perkasa.

Keharmonian
Untuk makluman anda, ibadat adalah daya pencegah maksiat dan penghapus dosa yang
amat mujarab untuk manusia. Hal ini kerana manusia tidak dapat lari daripada
melakukan kesilapan dan dosa. Maka ibadat seperti solat, puasa, haji dan perbuatan
yang diredai Allah s.w.t. dapat menolong seseorang daripada melakukan perbuatan keji
dan mungkar. Malah Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
Bacalah apa yang diwahyukan kepada-Mu iaitu al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat.
Sesungguh solat itu mencegah daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Dan
mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaan) daripada ibadat-ibadat lain.
Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(Surah al-Ankabut: 45)
Jadi, matlamat ibadat adalah untuk membantu manusia agar sentiasa terpelihara
daripada dorongan dan hasutan yang jahat yang boleh menghancurkan kebahagiaan
hidup manusia.
Maka kehidupan kita akan menjadi harmoni dalam kehidupan seharian

Anda mungkin juga menyukai