Anda di halaman 1dari 12

Betapa agungnya!

Allah SWT menurunkan ayat pertama @


perkataan pertama melalui Al-Quran hanyalah dengan
perkataan Iqra'. Anehnya, perkataan pertama itu bukan
bermaksud, sembahyang, puasa, dsb. Ia bermaksud
"bacalah..."

Balasan Meninggalkan Solat!!!

Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk


bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam
masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda


pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah
meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang
hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut
orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,
maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu
telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan
memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat
mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang
muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu
pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan
para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu
berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W
pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah
dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan
solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku,
lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat
nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang
hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan
sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular
sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan
menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk
membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu
Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku?
Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang
memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari
kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh
mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di
antaranya :

1- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk


sembahyang berjamaah.
2- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa meninggalkan


solat dengan sengaja, maka sesungguhnya dia kafir yang nyata."
Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa tidak wajib
menyembahyangkan jenazah seseorang yang meninggal dan mengaku Islam,
tetapi tidak pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang mengatakan
haram menyembahyangkan individu berkenaan.

Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta meninggalkan solat seperti
sabda Rasulullah SAW: "Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu
yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan atau azab Allah
dengan 15 azab."

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga ketika hampir ajalnya,
tiga ketika berada di dalam kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah
pada hari kiamat!!!

Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan ketika di dunia?"

Jawab Baginda:

1) Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan kekosongan, jika hidup


mewah, kemewahan itu hanya istidraj belaka).

2) Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang sia-sia, walaupun


kaya, tetapi kekayaan itu menjadi laknat ke atasnya).

3) Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.

4) Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja Islam tetapi


batinnya munafik, malah dia termasuk golongan munafik).

5) Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya) tidak diberi ganjaran.

6) Doanya ditolak Allah.

Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: “Aku dengar Rasulullah SAW


bersabda: "Bermula orang meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada
golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan imannya dan tidak ada
faedah sedekah, puasa dan syahadatnya. "

Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah SAW, apa pula seksaan
yang akan diterimanya ketika hampir ajalnya?"
Jawab Baginda:

7) Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya dicabut dengan kasar


dan tidak ada belas kasihan.

8) Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada makanan, tetapi


nafsunya tiada lagi, perut lapar tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana
sakit ketika roh akan keluar.

9) Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi minum air dari semua
lautan di dunia ini tidaklah memberi apa-apa kesan pada dahaganya
ketika sakaratul maut.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa pula seksaan di dalam
kuburnya?"

Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah kuburnya, digelapkan Allah


kuburnya, dan akan diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya
hingga hari kiamat tanpa henti."

Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan solat, akan Allah


hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama Suja'ul akra', yang
matanya daripada api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan
membawa alat pemukul dari besi berat.

Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: "Aku


disuruh oleh Allah memukul engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh
hingga Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan
dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."

Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang meninggalkan solat
dan setiap kali dipukul, mayat itu terbenam ke dalam bumi beberapa
ratus hasta.

Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya lantas ditanya lagi
dan dipukul lagi hingga hari kiamat.
Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, bagaimanakah keadaan
orang yang meninggalkan solat ketika di depan Allah?"

Jawab Baginda: "Ketika bertemu Allah pada hari kiamat kelak, datang
malaikat menyeksanya dengan rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher
orang yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke mulutnya dan
dikeluarkan melalui duburnya. Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.

"Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah balasan bagi orang


meninggalkan solat yang difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta
dilemparkan ke neraka bernama Saqar."

Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak menunaikan solat tidak
akan mendapat keampunan Allah.

Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari kebangkitan, Allah tidak


menaruh rahmat dan belas kasihan kepadanya.

Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan


mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke
dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).

Artikel ini datangnya dari: Portal Muslimah -- Hanan.com.my


http://hanan.com.my/

URL untuk Artikel ini:


http://hanan.com.my/article.php?sid=1856

Solat adalah perkara yang paling penting bagi mereka yang beragama
islam. Solat boleh diibaratkan sebagai tiang seri utama di dalam sebuah
rumah. Yang mana apabila runtuhnya tiang seri utama itu maka akan
runtuh jugalah rumah tersebut. Tiang-tiang seri yang lain tidak mampu
untuk menanggung beban yang di tanggung oleh tiang seri utama dek
kerana kecilnya saiz mereka berbanding saiz tiang seri utama.

Begitu jugalah dengan solat. Berbanding dengan amalan-amalan lain solat


dikira sebagai amalan yang paling utama. Amalan yang pertama sekali
disoal apabila kita dihadapkan di hadapan Allah S.W.T kelak juga adalah
solat. Selagi mana tidak selesai solat kita dihisab maka selagi itulah
amalan-amalan kita yang lain tidak diambil kira. Dalam solat pula kita
amatlah di tuntut untuk khusyuk.

Firman Allah S.W.T yang mana bermaksud:-

“Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang


khusyuk dalam sembahyangnya”

(Surah Al-Mu'minun:1-2)

"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama


(Asar, Subuh) dan berdirilah untuk Allah (melalui solatmu) dengan
khusyuk"
(Surah Al-Baqarah:238)

Rasulullah S.A.W juga ada bersabda yang mana bermaksud:-

"Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi


hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."
Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi
seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia
ingat."

Yang dikatakan khusyuk dalam solat itu adalah hatinya sentiasa


hidup,sentiasa merasakan takut serta malu pada Allah S.W.T dalam
solat yang dilakukan. Segala urusan duniawi dilupakan sementara demi
memberikan tumpuan yang sepenuhnya pada Allah S.W.T. Penting tidak
pentingnya khusyuk dalam solat ini sehingga Imam Ghazali menyatakan
solat yang dilakukan tanpa khusyuk boleh dikira sebagai sia-sia sahaja.
Fungsi khusyuk dalam solat bukanlah sekadar mengingati Allah semata-
mata malahan juga untuk mencegah diri daripada melakukan perkara-
perkara mungkar.

Oleh yang demikian penulis menyertakan di sini antara amalan-amalan


yang insyaAllah dapat membantu pembaca-pembaca sekalian mendapatkan
apa yang di panggil khusyuk di dalam solat. Sama-samalah kita amalkan.

1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain


supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar ketika solat lintaskan kematian seakan-akan


amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir
dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya


tidak gopoh apabila masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami,


mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu
terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini
kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus
yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi


(Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang
itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t.,rasa takut


(Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut,kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan


hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan
dengan solat.

9. Membesarkan Allah dalam solat,merasakan kehebatan Allah dalam


solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan
menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan,kaki dan


juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasyahud melihat
anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang


bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar,berwarna


warni,bertulis,lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain
hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Walau apa pun syarat yang paling utama untuk mendapatkan khusyuk
ialah kemantapan iman dalam diri pada Allah S.W.T. Oleh sebab itu
berusahalah untuk lebih mengenali Allah S.W.T agar rasa gerun pada
Allah itu mudah untuk dihadirkan dalam solat kita. Rasa khusyuk dalam
solat juga berkait dengan rasa takutnya kita pada Allah ketika di luar
solat. Kebiasaanya mereka yang ketika di luar solat tidak mempedulikan
arahan dan larangan Allah dalam amalan-amalan yang dilakukan maka
amatlah sukarlah bagi mereka untuk mendapatkan khusyuk di dalam solat
dan begitulah sebaliknya.

Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari


bahawa dirinya diciptakan untuk mengabdikan diri pada Allah serta
mematuhi apa yang disampaikan oleh Allah dan Rasulnya sahajalah yang
akan mendapatkan khusyuk di dalam solat seperti mana firman Allah
S.W.T yang bermaksud:-

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang


demikian itu sungguh berat,kecuali bagi orang-orang yang khusyuk.
(orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan
mereka akan kembali kepadaNya)"(Surah Al-Baqarah:45-46)
KITA diwajibkan Allah s.w.t untuk mendirikan solat dengan tujuan
mengingati-Nya. Dengan solatlah kita dapat mendekatkan diri dan selalu
mengingati Allah. Firman Allah bermaksud: “Tidaklah Aku jadikan jin dan
manusia kecuali untuk menyembah-Ku” (Surah Adz-Dzariyat: Ayat 7).

Berdasarkan ayat di atas, adalah menjadi kewajipan kita mengabdikan


diri kepada Allah s.w.t. Menunaikan solat lima waktu dalam sehari
semalam boleh dianggap tanda pengabdian kita kepada Allah Al-Khalik.

Ibnul Qayyim Al-Jauziyah Rahimahullah berkata: “Manusia yang


mengerjakan solat terbahagi kepada lima golongan iaitu:

i. Golongan orang yang zalim terhadap dirinya sendiri dan lalai iaitu orang
yang tidak menyempurnakan wuduknya, waktu pelaksanaan solatnya,
batasan dan rukun.

ii. Orang yang menjaga waktu, batasan dan rukun solat serta
menyempurnakan wuduk secara umum, namun semua itu tidak memberi
makna apa-apa dalam jiwanya sebab dia dipengaruhi gangguan sehingga
dia mengenepikan segala gangguan dan fikiran itu.

iii. Orang yang selalu menjaga batasan dan rukun solat. Dia berusaha di
dalam dirinya untuk menolak segala gangguan dan godaan. Dia
bersungguh-sungguh melawan musuhnya supaya tidak mencuri solatnya.
Dia pun selalu solat dengan melawan godaan itu.

iv. Seseorang yang selalu melaksanakan solat dengan memulakan semua


hak, rukun dan batasan solat. Seluruh hatinya tertumpu untuk selalu
menjaga batasan dan hak dalam solat supaya tidak ada satu bahagian pun
yang disia-siakan, bahkan seluruh tumpuannya hanya untuk menegakkan
solat, menyempurnakan dan melengkapinya. Seluruh hatinya hanya untuk
solat dan beribadah kepada Tuhan al-Rabb s.w.t.

v. Orang yang melaksanakan solat seperti golongan keempat. Namun, di


samping itu, dia mengambil dan meletakkan hatinya di hadapan Rabb
Azza wa Jalla yang selalu melihat hati dan mengawasinya, seakan-akan
dia melihat dan menyaksikan-Nya. Sesungguhnya, godaan dan bahaya
sudah surut daripadanya sementara kecintaan terhadap Tuhannya
semakin meningkat.

Inilah perbezaan antara dirinya dengan orang yang lalai, seperti


perbezaan antara langit dan bumi.

Inilah orang yang telah ‘ditakluki’ oleh solat untuk Rabbnya.

Sesungguhnya, golongan pertama akan mendapat seksa, golongan kedua


akan dihisab, golongan ketiga mendapat keampunan, golongan keempat
mendapat pahala dan golongan kelima didekatkan Allah s.w.t.

Ulama berpesan untuk kita jadikan pegangan dan renungan iaitu sesiapa
meninggalkan solat Maghrib, dosanya seperti berzina dengan ibunya
sendiri bagi lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang
perempuan! Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan
solat Maghrib?

Sesiapa yang meninggalkan solat Isyak, Allah tidak reda ia hidup di


bumi-Nya.

Ini bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat perlindungan-Nya di


dunia ini. Lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Sesiapa meninggalkan solat Subuh pula, dia akan diseksa selama enam
puluh tahun (waktu akhirat) dalam neraka.

Perlu kita ingat, azab paling ringan adalah seperti mana azab yang
dikenakan terhadap Abu Talib, iaitu bapa saudara Rasulullah s.a.w yang
mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke
otaknya.

Selama ini kita hanya dapat bayangkan bagaimana air mendidih.

Mereka yang meninggalkan solat Zuhur diibaratkan seperti meruntuhkan


Kaabah. Kalau begitu, sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-
angan untuk menunaikan haji. Itu adalah suatu perkara yang amat mudah.
Meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1,000 orang
Islam. Firman Allah s.w.t bermaksud: “Hai orang beriman! Janganlah
kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anakmu daripada mengingati
Allah (sembahyang lima waktu). Sesiapa yang memperbuat demikian itu,
maka mereka orang yang rugi”. (Surah Al-Munaafiquun: Ayat 9)

Dalam ayat yang lain Allah berfirman bermaksud: “Allah tiada akan
memberi tempoh kepada seseorang apabila sudah sampai ajalnya. Allah
Maha Mengetahui mengenai apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-
Munaafiqun: Ayat 11).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud


"Berapa banyak orang yang mendirikan solat,
tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih,
kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."
Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :
"Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam
sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia
ingat."

“Seoarang pemimpin yahudi pernah berkata:


Jangan risau tentang kekuatan umat islam selagi
masjid tak ramai solat 5 waktu seperti solat
jumaat....”
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak
yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan
(mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat
segala perkara yang baik, serta melarang
daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan
mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang
yang berjaya.” ( surah Ali Imran : 104 )

http://www.rockbebeh.blogspot.com/

http://www.youtube.com/user/rockbebeh

http://peace-upon-you.blogspot.com/

http://www.geocities.com/sara1000.geo/newindex.html

http://www.geocities.com/print_material/MusicPage.html

http://www.geocities.com/islamdotcom/Images.html

Anda mungkin juga menyukai