Anda di halaman 1dari 38

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Ingat Mati

Definasi

• Mati adalah bercerai roh dari badan, tetapi ianya


bukanlahsatu babak yang penyudah dalam arena
kehidupan di dunia, malah ianya sebagai suatu proses
sementara bagi menempuh kehidupan yang kekal abadi
yang bermula dari alam kubur. Setiap makhluk ini tidak
terlepas dari mati.
Maksud Firman Allah s.w.t :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati dan
sesungguhnya pahala kamu akan dibalas pada hari
Khiamat."
( Surah Ali Imran ayat 185 )
Kematian akan mengejar ke mana saja kita berada, ia akan
tiba pada bila-bila masa tanpa diundang dan tanpa
menerima tempoh.
Maksud Firman Allah s.w.t:
"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat
ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
(Surah al-A'raf ayat 34)
(Surah an-Nahl ayat 61)
Reaksi Masyarakat

Kita telah melihat dan akan melihat dua suasana yang


berbeza antara satu sama lain dalam menghadapi
kematian :
1. Ada yang ngeri lagi takut mereka belum bersedia
dengan bekalan yang sewajarnya, terlukis dalam alam
khayalannya terbujur kaku tanpa teman, pucat lesi, tidur
tidak berbantal dan beralas, takut hantu serba ragam yang
bergolak dalam fikiran yang kusut lagi buntu.
2. Manakala satu pihak lain, mereka merasa redha dan
menanti kedatangan maut itu dengan senang kerana mereka
sudah bersedia dengan amalan yang membawa
kesejahteraan dan kenikmatan kepadanya.
Hukum Ingat Mati

•Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati.


Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu
ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar
jenazah ke kubur dan sebagainya.
•Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita
hendak mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan
putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang
Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad
sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.
•Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman
yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah
diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya,
bermaksud :

"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan


itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah
aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan
kepadaku"
Hikmah Ingat Mati
•Dengan mengingati mati akan menimbul rasa taqwa yang mendalam
untuk menjunjung perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala
larangannya. Serta bersungguh-sungguh berusaha memperbanyakkan
harta kebajikan, dan pelajaran sama ada untuk diri atau keluarganya.

•Timbul rasa kasih sayang serta muhabbah sesama manusia,


khususnya keluarga, jiran dan masyarakat setempat yang kelak
disebut orang dengan kebaikan.

•Lahir perasaan tanggungjawab hendak membimbing diri dan


keluarganya supaya bersungguh-sungguh beramal dan berbuat
kebajikan dalam menuntut keredhaan Allah.
Ziarah Kubur
•Tersebut dalam kitab I'anah At-Thalibin, adalah sunat bagi kaum lelaki
menziarahi kubur dan makruh bagi kaum wanita. Ini beralasan suatu ketika
Rasulullah s.a.w. melihat seorang wanita menangis atas kubur anaknya.
Maka sabda baginda, maksudnya:
"Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah"

(Ittifaq Bukhari dan Muslim)


• Kalaulah haram wanita ziarah kubur nescaya ditegahnya wanita itu. Adapun
hadith yang bermaksud, "Allah melaknat wanita-wanita menziarahi kubur"
memberi erti wanita yang datang meraung, menangis di atas kubur boleh
mendatangkan fitnah, sememangnya dilarang. Sebahagian ulamak
mengatakan hadith melarang wanita ziarah kubur telah dimansuhkan oleh
hadith yang bermaksud:

Dari Buraidah al-Aslami r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: Aku dahulu
melarang kamu dari menziarahi kubur, maka sekarang ziarahlah kubur
(kerana ada baiknya)."
(Riwayat Muslim)
Sambungan
Islam melarang menziarah kubur. Jika menjadikan kubur itu sebagai Tawassul, memuja
atau dijadikan temasya.

•Berdoa kepada arwah



Tersebut dalam kitab al-Azhar, kata Imam Nawawi telah menjadi Ijmak Ulama'
(Assyafieyah) bahawa berdoa dan menghadiahkan pahalanya kepada orang-orang
islam yang telah meniggal dunia berfaedah dan sampai pahalanya. Dalam kitab al-
Irsyad wa syarhih Ibnu Hajar menambah samada doa itu dari warisnya atau orang lain.
Dalilnya firman Allah s.w.t. surah al-Hasyr ayat 10 yang bermaksud:
"Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka berdoa dengan
katanya, wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami
yang telah mendahului kami."

•Wanita Ziarah Kubur

Terdapat sebahagian ulama' mengatakan sunat bagi wanita menziarahi makam Rasul,
Ambia, Para Ulama' dan orang-orang solih (lihat l'anah at-Thalibin)
Ziarah Sakit & Kematian
•Islam menggalakkan umatnya (sunat) supaya menziarahi orang
sedang sakit. Ini merupakan satu kebajikan masyarakat kepada pesakit dan
melahirkan rasa simpati terhadap keluarga pesakit.
Maksud sabda Rasulullah s.a.w.:
"Dan apabila sakit hendaklah ziarahinya dan apabila meninggal dunia
hendaklah menghantarnya ke kubur."

(Riwayat Bukhari)

•Ziarah Kematian

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:

"Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat
menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung
dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia
mendapat pahala sebesar dua buah gunung."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Tatasusila Semasa Menziarahi

i. Hendaklah melahirkan perasaan muhibbah, bersimpati dan


bermanis muka ketika bercakap dengan pesakit atau keluarganya.
Jangan sekali-kali mengeluarkan perkataan-perkataan yang boleh
melukakan hatinya.

ii. Nasihatkan dia supaya bersabar, teguhkan iman dalam


menghadapi ujian Qadha dan takdir Allah.
iii. Sunat berdoa supaya cepat sembuh dan panjang umur. Sewaktu
Nabi s.a.w.menziarahi orang sakit baginda berdoa, maksudnya :
"Wahai Tuhan Manusia, hapuskanlah penderitaan ini,
sembuhkanlah, tidak ada penyembuh melainkan Engkau sahajalah
berkuasa menyembuh tanpa meninggalkan kesan buruk."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sambungan

iv. Perlu juga para penziarah memahami situasi supaya jangan


tunggu terlalu lama semasa membuat kunjungan.

v. Berwasiat kepada waris terdekat tentang hutang piutang


pesakit yang belum dijelaskan.

vi. Jangan menghisap curut atau merokok semasa berhadapan


dengan orang sakit.

vii. Jangan berkumpul terlalu ramai sehingga kesesakan udara


untuk bernafas.

viii. Jangan membuat bising dengan gelak ketawa melalui cerita-


cerita lucu. Kita harus ingat suasana majlis itu kesedihan.
Tanda-tanda Nazak
Orang yang sakit tenat sebelum menghembuskan nafas terakhir kebiasaannya didatangi
beberapa tanda yang ketara atau sebaliknya, di antara tanda-tanda tersebut ialah :
1.1 Tapak kakinya lurus
1.2 Hidungnya tunduk pucat tidak berpeluh
1.3 Sendi pergelangan tangan renggang
1.4 Keningnya luas tergonggong biji mata
1.5 Lidah kelu dan tertutup selera

1.6 Tidak mengecam sahabat-sahabat atau keluarga dengan penglihatan (kabur


penglihatan)
1.7 Perubahan tabiat
1.8 Terlalu dahaga sentiasa minta air
1.9 Meminta sesuatu yang ganjil
2.0 Mata selalu tenung ke atas
2.1 Tidak ada timbal balik pernafasan.
Amalan Sunat
Apabila terdapat beberapa tanda-tanda tersebut adalah disunat melakukan :
•Ajar mengucap ditelinganya La ilaha illallah setelah ia mengucap, maka tidak
perlu lagi diulangi melainkan jika ia diselangi pula dengan ucapan keduniaan.
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :
"Ajarkanlah orang yang hampir mati itu La ilaha illallah."
• Membaca Surah Yaasin

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :


"Kamu bacakanlah Yaasin kepada orang yang hampir mati."
•Titik air ke dalam mulutnya

Basahkan muka dan dadanya dengan air. Kerana Nabi s.a.w. ketika hampir
wafat meminta semangkuk air dan membaca Surah Ikhlas, Surah al-Falaq dan
Surah an-Nas, lalu dibasuh muka dan menyapu dadanya.
Urusan Jenazah

Menurut hukum syarak, apabila seseorang


Islam itu meninggal dunia, wajiblah ia
dimandikan, dikafankan,
disembahyangkan dan dikebumikan.
Kewajipan ini adalah FARDU KIFAYAH.
Sejurus Ajal
• Baca Innalillahi wainnahilaihi raji'uun.
•Sapu matanya supaya pejam dan sunat membaca

Bismillahiwa'ala malatu Rasulillahisallallahu'alaihi


Wassallam.
•Sapu pada sendi-sendi dengan minyak yang bersih, supaya anggotanya
lembut dan tidak kejang, kaku supaya ia mudah dimandi dan dikafankan.
• Salin pakaian bersih jika pakaiannya kotor.
•Ikat dagu supaya mulut tidak terbuka.
•Letak mayat atas tempat tinggi seperti katil atau sebagainya dengan
mukanya menghadap kiblat.

•Letak benda-benda berat (sekitar 400 gram) ke atas perutnya supaya tidak
menjadi kembung.
Sambungan
Letakkan tangan di atas dadanya seperti 'mengangkat takbir dalam

sembahyang' serta menutup seluruh tubuhnya dengan kain.

•Uruskan pengurusan pentadbiran jenazah, perkara-perkara utama ialah :



•Jawatankuasa masjid /surau / badan kebajikan dan sebagainya
•Polis atau hospital

•Tanah perkuburan

•.Mandi, kafan, sembahyang dan kebumikan..
Hukum Kafan
Hukum Kafan
Hukum syarak mengenai mengkafan mayat diterangkan dalam hadith berikut:
Dari 'Aishah r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. (semasa wafatnya) telah
dikafankan dalam tiga helai kain putih 'sahuli'* dari kapas; tidak mengandungi
baju kamis dan tidak juga serban."**
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semasa hayatnya Rasulullah s.a.w. menerangkan bahawa sebaik-baik pakaian


ialah yang berwarna putih (yang melambangkan kebersihan dan kesucian),
demikian juga warna kain kafan.
Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Pakailah yang putih dari
pakaian kamu, kerana pakaian yang putih itu adalah sebaik-baik pakaian kamu;
dan kafankanlah orang mati dari kalangan kamu dalam kain putih juga."***
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Cara Mengkafan
Menurut huraian ulama, 'kafan' yang wajib bagi mayat ialah sehelai kain yang
dapat menutup aurat dan membalut tubuhnya.

Boleh digunakan sebarang kain yang biasa dipakai oleh si mati semasa hidupnya
tetapi yang afdhal ialah kain putih seperti yang diterangkan dalam hadith yang
lalu. Kain kafan, sungguhpun yang wajibnya ialah selapis, namun 'mayat lelaki'
sunat dikafankan dalam tiga lapisan (tiga potongan kain), tiap-tiap satu dapat
menutup seluruh badannya - dari hujung rambut hingga ke hujung kakinya.
Mayat lelaki tidak harus dikafankan dalam kain sutera kerana haram bagi lelaki
memakainya semasa hidup. Sebaliknya mayat perempuan boleh dikafan dalam
kain sutera ia halal dipakai oleh perempuan. Setengah ulama pula mengatakan
makruh hukumnya jika mayat perempuan dikafankan dengan kain sutera kerana
perbuatan yang demikian adalah membazir dan kain yang mahal-mahal lebih
layak dipakai oleh orang yang hidup.
Sambungan

•Jika sukar mendapat sebarang kain (kerana keadaan darurat), maka mayat
boleh dikafankan dengan sebarang benda yang boleh membalut badan - seperti
tikar, daun-daun pokok tanaman dan sebagainya.

•Mayat lelaki' juga harus dikafankan dalam lima lapis, iaitu tiga lapis tersebut tadi,
ditambah dengan baju dan serban.* (Kerana Ibnu 'Umar r.a. telah mengkafankan
mayat-mayat keluarganya dengan lima lapis termasuk baju dan serban)

•Mayat perempuan' pula sunat dikafankan dengan lima lapis**, iaitu kain yang
membalut bahagian badannya; antara pusat dan lututnya; kemudian baju kurung;
kemudian telekung yang menutup kepala; kemudian dua lapis kain lebar yang
dapat membalut seluruh tubuhnya, dari hujung rambut hingga ke hujung
kakinya.***

• 'Mayat khunsa demikian juga.***


'Mayat kanak-kanak' sama hukumnya seperti 'mayat orang dewasa'.***
Sambungan

•Belanja kain kafan dan lain-lain berhubung dengannya, hendaklah dari si
mati. Kalau ia tidak tinggalkan harta, hendaklah ditanggung oleh warisnya,
kalau tiada waris, hendaklah ditanggung oleh Baitulmal. Kalau Baitulmal tidak
ada, atau Baitulmal ada tetapi sukar mendapat perbelanjaan, maka belanja
mengkafannya ditanggung oleh orang yang mampu di kawasan itu.****

•Jika si mati itu perempuan yang ada suami dan ia tetap taat (tidak
menderhaka atau nusyuz pada suami), maka belanja mengkafannya
ditanggung oleh suaminya yang mampu, sekalipun isteri yang mati itu kaya,
atau telah diceraikan tapi dalam edah talaq yang boleh dirujuk, atau
diceraikan dengan talaq yang tidak boleh dirujuk tetapi ia dalam keadaan
mengandung
Hukum dan Syarat
HUKUM MANDI
Hukum syarak mengenai mandi mayat diterangkan dalam hadith berikut, yang
bermaksud :
Dari Umu 'Athiah al-Ansariah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. masuk ke tempat
kami ketika anak perempuannya* wafat lalu bersabda: "Mandikanlah dia
dengan tiga kali, atau lima kali atau lebih dari itu - jika kamu pandang elok
tambahan yang demikian - iaitu dengan air, dan serbuk daun bidara, dan
campurkan sedikit kapur barus pada kali yang akhir, setelah kamu selesai
memandikannya beritahu kepadaku."
Setelah selesai, kami pun memberitahu kepada baginda, lalu baginda memberi
kepada kami kain sarungnya sambil bersabda,"Balutlah badannya dengan kain
ini." **
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nota
Setelah mereka memandikan jenazah puterinya, baginda melucutkan kain
sarung (azar) yang dipakainya dan meminta mereka membalut tubuh mayat
puterinya. Sesudah itu barulah mayat puterinya dikafan dengan kain kafan
yang disediakan. Alhafiz Ibni Hajar rah.a. berkata, "Perbuatan baginda yang
demikian menjadi dasar (bagi amalan orang Islam) mengambil berkat daripada
benda-benda pemberian atau peninggalan orang salih."
(Fathul Bari 3:372)
SYARAT MANDI

Mandi dengan merata air ke seluruh anggota badan jenazah.


Syarat mayat dimandikan.

1.1 Hendaklah mayat orang Islam.

1.2 Cukup anggota atau sebahagian badannya.

1.3 Berumur enam bulan atau kurang, tetapi telah lengkap


anggotanya.

1.4 Mayat itu bukan mati syahid.


Tempat Mandi

• Dibuat tempat yang tertutup.



•Letak mayat di atas tempat yang tinggi sedikit.

•Aurat mayat wajib ditutup dengan kain supaya tidak kelihatan warna kulit.

•Disunatkan menutup mukanya, (juga ketika dibawa ke tempat mandi), di letakkan
terlentang di atas papan mandi dan menghadap arah kiblat.

• Membakar sedikit bau-bauan seperti gaharu atau kemenyan.

•Dilarang orang yang tidak berkenaan dengan urusan mandi mengintai-intai ketika
mayat dimandikan.
Tertib Mandi
• Menjirus dan menggosok jenazah dengan tertib dan lemah lembut, jangan
gopoh dan kasar.

• Jangan sengaja hendak melihat aurat mayat. Semasa memandikan mayat


hendaklah menutup badannya supaya auratnya terlindung*. Elok demikian
dalam sehelai kain sarung yang nipis supaya air meresap masuk dan mudah
pula bagi orang yang memandikan memasukkan tangan untuk
membersihkan mana-mana bahagian mayat yang perlu dibersihkan.

• Mayat lelaki dimandikan oleh orang lelaki, mayat perempuan, kanak-kanak


baru lahir dimandikan oleh orang perempuan.

•Orang yang memandikan mayat dan penolongnya hendaklah orang yang


amanah - supaya mereka dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan
dapat menyimpan rahsia keaiban yang ada pada mayat.
Sambungan

•Sebaliknya jika melihat sesuatu yang baik hendaklah mereka ceritakan pada orang lain.

• Tempat mandi hendaklah terlindung dari pandangan ramai. Hanya tukang mandi dan
penolong-penolongnya saja yang boleh hadir. Dalam pada itu, dibolehkan bagi salah
seorang kerabat si mati yang terdekat untuk turut hadir walau tidak mengambil bahagian
memandikan mayat.**

• Jangan mengangkat suara riuh.

•Jangan mengunyah makanan atau merokok.

•Wajib memakai sarung tangan sewaktu menyuci kemaluan atau mengurus mayat
pengidap Aids.
Cara Mandi
Sebelum Mandi

• Dibersihkan najis mayat (meruang) dan membersihkan segala


kekotoran atau getah, cat, plaster dan sebagainya yang terlekat pada
badan atau kuku mayat. Hendaklah mengosongkan perut terlebih
dahulu - kalau ada benda-benda kotor yang boleh keluar, supaya tidak
lagi keluar sesudah ia dimandi dan dikafankan.
• Caranya: Dudukkan mayat (di atas papan mandi) dalam keadaan
condong sedikit ke belakang, dan menahan belakangnya dengan lutut
kanan sambil memegang belikatnya dengan tangan kanan (dengan
meletak ibu jari di tengah-tengah tengkuknya supaya kepalanya tegak),
dan urut perutnya perlahan-lahan dengan tangan kiri.
• Siram air banyak-banyak untuk membersihkan benda-benda yang
keluar.

• Setelah dikosongkan perut dan dbersihkan benda yang keluar,


hendaklah ditelentangkan semula mayat itu di atas papan mandi dan
dicebokkan oleh orang yang memandikannya dengan membersihkan
kemaluan dan celah-celahnya (menggunakan sarung tangan).
Sambung
an
• Dengan putik kapas atau kain bersih, juru
mandi hendaklah membersihkan gigi mayat,
lubang hidunganya, lubang telinga dan celah-
celah kukunya. Kemudian diwudhu'kan
dengan sempurna (meliputi yang fardhu dan
sunat). Setelah itu baru dimandikan - dari
bahagian kepala hingga ke hujung kaki -
meliputi seluruh tubuhnya.
Langkah 1
1. Sabun seluruh kepala, muka dan lehernya .
2. Sabun sebelah kanan meliputi bahu, ketiak, tangan kanan, dada, rusuk, perut,
kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan.
3. Sabun sebelah kiri meliputi bahu, ketiak, tangan kiri, dada, rusuk, perut, kemaluan,
celah-celah kelangkang dan paha kiri hingga ke hujung kaki kiri.
Selepas itu dibasuh atau dibilas dengan air bersih

4. Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan sabun lambung kanannya bahagian
belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kanan dan terus ke
hujung kaki kanannya.

Selepas itu dibasuh atau dibilas dengan air bersih

5. Kemudian diiringkan rusuk kiri ke atas dan sabun lambung kirinya


bahagian belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kiri dan terus
ke hujung kaki kirinya.

Selepas itu dibasuh atau dibilas dengan air bersih


• Setelah bersih.
Langkah 2
Disiram dengan air yang dicampur dengan daun bidara yang telah dikisar
1. Basuh seluruh kepala, muka dan lehernya 3 kali.

2. Siram sebelah kanan (lambung kanan) meliputi bahu, ketiak, tangan kanan, dada, rusuk,
perut, kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kanan hingga ke hujung kaki kanan 3
kali.

3. Siram sebelah kiri (lambung kiri) meliputi bahu, ketiak, tangan kiri, dada, rusuk, perut,
kemaluan, celah-celah kelangkang dan paha kiri hingga ke hujung kaki kiri 3 kali.
4. Selepas itu dibasuh atau dibilas dengan air bersih

5. Kemudian diiringkan rusuk kanan ke atas dan disiram lambung kanannya bahagian
belakang meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kanan dan terus ke hujung
kaki kanannya 3 kali.
6. Selepas itu dibasuh atau dibilas dengan air bersih

7. Kemudian diiringkan rusuk kiri ke atas dan basuh lambung kirinya bahagian belakang
meliputi bahu, belakang badan, rusuk, punggung, peha kiri dan terus ke hujung kaki kirinya
3 kali.
8. Selepas itu dibasuh atau dibilas dengan air bersih
9. Setelah bersih.
Langkah 3

diwudhu'kan dengan niat,

" Sahaja aku wudhukan mayat ini kerana Allah"


• Lafaz niat bagi lelaki:

"Nawaitul wudhu 'an hazal maiti lillahi ta'ala"

• Lafaz niat bagi perempuan:

"Nawaitul wudhu' 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"


Langkah 4
Kemudian mandi dengan air bercampur kapur barus. Caranya, air bersih dicampur
sedikit air kapur barus yang sekira-kiranya tidak mengubah hukum air mutlak, kemudian
dijirus sunat diniatkan:
" Sahaja aku mandi mayat ini kerana Allah Taala"
• Lafaz niat bagi lelaki:
"Nawaitul ghusl 'an hazal maiti lillahi ta'ala"
• Lafaz niat bagi perempuan:
"Nawaitul ghusl 'an hazihil maitati lillahi ta'ala"

• Proses mandi ini sama juga seperti mandi dengan air daun bidara dan dibilas dengan air
bersih yang lalu.
Semasa menjirus, sunat membaca:
"Ghufranak rabbana rahman wailakal masir"
• Perlu diingat perbuatan membasuh mayat dengan air bercampur sabun (atau daun
bidara) kemudian membilasnya, tidak dikira. Itu hanya seperti membersihkan badannya.
• Yang diambil kira ialah mandi yang akhir, iaitu memandikan mayat dengan air
yang dicampurkan sedikit kapur barus.
Perihal Lain
MAYAT DALAM KEADAAN JANABAH

•Lelaki atau perempuan yang mati dalam keadaan janabah


(berhadas besar) maka ia tidak dituntut dimandikan lagi dengan
'mandi janabah' setelah ia dimandikan dengan 'mandi mayat'
kerana 'mandi mayatnya' mencukupi.
•Jika keluar dari perut mayat sesuatu yang kotor setelah ia
dimandikan atau semasa dikafankan, maka ia juga tidak dituntut
dimandikan lagi, tetapi memadai membersihkan kesannya benda
itu.
MAYAT YANG DITAYAMMUMKAN
i. Kerana ketiadaan air.
ii. Kerana badannya terlalu uzur (seperti orang yang mati
terbakar dan sebagainya), kalau dimandikan akan hancur
daging badannya.
iii.'Mayat lelaki' yang mati di tempat terpencil dan tidak ada
di situ melainkan kaum perempuan sahaja (yang bukan
muhrimnya)
iv. 'Mayat perempuan' yang tidak ada di tempat matinya
melainkan kaum lelaki sahaja (yang bukan muhrimnya)
HUKUM TALQIN MAYAT
‫َف َر َغ‬ ‫َص َّلى ُهللا َع َلْي ِه َو َس َّلَم ِإَذ ا‬ ‫ َك اَن الَّن ِبُّي‬: ‫ُع ْث َم اَن اْب ِن َع َّف اٍن َر ِض َي ُهللا َع ْن ُه َق اَل‬ ‫َع ْن‬
‫ْاآلَن‬ ‫َو اْس َأُلْو ا َل ُه الَّت ْث ِبْيت َف ِإَّن ُه‬ ‫ "ِإْس َتْغ ِفُرْو ا َألِخ ْي ُك ْم‬: ‫َد ْف ِن اْلَم ِّي ِت َو َق َف َع َلْي ِه َفَق اَل‬ ‫ِم ْن‬
‫َأُل‬ ‫ُي ْس‬

Ertinya: Dari saidina Uthman bin ‘Affan r.a, beliau berkata: adalah
nabi s.a.w. apabila selesai mengkuburkan mayat, berhenti sebentar
dan berkata (kepada sahabat-sahabat beliau): Minta ampunlah
untuk saudaramu ini kepada tuhan, dan mohonlah supaya ia tetap
dan tabah (dalam menjawab pertanyaan), kerana ia pada waktu
sekarang akan ditanyai (oleh malaikat Munkar dan Nakir). (Hadis
riwayat Abu Daud)
HUKUM TALQIN MAYAT
:‫ قال‬...‫ حضرنا عمر ابن العاص وهو في سياقه الموت‬:‫عن شماسة المهري قال‬
‫ فإذا دفنتموني فشنوا التراب شنا ثم اقيموا‬.‫فإذا انا مت فال تصحبني نائحة وال نار‬
‫حول قبري قدر ما تنحر جزور ويقسم لحمها حتى استأنس بكم وانظر ماذا أراجع‬
‫به رسل ربي‬.
Ertinya: Daripada Syamasah al-Mahri beliau berkata: kami menghadiri pada
ketika Umar bin al-’As dalam keadaan akan wafat... Seterusnya beliau
berkata: Maka apabila aku mati janganlah aku diarak dengan ratapan dan
obor api. Apabila aku telah dikuburkan dan tanah telah diratakan, berhentilah
sebentar sekeliling kuburan agak selama waktu kalau kamu menyembelih
kambing menguliti dan membahagi dagingnya, supaya aku terhibur dengan
kamu. Dan aku ketahui apa yang aku harus jawabkan kepada Malaikat-
malaikat yang menjadi pesuruh tuhanku. (Hadis riwayat Muslim)
SOLAT JENAZAH
1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :

++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah
Ta’ala.

++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"

++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"

++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad

++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir
SOLAT JENAZAH

.3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"

++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana
mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al
azkar)
4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan dan kiri
TERIMA KASIH DAUN KELADI,
SALAH DAN SILAP HARAP DI
MAAFI.

BULAN FEBRUARI, BULAN MAC,


THANK YOU VERY MUCH

Anda mungkin juga menyukai