Anda di halaman 1dari 24

FIQH ISLAMI

BERSUCI
&
SOLAT bagi PESAKIT
Pengenalan
 Pesakit hendaklah berusaha untuk bersolat dan bersuci
mengikut kemampuan yang ada .Sekiranya tidak mampu
pesakit boleh meminta bantuan daripada org lain apabila
hendak solat atau bersuci ,sebelum seorang itu hendak
solat , mestilah bersuci terlebih dahulu.

Berdasarkan Sabda Rasulullah s.a.w :


“Apabila aku perintahkan sesuatu perkara kepada
kamu semua ,lakukanlah menurut kemampuan kamu.”
PENGERTIAN
BERSUCI
 Bahasa : Bersih dan bebas daripada segala
kekotoran sama ada di dalam bentuk
nyata[hissiah] dan tak nyata[ma’nawiyyah]
:-
Nyata :-
=najis
Tak nyata:-sifat-sifat
keji & benda yang
mengaibkan
PENGERTIAN BERSUCI
 Syara’ : perbuatan yang mengharuskan solat
seperti :-
 Berwudhu’ kepada sesiapa yang belum berwudhu’
 Mandi kepada sesiapa yang diwajibkan mandi
 Menghilangkan najis daripada pakaian, badan dan
juga tempat
DALIL BERSUCI

 Abu Hurairah r.a berkata : Nabi Muhammad s.a.w


bersabda,” ALLAH tidak akan menerima solat salah
seorang di antara kalian, apabila dia berhadas sehingga dia
berwudu’.”
 Hadis Riwayat Bukhari
CARA CARA BERSUCI

 CARA MENYUCIKAN NAJIS MUGHALLAZAH :


 DIBASUH DENGAN AIR SEBNYAK 7 KALI
 CARA MENYUCIKAN MUKHAFFAH :
 DIRENJIS SERATA RATA KE TEMPAT NAJIS TERSEBUT
 CARA MENYUCIKAN MUTAWASSITAH
 DIALIRKAN AIR KE ATASNYA DAN DIHILANGKAN KESAN KESAN SEHINGGA
HILANG, NAJIS TERSEBUT DAN JUGA SIFAT SIFATNYA , WARNA , RASA ATAU
BAU.
PENGERTIAN SOLAT
 SYARAK : Beberapa perkataan dan perbuatan yang
dimulakan dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan
salam serta dengan syarat-syarat yang ditentukan.

 Solat lima waktu sehari semalam diwajibkan ke atas setiap


umat islam yang berakal bagi baligh.
DALIL SOLAT

MAKSUDNYA : Dan berjihadlah kamu pada jalan ALLAH dengan jihad yang sebenar-
benarnya .Dia telah memilih kamu dan DIA tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama .
[ikutilah ] agama nenek moyangmu Ibrahim DIA (ALLAH) telah menamakan kamu orang muslim
sejak dahulu dan (begitu pula) dalam (al-quran ) ini , agar rasul ( MUHAMMAD ) itu menjadi saksi
atas segenap manusia . Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat dan berpegang teguhlah
kepada ALLAH . Dialah pelindungmu ,Dia sebaik –baik pelindung dan sebaik – baik penolong .
( SURAH AL –HAJJ 22:78)
Rasulullah s.a.w bersabda:

“Antara orang yang beriman dan kekufuran adalah orang yang meninggalkan solat” Sabda
baginda lagi : “Jaminan atau perjanjian diantara kita dan mereka yakni orang munafik adalah
solat , barangsiapa meninggalkannya maka dia kufur” .
Hukum bersuci & solat

BERSUCI
• SUNAT
• WAJIB APABILA HENDAK MELAKUKAN IBADAH

BERSOLAT
• WAJIB
• WAJIB BERSUCI SEBELUM MEMULAKAN SOLAT
JENIS BERSUCI

Bersuci Bersuci
daripada daripada
NAJIS HADAS
g

Bersuci daripada najis


Keluar darah dalam keadaan wuduk ; Darah yang keluar selain daripada dua jalan iaitu
qubul & dubur tidaklah membatalkan wudhu’ seseorang “Sayyidina Umar r.a pernah
mengerjakan solat dalam keadaan luka nya mengalirkan darah ”
BERSUCI DARIPADA HADAS
Mandi hadas ketika sakit =Mandi hadas ini wajib dilakukan
jika mampu melakukannya dan tidak menyebabkan
penyakitnya bertambah parah .contoh :-kerana mimpi
mengeluarkan air mani.
Jika menggunakan air bertambah rasa sakit &
memperlambatkan kesembuhan, maka hendaklah dia
bersuci dari hadas besar dengan “Bertayamum”
CARA BERSOLAT BAGI PESAKIT

 ianya berdalilkan kepada hadis imran bin hussain r.a bahawa dia
berkata :-
 “aku mempunyai penyakit buasir , lalu aku bertanya
rasulullah s.a.w. berkenaan solat . Sabda rasulullah s.a.w:- “
sembahyanglah kamu dalam keadaan berdiri ,sekiranya tidak mampu
maka dalam keadaan duduk , sekiranya tidak mampu maka dalam
keadaan duduk , sekiranya tidak mampu maka di atas lambung kanan”
 [ Riwayat AL – BUKHARI]
TIDAK ADA ALASAN BAGI SESEORANG ISLAM UNTUK TIDAK MENUNAIKAN KEWAJIPANNYA DALAM MENDIRIKAN
SOLAT WALAUPUN SEWAKTU DIA BERADA DALAM KEADAAN SAKIT.

Islam telah menggariskan cara cara tertentu bagi memberi peluang kepada orang
sakit untuk beribadat selagi akalnya masih dalam keadaan sedar dan waras.
Terdapat beberapa cara solat yang memudahkan pesakit untuk menunaikan solat.
Antaranya ialah;

 Solat cara berduduk


i. Duduk di lantai
ii. Duduk di kerusi
 Baring mengiring menghadap kiblat
 Baring menelentang dan mukanya menghadap kiblat
 Isyarat mata
SOLAT CARA DUDUK
TERDAPAT DUA CARA SOLAT CARA DUDUK
1- SOLAT DUDUK DI LANTAI 2- SOLAT DUDUK DI KERUSI
SOLAT BARING
MENELENTANG
ISYARAT MATA
SOLAT BARING MENGIRING
HIKMAH BERsUCI
 J
Tuntutan fitrah
Memelihara kemulian individu muslim
Memelihara kesihatan
Disukai ALLAH
HIKMAH SOLAT KEADAAN SAKIT

1. Mengingatkan manusia tentang identitinya yang sebenar


iaitu hamba ALLAH, walaupun seseorang itu sakit
2. Menyedari hakikat ALLAH yang memberi segala bantuan
dan nikmat hidup di dunia ini sewaktu sihat
3. Menyedari kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan
apabila sakit. Solat dapat mentarbiah hidup seseorang
untuk kembali ke pangkuan jalan
4. Menguatkan iman kepada ALLAH S.W.T, solat juga
merupakan makanan rohani dan untuk manusia daripada
gangguan syaitan
5. Sakit itu juga sebagai salah satu cara untuk menghapuskan
dosa
KESIMPULAN
 KESIMPULANNYA ialah kesengsaran dan penderitaan
ketika menghadapi sakit menandakan seseorang itu sedang
diuji tentang sikapnya menghadapi cabaran tersebut. Itu
juga menandakan kasih sayang dan keprihatinan ALLAH
s.w.t terhadap hambanya di atas muka bumi ini ,supaya
bertambah keimanannya terhadap ALLAH s.w.t..sebagai
contoh:-solat wajib dilakukan , walaupun sakit , solat tu
memang penting .Sesungguhnya kewajipan melaksanakan
ibadah ketika sakit tidak terputus selama hayat dikandung
badan
Rujukan
 MOHD AZRUL AZLEN ABD.RAHMAN,AZHAR MOHAMED, 2014. Soal Jawab
Remeh- Temeh Tentang Taharah(BERSUCI).Kuala Lumpur: Telaga Biru .
 Dato’ Ismail Kamus,Mohd Azrul Azlen Ab .Hamid,2009.Indahnya Hidup
Bersyariat .Kuala Lumpur :Telaga Biru.
 Muhammad isa selamat,2014. Panduan Ibadah Ketika Sakit. Cheras : Al Falah
Publication sdn.bhd
 http:/ www.slide share.net , cara solat bagi . Cetusan mind. Blogspot. my
 Sulaiman endut, 2005. asas-asas fardu ain. malaysia ; pustaka haji abdul
majid
BUBYE …
ASSALAMUALAIKUM…

Anda mungkin juga menyukai